LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

11
PROGRAM HOTS DI DARUL HIKMAH TARIKH : 2 FEBRUARI 2014 MASA : 9 PAGI 12.30 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN DARUL HIKMAH SASARAN : 45 ORANG PENGHUNI DARUL HIKMAH BILANGAN KUMPULAN : 9 KUMPULAN BILANGAN TRAINER : 1 ORANG BILANGAN FASILITATOR : 6 ORANG BILANGAN HAKIM : 2 ORANG NAMA TRAINER : CIKGU KAY ANIZA 1. Nama Aktiviti a. Memburu Perkataan Peralatan yang digunakan : Buku cerita bergambar (buku yang mempunyai banyak ilustrasi ) Pen marker Sticky note

description

Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (hots)

Transcript of LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

Page 1: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

PROGRAM HOTS DI DARUL HIKMAH

TARIKH : 2 FEBRUARI 2014

MASA : 9 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN DARUL HIKMAH

SASARAN : 45 ORANG PENGHUNI DARUL HIKMAH

BILANGAN KUMPULAN : 9 KUMPULAN

BILANGAN TRAINER : 1 ORANG

BILANGAN FASILITATOR : 6 ORANG

BILANGAN HAKIM : 2 ORANG

NAMA TRAINER : CIKGU KAY ANIZA

1. Nama Aktiviti

a. Memburu Perkataan

Peralatan yang digunakan :

Buku cerita bergambar (buku yang mempunyai banyak ilustrasi )

Pen marker

Sticky note

Page 2: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

Cara dilaksanakan:-

i) Semua kumpulan diberikan sebuah buku cerita bergambar kanak-kanak.

ii) Setiap kumpulan dikehendaki mencari seberapa banyak perkataan daripada buku

tersebut

iii) Perkataan tidak terhad kepada kata nama sahaja tetapi apa sahaja perkataan yang

diilhamkan daripada gambar. Di sini, pelajar diberikan ruang untuk berimaginasi dan

menginterpretasi ilustrasi yang mereka lihat.

iv) Tulis perkataan di atas sticky notes dan tampal di atas gambar dalam buku

v) Tempoh masa yang diberikan ialah 5 minit sahaja

vi) Setiap perkataan yang betul yang rujukannya ada dalam gambar dan ejaannya tepat

dikira sebagai satu markah.

vii) Kumpulan yang paling banyak mendapat perkataan daripada buku tersebut dikira

pemenang.

Fasilitator hanya membantu dengan member penjelasan tentang cara aktiviti dijalankan

dan membantu dengan cara mengaju soalan sahaja . Anak-anak yang harus berfikir dan

mendapat perkataan mereka sendiri berpandukan gambar.

IMPAK

1. Setiap ahli kumpulan teruja mencari perkataan daripada gambar-gambar yang dilihat.

2. Setiap kumpulan berlumba-lumba menulis seberapa banyak perkataan di atas sticky notes.

3. Disebabkan jumlah perkataan yang diperoleh terlalu banyak, maka stickey notes dilekatkan di

atas meja.

4. Jumlah perkataan yang berjaya diburu oleh anak-anak ini dalam 20-50 patah perkataan selama 5

minit.

Page 3: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

b. Cerita Kayu Aiskrim

Peralatan yang digunakan :

Buku cerita bergambar

Peta Pemikiran Brace

Kayu aiskrim berwarna/ alat kayu pemeriksa tekak

Kertas sebak

Pen Marker

Page 4: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

Cara dilaksanakan:

i) Ketua kumpulan dikehendaki mengambil kayu aiskrim yang berwarna kuning, hijau, biru

dan oren.

ii) Setiap kumpulan berbincang dan mencari dan menulis nama watak utama , lokasi,

konflik /masalah/cabaran dan perkara/peristiwa yang paling disukai

iii) Tempoh masa dibeirkan ialah 10 minit

iv) Kayu asikrim itu dikembalikan kepada fasilitator.

v) Setelah dikumpulkan semua kayu aiskrim tersebut (dan dicampuradukkan)

vi) Kemudian, fasilitator meminta setiap ketua mengambil kembali kayu-kayu asikrim (4

warna) . Pilihan dibuat secara rawak.

vii) Setiap kumpulan dikehendaki mengisi maklumat di peta pemikiran jenis brace dengan

berpandukan maklumat yang ada ditulis di atas kayu tersebut dan membina sebuah

cerita.

viii) Cerita ditulis di atas kertas sebak putih

ix) Tempoh masa diberikan 30 minit.

x) Peserta membuat pembentangan dan berkongsi hasil kerja kumpulan

xi) Kumpulan yang dapat menyampaikan cerita yang paling menarik , kreatif dan imaginatif

dikira pemenang.

IMPAK

1. Aktiviti yang menyeronokkan anak-anak.

2. Aktiviti ini menggalakkan anak-anak berfikir secara kreatif dan imaginatif.

3. Anak-anak dilatih untuk berfikir pada aras paling tinggi iaitu mencipta. Dalam ertikata lain,

dengan menggunakan maklumat yang diberikan (yang tercatat pada kayu aiskrim), anak-anak

terpaksa berfikir dan menghasilkan sebuah cerita yang baru .

4. Anak-anak juga diberi peluang bercakap di hadapan khalayak semasa membuat pembentangan

hasil kerja masing-masing.

5. Terdapat anak-anak yang boleh bercerita dengan baik dan tidak terikat kepada perkataan yang

ditulis di atas kertas sebak.

Page 5: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
Page 6: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
Page 7: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
Page 8: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

c. Kisah Si Ayam

Peralatan yang digunakan :

Kad imbasan Ibnu Sina- Kisah Si Ayam

Kertas kosong A4

Pensel

Edaran peta pemikiran jenis aliran proses

Kertas sebak

i) Setiap ketua kumpulan memilih secara rawak 4 keping gambar daripada kad

imbasan Ibu Sina- Kisah Si Ayam

ii) Setiap kumpulan berbincang antara satu sama lain bagi membentuk sebuah cerita

yang menarik dan kreatif

iii) Masa yang diberikan untuk perbincangan 15 minit

iv) Pelajar mengisi ruang-ruang pada peta aliran proses

v) Pelajar mencatatkan maklumat di atas kertas sebak

vi) Wakil kumpulan dikehendaki membuat pembentangan

vii) Kumpulan yang dapat menyampaikan cerita yang menarik , kreatif dan imaginatif

dikira pemenang.

***Tidak dijalankan

Page 9: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

d. Kiub Cerita

Peralatan yang digunakan:

Kiub Cerita

Cara pelaksanaan:

2. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk memilih 4 buah dadu

3. Wakil kumpulan akan melemparkan dadu di atas meja.

4. Setiap ahli kumpulan diberi masa 1 minit untuk berbincang

5. Wakil kumpulan perlu menghubung kait setiap icon yang dipilih.

6. Dia bercerita secara spontan dan perlu menyebut akan adanya perkaitan antara dadu-dadu

yang dipilih secara rawak itu.

7. Masa diberikan 2 minit sahaja untuk bercerita setiap kumpulan.

8. Kumpulan yang dapat menyampaikan cerita yang menarik , kreatif dan imaginatif dikira

pemenang.

Page 10: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG

IMPAK

1. Aktivit ini memang menguji kreativiti dan imaginasi anak-anak

2. Anak-anak yang menjadi wakil kumpulan terpaksa berfikir secara spontan

3. Anak-anak sekolah rendah lebih kreatif.

4. Aktiviti ini boleh mengasah kemahiran berfikir aras paling tinggi iaitu mencipta cerita

berdasarkan icon-icon gambar dari kiub cerita.

Page 11: LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG