Laporan Ajk Logistik Pameran Sains
-
Upload
khairul-amin -
Category
Documents
-
view
73 -
download
10
description
Transcript of Laporan Ajk Logistik Pameran Sains
LAPORAN AJK LOGISTIK PAMERAN SAINS
Bagi menjayakan pameran sains yang diadakan terdapat beberapa peralatan
yang penting serta pengurusan tempat perlu di uruskan. Peralatan penting bagi
pameran sains ini adalah seperti “softboard” . Bagi pengurusan peminjaman
peralatan seperti softboard, AJK Logistik telah meminjam softboard daripada pihak
Jabatan Teknologi Pendidikan (Teknopen) sebanyak 12 unit. Bagi proses
peminjaman softboard ini, terdapat prosedur yang perlu dilakukan seperti mengisi
borang peminjaman dan juga pengesahan daripada pihak ketua Jabatan Teknologi
Pendidikan. Segala proses peminjaman berjalan dengan lancar dan membolehkan
alatan softboard digunakan semasa pameran sains dilangsungkan.
Selain itu, AJK logistik juga bertanggungjawab untuk menguruskan tempahan
lokasi pameran yang ingin dijalankan. Oleh itu, AJK logistik telah menguruskan
segala proses tempahan lokasi pameran kami iaitu di Balai Kerapatan Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Proses tempahan lokasi pameran juga
melibatkan proses pengisian borang-borang tertentu sebelum tempahan lokasi
pameran disahkan.
Tambahan pula, untuk pameran sains kali ini, terdapat satu slot ceramah
yang akan disampaikan oleh agensi luar iaitu agensi Tenaga Nuklear Malaysia. Oleh
itu, untuk melaksanakan program ini, AJK logistik juga perlu menyediakan tempat
yang bersesuaian iaitu di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.
Oleh itu proses tempahan Balai Ilmu juga telah dilakukan oleh AJK logistik bagi
menjayakan pameran sains 2012 ini.
Disediakan oleh :
.............................
(KHAIRUL AMIN BIN MOHAMAD SHAM)
Ketua
AJK Logistik Pameran Sains SCE 3103 2012