Laporan BIG Semasa

5
LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 6 Selepas perbincangan yang dilakukan bersama pensyarah pembimbing, kami mencari tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program Bina Insan guru ini. Ini menjadi satu masalah kerana pelajar semester 6 terlibat dengan pelbagai program lain seperti lawatan persatuan, pertandingan Drama anjuran jabatan Bahasa. Dan juga praktikum fasa 2. Halangan-halangan ini membantutkan usaha kami untuk melaksanakan Bina Insan Guru dengan kadar segera. Selepas beberapa mensyuarat dijalankan, satu tarikh telah dipilih bagi menjalankan Bina Insan Guru Fasa 6: Bengkel dan Majlis Penutupan Rasmi. Pada 17 Oktober 2015 iaitu hari Sabtu yang lepas, satu program iaitu Bengkel Dan Majlis Penutupan Rasmi Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 telah diadakan di Balai Ilmu dan Balai Siswa (Balsis). Para pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada 162 orang pelajar PISMP Semester 6. Terdapat lapan opsyen yang terlibat dalam program ini iaitu opsyen TESL (SK), TESL (SJKC), RBT (SK), RBT (SJKC), RBT (SJKT), PP (SJKC), PP (SJKT) dan BC (SK). Program ini terbahagi kepada dua; pameran gambar-gambar serta folio BIG dari Semester 1 sehingga Semester 6 di Balsis dan ceramah serta majlis penutupan BIG di Balai Ilmu. Program ini telah dijalankan dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Pada hari tersebut, pendaftaran pelajar Semester 6 telah diadakan pada pukul 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi. Setiap pelajar yang hadir untuk program tersebut dikehendaki untuk menanda tangan pada senarai kehadiran pelajar. Mereka juga telah mendapat sebuah tuala kecil sebagai tanda penghargaan. Penyelaras program BIG iaitu Encik Razali bin Hashim serta wakil tutor iaitu Puan Balkkis Binti Abdul Aziz telah sampai pada pukul 8.00 pagi. Master Of Ceremony (MC) untuk majlis tersebut ialah Tan Meng Sean dari kelas TESL (SJKC) dan Sivaneswari A/P Karrupiah dari kelas RBT (SJKT). Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan nyanyian lagu Insitut Pendidikan Guru (IPG). Setelah nyanyian lagu Negaraku dan lagu IPG, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Nik Muhammad Faiq dari kelas RBT (SK). Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Majlis Penutupan oleh penyelaras BIG iaitu Encik Razali. Sesi pertama

description

big

Transcript of Laporan BIG Semasa

Page 1: Laporan BIG Semasa

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 6

Selepas perbincangan yang dilakukan bersama pensyarah pembimbing, kami mencari

tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program Bina Insan guru ini. Ini menjadi satu masalah

kerana pelajar semester 6 terlibat dengan pelbagai program lain seperti lawatan persatuan,

pertandingan ‘Drama” anjuran jabatan Bahasa. Dan juga praktikum fasa 2. Halangan-halangan

ini membantutkan usaha kami untuk melaksanakan Bina Insan Guru dengan kadar segera.

Selepas beberapa mensyuarat dijalankan, satu tarikh telah dipilih bagi menjalankan Bina Insan

Guru Fasa 6: Bengkel dan Majlis Penutupan Rasmi.

Pada 17 Oktober 2015 iaitu hari Sabtu yang lepas, satu program iaitu ‘Bengkel Dan

Majlis Penutupan Rasmi Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6’ telah diadakan di Balai Ilmu dan Balai

Siswa (Balsis). Para pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada 162 orang pelajar

PISMP Semester 6. Terdapat lapan opsyen yang terlibat dalam program ini iaitu opsyen TESL

(SK), TESL (SJKC), RBT (SK), RBT (SJKC), RBT (SJKT), PP (SJKC), PP (SJKT) dan BC (SK).

Program ini terbahagi kepada dua; pameran gambar-gambar serta folio BIG dari Semester 1

sehingga Semester 6 di Balsis dan ceramah serta majlis penutupan BIG di Balai Ilmu. Program

ini telah dijalankan dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Pada hari tersebut, pendaftaran pelajar Semester 6 telah diadakan pada pukul 7.00 pagi

sehingga 7.30 pagi. Setiap pelajar yang hadir untuk program tersebut dikehendaki untuk

menanda tangan pada senarai kehadiran pelajar. Mereka juga telah mendapat sebuah tuala

kecil sebagai tanda penghargaan. Penyelaras program BIG iaitu Encik Razali bin Hashim serta

wakil tutor iaitu Puan Balkkis Binti Abdul Aziz telah sampai pada pukul 8.00 pagi. ‘Master Of

Ceremony’ (MC) untuk majlis tersebut ialah Tan Meng Sean dari kelas TESL (SJKC) dan

Sivaneswari A/P Karrupiah dari kelas RBT (SJKT). Majlis telah dimulakan dengan nyanyian

lagu Negaraku dan nyanyian lagu Insitut Pendidikan Guru (IPG). Setelah nyanyian lagu

Negaraku dan lagu IPG, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Nik Muhammad Faiq dari

kelas RBT (SK). Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Majlis Penutupan oleh

penyelaras BIG iaitu Encik Razali.

Sesi pertama

Page 2: Laporan BIG Semasa

Selepas ucapan tersebut, wakil-wakil kelas yang menjaga ‘booth’ pameran dari kelas

TESL (SK), TESL (SJKC), BC (SK) dan BC (SJKC) telah pergi ke Balsis. Encik Razali telah

melawat tempat pameran tersebut dan wakil dari kelas-kelas tersebut telah menerangkan

tentang bahan yang telah dipamerkan. Pameran yang diakan betujuan untuk mempamerkan

gambar-gambar sepanjang Bina Insan Guru yang telah diadakan sepanjang 6 semester.

Di Balai Ilmu pula, majlis telah diteruskan dengan ceramah ‘Bengkel Guru Inovatif’ oleh

Puan Hajah Rozita Binti Haji Paiman, guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Batu Pahat.

Tajuk ceramah beliau ialah ‘Kecemerlangan Diri Guru’. Beliau berpangkat DG 44 dan telah

mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan dari ‘Open University Malaysia’ (OUM). Setelah itu, beliau

telah menyambungkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan telah

mendapat Sarjana Pendidikan. Beliau telah berkongsi pemgalaman beliau sepanjang menjadi

seorang guru dan memberitahu para pelajar tentang aktiviti-aktiviti yang telah beliau jalankan di

sekolah. Ceramah beliau telah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengalaman

seseorang guru di sekolah. Ceramah tersebut telah habis pada pukul 11.00 pagi.

Sesi kedua

Selepas ceramah daripada Puan Hajah Rozita, majlis teruskan dengan pembentangan

guru pelatih mengenai ‘Benchmarking’ Guru Cemerlang. Terdapat empat kelas yang telah

membentangkan ‘PowerPoint’ tentang ‘Benchmarking’ Guru Cemerlang iaitu kelas RBT (SK),

RBT (SJKT), PP (SJKC) dan juga PP (SJKT). Wakil dari setiap kelas tersebut telah

membentangkan tentang keseluruhan dapatan dari soal selidik dengan guru cemerlang yang

telah dijalankan semasa praktikum fasa dua. Mereka telah berkongsi tentang biodata guru

cemerlang serta akitiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh guru cemerlang di sekolah.

Pembentangan tersebut telah memakan masa selama satu jam dan telah habis pada pukul

12.00 tengah hari.

Sesi ketiga

Para pelajar telah diberikan rehat pada pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 2.00

petang. Makanan juga telah disediakan untuk setiap pelajar dan para pensyarah. Pada pukul

2.00 petang sehingga 4.00 petang, majlis diteruskan dengan ketibaan pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) iaitu Dr. Hamzah Bin Ihsan serta

pensyarah-pensyarah dan tutor-tutor setiap opsyen Semester 6. Majlis diteruskan dengan

tayangan video kenangan Program BIG selama enam semester oleh para guru pelatih

semester 6. Selepas tayangan video, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi iaitu

Page 3: Laporan BIG Semasa

Muhammad Zahin Bin Ibrahim dan ucapan wakil pensyarah iaitu Puan Khalidah Binti Khalid.

Setelah itu, Dr Hamzah selaku pengarah IPTHO telah memberikan ucapan Penutupan Program

BIG Fasa 6. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada pengarah, pensyarah

serta tutor setiap opsyen. Para pelajar telah menanda tangan senarai kehadiran pelajar

sebelum balik ke asrama.

Sebagai kesimpulan, program ‘Bengkel Dan Majlis Penutupan Rasmi Bina Insan Guru

(BIG) Fasa 6’ telah berjalan dengan lancar. Walau bagaimana pun, terdapat 38 orang pelajar

yang tidak hadir semasa sesi petang program tersebut. Pelajar-pelajar ini perlu menulis surat

tunjuk sebab kenapa mereka tidak dapat menghadirkan diri. Sebahagian dari 38 orang yang

tidak hadir ini, beberapa orang dari mereka mewakili IPG Kampus Tun Hussein Onn ke Perlis,

dan beberapa dari mereka menguruskan jamuan untuk tetamu khas. Selebihnya, tidak hadir

tanpa sebab yang diketahui sewaktu itu. Tanpa sebab yang kukuh, pelajar ini akan dikenakan

tindakan yang tegas dari pihak Hal Ehwal Pelajar.

Page 4: Laporan BIG Semasa

Pameran Bina Insan Guru Fasa 6

Disediakan oleh,

________________________

NOR SYUHADA BINTI ISMAIL,

SETIUSAHA,

BINA INSAN GURU FASA 6,

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,

JOHOR.