Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

28
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM WAJ 3143 BINA INSAN GURU FASA 3 NAMA PELAJAR : LIM CHING YEE NO. K.P. : 941114-01-5070 OPSYEN : 3 PISMP BM/PJ/SJ NAMA MENTOR : PUAN HAJAH ROHAYA A. RAZAK TARIKH PROGRAM BIG : 22 JANUARI 2015 & 5 FEBRUARI 2015 LOKASI PELAKSANAAN : IPGKTI

description

3PPISMP

Transcript of Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

Page 1: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

WAJ 3143 BINA INSAN GURU

FASA 3

NAMA PELAJAR : LIM CHING YEE

NO. K.P. : 941114-01-5070

OPSYEN : 3 PISMP BM/PJ/SJ

NAMA MENTOR : PUAN HAJAH ROHAYA A. RAZAK

TARIKH PROGRAM BIG : 22 JANUARI 2015 & 5 FEBRUARI 2015

LOKASI PELAKSANAAN : IPGKTI

Page 2: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN

PROFORMA KURSUS

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 KERTAS KERJA

3.1 Khidmat Kemasyarakatan

3.2 Bengkel

4.0 LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN

4.1 Laporan Aktiviti

4.2 Isu/Masalah

4.3 Analisis SWOT

4.4 Refleksi Kendiri

5.0 LAPORAN BENGKEL

5.1 Laporan Aktiviti

5.2 Isu/Masalah

5.3 Analisis SWOT

5.4 Refleksi Kendiri

6.0 PENUTUP

LAMPIRAN

Page 3: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Tiga merupakan suatu program yang

mencakupi satu aktiviti khidmat kemasyarakatan dan satu aktiviti bengkel tentang etiket

sosial dan protokol. Melalui program ini, pelajar diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan

citra diri seseorang insan guru, pembinaan jati diri, membina daya saing yang tinggi di

samping mampu membuat refleksi kendiri dalam menghadapi cabaran dalam profesion

perguruan.

Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi

kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa. Elemen-elemen intelek, jasmani,

rohani dan emosi telah diberi penekanan dalam proses pembentukan insan guru yang

menyeluruh dan seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Menurut Bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah

Badawi, ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah

menegaskan bahawa pendidikan kepada pembangunan modal insan haruslah secara

holistik iaitu menyeluruh dan bersepadu. Beliau menekankan pembangunan ilmu

pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan nilai etika

serta moral yang tinggi. Justeru, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh

untuk melahirkan modal insan yang digelar guru.

Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang

kepentingan khidmat kemasyarakatan serta etiket sosial dan protokol. Bakal-bakal guru

akan dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya

keguruan di samping dapat mengikut dan mematuhi etiket sosial dan protokol demi

menjaga imej sebagai seorang warga pendidik. Melalui program BIG ini, mereka akan

didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan

bertanggungjawab terhadap profesion perguruan, masyarakat dan negara yang dicintai

sementara meningkatkan motivasi kerjaya keguruan melalui penghayatan etiket sosial

dan protokol dalam kalangan guru pelatih. Oleh itu, diharapkan bahawa semua guru

pelatih akan mendapat manfaat daripada program BIG ini dan mengaplikasikan apa

yang dipelajari sepanjang program ini pada masa yang akan datang.

Page 4: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

2.0 OBJEKTIF

Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar dapat:

i. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan

situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan

masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan

penambahbaikan secara berterusan.

ii. menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

komuniti dan kepentingan etiket sosial dan protokol.

iii. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan.

iv. Merancang, melaksanakan, memimpin program, bekerjasama dan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

v. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan

berkesan.

vi. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi,

rohani dan sosial.

Page 5: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

3.0 KERTAS KERJA

Page 6: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

4.0 LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN

4.1 LAPORAN AKTIVITI

Pada 22 Januari 2015, kelas kami 3 PISMP BM yang terdiri daripada 21 orang

siswa-siswi telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Rumah Cheshire yang terletak

di Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Pada pukul 8.30 pagi, kami telah berkumpul

bersama-sama mentor kami, Puan Rohaya di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus

Temenggong Ibrahim untuk menaiki bas ke Rumah Cheshire. Kami juga telah

menyediakan buah tangan seperti beras, biskut dan limau untuk dihadiahkan kepada

Ruah Cheshire. Setelah memastikan kehadiran siswa-siswi mencukupi, kami pun

bertolak dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menabur bakti kepada

masyarakat.

Dalam masa lebih kurang 15 minit, kami tiba di Rumah Cheshire. Ketibaan kami

di sana disambut oleh Encik Singh, pengurus Rumah Cheshire dengan senyuman yang

mesra. Kami menghadiahkan buah tangan yang dibawa kepada beliau dan beliau

kelihatan sangat gembira sekali. Encik Singh kemudiannya telah membahagikan kami

kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan perempuan dan kumpulan lelaki. Kumpulan

perempuan dipertanggungjawabkan untuk membersihkan dorm penghuni perempuan

sementara kumpulan lelaki pula membersihkan dorm penghuni lelaki. Peralatan

membersih seperti baldi, mop, penyapu dan kain pula telah disediakan oleh pekerja-

Semua guru pelatih berkumpul di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) sambil menanti ketibaan bas

Guru-guru pelatih bekerjasama membawa buah tangan untuk dihadiahkan kepada Rumah Cheshire

Page 7: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

pekerja di sana. Dengan itu, tanpa melengahkan masa lagi, kami pun bergerak menuju

ke dorm-dorm tersebut untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.

Kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan mengelap kipas dan tingkap-tingkap

kaca di dalam dorm. Kami dapat melakukan kerja dengan lancar sekali. Semasa

membersihkan dorm, kami sempat bergaul dengan penghuni-penghuni dorm tersebut.

Walaupun pertama kali bertemu, penghuni-penghuni dorm tidak segan untuk bertegur

sapa dengan kami. Malah, ada penghuni yang sempat mengucapkan selamat tahun

baharu kepada kami menyebabkan kami berasa sungguh terharu. Mereka juga sangat

bertimbang rasa dan langsung tidak mengganggu kerja-kerja pembersihan yang kami

lakukan. Hasilnya, dalam masa yang singkat sahaja, kesemua kipas dan tingkap telah

habis dilap.

Guru-guru pelatih tekun mendengar arahan Encik Singh semasa pembahagian tugas pembersihan

Guru-guru pelatih meninjau keadaan dorm sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan

Guru-guru pelatih sedang mengisi air di dalam baldi untuk memulakan kerja-kerja mengelap tingkap dan kipas

Guru-guru pelatih mengelap tingkap kaca dengan teliti dan cermat supaya tangan tidak terluka

Page 8: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

Seterusnya, kami meneruskan kerja-kerja pembersihan dengan menyapu dan

mengemop lantai di dalam dorm dan ruang koridor di luar dorm. Kami mendapati lantai

di dalam dorm sangat bersih dan tidak banyak sampah. Senario ini menunjukkan

bahawa pihak pengurusan di Rumah Cheshire sangat menjaga kebersihan dan

keselesaan penghuni-penghuni di sini. Tugas menyapu dan mengemop lantai juga

disiapkan dengan pantas kerana wujudnyanya kerjasama yang baik dalam kalangan

kami. Kami berasa gembira dan berpuas hati melihat lantai yang bersih dan berkilat

selepas selesainya tugas-tugas pembersihan.

Seterusnya, kami dipelawa oleh Encik Singh untuk berehat dan melepaskan

penat di dewan Rumah Cheshire. Kami turut dijamu biskut dan minuman untuk mengisi

perut. Semasa berehat di dalam dewan, kami mengambil kesempatan untuk beramah

mesra dengan penghuni-penghuni Rumah Cheshire. Mereka kelihatan sangat gembira

dengan lawatan kami ke rumah mereka. Dalam masa yang singkat sahaja, kami telah

menjadi rapat dengan penghuni-penghuni rumah tersebut. Topik perbualan kami juga

semakin banyak dan pelbagai. Ada pula rakan-rakan yang mengambil gambar bersama-

sama dengan penghuni Rumah Cheshire sebagai kenang-kenangan.

Sementara menunggu ketibaan bas, kami sempat mengunjungi koperasi Rumah

Cheshire. Kami berasa kagum melihat pelbagai jenis barang yang dijual di sana dengan

harga yang murah. Antara barangan yang dijual adalah seperti novel, pakaian, barang

perhiasan dan sebagainya. Kami difahamkan bahawa sebarang pembelian yang kami

lakukan merupakan derma kepada Rumah Cheshire. Oleh itu, ramai di antara kami yang

Guru-guru pelatih sedang beramah mesra dengan penghuni Rumah Cheshire

Guru-guru pelatih bergambar dengan penghuni Rumah Cheshire yang ceria dan gembira

Page 9: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

berpusu-pusu membeli barangan yang diminati oleh mereka. Hal ini membuatkan

penghuni-penghuni Rumah Cheshire berasa sangat gembira.

Akhirnya sebelum bertolak pulang ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim, kami

telah bergambar dengan Encik Singh. Ketua Opsyen kami, Chew Chin Joo telah

menghadiahkan cenderamata kepada beliau sebagai kenangan. Setelah selesainya sesi

penggambaran, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada penghuni-penghuni

Rumah Cheshire dan Encik Singh. Aktiviti kemasyarakatan di Rumah Cheshire telah

menjadi pengalaman baru dalam hidup kami yang tak mungkin dapat kami lupakan.

Guru-guru pelatih sedang membelek buku-buku yang dijual dengan harga yang murah di koperasi Rumah Cheshire

Sesi penggambaran antara Encik Singh dengan guru-guru pelatih sebagai kenang-kenangan sebelum berpisah.

Page 10: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

4.2 ISU/ MASALAH

Antara masalah yang kami hadapi adalah seperti berikut:

Kesuntukan masa

Kekurangan peralatan

4.3 ANALISIS SWOT

4.3.1 KEKUATAN

1. Saling bekerjasama dalam menyiapkan kerja-kerja pembersihan.

2. Memahami tugasan yang diberi oleh pihak pengurusan

3. Mempunyai sikap kolaboratif dalam membahagikan tugasan yang

diagihkan oleh pihak pengurusan Rumah Cheshire.

4. Menunjukkan kasih sayang dan empati terhadap warga-warga Rumah

Cheshire.

4.3.2 KELEMAHAN

1. Guru pelatih tidak begitu cekap dalam melakukan kerja-kerja

pembersihan.

2. Guru pelatih mudah berasa penat dan lesu dalam aktiviti

kemasyarakatan tersebut.

3. Berlaku masalah pengagihan tugasan atas kekurangan peralatan.

4.3.3 PELUANG

1. Berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

2. Berpeluang untuk memahami kesusahan dalam menguruskan rumah

kediaman untuk golongan istimewa.

3. Berpeluang untuk cuba memahami dan menghargai golongan

istimewa sebagai insan yang berguna kepada masyarakat.

4.3.4 ANCAMAN

-Tiada-

Page 11: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)
Page 12: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

4.4 REFLEKSI KENDIRI

Bagi program Bina Insan Guru Fasa 3, opsyen kami, 3 PISMP BM telah

mengambil keputusan untuk menganjurkannya di Rumah Cheshire Johor pada 22

Januari 2015. Aktiviti kemasyarakatan ini bertujuan untuk memupuk sifat keprihatinan

guru pelatih dan kesedaran tentang kepentingan untuk berkhidmat kepada komuniti.

Pada zaman globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat menyebabkan generasi

muda termasuk guru-guru pelatih semakin mengabaikan golongan yang tidak bernasib

baik serta kurang upaya di sekitar kita. Program khidmat masyarakat kali ini memberi

kesempatan baik kepada kami semua untuk menyumbangkan sedikit tenaga dan kasih

sayang kepada m ereka yang kurang bernasib baik.

Saya selaku AJK persembahan telah melaksanakan tugas dengan

bertanggungjawab bersama dengan rakan sekumpulan saya, Chong Shu Ting. Setelah

berbincang, kami telah merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti yang akan

dijanlankan pada hari tersebut. Kami juga berhubung dengan pihak pengurus Rumah

Cheshire sebelum mengunjung ke sana untuk memastikan tarikh dan masa yang kami

tetapkan betul. Hal ini dapat memastikan aktiviti yang kami rancangkan dapat

dilaksanakan dengan lancar pada hari berkenaan. Kami juga mendapat komitmen yang

tinggi daripada semua pihak.

Aktiviti kemasyarakatan pada hari ini cukup bermakna dan memberi pengalaman

yang berfaedah kepada saya. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya tidak berasa

penat atau jemu. Sebaliknya, saya bersemangat dan rela hati untuk berkhidmat kepada

mereka. Saya bekerjasama dengan rakan-rakan sekuliah untuk membersihkaan tempat

penginapan warga-warga Rumah Cheshire serta mengemaskan barang-barang lama

dalam stor mereka. Saya juga membeli bukan dan kraf tangan hasil penghuni Rumah

Cheshire sebagai galakan dan sokongan kepada mereka. Dengan berinteraksi dengan

warga-warga Rumah Cheshire, saya berasa bersyukur kerana jika berbanding dengan

mereka, kehidupan saya sekarang adalah lebih bahagia. Saya telah dikurnia Tuhan

mental dan fizikal yang sempurna. Kini, saya lebih menghargai apa yang saya ada buat

masa ini dan sentiasa berterima kasih kepada Tuhan dan ibu bapa.

Objektif progrom kemasyarakatan ini telah dicapai kerana saya dapat menimbul

rasa empati dan kasih sayang terhadap warga-warga Rumah Cheshire apabila

berkomunikasi dengan mereka. Ketidaksempurnaan yang ada pada mereka

Page 13: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

meyebabkan mereka hanya dapat melakukan aktiviti yang senang dan sesetengah

yang tidak dapat menyampaikan mesej dengan jelas. Antara penghuni yang paling

mempengaruhui saya ialah Tay yang menghadapi penyakit Down Sindram. Dia

beramah mesra dengan kami dan suka mengulangi isi yang sama semasa

percakapannya. Walau bagaimanapun, saya dan kawan-kawan mendengar kata-

katanya dengan penuh kesabaran dan memberi respon kepadanya. Pengalaman ini

merupakan satu peluang bagi saya untuk meningkat kualiti diri sendiri di samping

membina jati diri yang berhemah tinggi.

Melalui aktiviti ini, saya mendapati bahawa saya menjadi semakin tabah semasa

menghadapi cabaran dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa

golongan kurang upaya juga mampu meneruskan kehidupan mereka dengan penuh

bersemangat apatah lagi saya yang dikurniai otak yang sempurna. Dengan memegang

jawatan sebagai AJK persembahan, saya turut dapat belajar membahagaikan masa dan

tugasan kepada setiap orang secara adil dan berkesan. Saya sentiasa memastikan

aktiviti dijalankan dengan lancar serta mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

Nilai- nilai murni yang dapat disemai dalam diri saya selepas menyertai program ini ialah

bertoleransi, bekerjasama, sabar, bersopan santun dan menepati masa.

Sepanjang program khidmat masyarakat ini dijalankan, saya telah memerhatikan

dan mendapati beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Guru-guru pelatih tidak

cekap melakukan kerja- kerja pembersihan terutamanya golongan lelaki. Di samping itu,

bilangan peralatan untuk kerja pembersihan seperti mop dan penyapu tidak cukup. Saya

sepatutnya bertanya kepada pihak pengurus Rumah Cheshire tentang perkara ini

sebelum mengunjung ke sana. Dengan mengetahui keadaan ini, kami boleh membawa

peralatan yang mencukupi ke sana. Hal ini dapat menjamin kerja-kerja dilaksankan

dengan lebih cepat dan efektif. Seterusnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mengambil

masa yang agak panjang untuk menyelesaikan kerja-kerja yang diamanahkan. Hal ini

demikian kerana kesuntukan sumber tenaga. Pada pendapat saya, sekiranya masa

yang lebih panjang diberi kepada kami untuk berinteraksi dengan penghuni Rumah

Cheshire, maka kami akan lebih memahami situasi mereka dan menyemai sifat empati

terhadap mereka.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan trima kasih kepada mentor kami, Puan

Rohaya yang sentiasa membimbing kami sepanjang Program BIG matlamat kami

Page 14: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

berjaya dicapai. Program sedemikian memang bermanfaat kepada seseorang guru

kerana ia memberi pengalaman baharu serta kenangaan yang tidak ternilai kepada saya

buat sepanjang hayat. Saya berjanji akan mengunjungi rumah-rumah orang kurang

upaya dan melakukan kerja-kerja sukarela untuk mereka pada masa akan datang. Pada

hemat saya, perkara-perkara ini adalah cukup bermakna dan akan membawa kepuasan

kepada saya selepas melakukannya.

Page 15: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)
Page 16: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

5.0 LAPORAN BENGKEL

5.1 LAPORAN AKTIVITI

Pada 5 Februari 2015, sebanyak 98 orang guru pelatih yang terdiri daripada

opsyen Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Bimbingan dan Kaunseling

dan TESL telah mengikuti program bengkel Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan

‘Etiket Sosial dan Protokol’. Kami telah berkumpul di Dewan Dato Khairuddin Ashari

(DDKA) pada pukul 2.00 petang untuk pendaftaran. Setelah semua guru pelatih

berkumpul, program telah bermula pada pukul 2.30 petang.

Kami telah menjemput Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki, pensyarah Jabatan

Pendidikan Teknik dan Vokasional, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong

Ibrahim sebagai penceramah bengkel. Skop bengkel meliputi tajuk pengucapan awam,

kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara aktif, tertib di meja makan,

pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian. Beliau telah menyampaikan pelbagai

maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada kami. Dr Ros telah

membincangkan tentang setiap skop bengkel ‘Etiket Sosial dan Protokol’ secara jelas

dan terperinci agar guru pelatih dapat memahami dan menghayati etiket-etiket sosial

yang disampaikan.

Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki sebagai penceramah bengkel ‘Etiket

Sosial dan Protokol’.

Page 17: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

Dr Ros juga menyampaikan cara untuk berucap di tempat awam dengan

berkesan termasuklah persembahan ucapan yang baik seperti mengawal gagap,

menganalisis diri, mengumpul bahan, menyusun bahan, merancang pengenalan,

merancang penutup dan berlatih sebelum menyampaikan ucapan. Kemahiran

pengucapan awam amat penting kepada kita sebagai guru kerana guru perlu

menyampaikan pengajaran dengan penuh keyakinan. Oleh itu, melalui bengkel ini, kami

telah memahami ciri-ciri untuk menjadi seorang pengucap yang baik.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini ialah kami diminta menulis

nama panggilan atau nama yang pendek untuk memikirkan ciri-ciri positif bermula

dengan huruf nama sendiri. Contohnya, Dr Ros (R-responsible, O-Obedient, S-Special).

Selepas itu, beberapa orang dipanggil untuk menyatakan ciri-ciri positif yang ada pada

mereka. Guru-guru pelatih amat seronok dan gembira akan slot ini kerana dapat lebih

mengenali dan memahami ciri-ciri positif yang terpendam pada diri sendiri.

Dr Ros juga menyampaikan ilmu tentang kemahiran pengucapan

awam.

Beberapa orang guru pelatih dipanggil untuk menyatakan ciri-ciri positif yang ada pada diri sendiri mengikut nama mereka.

Page 18: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

Di samping itu, Dr Ros juga menyentuh tentang kesantunan berbahasa agar

kami dapat berkomunikasi dengan bertatasusila dan bersopan. Selain itu, beliau juga

mendedahkan etika berpakaian yan sopan dalam kalangan guru pelatih. Beberapa

contoh siswa guru lelaki dan perempuan yang berpakaian dengan sopan dijadikan

teladan. Beliau juga menunjukkan satu video tentang etika ketika makan. Melalui video

tersebut, kami telah mempelajari cara yang betul semasa makan, cara duduk dengan

betul dan sebagainya.

Akhir sekali, Pengerusi Program Bengkel ini telah memberikan cenderamata

kepada Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki sebagai penghargaan.

Pengerusi Program Bengkel memberikan cenderamata kepada Dr

Ros Eliana binti Ahmad Zuki.

Dr Ros membincangkan isu etika berpakaian dalam kalangan guru

pelatih.

Page 19: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

5.2 ISU/ MASALAH

Dr Ros melontarkan isu tentang kekurangan pengetahuan etiket sosial dan

protokol seperti tidak mempunyai kemahiran pengucapan awam. Selain itu, generasi

muda yang kurang mengambil berat tentang kesantunan berbahasa dan selalu biadab

semasa bercakap.

5.3 ANALISIS SWOT

5.3.1 KEKUATAN

1. Menguasai kemahiran pengucapan awam yang memanfaatkan para

guru pelatih

2. Memahami dan mengenali kelebihan diri serta mengasahkan

kelebihan tersebut dalam bidang pendidikan

3. Mengetahui etika makan dan menjaga tatatertib semasa berada di

meja makan

4. Membina keyakinan diri dari segi mental dan fizikal

5. Meningkatkan kreativiti diri sebagai seorang guru supaya dapat

membuka minda murid-murid.

5.3.2 KELEMAHAN

1. Suasana dewan agak suram oleh sebab cahaya yang tidak

mencukupi.

2. Guru pelatih berasa letih kerana bengkel diadakan pada waktu

petang.

3. Berlakunya gangguan semasa kebanyakan guru pelatih keluar dari

dewan semasa bengkel berlangsung

5.3.3 PELUANG

1. Berpeluang untuk mengembangkan kemahiran pengucapan awam

sendiri

2. Dapat memastikan kekuatan diri serta membina keyakinan diri

5.3.4 ANCAMAN

-Tiada-

Page 20: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

5.4 REFLEKSI KENDIRI

Pada 5 Februari 2015 , guru pelatih 3 PISMP berjaya menganjurkan Program

Bengkel Etika Sosial dan Protokol di Dewan Dato Khairuddin Ashari, IPGKTI. Program

ini bertujuan untuk membentuk kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Dengan

menyertai bengkel ini, saya betul-betul dapat membuka minda dan lebih memahami

etika yang sesuai dan sopan sebagai seorang guru yang profesional dalam pelbagai

situasi. Seperti yang kita sedia maklum, guru merupakan role model kepada anak murid

di sekolah. Imej dan keterampilan guru sering menjadi faktor penting bagi seseorang

guru dihormati oleh muridnya. Sekiranya guru sendiri mengamalkan sikap dan akhlak

yang mulia, murid secara automatik akan menjadi sopan dan berdisiplin. Justeru, saya

akan sentiasa mengingati diri sendiri supaya mematuhi etika dan protokol seseorang

guru serta melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pengucapan awam,

kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara aktif, tertib di meja makan,

pengendalian majlis rasmi, dan etika pemakaian.

Guru-guru pelatih telah memberi komitmen yang baik dan memasang telinga

semasa Dr. Ros berkongsi idea dan pengalamannya dengan kami. Dr. Ros memang

seorang pensyarah yang berpengalaman dan tidak bersikap kedekut untuk berkongsi

ilmunya. Ucapan beliau yang mengandungi unsur kecindan menyebabkan saya berasa

seronok dan tidak membosankan. Antara kata-katanya yang paling menarik perhatian

saya ialah semasa beliau menceritakan pengalaman sebenarnya tentang bagaimana

beliau berjaya dalam kehidupannya. Pada pendapat saya, ini merupakan ilmu yang

berharga dan tidak dapat dipelajari dalam buku. Menurut beliau, langkah yang paling

berkesan untuk mengasah kemahiran pengucapan awan ialah berlatih. Saya memang

bersetuju dengan ucapan beliau kerana saya merupakan seorang yang mudah cemas

semasa berhadapan dengan orang ramai pada satu ketika dahulu. Namun, setelah

beberapa kali dipilih oleh cikgu untuk menyertai pertandingan bercerita, bersyarahan

dan berpidato di sekolah menengah, akhirnya saya dapat berutur dengan yakin di

hadapan khalayak.

Page 21: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

Saya telah mempelajari beberapa teknik pengucapan awam seperti melakukan

gerakan tarik nafas semasa cemas dan memahami latar belakang pendengar sebelum

berucap serta menguasai tajuk yang akan disampaikan. Saya percaya bahawa dengan

tip-tip yang diberi oleh Dr. Ros, maka saya dapat memperbaiki lagi kemahiran

pengucapan awam saya. Selain itu, saya juga dapat menonton video tentang etika

pemakanan yang sopan. Melalui video tersebut, saya telah mempelajari cara yang betul

untuk memegang dan meletak sudu dan garpu, cara duduk, cara makan dan minum.

Dengan menguasai etika-etika tersebut, saya percaya bahawa imej guru dapat

dipertingkatkan dan mendapat sanjungan daripada murid serta rakan sejawat.

Objektif bengkel ini berjaya dicapai kerana para guru pelatih dapat mempelajari

ilmu pengetahuan tentang etika pemakaian, pengucapan dan pemakanan di samping

meningkatkan kualiti keperibadian dan profesionalisme seorang guru. Sebagai seorang

guru profesional, pakaian yang sopan adalah sangat penting. Misalnya, baju kemeja

yang kemas. Di samping itu, etika pemakanan juga amat peting bagi seseorang guru

kerana segala gerakan guru sering diperhatikan oleh anak murid. Etika pemakanan

yang buruk akan menjejaskan imej guru dan berkemungkinan akan dihina oleh murid.

Saya mendapati bahawa cara saya menggunakan garpu dan pisau kecil adalah salah.

Oleh itu, saya akan mengamalkan etika pemakanan yang sopan dan memperbaiki

kelemahan saya selepas bengkel ini.

Pada hemat saya, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki supaya

bengkel ini dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Keadaan dewan yang agak suram

boleh menjejaskan tumpuan pelajar semasa mendengar. Selain itu, ramai guru pelatih

berasa penat dan mula kehilangan fokus kerana bengkel ini dijalankan pada waktu

petang. Jika keadaan dibenarkan, bengkel ini sepatutnya dilaksanakan pada waktu pagi

supaya guru-guru pelatih lebih bersemangat untuk mempelajari apa yang disampaikan

oleh penceramah. Dengan ini, objektif bengkel ini akan dicapai dengan lebih efisen.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang

sudi memberikan ceramah kepada kami, iaitu Dr. Ros. Program ini amat berguna bagi

seorang guru buat masa kini dan masa hadapan kerana ia membina pengalaman baru

kepada kami untuk menonjolkan imej sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Saya

akan mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari dalam bengkel ini sepanjang

Page 22: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

kehidupan saya. Bukan itu sahaja, saya akan sentiasa mempelajari etika lain untuk

melengkapkan diri serta meningkat imej diri.

Page 23: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru Fasa Tiga ini berupaya melahirkan

warga pendidik yang berkarisma dan berketerampilan dalam semua aspek, iaitu

jasmani, rohani, sosial dan intelek. Tambahan pula, program ini memberi pengalaman

dan ilmu pengetahuan yang baharu kepada guru pelatih. Hal ini melahirkan para

pendidik yang dapat memberi sumbangan besar terhadap masyarakat dan negara.

Segala aktiviti yang dijalankan dalam program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan

sistematik atas bimbingan pensyarah-pensyarah serta komitmen yang menyeluruh

dalam kalangan guru pelatih terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Page 24: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

LAMPIRAN

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

22 JAN 2015 (KHAMIS)

NO. GAMBAR KETERANGAN

1. Guru pelatih mula mengisi air di dalam

baldi untuk memulakan kerja-kerja

pembersihan.

2. Guru-guru pelatih mengambil gambar

di kebun bunga selepas selesai

mengemas dorm.

3. Guru-guru pelatih beramah mesra

dengan penghuni Rumah Cheshire.

4. Sesi penggambaran guru pelatih dan

mentor bersama-sama dengan Encik

Singh sebagai kenangan sebelum

berpisah

Page 25: Portfolio BIG Laporan Lengkap (Upload)

LAMPIRAN

BENGKEL

5 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)

NO. GAMBAR KETERANGAN

1. Dr Ros juga menyampaikan ilmu tentang kemahiran pengucapan awam.

2. Beberapa orang guru pelatih dipanggil untuk menyatakan ciri-ciri positif yang ada pada diri sendiri mengikut nama mereka.

3. Pengerusi Program Bengkel memberikan cenderamata kepada Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki.