laporan bengkel

3
Laporan Program Bina Insan Guru : Bengkel Pengurusan Pendidikan Pada 9 Mac yang lalu, bengkel pengurusan pendidikan telah dijalankan di IPGK Sultan Abdul Halim. Bengkel ini merupakan program wajib yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih semester lima. Bengkel ini disertai oleh tiga kumpulan pengajian iaitu Jabatan Pengajian Melayu, Pendidikan Seni Visual dan juga TESL. Penceramah bengkel ini merupakan pensyarah daripada unit kokurikulum iaitu Encik Khairul Azli bin Mat Zain. Sebelum program ini dijalankan, pelbagai persediaan telah direncanakan. Pelantikan ahli jawatankuasa pelaksana program telah kami jalankan pada bulan pertama sejurus sahaja kami memulakan sesi kuliah. Pelantikan jawatankuasa pelaksanan ini dipengerusikan oleh saya sendiri yang dibantu oleh beberapa rakan kelas yang lain. Walaupun rakan kelas ingin melantik saya bagi BIG kali ini, namun dengan rasa rendah diri saya merasakan tidak sepatutnya saya menjadi ketua untuk mereka sepanjang masa program. Saya merasakan kesemua rakan-rakan perlu diberi ruang dan peluang bagi menjadi seorang pemimpin. Oleh itu, Jackryson telah dipilih menjadi pengerusi manakala Mohd Saiful Othman telah dipilih menjadi setiausaha. Seterusnya, dalam fasa sebelum juga, penyediaan kertas kerja telah dibuat. Setiusaha memainkan peranan penting dalam menyiapkan kertas kerja ini. Jawatankuasa induk lain juga memainkan peranan penting bergerak menjalankan tugas masing-masing. Selanjutnya, tepat jam 8 pagi pada 9 Mac 2015, bermulalah bengkel ini. Namun, berlaku sedikit suasana tegang. Hal ini demikian kerana, masalah ini ditimbulkan oleh unit pengajian TESL yang dikatakan hanya menumpang menyertai kami dalam bengkel yang telah siap kami uruskan ini. Pensyarah daripada unit gerko memberi sedikit

description

laporan bengkel

Transcript of laporan bengkel

Laporan Program Bina Insan Guru : Bengkel Pengurusan Pendidikan

Pada 9 Mac yang lalu, bengkel pengurusan pendidikan telah dijalankan di IPGK Sultan Abdul Halim. Bengkel ini merupakan program wajib yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih semester lima. Bengkel ini disertai oleh tiga kumpulan pengajian iaitu Jabatan Pengajian Melayu, Pendidikan Seni Visual dan juga TESL. Penceramah bengkel ini merupakan pensyarah daripada unit kokurikulum iaitu Encik Khairul Azli bin Mat Zain. Sebelum program ini dijalankan, pelbagai persediaan telah direncanakan. Pelantikan ahli jawatankuasa pelaksana program telah kami jalankan pada bulan pertama sejurus sahaja kami memulakan sesi kuliah. Pelantikan jawatankuasa pelaksanan ini dipengerusikan oleh saya sendiri yang dibantu oleh beberapa rakan kelas yang lain. Walaupun rakan kelas ingin melantik saya bagi BIG kali ini, namun dengan rasa rendah diri saya merasakan tidak sepatutnya saya menjadi ketua untuk mereka sepanjang masa program. Saya merasakan kesemua rakan-rakan perlu diberi ruang dan peluang bagi menjadi seorang pemimpin. Oleh itu, Jackryson telah dipilih menjadi pengerusi manakala Mohd Saiful Othman telah dipilih menjadi setiausaha. Seterusnya, dalam fasa sebelum juga, penyediaan kertas kerja telah dibuat. Setiusaha memainkan peranan penting dalam menyiapkan kertas kerja ini. Jawatankuasa induk lain juga memainkan peranan penting bergerak menjalankan tugas masing-masing.Selanjutnya, tepat jam 8 pagi pada 9 Mac 2015, bermulalah bengkel ini. Namun, berlaku sedikit suasana tegang. Hal ini demikian kerana, masalah ini ditimbulkan oleh unit pengajian TESL yang dikatakan hanya menumpang menyertai kami dalam bengkel yang telah siap kami uruskan ini. Pensyarah daripada unit gerko memberi sedikit teguran supaya perkara sebegini tidak lagi akan berlaku. Pengurusan bengkel pada hari tersebut amat kucar-kacir. Hal ini demikian kerana, alatan yang tedapat di dalam dewan tidak berfungsi dengan baik. Hal ini ditambah lagi dengan jawatankuasa alatan daripada kelas pendidikan seni yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya. Teguran yang membina daripada pensyarah memberikan kesan yang positif dalam diri kami supaya tidak mengulangi kesilapan yang telah kami jalankan.

Seterusnya, terdapat pelbagai input yang diperolehi semasa bengkel dijalankan. Antaranya, golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian, peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telah pun dibuat pindaannya pada 2002. Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan perkhidmatan awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Selain itu, rasional peraturan tatatertib ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab, meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri dan menjaga imej perkhidmatan awam. Oleh itu, berdasarkan maklumat yang diberikan semasa bengkel ini sedikit sebanyak membuka minda saya untuk lebih beretika semasa di lapangan realiti kelak. Disiplin dan sahsiah diri perlu saya pelihara agar tidak disabitkan dengan pelbagai kesalahan.Akhir sekali, bengkel pengurusan pendidikan memberikan impak yang positif kepada saya sebagai seorang bakal guru. Pendedahan maklumat yang diberikan pada peringkat awal ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan untuk saya supaya tidak melakukan perkara negatif semasa menjadi kelak. Tindakan yang hendak diambil, memerlukan saya berfikir panjang supaya tidak disabitkan dengan perundangan yang membolehkan saya dilucutkan jawatan sebagai seorang. pendidik.