Laporan BIG sem 5

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SK PERMATANG TOK JAYA WAJ 3114: BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 NAMA PELAJAR : NURUL AFIFAH BT HJ ZAINAL ABIDIN NO. K/P : 910903 - 06 - 5124 KUMP.AKADEMIK : PISMP T3 PENGAJIAN MELAYU TAJUK : INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR TUTOR PERIBADI : PN ARBAKYAH BT HASSAN TARIKH SERAHAN : 28 FEBRUARI 2013

description

big sem 5,penanda aras,benchmarking

Transcript of Laporan BIG sem 5

Page 1: Laporan BIG sem 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG

LAPORAN

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK PERMATANG TOK JAYA

WAJ 3114: BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

NAMA PELAJAR : NURUL AFIFAH BT HJ ZAINAL ABIDIN

NO. K/P : 910903 - 06 - 5124

KUMP.AKADEMIK : PISMP T3 PENGAJIAN MELAYU

TAJUK : INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

TUTOR PERIBADI : PN ARBAKYAH BT HASSAN

TARIKH SERAHAN : 28 FEBRUARI 2013

Page 2: Laporan BIG sem 5

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

KE SK PERMATANG TOK JAYA (MODEL KHAS)

Pada 7 Februari 2013,satu lawatan penanda aras (bench-marking) ke SK

Permatang Tok Jaya (Model Khas Pulau Pinang) telah dijalankan oleh pelajar guru

Tahun 3 Pengajian Melayu bagi memenuhi tuntutan kursus WAJ 3114:Bina Insan Guru

Fasa 5.Antara rasional pemilihan SK Permatang Tok Jaya ini adalah kerana sekolah ini

memiliki pakej kecemerlangan selaku sekolah kluster kecemerlangan (fasa III) dan juga

salah satu sekolah model khas Pulau Pinang.Seramai 19 orang pelajar guru Tahun 3

Pengajian Melayu bersama 2 orang tutor peribadi telah mengikuti lawatan ini.Ketibaan

rombongan yang menaiki dua buah van IPG ini disambut mesra oleh Pengetua SK

Permatang Tok Jaya,En Juhari Bin Ahmad bersama empat penolong-penolong kanan

SK Permatang Tok Jaya.Selepas sesi pengenalan ringkas,pelajar guru dan kedua-dua

tutor peribadi dibawa untuk menikmati hidangan sarapan pagi sebelum sesi taklimat

bermula.

Slot taklimat yang pertama dikendalikan oleh Tuan Pengetua, En Juhari Bin

Ahmad.Taklimat beliau dimulakan dengan sesi berkenalan antara rombongan pelajar

guru dan tutor peribadi dan Jawatankuasa Tertinggi SK Permatang Tok Jaya.

Seterusnya beliau meminta pelajar guru mengajukan soalan-soalan bagi mendapatkan

skop informasi yang dikehendaki sesuai dengan tuntutan Program BIG Fasa 5

ini.Antara soalan-soalan yang diajukan termasuklah pengurusan sekolah,infrastruktur

dan infostruktur kurikulum di sekolah,ciri-ciri kempimpinan yang diamalkan dan iklim di

SK Permatang Tok Jaya ini.Selain itu,soalan-soalan seperti takrifan kluster,bagaimana

pengurusan gabungan 3 jenis sekolah dalam satu pagar dan keistimewaan SK

Permatang Tok Jaya ini turut diajukan.

Page 3: Laporan BIG sem 5

Selain Tuan Pengetua,seterusnya slot-slot lain turut diisi oleh penolong-penolong

kanan beliau merangkumi Penolong Kanan Pentadbiran;En Abdul Rahim Bin

Saleh,Penolong Kanan HEM;En Yahaya bin Wan Chik,Penolong Kanan

Kokurikulum;En Azhar Aminullah Bin Ariffin,Penolong Kanan Sekolah Rendah;Puan

Khalija Bt Abdul Hamid dan Penolong Kanan Pendidikan Khas;En Yuffop Bin Ibrahim.

Walau bagaimanapun laporan ini difokuskan berkenaan Infrastruktur dan Infostruktur

Kurikulum di Sekolah.Intipati taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua dan

penolong-penolong kanan SK Permatang Tok Jaya dengan tambahan dapatan

informasi luar adalah seperti berikut :

1.0 Kluster

Sekolah Kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenalpasti

cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan

kemenjadian murid.Antara prasyarat bergelar sekolah kluster ialah sekolah

memiliki Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam dengan mata 2.0

ke bawah selama tiga tahun berturut-turut.Pemimpin sekolah kluster juga mesti

menepati syarat sebagai pemimpin cemerlang (DG52 bagi pengetua,DGA 36

bagi guru besar) dan guru-gurunya juga terdiri daripada guru cemerlang.Dalam

konteks SK Permatang Tok Jaya,terdapat 3 orang guru cemerlang dan 4 guru

inovatif Pendidikan Khas (Program Al Khaira).Kluster juga membawa maksud

kebitaraan.Setiap sekolah kluster memiliki dua jenis kebitaraan iaitu kebitaraan

akademik dan kebitaraan kokurikulum.SK Permatang Tok Jaya merupakan

sekolah kluster akademik Pendidikan Islam dan kluster kokurikulum Seni dan

Budaya.

Sejumlah RM 50 000 diperuntukkan oleh kerajaan bagi membangunkan sekolah

kluster dan antara kemenjadian yang terhasil di SK Permatang Tok Jaya ini

dalam kedua-dua jenis kebitaraan tersebut adalah pembangunan prasarana

pendidikan islam seperti tapak simulasi haji,manakala untuk kebitaraan seni dan

budaya,pasukan boria SK Permatang Tok Jaya berjaya membuat persembahan

Page 4: Laporan BIG sem 5

di luar negara iaitu di negara Thailand selain memenangi Pertandingan Tarian 1

Malaysia Peringkat Kebangsaan.

2.0 Model Khas

Terdapat kira-kira 11 sahaja sekolah model khas di seluruh Malaysia.Antara ciri-

ciri sekolah model khas ialah gabungan sekolah rendah,sekolah menengah dan

pendidikan khas

3.0 Maklumat Umum Sekolah

3.1 Visi Sekolah

SMKPTJ Gemilang 2013

3.2 Misi Sekolah

Membentuk Insan Berilmu,Berakhlak dan Berketerampilan

3.3 Matlamat Sekolah

1. Mendidik pelajar dengan keperibadian islam

2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi

3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti , sahsiah

dan kepimpinan

4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam

pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

Page 5: Laporan BIG sem 5

4.0 Infrastruktur Kurikulum

SK Permatang Tok Jaya ini memiliki keluasan tapak sebanyak 9.7 ekar yang

memuatkan secara keseluruhannya 36 buah bilik darjah,6 buah makmal,8 buah

bengkel,4 buah bilik pendidikan khas,1 makmal komputer,1 bilik muzik sekaligus

studio tarian,1 pusat sumber,2 stor sukan,1 surau, gelanggang sepak takraw,

gelanggang bola tampar, gelanggang petanque, asrama puteri dan putera serta

kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti kantin,padang,bilik guru dan

sebagainya.

Antara kelebihan infrastruktur kurikulum yang terdapat di sekolah ini adalah

sekolah ini memiliki Dataran Haji iaitu model kaabah dan persekitaran untuk

melaksanakan ibadah haji bagi memudahkan pemahaman murid berkenaan cara

melaksanakan ibadah haji dengan pendekatan simulasi.Selain itu,untuk

kebitaraan seni dan budaya,sekolah ini memilikim sebuah studio tarian lengkap

dengan pelbagai alat-alat muzik di bilik muzik.Di bahagian hadapan sekolah ini

turut jelas terpampang arca yang melambangkan dua kebitaraan sekolah yakni

pendidikan islam dan seni budaya.

5.0 Infostruktur Kurikulum

Selaku sekolah kluster akademik pendidikan islam,