Laporan akhir hp kemahiran komunikasi

5
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM KEMAHIRAN KOMUNIKASI (HHHC9201)

Transcript of Laporan akhir hp kemahiran komunikasi

Page 1: Laporan akhir hp kemahiran komunikasi

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN

KOKURIKULUM

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (HHHC9201)

NAMA: SITI SAFIAH RASYIDAH BT MUSTAPA

NO. MATRIK : A146385

FAKULTI : TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

PENSYARAH : DR. SUHAILA BT ZAINUDIN

Page 2: Laporan akhir hp kemahiran komunikasi

Saya Siti Safiah Rasyidah Bt Mustapa, A146385, pelajar dari Fakulti Teknologi Dan Sains

Maklumat telah mendaftar untuk kontrak pembelajaran HHHC9201. Untuk menyiapkan kontrak

pembelajaran ini, saya telah menyertai satu program iaitu Bengkel GAFE (Google Application for

Education) yang mana telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 & 27 Mei 2015 pada pukul

8-11 malam bertempat di Makmal Khas 1, FTSM, UKM. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab

Informatik, FTSM, UKM yang mana Penasihat Program ini ialah Dr. Shereena Bt Mohd Arif dan

dalam program ini saya telah menjawat jawatan sebagai AJK Protokol dan juga peserta bengkel.

Bengkel GAFE ini dirancang di peringkat kelab sebagai platform bagi memberi persedian

kepada aktiviti yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang iaitu Bengkel pengajaran

Google untuk guru. Dan apa yang dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan diaplikasikan pada

bengkel pengajaran untuk guru yang mana ahli kelab Informatik ini sendiri yang akan mejadi

tenaga pangajar semasa bengkel itu berlangsung nanti. Selain itu, bengkel GAFE ini juga

merupakan salah satu langkah Kelab Informatik dengan kerjasama seorang pelajar UKM iaitu SC

Kim yang menjadi Google Student Ambassador (GSA) bagi memperkenalkan dan mendedahkan

kepada ahli kelab tentang aplikasi Google. Melalui program ini ahli kelab akan dapat

meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada dalam menggunakan produk Google dan

berkongsi pengetahuan yang mereka perolehi dengan yang lain.

Dan dalam program ini saya telah ditugaskan untuk mendapatkan tempat yang sesuai

untuk melakukan aktivit yang mempunyai kemudahan untuk menggunakan komputer dan

Internet. Selain itu, saya juga perlu menyediakan surat tempahan makmal untuk melakukan

aktiviti untuk mendapatkan kelulusan dari Dekan FTSM.

Terdapat 4 bentuk yang telah saya gunakan dalam mengendalikan program ini.

Antaranya Komunikasi Intrapersonal yang mana saya memberi sokongan moral kepada diri saya

sendiri bahawa saya mampu untuk melakukan tugas yang diamanahkan dan menilai semula

kerja yang telah dilaksanakan samada ia sudah sempurna atau tidak. Seterusnya, Komunikas

Interpersonal yang mana saya berbincang dengan setiausaha program tentang penyediaan

2

Page 3: Laporan akhir hp kemahiran komunikasi

surat tempahan makmal dan bertanyakan kepada pegawai di Pejabat Dekan tentang

kekurangan yang terdapat pada surat yang dihantar dan apakah yang perlu ditambah di

dalamnya. Komunikasi Berkumpulan, yang mana kami mengutarakan pendapat dan pandangan

masing-masing terhadap apa yang dibincangkan dan jika terdapat sebarang masalah, setiap ahli

kelab akan berusaha untuk mencapai kata sepakat yang boleh diterima oleh semua. Dan yang

terakhir, Komunikasi berasaskan teknologi, kami menggunakan aplikasi What’app dan Google+

sebagai medium interaksi antara ahli kelab dan saya juga berhubung melalui What’sapp untuk

bertanyakan rakan dari PERTAMA tentang contoh format untuk menulis surat yang betul.

Sebagai salah seorang AJK dan ahli kelab yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini,

saya berasa sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua ahli yang lain. Dan

hasil daripada kemahiran komunikasi yang bagus dalam program ini, Bengkel GAFE ini telah

berlangsung dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul semasa dalam

proses perancangan dan pengendalian bengkel ini tetapi masalah tersebut telah berjaya diatasi

kerana setiap ahli menunjukkan sikap dan kerjasama yang baik dalam menanangani masalah

tersebut iaitu dengan sama- sama berfikir dan mengutarakan pendapat dan jalan penyelesaian

masing-masing. Dan sememangnya dengan adanya kemahiran komunikasi yang baik dalam

sesebuah organisasi maka segala apa yang dirancang pasti akan berjalan dengan lancar dan

seiring dengan apa yang dirancang dan diharapkan.

3

Page 4: Laporan akhir hp kemahiran komunikasi

4