Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

10
NAMA: ATIFAH RUZANA BINTI ABD WAHAB KURSUS: SCE1034 BIOLOGI TAJUK EKSPERIMEN: UJIAN MAKANAN TARIKH EKSPERIMEN: 4 OGOS 2014 TARIKH HANTAR LAPORAN: 18 OGOS 2014 NAMA PENSYARAH: DR. CHIAM SUN MAY

Transcript of Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

Page 1: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

NAMA: ATIFAH RUZANA BINTI ABD WAHAB

KURSUS: SCE1034 BIOLOGI

TAJUK EKSPERIMEN: UJIAN MAKANAN

TARIKH EKSPERIMEN: 4 OGOS 2014

TARIKH HANTAR LAPORAN: 18 OGOS 2014

NAMA PENSYARAH: DR. CHIAM SUN MAY

Page 2: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

Tujuan

Menguji kandungan makanan untuk kanji, karbohidrat, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lipid.

Hipotesis

Tepung mengandungi kanji, gula mengandungi dan gula penurunan, susu mengandungi gula bukan penurunan, albumin mengandungi protein, mentega dan minyak kelapa mengandungi lipid.

Pemboleh ubah

Pembolehubah manipulasi: Jenis sampel makanan dan bahan uji

Pembolehubah bertindak balas: Perubahan warna atas ujian makanan

Pembolehubah dimalarkan: Isipadu bahan uji

Radas

Tabung uji, rak tabung uji, penyepit, penitis, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, bikar, kasa dawai, pemetik api

Bahan

Tepung, gula, susu, albumin, mentega, minyak kelapa, larutan Iodin, larutan Benedict, larutan Etanol, asid hidroklorik, natrium hidrosikda, reagen Millon, kertas turas, air suling

Page 3: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

Prosedur

A. Ujian kanji 1. Tepung dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sampel

ujian.2. Beberapa titisan larutan Iodin dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.3. Perubahan pada warna diperhatikan dan dicatitkan ke dalam sebuah

jadual.

B. Ujian gula penurun 1. Gula dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sampel

ujian.2. Beberapa titisan larutan Benedict dititiskan ke dalam tabung uji

tersebut.3. Campuran di dalam tabung uji itu digoncang dan dipanaskan ke dalam

kukus air sehingga berubah warna.4. Perubahan pada warna diperhatikan dan dicatitkan ke dalam sebuah

jadual.

Page 4: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

C. Ujian gula bukan penurun 1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sampel

ujian.2. Cairan asid hidroklorik ditambah ke dalam tabung uji tersebut dan

dididihkan.3. Tabung uji tersebut dibiarkan sejuk pada keadaan suhu bilik.

Kemudian, tabung uji yang mengandungi asid itu dineutralkan dengan menambah natrium hidroksida.

4. Beberapa titisan larutan Benedict dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.

5. Tabung uji tersebut digoncang dengan perlahan sehingga campuran menjadi sebati.

6. Kemudian, tabung uji direndam di dalam kukus air sehingga perubahan warna dapat dikesan.

7. Perubahan pada warna diperhatikan dan dicatitkan ke dalam sebuah jadual.

D. Ujian protein 1. Sampel albumin dituangkan sedikit ke dalam tabung uji sebagai bahan

uji kaji.2. Beberapa titisan reagen Millon ditambah ke dalam tabung uji tersebut.

Page 5: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

3. Campuran tersebut dipanaskan di dalam kukus air sehingga berubah warna.

4. Perubahan pada warna diperhatikan dan dicatitkan ke dalam sebuah jadual.

E. Ujian lipid Ujian menggunakan kertas turas

1. Mentega diletakkan ke atas kertas turas.2. Perubahan pada kertas turas itu diperhatikan dan dicatitkan ke dalam

sebuah jadual.

Ujian menggunakan etanol

Page 6: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

1. Minyak kelapa dituangkan ke dalam tabung uji untuk dijadikan bahan uji kaji.

2. Larutan etanol dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.3. Perubahan pada warna diperhatikan dan dicatitkan ke dalam

sebuah jadual.

Keputusan Ujian

Sampel makanan Bahan uji Pemerhatian KesimpulanKanji Larutan Iodin Warna berubah

kepada biru gelap atau biru

kehitaman

Sampel makanan mengandungi

kanji

Karbohidrat Larutan Benedict Warna berubah kepada

mendakan merah bata

Sampel makanan mengandungi karbohidrat

Gula penurun Larutan Benedict Warna berubah kepada

mendakan merah bata

Sampel makanan mengandungi gula penurun

Gula bukan Larutan Benedict, Warna berubah Sampel makanan

Page 7: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

penurun asid hidroklorik, natrium

hidrosikda

menjadi mendakan merah

bata

mengandungi gula bukan

penurunProtein Reagen Millon Warna berubah

menjadi mendakan merah

bata

Sampel makanan mengandungi

protein

Lipid Kertas turas

Tompokan lutsinar dapat dikesan di atas

kertas turasSampel makanan

mengandungi lipid Larutan

EtanolSatu emulsi

lemak terbentuk di atas larutan

Perbincangan

Tepung sebagai sampel makanan untuk kanji bertukar menjadi warna biru gelap jika larutan Iodin dititiskan ke atas sampel makanan itu. Ini disebabkan iodin melekat kepada molekul beta amilosa kerana kelarutan mereka. Kanji menolak iodin ke dalam talian di tengah-tengah gegelung amilosa dan mewujudkan pemindahan caj antara iodin dan kanji. Ini menyebabkan perubahan dalam susunan elektron dan tahap penjarakkan. Jarak terwujud menyerap cahaya boleh dilihat secara berbeza dan mencipta warna biru gelap.

Susu sebagai sampel makanan untuk gula bukan penurun bertukar menjadi merah mendakan pada akhir ujian makanan tersebut. Susu mengandungi sukrosa. Sukrosa adalah gula bukan penurun dan tidak bertindak balas dengan Benedict secara terus. Asid hidroklorik digunakan untuk memecahkan ikatan glikosidik dalam sukrosa dan menyebabkan glukosa dan fruktosa akan memberikan keputusan yang positif. Oleh itu asid hidroklorik mesti dineutralkan menggunakan natrium hidrosikda terlebih dahulu sebelum menambah larutan Benedict untuk bertindak balas dengan sukrosa yang terhidrolisis.

Semasa saya melakukan eksperimen ujian makanan untuk protein, saya mengesan perubahan warna pada sampel makanan itu tidak sama berbanding dengan warna yang ditunjukkan oleh teori. Warna yang terbentuk bagi ujian protein itu adalah pekat dan gumpalan albumin terbentuk di dalam tabung uji itu tersebut. Setelah saya telah melakukan perbincangan dan mencari maklumat, saya mendapati perubahan itu disebabkan sampel makanan itu mengandungi protein yang sangat tinggi berbanding yang biasa. Gumpalan albumin yang mengandungi protein yang tinggi itu terbentuk kerana ia tidak dapat bertindak balas dengan isipadu kecil reagen Millon yang saya telah tuang ke tabung uji tersebut.

Kesimpulan

Dengan adanya bahan uji berbentuk bahan kimia, kita dapat mengenalpasti kandungan makanan yang mengandungi karbohidrat, kanji dan lain-lain. Tepung mengandungi kanji, gula mengandungi gula penurunan, susu mengandungi gula bukan penurunan, albumin mengandungi protein, mentega dan minyak kelapa mengandungi lipid. Hipotesis diterima.

Page 8: Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

Refleksi

Cikgu Chiam Sun May telah mengarahkan kami melakukan ekperimen dengan menguji lima bahan makanan dengan menggunakan lima jenis bahan uji. Tetapi, saya tidak dapat melaksanakan arahan cikgu Chiam kerana saya kesuntukan masa dan kekurangan bahan makanan yang ingin diuji.

Cabaran yang saya hadapi semasa menjalani eksperimen ini adalah saya tidak membawa sampel makanan yang mencukupi untuk di kaji. Oleh itu, saya mengatasi cabaran ini dengan meminta tolong dengan rakan sekelas saya untuk menjalankan eksperimen ini dengan meminta sampel makanan yang mereka bawa dengan kuantiti yang sikit.

Cabaran seterusnya yang saya hadapi ialah pegawai makmal tidak menyediakan radas tidak mencukupi. Oleh itu, saya melakukan konsep adaptasi terhadap radas itu. Saya menjalankan eksperimen dengan menggunakan dua tabung uji dan ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan uji kaji tersebut.

Cabaran yang terakhir yang saya hadapi ialah penggunaan internet untuk mencari maklumat. Demikian itu, saya membuat keputusan untuk membeli dan melanggan modem internet tanpa wayar untuk memudahkan urusan saya untuk mencari maklumat.

Refleksi saya terhadap eksperimen ini adalah saya berasa amat bersyukur untuk memiliki rakan yang sanggup menolong saya semasa saya dalam kesusahan. Selain itu, saya dapat menerapkan sikap bersabar semasa menunggu keputusan ujian makanan yang di kaji. Tambahan pula, saya juga dapat mengadaptasi penggunaan radas dengan membuat uji kaji mengikut jenis makanan satu per satu. Akhirulkalam, saya menyedari bahawa penggunaan internet amatlah penting untuk mencari maklumat pada zaman era sains dan teknologi ini.