Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

8
NAMA: ATIFAH RUZANA BINTI ABD WAHAB OPSYEN: PPISMP SAINS (SK) AMBILAN JUN 2014 KURSUS: SCE1034 BIOLOGI TAJUK EKSPERIMEN: SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN TARIKH EKSPERIMEN: 14 OGOS 2014 TARIKH MENGHANTAR LAPORAN: 28 OGOS 2014 NAMA PENSYARAH: PN. FITRI SHAWALIAH

Transcript of Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Page 1: Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

NAMA: ATIFAH RUZANA BINTI ABD WAHAB

OPSYEN: PPISMP SAINS (SK) AMBILAN JUN 2014

KURSUS: SCE1034 BIOLOGI

TAJUK EKSPERIMEN: SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

TARIKH EKSPERIMEN: 14 OGOS 2014

TARIKH MENGHANTAR LAPORAN: 28 OGOS 2014

NAMA PENSYARAH: PN. FITRI SHAWALIAH

Page 2: Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Tajuk

Mengkaji dan memerhati sel haiwan dan sel tumbuhan

Objektif

Memerhati dan mengira saiz sel epidermis bawang dan sel pipi

Bahan

Larutan metilena biru, larutan Iodin, pencungkil gigi, bawang besar

Radas

Mikroskop cahaya, forsep, pisau kecil, slaid kaca, penutup slaid kaca, penitis,

Prosedur

A. Mengkaji sel pipi1. Mulut pipi dikikis dengan berhati-hati menggunakan pencungkil gigi untuk

menyediakan sel pipi.2. Hasil kikisan tersebut diletakkan di slaid kaca.3. Setitis larutan metilena biru dititiskan di atas slaid kaca dan spesimen ditutup

dengan berhati-hati menggunakan penutup slaid kaca.4. Slaid kaca kemudiannya dialihkan di atas mikroskop cahaya untuk dikaji

menggunakan kanta kuasa rendah dan seterusnya kanta kuasa tinggi.5. Sel pipi dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti nukleus,

kromatin, membran sel dan sitoplasma dan setiap sel dikira.

Page 3: Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

B. Mengkaji sel bawang1. Bawang besar di potong menggunakan pisau kecil dan daun sisik ditanggalkan

daripada bawang besar tersebut.2. Lapisan epidermis bawang tanggalkan dan forsep digunakan untuk

menanggalkan lapisan epidermis itu dengan berhati-hati.3. Epidermis bawang itu diletakkan di atas slaid kaca.4. Setitis larutan Iodin dititiskan di atas slaid kaca dan spesimen ditutup dengan

berhati-hati menggunakan penutup slaid kaca. 5. Slaid kaca kemudiannya dialihkan di atas mikroskop cahaya untuk dikaji

menggunakan kanta kuasa rendah dan seterusnya kanta kuasa tinggi.6. Sel bawang dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti

vakuol dan dinding sel dan setiap sel dikira.

Page 4: Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Keputusan

A. Sel haiwan(sel pipi)

Bilangan sel:

Bilangan sel:

Page 5: Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

B. Sel haiwan (sel bawang)

Bilangan sel:

Bilangan sel:

Page 6: Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Kesimpulan

Sel pipi tidak mempunyai bentuk yang tetap dan tidak teratur. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap.

Soalan

1. Namakan jenis sel pada lapisan sel pipi.

Sel epitelium.

2. Mengapakah sel epidermal bawang tidak mengandungi kloroplasma?

Sel epidermal bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. Sel epidermal bawang berfungsi untuk menyimpan makanan. Proses fotosintesis adalah kemampuan tumbuhan hijau untuk membuat makanannya sendiri.

3. Nyatakan perbezaan dan persamaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

Sel haiwan Sel tumbuhan

Kedua-dua sel mengandungi nukleus, membran sel, mitokondria dan sitoplasma Mempunyai bentuk yang tidak tetap Mempunyai bentuk yang tetapTidak mempunyai dinding sel Mempunyai dinding selMempunyai vakuol yang sangat kecil Mempunyai vakuol yang besar

4. Mengapakah nukleus dikenali sebagai “control centre” bagi sel?

Nukleus dikenali sebagai “control centre” kerana nukleus mempunyai kromatin dan kromatin mengandungi DNA. DNA mengawal setiap aktiviti di dalam sel dan DNA mengandungi genetik kod setiap individu.

5. Apakah itu tisu?

Tisu ialah gabungan sel-sel yang serupa dan tersusun. Sel-sel ini bergabung untuk melaksanakan sesuatu fungsi yang khusus di dalam sistem yang tertentu.

Page 7: Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Robert Hooke sebagai “bapa sel”

Ahli sains yang pertama melihat sel adalah Robert Hooke pada tahun 1665. Robert Hooke telah menggunakan mikroskop yang diciptanya untuk melihat dinding sel gabus mati. Dinding sel gabus itu didapati terdiri daripada ‘kotak-kotak kecil’ yang seni. Struktur kotak kecil itu dinamakan sel. Penemuan Robert Hooke membuktikan bahawa semua organism terdiri daripada satu atau lebih sel. Sel merupakan unit asas struktur dan fungsi bagi semua organisma. Sel organisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Semua sel mempunyai membran sel yang menyelaputi protoplasma. Protoplasma terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Nukleus mengandungi kromosom dan nukleous serta diliputi oleh membran sel. Sitoplasma mengandungi pelbagai organel dan granul.

Organel yang terdapat dalam sitoplasma sel adalah nukleus, jalinan endoplasma, mitokondrion, jasad Golgi, vakuol dan kloroplas. Sel haiwan terdiri daripada membran plasma yang meliputi sitoplasma. Membran plasma bersifat separa tetap. Dalam sel haiwan terdapat organel seperti nukleus, mitokondrion, jalinan endoplasma, jasad Golgi, sentriol dan vakuol dalam sitoplasma. Sel tumbuhan terdiri daripada dinding sel yang terletak di luar membran plasma dan terbina daripapa gentian berselulosa. Dinding sel memberikan sokongan, ketegaran dan bentuk kepada sel tumbuhan. Dinding sel adalah telap sepenuhnya kepada air dan kebanyakan bahan terlarut. Sel tumbuhan tiada sentriol. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang besar. Membran yang meliputi vakuol disebut sebagai tonoplas san bersifat separa telap. Cecair yang terdapat dalam vakuol dinamakan sap sel.