LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan...

27
1 LAPORAN AKTIVITI SESI 2015/2017 KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI LEMBAGA KOKO MALAYSIA 1.0 LAPORAN URUSETIA JAWATANKUASA KKSR SESI 2015/2017 1.1 Ahli Jawatankuasa KKSR LKM Sesi 2015/2017 Ahli-Ahli yang dipilih dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa (EXCO) KKSR Sesi 2015/2017 dalam Mesyuarat Agung Ke-17 pada 28 April 2015 (Selasa) adalah seperti berikut :- Presiden : En. Jahiddin Abdul Timbalan Presiden : Pn. Salmah Mohd Masoad Setiausaha : Pn. Rohaizah Erdawaty Nurizam bte Shafie Penolong Setiausaha : Pn. Bettccy Jeffery Bendahari : Tn. Hj. Abd. Aziz Abdullah Ahli-Ahli : Pn. Bujiah Rohimin Pn. Wilhelminah Mabin En. Mohd Tuah Lait En. Marto Muga Pn. Lucy Thomas Cik Jurini Gitir 1.1.1 Dilaporkan bahawa En. Marto Muga yang merupakan Pengerusi I Biro Rekreasi telah meletak jawatan sebagai Exco KKSR pada 1 November 2016 kerana komitmen kerja yang padat. Perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat Exco KKSR Bil. 6/2017 pada 21 November 2016. 1.2 Mesyuarat EXCO KKSR Sesi 2015/2017 1.2.1 Sepanjang Sesi 2015/2017 Exco KKSR telah mengadakan sebanyak 8 kali mesyuarat iaitu pada tarikh-tarikh seperti berikut :- Bil. Mesyuarat Tarikh Pertama 13 Ogos 2015 Kedua 5 Oktober 2015 Ketiga 28 Januari 2016 Keempat 26 April 2016 Kelima 20 September 2016 Keenam 21 November 2016 Ketujuh 7 Februari 2017 Kelapan 28 Mac 2017 1.2.2 Disamping mesyuarat-mesyuarat di atas, Exco KKSR Sesi 2015/2017 juga telah mengadakan mesyuarat khas seperti berikut :

Transcript of LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan...

Page 1: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

1

LAPORAN AKTIVITI SESI 2015/2017

KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI

LEMBAGA KOKO MALAYSIA

1.0 LAPORAN URUSETIA JAWATANKUASA KKSR SESI 2015/2017

1.1 Ahli Jawatankuasa KKSR LKM Sesi 2015/2017

Ahli-Ahli yang dipilih dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa (EXCO) KKSR Sesi 2015/2017 dalam Mesyuarat Agung Ke-17 pada 28 April 2015 (Selasa) adalah seperti berikut :-

Presiden : En. Jahiddin Abdul

Timbalan Presiden : Pn. Salmah Mohd Masoad Setiausaha : Pn. Rohaizah Erdawaty Nurizam bte Shafie Penolong Setiausaha : Pn. Bettccy Jeffery Bendahari : Tn. Hj. Abd. Aziz Abdullah Ahli-Ahli : Pn. Bujiah Rohimin Pn. Wilhelminah Mabin En. Mohd Tuah Lait

En. Marto Muga Pn. Lucy Thomas Cik Jurini Gitir

1.1.1 Dilaporkan bahawa En. Marto Muga yang merupakan Pengerusi I Biro Rekreasi telah meletak jawatan sebagai Exco KKSR pada 1 November 2016 kerana komitmen kerja yang padat. Perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat Exco KKSR Bil. 6/2017 pada 21 November 2016.

1.2 Mesyuarat EXCO KKSR Sesi 2015/2017

1.2.1 Sepanjang Sesi 2015/2017 Exco KKSR telah mengadakan sebanyak 8 kali mesyuarat

iaitu pada tarikh-tarikh seperti berikut :-

Bil. Mesyuarat Tarikh Pertama 13 Ogos 2015 Kedua 5 Oktober 2015 Ketiga 28 Januari 2016 Keempat 26 April 2016 Kelima 20 September 2016 Keenam 21 November 2016 Ketujuh 7 Februari 2017 Kelapan 28 Mac 2017

1.2.2 Disamping mesyuarat-mesyuarat di atas, Exco KKSR Sesi 2015/2017 juga telah mengadakan mesyuarat khas seperti berikut :

Page 2: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

2

Perkara Tarikh a. Mesyuarat Pertandingan Memancing KKSR 15 Mac 2016 b. Mesyuarat Majlis Hari Raya LKM 2016 27 Jun 2016 c. Mesyuarat dengan Hospital Queen Elizabeth 23 Februari 2017 bagi program Lawatan Sekolah Dalam Hospital

1.3 Keanggotaan Ahli KKSR

1.3.1 Jumlah keanggotaan ahli KKSR pada 31 Mac 2017 adalah seramai 216 orang dengan pecahan bilangan ahli mengikut penempatan dan taraf keahlian seperti berikut :-

PENEMPATAN AHLI BIASA AHLI

BERSEKUTU

JUMLAH

Ibu Pejabat 109 35 144 PPB, KKIP 34 3 37 Unit Ranau 16 1 17 Unit Tenom 17 1 18

JUMLAH 176 40 216

1.3.2 Seramai 9 orang ahli telah berhenti dari menjadi ahli KKSR sepanjang sesi 2015/2017

seperti senarai berikut :-

Bil. Nama No. Ahli Sebab Berhenti

1. Datuk Dr. Lee Choon Hui 383 Bersara 2. Majini Bayau 050 Bersara 3. Dolrint Idek 037 Bersara 4. Wan Norhafiza Wan Seman 349 Bersara 5. John Sulan 131 Berhenti dari LKM 6. Floyd Sipojol 371 Berhenti dari LKM 7. Dg Siti Fatimah Ag Salleh 362 Berhenti dari LKM 8. Anna Nointin 063 Berhenti jadi ahli KKSR 9. Nik Iryani Nik Aziz 354 Berhenti jadi ahli KKSR

1.3.3 Bilangan keahlian baru sepanjang sesi 2015/2017 ialah seramai 3 orang.

2.0 LAPORAN AKTIVITI UTAMA KKSR SESI 2015/2017

2.1 SUMBANGAN IKHLAS GEMPA BUMI DI RANAU

Dilaporkan bahawa pada 5 Jun 2015 yang lepas gegaran gempa bumi yang berpusat di Ranau

telah melanda negeri Sabah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap ahli-ahli KKSR yang berada di Ranau. Akibat dari gegaran tersebut, bekalan air bersih di Ranau di tahap yang kritikal dan keperluan kepada bekalan air amat diperlukan. KKSR telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kutipan derma ikhlas bagi membantu ahli-ahli KKSR di Ranau untuk membekalkan air mineral yang mencukupi. Dilaporkan bahawa KKSR berjaya mendapatkan kutipan sebanyak RM2,795.00. Dimaklumkan bahawa sejumlah RM795.00 telah

dibelanjakan bagi pembelian air mineral manakala baki sebanyak RM2,000.00 telah diserahkan kepada lima (5) orang kakitangan LKM Ranau iaitu RM400.00 seorang pada 22 Jun 2015 yang

Page 3: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

3

memerlukan bantuan kerana rumah mereka mengalami keretakan dan kerosakan akibat gempa

bumi berkenaan. Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang

prihatin dengan kejadian gegaran gempa bumi di Ranau.

2.2 MAJLIS BERBUKA PUASA LKM 2015

Dilaporkan bahawa majlis berbuka puasa LKM telah diadakan pada 12 Julai 2015 bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Seramai 248 orang ahli dan keluarga menghadiri majlis ini. Setiap ahli juga telah memberikan sumbangan sebanyak RM25.00 dan kanak-kanak 5-12 tahun sebanyak RM15.00. Kos keseluruhan yang terlibat bagi majlis ini adalah sebanyak RM17,305.00.

Dilaporkan bahawa pihak KKSR telah mendapat maklumbalas yang baik dari semua ahli terutama dari makanan yang disediakan. Kesimpulannya, pihak KKSR berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa dengan lancar dan mendapat komen yang positif dari semua ahli. KKSR merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan yang hadir dan yang memberikan sumbangan ikhlas serta penghargaan kepada Exco yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Penyata pendapatan dan perbelanjaan adalah seperti berikut :- Pendapatan Kutipan wajib kehadiran 5,320.00 Sumbangan Pengurusan LKM 810.00

Sumbangan Majlis 10,175.00 Sumbangan KKSR 1,000.00

Jumlah 17,305.00

Perbelanjaan Pembayaran kepada Hotel Le-Meridien 17,305.00

2.3 SUMBANGAN IKHLAS UNTUK SK MESILOU DAN SK KIAU, RANAU,

SABAH

Dilaporkan bahawa sekolah SK Mesilou dan SK Kiau di Ranau telah terlibat dengan gempa bumi dan banjir lumpur. Kedua-dua sekolah berkenaan mengalami kerosakan yang teruk dan para pelajar masih trauma dengan kejadian tersebut. Dimaklumkan bahawa pihak 5615 Volunteers Team dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah serta KKFM telah mengadakan kutipan derma ikhlas berupa wang tunai, peralatan sekolah, permainan kanak-kanak, biskut dan air kotak. Dilaporkan bahawa KKSR berjaya mendapatkan kutipan sebanyak RM450.00 dan sedikit pakaian sekolah. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada pihak 5615 Volunteers Team pada 15 Julai 2015 untuk diserahkan kepada SK Mesilou dan SK Kiau, Ranau.

Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak yang memerlukan.

Page 4: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

4

2.4 MAJLIS HARI RAYA LKM 2015 Dilaporkan bahawa Majlis Hari Raya LKM 2015 telah diadakan pada 7 Ogos 2015 pada pukul 9.00 pagi bertempat di Tingkat 5, 6 & 7, Ibu Pejabat LKM. Seramai 100 orang kakitangan LKM menghadiri majlis ini. Majlis Hari Raya pada kali ini adalah berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini kerana setiap tingkat diminta untuk mengadakan jamuan yang berlainan dengan tingkat lain dan perlu membuat hiasan suasana hari raya mengikut kreativiti masing-masing. Pelbagai bentuk makanan dan hiasan telah dibuat bagi menarik perhatian pihak juri yang akan menilai tingkat yang terbaik dalam mewujudkan suasana hari raya. Oleh kerana ketiga-tiga tingkat mempamerkan kreativiti yang terbaik maka ketiga-tiga tingkat telah dinobatkan sebagai juara dan telah menerima hadiah berupa hamper. Secara keseluruhan, majlis ini berjalan dengan lancar, baik dan sangat meriah. Semua kakitangan yang hadir telah memberikan maklum balas yang positif berhubung majlis ini kerana mempunyai pelbagai pilihan makanan dan dapat menziarah setiap tingkat. Pihak KKSR merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan

kerjasama yang diberikan semua bagi menjayakan jamuan hari raya pada kali ini. Pihak KKSR juga telah memberi sumbangan sebanyak RM600.00 iaitu RM200.00 bagi setiap tingkat bagi majlis ini.

2.5 HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT IBU PEJABAT LKM

Dilaporkan bahawa pihak KKSR LKM telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Hari

Sukan Negara (HSN) di peringkat Ibu Pejabat LKM. Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat LKM telah turut serta dalam HSN yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang juga disertai oleh Ketua Menteri Sabah pada 10 Oktober 2015 pada pukul 8.00 pagi bertempat di Padang Hoki Kompleks Sukan Likas. Seramai 62 orang kakitangan dan 49 orang ahli keluarga dengan jumlah keseluruhan 111 orang telah hadir dan menyertai acara Senamrobik Perdana bersama

Ketua Menteri Sabah dan seterusnya ada yang mengikuti acara KK City Run (4km) dan Berbasikal Bebas Dadah 1 Malaysia (7km). Setiap orang yang hadir telah menerima elaun sebanyak RM8.00. Kos bagi pembayaran elaun adalah berjumlah RM888.00. Pihak KKSR mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Rekreasi dan Kebajikan LKM yang telah memberikan sumbangan elaun berkenaan.

2.6 PERHIMPUNAN BULANAN & JAMUAN AIDILFITRI 2016

Dilaporkan bahawa Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Aidilfitri 2016 telah diadakan pada 22 Julai 2016 pada pukul 9.00 pagi bertempat di Tingkat 7, Ibu Pejabat LKM. Seramai 100 orang kakitangan LKM menghadiri majlis ini. Secara keseluruhan, majlis ini berjalan dengan lancar dan baik. Semua kakitangan yang hadir telah memberikan maklum balas yang positif berhubung

majlis ini kerana mempunyai pelbagai pilihan makanan. Pihak KKSR merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan semua bagi menjayakan jamuan hari raya pada kali ini. Pihak KKSR telah memberi sumbangan sebanyak RM1,700.00 bagi majlis ini. Majlis Sukan, Rekreasi dan Kebajikan LKM juga turut memberikan peruntukan jamuan hari raya berjumlah RM3,000.00 kepada KKSR.

2.7 HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI

SABAH 2016 (HPPNS) Dilaporkan bahawa HPPNS peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 9 - 11 September 2016

bertempat di Padang Majlis Daerah Putatan, Sabah. Pihak LKM turut serta dalam program ini dan sudut aktiviti telah dikendalikan oleh KKSR dengan kerjasama dari pihak PRO. Para petugas telah dilantik sebagai AJK Pameran. Pihak KKSR telah mengadakan pertandingan teka

biji koko dengan bayaran RM1.00 untuk 2 tekaan. Sebanyak 360 tekaan dibuat dan pihak KKSR memperoleh pendapatan sebanyak RM180.00.

Page 5: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

5

2.8 PROGRAM PROMOSI TANAMAN KOKO, TANGGUNGJAWAB SOSIAL

KORPORAT (CSR) DAN MAJLIS IBADAH QURBAN 1437H LKM

Dilaporkan bahawa aktiviti ini telah diadakan pada 13 September 2016 bertempat di Kampung Pahu, Ranau. Terdapat seramai 42 orang petani koko di Kampung Pahu dengan keluasa 45 ha tanaman koko yang terlibat dengan program Peningkatan Produktiviti 2016. Program ini telah disekalikan dengan Majlis Ibadah Qurban 1437H. Pihak KKSR telah bertindak sebagai urusetia bagi program ini yang menguruskan pembelian lembu serta orang kampung yang terlibat. Pihak KKSR telah memberikan sumbangan sebanyak RM1,250.00, pihak Majlis Sukan, Rekreasi dan Kebajikan LKM sebanyak RM2,000.00 dan pihak pengurusan sebanyak RM1,000.00. Semua warga LKM di Ibu Pejabat, KKIP, Ranau dan Tenom telah dijemput untuk menghadiri program ini namun ramai yang tidak hadir kerana masih bercuti. Program ini hanya dihadiri Exco KKSR,wakil dari Pejabat Ranau dan wakil

PRO sahaja. Dilaporkan bahawa program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada orang Kampung Pahu serta kakitangan LKM yang terlibat. Pihak KKSR merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

2.9 HARI KELUARGA KKSR

Dilaporkan bahawa pihak Majlis Sukan, Rekreasi dan Kebajikan LKM tidak diberikan peruntukan pada tahun 2016 disebabkan kekangan kewangan sumber dalaman LKM. Oleh yang demikian, pihak Majlis Sukan, Rekreasi dan Kebajikan LKM telah menangguhkan pemberian peruntukan untuk menjayakan hari keluarga kepada semua kelab pada tahun ini. Pihak KKSR telah memutuskan untuk menangguhkan aktiviti Hari Keluarga KKSR atas sebab kekangan kewangan dan pembekuan peruntukan daripada Majlis Sukan, Rekreasi dan Kebajikan LKM. Pihak KKSR akan melaksanakan aktiviti ini apabila sumber kewangan mencukupi dan menerima peruntukan tersebut.

2.10 MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE-18 Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KKSR LKM ke-18 akan diadakan pada 11 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Ibu Pejabat LKM. Pihak Setiausaha telahpun mengeluarkan borang pencalonan pada 15 Mac 2017 dan tarikh tutup penerimaan borang pada 27 Mac 2017. Dimaklumkan bahawa sebanyak 24 borang pencalonan telah diterima. Pihak Setiausaha telah menghubungi setiap ahli yang layak dicalonkan melalui talian telefon pada 29

Mac 2017 hingga 31 Mac 2017 bagi mendapatkan maklum balas samada bersetuju untuk dicalonkan atau tidak setuju. Semasa laporan ini disiapkan Exco KKSR masih dalam proses penyediaan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

3.0 LAPORAN AKTIVITI BIRO-BIRO

3.1 BIRO SUKAN

3.1.1 Ahli Jawatankuasa

- Encik Mohamad Tua Bin Lait - Pengerusi I - Cik Jurini Gitir - Pengerusi II - Puan Alenah @ Sherilina Mansinau - Setiausaha

- Encik Matius Piri - Konvener Bola Sepak - Encik Dullah Darun - Konvener Sepak Takraw

Page 6: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

6

- Puan Lucy Thomas - konvener Futsal Wanita

- Encik Sujali Saman - Konvener Futsal Lelaki - Encik Majid Majun - Konvener Bola Tampar Lelaki - Puan Afidawati Binti Mohd Alias - Konvener Bola Tampar Wanita - Encik Ab. Murad Bin Ismail - Konvener Badminton - Cik Norasyikin Binti Awang Omar - Konvener Bola Jaring - Puan Bettccy Jeffery - Konvener Boling - Cik Rosnani Abd Ghani - Konvener Congkak - Puan Syaliha Mahali - Konvener Batu Seremban - Puan Rokayah Ag. Sigun - Konvener Karom - Encik Hakim Bin Jani - Konvener Tenis - Encik David Afong - Konvener Track & Field - Encik Samsudin Marusin - Konvener Dart - Encik Zamhoeri Sarbin - Konvener Snuker

3.1.2 Mesyuarat Jawatankuasa

- Mesyuarat Jawatankuasa Biro Sukan diadakan sebanyak dua (2) kali iaitu pada 10

September 2015 (Khamis) dan 18 Februari 2016 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat I Tingkat 6, Ibu Pejabat LKM.

3.1.3 Program dan Aktiviti

1. Perlawanan Persahabatan Bola Jaring i. Perlawanan persahabatan di antara LKM dengan Perpustakaan Negeri Sabah

dan Hospital Queen Elizabeth telah diadakan pada 09 September 2015 (Rabu) bertempat di Perpustakaan Negeri Sabah.

ii. Perlawanan persahabatan di antara LKM dengan Jabatan Penerangan Negeri Sabah telah diadakan pada 15 September 2015 (Selasa) bertempat di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

2. Latihan Sukan

i. Futsal : Diadakan sebanyak 8 kali.

ii. Badminton : Diadakan sebanyak 5 kali

iii. Bola Jaring : Diadakan sekali sahaja

3. Larian Sehati Sejiwa RTM 2015

Larian Sehati Sejiwa RTM 2015 8KM dianjurkan oleh Sabah FM dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah dan Bank Simpanan Nasional yang diadakan pada 19 September 2015 bertempat di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi & Multimedia Kota Kinabalu, Sabah. Pendaftaran bagi menyertai Larian Sehati Sejiwa RTM 2015 yang dikenakan ialah RM20.00 seorang. Seramai 18 orang telah mendaftar untuk menyertai larian ini. Pengerusi I Biro Sukan, En. Mohd Tuah Lait telah memberi sumbangan sebanyak RM100.00 bagi penyertaan 5 orang AJK Biro Sukan dalam program ini.

Page 7: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

7

4. Program Berbasikal Sehati Sejiwa

Pengerusi I Biro Sukan dan beberapa ahli KKSR telah menyertai Program Berbasikal

Sehati Sejiwa bermula dari Padang Merdeka – UMS – Padang sempena Hari Malaysia yang diadakan pada 12 September 2015 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (DBKK).

5. Pertandingan Permainan Seremban

Pertandingan Permainan Seremban telah diadakan pada 09 Oktober 2015 bertempat di Ruang Ibu Pejabat Tingkat 7, LKM. Seramai tujuh (7) kumpulan iaitu dua (2) peserta bagi setiap kumpulan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.

Yuran yang dikenakan bagi setiap penyertaan ialah RM3.00 X 14 orang = RM42.00 dan berikut adalah keputusan bagi pertandingan ini:

Johan : Kumpulan JUMA Cik Jurini Gitir Pn. Rosmah Bt. Abd. Salim

Naib Johan : Kumpulan Suka-Suka Saja Pn. Norzian Bt. Hashim Pn. Dg Suhana Ag Ahmad

Ketiga : Kumpulan No Name Cik Rosnani Binti Abd. Ghani

Pn. Salmah Mohd Masoad

Hadiah bagi pertandingan ini telah disumbangkan sepenuhnya oleh Pengerusi I Biro Sukan. Acara penyampaian hadiah pada 09 Oktober 2015 telah disempurnakan oleh Presiden KKSR.

6. Pertandingan Congkak

Pertandingan ini telah diadakan pada 02 hingga 05 November 2015 bertempat di Ruang Ibu Pejabat Tingkat 7, LKM. Oleh kerana sambutan yang menggalakan daripada ahli, pertandingan ini telah dilanjutkan sehingga 13 November 2015 secara liga. Seramai tujuh (7) kumpulan iaitu tiga (3) orang peserta dalam setiap kumpulan. Yuran yang

dikenakan bagi setiap penyertaan ialah RM3.00 X 21 orang = RM64.00. Berikut adalah keputusan bagi pertandingan ini:

Johan : Kumpulan TIGA DAYANG Pn. Dg. Rokayah Ag. Sigun Pn. Dayang Suhana Ag. Ahmad Pn. Dg. Rizuana Ag. Ibrahim

Naib Johan : Kumpulan JUMALEA Cik Jurini Gitir Pn. Rosmah Bt. Abd. Salim Pn. Syaliha Mahali

Ketiga : Kumpulan RED ROSE Pn. Dg. Masliah Ag. Ering

Page 8: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

8

Pn. Aslinah Suhalin

Pn. Cammellia Mohammad Hadiah bagi pertandingan ini telah disumbangkan oleh ahli KKSR. Acara penyampaian hadiah pada 13 November 2015 telah disempurnakan oleh Setiausaha KKSR.

7. Perlawanan Persahabatan KKSR LKM & KSR Tawau Kedatangan ahli KSR Tawau ke Kota Kinabalu pada 18 hingga 20 Disember 2015 untuk mengadakan perlawanan persahabatan telah disambut baik oleh ahli KKSR LKM. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan yang baik di antara semua ahli di samping dapat berkerjasama dalam melaksanakan semua aktiviti yang dijalankan. Antara sukan yang telah diadakan ialah Bola Sepak, Futsal Lelaki, Snuker dan Boling. Kos sebanyak RM500.00 telah dibelanjakan bagi sukan ini menggunakan

peruntukan latihan sukan. Secara keseluruhan semua sukan yang dijalankan telah dimenangi oleh ahli KKSR LKM.

8. Pertandingan Karom Pertandingan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu: i. Perseorangan Lelaki (8 orang peserta) Perseorangan Wanita (10 orang peserta) Telah diadakan pada 23 November 2015 hingga 04 Disember 2015. ii. Bergu Lelaki (3 kumpulan) Bergu Wanita (4 kumpulan) Telah diadakan pada 14 Disember 2015 hingga 15 Januari 2016.

Yuran yang dikenakan bagi setiap penyertaan ialah RM3.00 X 32 orang =

RM96.00. Berikut adalah keputusan bagi pertandingan perseorangan Lelaki dan Wanita:

Kedudukan Nama Pemain Catatan

Pertama En. Ilyas Ibrahim Perseorangan Lelaki

Kedua En. Jaidin Pelasin Perseorangan Lelaki

Ketiga En. Samsudin Marusin Perseorangan Lelaki

Keempat En. Musilim Yai Perseorangan Lelaki

Kelima En. Hakim Jani Perseorangan Lelaki

Pertama Pn. Dg. Suhana Ag Ahmad Perseorangan Wanita

Kedua Pn. Dg. Rizuana Ag Ibrahim Perseorangan Wanita

Ketiga Pn. Azuana Abdul Malek Perseorangan Wanita

Keempat Cik. Dg. Siti Fatimah Ag. Salleh Perseorangan Wanita

Kelima Pn. Rosmah Bt. Abd Salim Perseorangan Wanita

Keenam Cik Rosnani Abd Ghani Perseorangan Wanita

Ketujuh Cik Katrina Idris Perseorangan Wanita

Kelapan Pn. Nur Ewing Syaripuddin Perseorangan Wanita

Kesembilan Pn. Dk Nurhayati Pg Esa Perseorangan Wanita

Page 9: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

9

Keputusan bagi pertandingan kategori Bergu Lelaki :

Johan : Kumpulan ALLAP RESO En. Hakim Jani En. Jaidin pelasin

Naib Johan : Kumpulan IL-LAH En. Ilyas Ibrahim En. Dullah Darun

Ketiga : Kumpulan LUBANG KETAM En. Musilim Yai En. Rozairen Yusop

Keputusan bagi pertandingan kategori Bergu Wanita:

Johan : Kumpulan R n A Pn. Dg. Rizuana Ag Ibrahim Pn. Afidawati Mohd Alias

Naib Johan : Kumpulan SUKA HATI Pn. Dg. Suhana Ag Ahmad Pn. Aslinah Suhalin

Ketiga : Kumpulan EMMA MAEMBONG MIOW Cik Dg Siti Fatimah Ag Salleh

Cik Katrina Idris Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden KKSR LKM pada 07 Disember 2015 bagi kategori perseorangan lelaki/wanita dan penyampaian hadiah bagi kategori bergu lelaki/wanita telah disempurnakan oleh Setiausaha KKSR pada 18 Januari 2016.

9. Kejohanan Futsal Tertutup 4 Penjuru KKSR LKM Kejohanan ini telah diadakan pada 02 April 2016 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Futsal Rampaian, Menggatal yang disertai oleh ahli Ibu Pejabat, KKIP, Ranau dan Tenom. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100.00 X 4

kumpulan = RM400.00. Berikut adalah keputusan bagi perlawanan ini:

Johan : KKIP (RM150.00 + Medal + Hamper)

Naib Johan : Antanom FC (Tenom) (RM100.00 + Medal + Hamper)

Ketiga : Highland Power (Ranau) (RM70.00 + Medal + Hamper)

Keempat : Rukut-Rukut FC (Ibu Pejabat LKM) (RM50.00 + Medal + Hamper)

Page 10: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

10

Kos Perbelanjaan Futsal Tertutup 4 Penjuru KKSR LKM:

Perkara Kos

Sewa Gelanggan Futsal 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

RM100.00 X 2 jam = RM200.00

Bayaran Pengadil (2 orang) RM100.00 X 2 orang = RM200.00

Hadiah

Disumbangkan oleh KKSR LKM

sebanyak RM370.00 & Biro sukan menyumbangkan hadiah berupa medal dan hamper

Minuman untuk pemain Disumbangkan oleh KKSR LKM & Biro Sukan

Jumlah kos keseluruhan RM770.00

10. Pertandingan Badminton Bergu Lelaki Tertutup KKSR LKM

Pertandingan ini telah diadakan pada 11 Mac 2017 (Sabtu) jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Foo Chow Kota Kinabalu. Sebanyak 8 bergu iaitu 2 orang pemain telah menyertai bertandingan ini. Perlawanan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu WINNER dan LOSER. Berikut adalah keputusan pertandingan ini:

(Kategori WINNER)

Johan RM70.00 : Mohd Dan Bin Maliasan / Julius Taliban Naib Johan RM 60.00 : Mohd Noorzain Bin Darayan / Mohd Sharin

Bin Misun Tempat Ke – 3 RM50.00 : Mohd Saiful Rizal / Didik Dharmadi

Tempat Ke – 4 RM40.00 : Matius Piri / Johanatan Majinus

(Kategori LOSER)

Johan RM60.00 : Musilim Bin Yai / Marto Muga Naib Johan RM50.00 : Jidak Gimputu / Buyug @ Hairie Bin Limbat

Tempat Ke – 3 RM40.00 : Jahiddin Abdul / Ilyas Ibrahim Tempat Ke – 4 RM30.00 : Wasli Bin Madsah / Royston Fard Kos perbelanjaan pertandingan ini:

Perkara Jumlah Kos Perbelanjaan

Sumbangan KKSR & Latihan Sukan

RM150.00 + RM100.00 =

RM250.00

Bayaran Gelanggang : RM55.00 + RM27.00

= RM82.00

Pembelian Shuttle 1

Tabung = RM73.00

Hadiah Pemenang

Winner & Loser =

RM400.00

Sumbangan daripada Ahli KKSR RM225.00

Yuran Penyertaan RM10.00 RM80.00 (8 Bergu)

Jumlah RM555.00 RM555.00

Page 11: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

11

11. Wang sejumlah RM 202.00 hasil daripada yuran sukan yang dijalankan iaitu Permainan Seremban, Congkak dan Karom telah diserahkan kepada Bendahari KKSR LKM pada 28 November 2016 untuk menjana tabung KKSR LKM.

12. Pertandingan Boling Tertutup KKSR 2017

Dilaporkan bahawa pertandingan ini telah pun berjaya dilaksanakan oleh Biro Sukan pada 1 April 2017 bertempat di U-Bowl, 1 Borneo Hypermall bermula jam 10.00 pagi. Seramai 17 orang peserta (10 Lelaki dan 7 Wanita) terdiri daripada Ahli KKSR, suami/isteri dan anak-anak telah menyertai pertandingan ini. Walaupun kurang penyertaan kerana cadangan asal ialah mesti sekurang-kurangnya 10 Peserta Lelaki dan 10 Peserta Wanita, secara keseluruhannya pertandingan ini telah

berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektifnya. Suasana keakraban dan keriangan antara para peserta jelas terpancar sepanjang pertandingan ini berlangsung selama 2 jam. Pertandingan ini diceriakan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terutama anak-anak kecil yang sentiasa riang ria. Di kesempatan ini pihak Biro Sukan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini serta kepada pihak yang telah memberikan sumbangan wang tunai. Ucapan tahniah kepada para pemenang dan pada hari itu semua tersenyum manis kerana semua peserta telah mendapat hadiah wang tunai. Adalah dicadangkan supaya pertandingan ini akan diteruskan pada masa akan datang. Pertandingan ini telah melibatkan kos pendapatan adalah sama dengan kos perbelanjaan. Kos Penganjuran:

PENDAPATAN RM814.00

Yuran RM425.00 RM25.00 X 17 orang Sumbangan Ahli KKSR RM300.00 Sumbangan KKSR RM89.00

PERBELANJAAN RM814.00

Jumlah Hadiah Wang Tunai RM435.00 Minuman Air Kotak RM22.00 Bayaran ke U-Bowl, 1B RM357.00 RM21.00 (3 game + kasut) x 17 orang

Hadiah Wang Tunai:

Kedudukan Kategori Lelaki (L) Kategori Wanita (W)

1 50.00 50.00

2 40.00 40.00

3 30.00 30.00

4 25.00 25.00

Page 12: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

12

5 20.00 20.00

6 15.00 15.00

7 15.00 15.00

8 15.00 x

9 15.00 x

10 15.00 x

JUMLAH 240.00 195.00

Nama Peserta dan Pemenang:

Kategori Lelaki (L)

BIL NAMA GAME

JUMLAH TEMPAT 1ST 2ND 3RD

1 Jahiddin Abdul 158 210 134 502 1

2 Mohd Saiful Rizal 188 133 158 479 2

3 Binajar Mijan 137 124 210 471 3

4 Mohd Affif 153 114 125 392 4

5 Jaidi Sabudin 111 159 119 389 5

6 Wasli Madsah 129 98 102 329 6

7 Dale Julian 83 95 128 306 7

8 Zamhoeri Sarbin 84 88 110 282 8

9 Ajmal Jahiddin 71 76 91 238 9

10 Mohd Fahim 77 64 54 195 10

Kategori Wanita (W)

BIL NAMA GAME

JUMLAH TEMPAT 1ST 2ND 3RD

1 Bettccy Jeffery 135 107 137 379 1

2 Aina binti Mohd Dan 127 117 122 366 2

3 Dg. Rokayah Ag. Sigun 97 100 132 329 3

4 Norasyikin Ag Omar 87 95 86 268 4

5 Ajwa Jahiddin 104 82 73 259 5

6 Dg. Manah Jasri 93 61 79 233 6

7 Wilhelminah Mabin 62 70 84 216 7

3.1.4 Aktiviti yang dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan

Bil. Nama Program /

Aktiviti

Sebab-sebab dibatalkan Catatan

i. Sukan 4 penjuru - Bola Sepak - Bola Tampar

Kekangan masa Bola tampar telah dicadang untuk dijalankan sekali dengan sukan badminton di gelanggang Yayasan Sabah tetapi tidak terlaksana kerana telah ditempah awal oleh agensi lain.

ii. Pertandingan Dart LKM hanya mempunyai 1 papan dart.

Cadangan pembelian ditangguh kerana tujuan

utama KKSR pada sesi ini adalah untuk menjana

Page 13: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

13

pendapatan.

iii. Larian sihat Koko Tidak mendapat sambutan

Hanya 18 orang yang mengesahkan kehadiran.

3.1.5 Gambar-gambar aktiviti

Page 14: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

14

3.2 LAPORAN BIRO REKREASI

3.2.1 Ahli Jawatankuasa

1. Puan Lucy Thomas - Pengerusi II 2. Puan Dayang Manah Bte Jasri - AJK 3. Encik Martin Omat - AJK 4. Encik Zamhoeri Sarbin - AJK 5. Encik Julius Taliban - AJK 6. Puan Catrina Fidelis - AJK

3.2.2 Mesyuarat Jawatankuasa

- Mesyuarat Jawatankuasa Biro Rekreasi diadakan sebanyak empat (4) kali iaitu pada 22

September 2015, 8 November 2015, 5 Februari 2016 dan 13 Oktober 2016.

3.2.3 Program dan Aktiviti

1. Pertandingan Memancing Tertutup KKSR

Dilaporkan bahawa aktiviti ini telah berjaya diadakan pada 19 Mac 2016 bertempat di Jesselton Point Waterfront, Kota Kinabalu. Sebanyak 29 penyertaan diterima yang terdiri daripada ahli dan keluarga terdekat ahli KKSR. Keputusan pertandingan ini adalah seperti berikut: Juara RM300.00 : Cik Jurini Gitir Naib Juara RM150.00 : En. David Afong Tempat Ketiga RM100.00 : En. Sairul Hafezi Ag. Saidin

Jumlah pendapatan : RM1,590.00

Jumlah perbelanjaan : RM1,417.25 Baki (Untung) : RM172.75 Biro Rekreasi merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang menjayakan pertandingan

ini walaupun cuaca panas terik ketika pertandingan dilangsungkan. Selain itu, maklum balas yang diterima juga adalah sangat baik. Komen yang diterima adalah seperti berikut:

a. Terdapat permintaan supaya menganjurkan lagi aktiviti ini b. Semua peserta menghargai token yang diberikan iaitu makanan ringan dan minuman c. Semua peserta berpuas hati kerana semuanya menerima hadiah d. Dicadangkan supaya buat hadiah misteri kepada peserta yang paling banyak mendapat ikan

2. Pertandingan Memancing Tertutup KKSR

Dilaporkan bahawa atas permintaan ahli-ahli KKSR, aktiviti ini sekali lagi diadakan pada 25 Februari 2017 bertempat di Ko-Nelayan Kg. Trayong, Tuaran. Sebanyak 28 penyertaan diterima yang terdiri daripada ahli dan keluarga terdekat ahli KKSR. Keputusan pertandingan ini adalah seperti berikut:

Juara RM200.00 : En. Henry Kusnadi Naib Juara RM100.00 : En. Abdul Manan Miasin

Page 15: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

15

Tempat Ketiga RM75.00 : En. Rozaireen Yusop

Jumlah pendapatan : RM1,150.00

Jumlah perbelanjaan : RM1,145.00 Baki (Untung) : RM5.00 Biro Rekreasi merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang menjayakan pertandingan

ini. Semua peserta berpuas hati dengan pertandingan ini dan suasana sangat meriah dengan kehadiran anggota keluarga ahli-ahli KKSR.

3.2.4 Aktiviti yang dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan

Bil. Nama Program / Aktiviti Sebab-sebab

dibatalkan

Catatan

1. Berkelah & BBQ di Sg. Babagon, Penampang (Kg. Notorus).

Walaupun iklan telah dikeluarkan, namun tiada sambutan dari ahli. Oleh itu, aktiviti ini telah dibatalkan.

Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua ahli keluarga KKSR bereakreasi bersama-sama.

2. Berkelah di Pantai Tg. Lipat

Pada 1 Disember 2015, Biro Rekreasi telah mengiklankan satu lagi aktiviti iaitu berkelah di Pantai Tg. Lipat. Namun, aktiviti ini juga dibatalkan kerana tiada sambutan.

Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk menggantikan aktiviti berkelah & BBQ di Sg. Babagon yang telah dibatalkan.

3. Hiking Di Bukit Kg. Kopungit Memandangkan dua aktiviti berkelah tiada sambutan dari ahli KKSR, Biro Rekreasi sekali menganjurkan pula aktiviti ’Hiking Di Bukit Kg. Kopungit”. Tapi dibatalkan juga kerana tiada penyertaan.

4. Water Rafting (Kiulu

Aktiviti ini tidak berjaya diadakan kerana AJK Biro Rekreasi tidak sempat menganjurkannya.

5. Lawatan ke Pulau Tiga, Kuala Penyu

Aktiviti ini tidak berjaya diadakan

Page 16: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

16

kerana AJK Biro

Rekreasi tidak sempat menganjurkannya.

6. Lawatan ke Pulau Labuan Aktiviti ini tidak berjaya diadakan kerana AJK Biro Rekreasi kesuntukan masa.

Dicadangkan supaya aktiviti ini dilaksanakan oleh Exco KKSR sesi 2017/2019.

7. Lawatan ke Beaufort (Kota Klias)

Aktiviti ini tidak berjaya diadakan kerana AJK Biro Rekreasi tidak sempat

menganjurkannya.

3.3 BIRO KEBAJIKAN

3.3.1 Ahli Jawatankuasa Puan Bujiah Bt Rohimin – Pengerusi I Puan Wilhelminah Mabin - Pengerusi II Puan Rosmawati Binti Azhar - AJK Puan Nuraini Jamaluddin - AJK Puan Siti Noor Saindah Mohammad Jali - AJK

3.3.2 Mesyuarat Jawatankuasa

Oleh kerana lokasi setiap AJK Biro Kebajikan berbeza, perbincangan diadakan melalui group WhatsApp dari semasa ke semasa terutamanya jika ada isu-isu berbangkit.

3.3.3 Ringkasan Program dan Aktiviti

Bil. Nama Program /

Aktiviti

Penerangan

Aktiviti

Tempat Tarikh Catatan

1 Program Derma Darah 1 Diadakan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital

QEH

HQ 31 Mac 2016

2 Program Derma Darah 2 Diadakan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital QEH

HQ 12 Oktober 2016

3 Program Derma Darah 3 Diadakan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital QEH

HQ 2 Mac 2017

4 Pemberian Hadiah Harijadi

220 botol air tupperware diedarkan kepada

semua ahli KKSR

5 Pemberian Hadiah Perkahwinan

Memberi hadiah berbentuk Cek

Page 17: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

17

bernilai RM50

kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan pertama di LKM

6 Hadiah Kelahiran Anak Pertama

Memberi hadiah berbentuk Cek bernilai RM50 kepada ahli yang mendapat anak pertama di LKM

7 Sumbangan Kematian (Isteri / Suami / Anak ahli sahaja yang layak)

Sumbangan RM500.00 kepada ahli yang

mengalami kematian atau ahli keluarga yang terdiri daripada Suami/Isteri/Anak

8 Knowledge Sharing – Encik Jasni

Knowledge Sharing oleh En Jasni Yaakub “Tips Pengaturcaraan Majlis dan Pengucapan

Awam”

HQ 20 November 2015

8 Ceramah & Demonstrasi Kaedah Bacaan Alquran Menggunakan Teknik Haraki

Menjadi urusetia kepada ceramah membaca Al-Quran teknik Haraki

HQ 15 April 2016

9 Kelas Haraki Sepanjang Bulan Ramadhan

Menjadi urusetia dalam melaksanakan kelas membaca AlQuran teknik AlHaraki,

sebanyak 2 kelas di bentuk

HQ Sepanjang Ramadhan 2016

11 Pertandingan Selfie sempena Ramah Tamah Aidil Fitri LKM

Pertandingan Selfie sempena ramah tamah Aidilfitri 2016

HQ Hari Raya 2016 (22 Julai 2016)

12 Membangunkan Laman Web KKSR

2016

13 Lawatan ke Sekolah Dalam Hospital, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah

Menganjurkan lawatan ke sekolah dalam hospital pada

SDH HWKKS

7 Mac 2017

14 Kempen #1S1T –

Mengumpul Bahan Bacaan Dan Alat

Mengumpul Bahan

Bacaan Dan Alat Permainan untuk

HQ 20

Februari – 3 Mac

Page 18: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

18

Permainan disumbangkan

kepada SDH HWKKS sempena lawatan LKM ke sekolah tersebut

2017

15 Jualan kertas terpakai Biro Kebajikan telah melaksanakan aktiviti jualan kertas terpakai di mana hasil daripada aktiviti ini, biro kebajikan mendapat duit

sebanyak RM53.00. Duit ini dimasukkan ke dalam dana KKSR

2015/2017

3.3.4 Aktiviti yang dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan

Bil. Nama Program / Aktiviti Sebab-sebab

dibatalkan

Catatan

1 Larian Koko Penganjuran memerlukan modal yang besar dan

perlukan kerjasama dari agensi lain (PDRM / DBKK).

2 Tamu KKSR -Tarikh penganjuran yang dipilih bertindih dengan program lain. - kesukaran memilih tarikh baru memandangkan tarikh yang ‘available’ tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tapak (Giant Kolombong)

3.3.5 Laporan Terperinci dan Gambar-gambar Aktiviti

i. Laman Web KKSR

Laman web KKSR boleh di akses melalui, https://intranet.koko.gov.my >> Link Persatuan

Kesatuan >> Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi Ibu Pejabat

Page 19: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

19

ii. Kempen derma darah Kempen derma darah yang dijalankan pada setiap tahun merupakan kerjasama yang dilakukan oleh KKSR bersama Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth. Aktiviti ini

sebagai menunjukkan keprihatinan ahli KKSR terhadap pesakit yang memerlukan darah. Sepanjang tempoh 2015/2017 sebanyak 3 siri Kempen derma darah telah diadakan iaitu

pada 31 Mac 2016, 12 Oktober 2016 dan 2 Mac 2017 Biro Kebajikan bertindak sebagai urusetia bagi aktiviti ini. Sebagai urusetia, Biro Kebajikan telah melaksanakan tugas-tugas berikut : i. Menyediakan tempat ii. Menetapkan tarikh dengan persetujuan Unit Tabung Darah iii. Mewar-warkan aktiviti kepada semua penghuni Wisma SEDCO

Kos Pelaksanaan Tiada kos terlibat dalam penganjuran aktiviti ini. Berikut merupakan antara gambar sepanjang pelaksanaan aktiviti ini :

Page 20: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

20

iii. Knowledge Sharing

Sepanjang 2015/2017, Biro Kebajikan telah berjaya menganjurkan knowledge sharing yang

berkonsepkan dari ahli kepada ahli, bertajuk ”Tips Pengaturcaraan Majlis Dan Pengucapan Awam ” yang disampaikan oleh En. Jasni Yaakub. Pada mulanya aktiviti ini dicadangkan

dijalankan selama 1 jam pada waktu makan tengahari sahaja. Walaubagaimanapun, susulan daripada sambutan menggalakkan daripada ahli, Biro Kebajikan telah memohon daripada UPMI untuk menjadikan aktiviti ini sebagai ceramah rasmi dan direkodkan dalam Kursus Kakitangan LKM. Biro Kebajikan berterima kasih di atas kesudian UPMI merekodkan aktiviti ini sebagai kursus yang dihadiri oleh kakitangan LKM . Kos Pelaksanaan Aktiviti : Oleh kerana aktiviti ini dijadikan aktiviti rasmi seperti sesi ceramah lain yang dianjurkan oleh UPMI, pihak KKSR telah bersetuju memberikan saguhati berjumlah RM150.00 kepada penceramah.

Page 21: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

21

iv. Ceramah Mengenai Bacaan AlQuran Menggunakan Teknik Haraki

Biro Kebajikan menjadi urusetia penganjuran ceramah dan kelas bacaan aAlQuran menggunakan teknik Haraki seperti berikut : Program Ceramah atau preveiw membaca Quran Teknik Haraki telah diadakan di HQ pada 19 Mei 2016. Sesi ini dikendalikan oleh Pengasas Haraki, Ustaz Hj Zakaria Bin Nasiruddin. Sesi ini telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang kakitangan LKM. Sebagai urusetia, berikut merupakan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Biro Kebajikan: i. Menetapkan tarikh dan masa bersama penganjur ii. Mewar-warkan kepada semua ahli KKSR iii. Menyediakan tempat dan fasiliti yang diperlukan semasa ceramah

Tiada kos yang terlibat bagi melaksanakan aktiviti ini. Jamuan makan kepada penceramah selepas sesi ceramah adalah merupakan sumbangan ikhlas daripada 2 orang ahli KKSR.

v. Kelas Bimbingan Bacaan Alquran Menggunakan Teknik Haraki

Biro kebajikan sekali lagi telah menjadi urusetia menganjurkan kelas bimbingan Bacaan AlQuran sepanjang bulan Ramadhan tahun 2016. Kelas ini dikendalikan oleh Tn. Hj. Mohd Pozi Awang yang diadakan pada pukul 1.00 hingga 1.45 tengahari setiap hari, sepanjang Ramadhan. Seramai 18 orang ahli KKSR HQ dan KKIP mengikuti kelas ini. Sebagai urusetia, tugas yang dilakukan oleh Biro Kebajikan adalah seperti berikut: i. Mewar-warkan kelas bagi mendapatkan penyertaan ii. Menyusun / membahagikan peserta kepada 2 kumpulan kecil bagi memudahkan proses

pembelajaran. iii. Membuat tempahan bilik mesyuarat

Kos pelaksanaan Setiap peserta yang mengikuti kelas ini dikehendaki membeli buku berharga RM20.00. Walaubagaimanapun, urusan jual beli dilakukan terus oleh peserta dengan pengajar. Selain daripada itu, sebagai penghargaan kepada pengajar, setiap peserta telah mengambil

inisiatif mengumpul dan memberikan sumbangan ikhlas kepada pengajar kelas ini. Biro Kebajikan tidak mengeluarkan modal atau mengambil keuntungan daripada aktiviti ini.

vi. Pertandingan Selfie Raya

Pertandingan Selfie Raya merupakan aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri LKM pada 22 Julai 2016. Setiap gambar yang layak untuk menyertai pertandingan ini hendaklah diambil sepanjang majlis berlangsung. Pemenang pertandingan berdasarkan jumlah LIKE pada gambar yang di’upload’ di media sosial dengan hashtag #RayaLKM2016. Pemenang bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

Page 22: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

22

Pertama : Cik Jurini Gitir

Kedua : En. Jinus Juis Ketiga : Pn. Lucy Thomas Kesemua hadiah hamper ditaja sepenuhnya oleh KKSR.

vii. Kempen #1S1T dan Lawatan ke Sekolah Dalam Hospital

Biro Kebajikan telah menganjurkan aktiviti lawatan ke Sekolah Dalam Hospita (SDH)l pada 7 Mac 2017. Lawatan ini telah disertai oleh 15 ahli KKSR yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Exco-exco KKSR. Aktiviti ini tidak dapat dibuka kepada semua ahli atas permintaan pihak hospital yang hanya membenarkan

seramai 15 orang pelawat dalam satu-satu masa.

Page 23: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

23

Sekolah Dalam Hospital merupakan salah satu sekolah di bawah program/pendidikan Khas

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah ini dikendalikan oleh guru-guru KPM yang diberi latihan khusus untuk mengendalikan sesi P&P kepada kanak-kanak yang terpaksa tinggal lama di hospital untuk rawatan. Penyelia sekolah ini memaklumkan bahawa adakalanya berada di sekolah ini para guru bergelut dengan emosi kerana pelajar adalah di kalangan orang yang sakit tetapi mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Semasa lawatan, KKSR dapat melihat gambar-gambar para pelajar yang pernah bersekolah di SDH di mana ada di antaranya telah sembuh dan ada juga yang telah meninggal dunia. KKSR berkongsi keceriaan dengan sebahagian kanak-kanak yang belajar di sekolah tersebut dengan menyampaikan sumbangan yang diperolehi melalui #1S1T (1 Staff 1 Toy) yang telah dilancarkan 2 minggu sebelum tarikh lawatan. KKSR juga telah membawa bersama badut untuk menghiburkan kanak-kanak di sepanjang lawatan tersebut.

Kempen #1S1T

Kempen ini dijalankan bagi mengumpul sumbangan berupa alat permainan dan bahan bacaan untuk didermakan kepada SDH dan kanak-kanak yang sedang belajar di sekolah tersebut. Melalui kempen ini, Biro Kebajikan berjaya mengumpul sumbangan seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:

Sumbangan Jumlah

Wang Tunai RM804.00

Coklat 5kg

Alat Tulis dan Alat Permainan

4 Kotak (Anggaran)

Kesemua sumbangan tersebut telah diterima daripada 31 orang ahli KKSR (termasuk ahli

Pengurusan Kanan LKM) dan ditambah dengan dana yang dikeluarkan oleh KKSR seperti berikut :

Bil Perkara Jumlah

1 Kos pembelian coklat RM175.00

2 Kos pembelian kontena RM21.50

3 Bayaran perkhidmatan Clown RM200.00

4 Sumbangan tunai kepada pesakit dari kalangan

keluarga miskin

RM303.50

Jumlah RM700.00 Berikut merupakan antara gambar sepanjang pelaksanaan aktiviti ini :

Page 24: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

24

Page 25: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

25

Pada saat akhir iaitu semasa tarikh lawatan, KKSR tidak dapat kebenaran untuk masuk ke wad disebabkan berlaku jangkitan kuman di kalangan pesakit dalam wad. Pihak hospital bimbang jika pelawat menjadi pembawa selepas lawatan. Ini menyebabkan sumbangan tidak disampaikan terus kepada pesakit-pesakit di dalam wad. Walaubagaimanapun, pihak guru SDH telah menyampaikan sumbangan berkenaan dan gambar-gambar penyampaian sumbangan dalam wad telah dihantar kepada KKSR.

Page 26: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

26

Page 27: LAPORAN AKTIVITI SESI 2004/2005 - intranet.koko.gov.my aktiviti... · Pihak KKSR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas ahli-ahli KKSR yang prihatin dengan pihak

27

4.0 PENUTUP

Exco KKSR LKM Sesi 2015/2017 ingin mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada mantan Ketua Pengarah, Y.Bhg. Datuk Dr. Lee Choon Hui, Y.Bhg. Datin Norhaini Udin, Ketua Pengarah LKM, merangkap Penaung KKSR LKM, Pengurusan Kanan LKM, Majlis Sukan, Rekreasi & Kebajikan LKM, Pegawai-Pegawai Kanan LKM, Ahli KKSR LKM dan semua pihak yang terlibat di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan setiap aktiviti dan program yang dijalankan oleh KKSR LKM. Semoga KKSR LKM akan terus maju dan kekal dengan keharmonian. Teruskan menyokong KKSR LKM dengan sedikit pengorbanan dari segi masa, idea, tenaga dan wang ringgit.