Laporan BIG Semester 6

7
LAPORAN REFLEKTIF Pada 7 September 2013 yang lalu, Bina Insan Guru Fasa VI telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa bagi guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011. Sebelum program ini dijalankan, beberapa mesyuarat telah diadakan antara ketua-ketua kelas bagi membincangkan tentatif program dan pembahagian tugas. Bagi PISMP Matematik, kami telah ditugaskan untuk menjadi AJK Protokol untuk sepanjang program ini. Antara tugas yang telah kami agihkan di antara ahli-ahli dalam jawatankuasa ialah menguruskan pendaftaran pagi, menghidangkan minum pagi kepada VIP, menyediakan minuman kepada jemputan semasa ceramah, menjemput Dr. Chong naik dan turun sebelum dan selepas perasmian dan menghidang makanan tengah hari untuk VIP. Saya telah mendapat tugas untuk menjaga pendaftaran pada waktu pagi bersama beberapa orang rakan. Oleh itu, kami telah turun seawal jam 7.00 pagi untuk menyusun meja dan menyediakan borang-borang pendaftaran. Selesai sesi pendaftaran, kami berkumpul di Quadrangle IPG KBA pada 7.30 pagi bagi mendengar taklimat daripada unit kokurikulum. dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘IPBA’ diikuti dengan bacaan doa. Kemudian, kami membuat senamrobik yang dikendalikan oleh beberapa orang pelajar dari PISMP TESL A yang mengambil masa selama lebih kurang 45 minit. Selesainya aktiviti senamrobik, Datin Junainah Binti Abdon selaku wakil bagi Unit Kokurikulum memberikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan Program Bina Insan Guru Fasa VI yang disaksikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat serta para pelajar PISMP Ambilan Januari 2011.

description

Laporan Bina Insan Guru semester 6, refleksi

Transcript of Laporan BIG Semester 6

Page 1: Laporan BIG Semester 6

LAPORAN REFLEKTIF

Pada 7 September 2013 yang lalu, Bina Insan Guru Fasa VI telah diadakan di Institut

Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa bagi guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari

2011. Sebelum program ini dijalankan, beberapa mesyuarat telah diadakan antara ketua-ketua

kelas bagi membincangkan tentatif program dan pembahagian tugas. Bagi PISMP Matematik,

kami telah ditugaskan untuk menjadi AJK Protokol untuk sepanjang program ini. Antara tugas

yang telah kami agihkan di antara ahli-ahli dalam jawatankuasa ialah menguruskan pendaftaran

pagi, menghidangkan minum pagi kepada VIP, menyediakan minuman kepada jemputan

semasa ceramah, menjemput Dr. Chong naik dan turun sebelum dan selepas perasmian dan

menghidang makanan tengah hari untuk VIP. Saya telah mendapat tugas untuk menjaga

pendaftaran pada waktu pagi bersama beberapa orang rakan. Oleh itu, kami telah turun seawal

jam 7.00 pagi untuk menyusun meja dan menyediakan borang-borang pendaftaran.

Selesai sesi pendaftaran, kami berkumpul di Quadrangle IPG KBA pada 7.30 pagi bagi

mendengar taklimat daripada unit kokurikulum. dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’

dan ‘IPBA’ diikuti dengan bacaan doa. Kemudian, kami membuat senamrobik yang

dikendalikan oleh beberapa orang pelajar dari PISMP TESL A yang mengambil masa selama

lebih kurang 45 minit. Selesainya aktiviti senamrobik, Datin Junainah Binti Abdon selaku wakil

bagi Unit Kokurikulum memberikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan Program Bina

Insan Guru Fasa VI yang disaksikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat serta para pelajar

PISMP Ambilan Januari 2011.

Setelah sesi bergambar bersama mentor, kami diarahkan untuk menjalankan aktiviti

gotong-royong. Kami bergerak ke kediaman asrama masing-masing bagi membersihkan dan

menghias rumah yang didiami. Aktiviti gotong-royong ini merupakan antara program khidmat

masyarakat bagi Bina Insan Guru pada kali ini. Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan

berakhir pada pukul 10 pagi. Tujuan program ini adalah bagi memupuk semangat kerjasama

antara satu sama lain selain menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan individu.

Seorang bakal guru perlu mempunyai imej yang baik dan bersih supaya dapat menjadi contoh

kepada anak murid dan seterusnya masyarakat. Melalui program ini, guru pelatih dapat

mengaplikasikan kemahiran bekerja di dalam kumpulan, membuat perancangan dan

pengurusan sesuatu organisasi. Aktiviti gotong-royong ini juga dapat merapatkan silaturahim

antara guru pelatih dengan aktiviti membersihkan rumah dan membuat hiasan, jadual kerja dan

Page 2: Laporan BIG Semester 6

carta organisasi di dalam rumah. Kami juga dapat mengeluarkan idea kreatif sewaktu membuat

hiasan di dalam rumah.

Tepat pada pukul 10.00 pagi, kesemua peserta program Bina Insan Guru menjamu

sarapan pagi di kantin sebelum bermulanya program yang seterusnya. Aktiviti kami yang

seterusnya berlangsung di Dewan Besar IPG-KBA. Sewaktu di dewan, setiap kelas mempunyai

tempat duduk yang telah ditetapkan. Oleh itu, kami susunan kami di dalam dewan adalah

mengikut kelas masing-masing. Program yang seterusnya ialah Bengkel Guru Cemerlang.

Bengkel ini disampai oleh empat orang panel yang berpengalaman iaitu, Dr Chong Poh Wan,

Dr Boon Poh Yin, Dr Lawrence, dan Encik Kamal Bin Sujak. Bengkel guru cemerlang ini

membincangkan tentang pelbagai ciri-ciri guru yang berjaya. Bengkel ini berlangsung selama

lebih kurang 2 jam.

Slot yang pertama disampaikan oleh Dr Chong dengan tajuk ceramahnya ialah

‘Meningkatkan Amalan Kreativiti Dan Inovasi Serta Daya Tahan Diri’. Menurut Dr Chong, guru

yang berjaya ialah guru yang mempunyai daya tahan kendiri yang tinggi. Daya tahan kendiri

ialah usaha sistematik dalam mengembangkan tindakan dan menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Antara asas tahan kendiri ialah menghasilkan teori baru, kajian terhadap opsyen yang

wujud kurang berorientasikan kepada penyelesaian. Cabaran-cabaran bagi ketahanan kendiri

ialah dari segi emosi, fizikal, kehendak semasa dan persekitaran. Cara bagi mengatasinya ialah

dengan merancang, berbincang dan sokongan dua hala dari pihak yang terlibat.

Menurut beliau lagi, antara ciri-ciri kreativiti dan inovasi ialah mempunyai matlamat

khusus dan berfokus kepada mengubah amalan untuk penambahbaikkan. Kegunaan ciri-ciri

kreativiti dan inovasi ialah dalam penyelesaian masalah, memudahkan kefahaman,

memantapkan intervensi dan penggunaan bahan yang efektif. Slot yang kedua pula

disampaikan oleh Dr Boon Poon Ying dengan tajuk ‘Kemenjadian Guru Cemerlang’. Sebagai

seorang pendidik yang telah lama berkhidmat di dalam dunia pendidikan, beliau mempunyai

banyak ilmu dan nasihat yang ingin disampaikan. Beliau mengatakan bahawa etika adalah

penting di dalam semua perkara. Etika kerja guru cemerlang ialah dengan memasang niat yang

betul, perlakuan tingkah laku yang baik, penggerak ke arah kebaikan dan mengotakan janji.

Beliau menekankan bahawa guru harus menganggap pekerjaan mereka sebagai ibadah.

Dengan cara itu, kita akan mencurahkan seratus peratus di dalam kerja kita.

Slot yang ketiga ialah ‘Guru Cemerlang Daripada Perspektif Islam’ yang disampaikan

oleh Encik Kamal Bin Sujak. Pelbagai nasihat dan kata-kata yang boleh dijadikan pedoman oleh

Page 3: Laporan BIG Semester 6

guru-guru pelatih terutamanya yang beragama Islam. Slot yang keempat disampaikan oleh Dr

Lawrence Aloysius Aeria dengan tajuk ‘Ciri-ciri Guru Inovatif’. Menurut beliau, ciri-ciri yang perlu

ada bagi menjadi guru inovatif ialah berjiwa merdeka dan perkasa, mempunyai kerohanian dan

akhlak seorang guru, berkemahiran mengurus, merubah diri, organisasi dan persekitaran

pendidikan serta mengenal dan menilai potensi diri. Kelebihan menjadi seorang guru yang

inovatif ialah guru dapat mengaitkan pelajaran dengan kehidupan seharian. Di samping itu,

pembelajaran menjadi lebih kontekstual dan hidup serta pembelajaran menjadi lebih dinamik.

Kemudian, Dr Lawrence mengejutkan kami dengan memberikan kuiz tentang isu-isu semasa

bagi menguji pengetahuan kami tentang apa yang sedang berlaku dan tahap kepekaan kami.

Kuiz tersebut sangat menarik kerana terdapat banyak soalan yang tidak dapat dijawab dan

akhirnya saya tahu tentang perkara itu setelah sesi ini.

Sebelum para peserta bersurai, majlis penyerahan cenderamata kepada semua panel-

panel dan penyerahan sijil kepada semua peserta diadakan. Majlis ringkas ini diadakan bagi

menghargai panel-panel yang sudi mengorbankan hujung minggu mereka dan datang

berkongsi ilmu dengan semua peserta-peserta Bina Insan Guru kali ini. Program Bina Insan

Guru Fasa IV berakhir tepat jam 1.30 petang selepas makan tengahari.

Page 4: Laporan BIG Semester 6

REFLEKSI

Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya telah menjalani program Bina Insan Guru Fasa VI ini

dengan jayanya. Setelah beberapa kali perbincangan dan perjumpaan bersama En.

Baharuddin, akhirnya program ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa tertinggi kerana telah bertungkus-

lumus dalam menjayakan program ini. Mereka telah banyak menyumbang bakti seperti

membuat kertas kerja, menyusun tentatif program, berkolaborasi bersama pensyarah dan

membuat pembahagian tugas mengikut kelas-kelas Ambilan Januari 2011.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur program

Bina Insan Guru Fasa VI iaitu Unit Kokurikulum IPG KBA kerana telah berjaya menganjurkan

program yang mengambil kira situasi kami yang sedang berpraktikum. Pada mulanya, mengikut

performa yang telah diberikan, kami harus menemu ramah guru-guru cemerlang di sekolah

kami. Namun, setelah perbincangan, kami hanya perlu menghadiri bengkel yang diberikan oleh

pensyarah-pensyarah cemerlang IPG KBA dan melaksanakan aktiviti gotong-royong di

kawasan kediaman. Terima kasih juga kepada semua peserta Bina Insan Guru yang telah

bekerjasama dan menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada

mentor kami iaitu En. Man Ah Keow serta Pn. Saraswathy A/P Vellasamy serta pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Sewaktu program ini, saya dan beberapa orang rakan dari kelas PISMP Matematik

Ambilan Januari 2011 telah ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran pagi. Sewaktu

menjalankan tugas, saya telah mempelajari jenis-jenis komunikasi yang sesuai dan mengikut

etika profesional. Hal ini adalah penting kerana guru merupakan medium antara murid dan ibu

bapa serta berurusan dengan pihak sekolah dan pihak atasan. Oleh itu, bakal guru harus

mengetahui laras bahasa yang sesuai dan berbicara mengikut adab sopan. Ketika

menguruskan peserta-peserta program ini, saya juga belajar kepentingan mengendalikan

karenah manusia dan bertindak pantas jika berlaku sesuatu masalah. Di dalam alam

persekolahan, guru akan berdepan dengan pelbagai karenah murid yang boleh menimbulkan

kemarahan dan stress jika tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu, guru harus tahu bagaimana

menghadapi murid pelbagai personaliti agar sesi pembelajaran dan pengajaran tidak

tergendala.

Page 5: Laporan BIG Semester 6

Sepanjang program Bina Insan Guru ini berlangsung, terdapat pelbagai kekuatan yang

boleh diambilkan dan digarapkan dalam kehidupan seharian. Aktiviti khidmat masyarakat di

asrama dapat memberi kesedaran tentang pentingnya kawasan kediaman yang bersih dan

ceria. Perkara telah kami lakukan adalah seperti menyusun atur kotak-kotak, mengubah

kedudukan ruang tamu, menyapu lantai, mengemop ruang tamu, membersihkan dapur,

mencuci bilik air, mengemas bilik sendiri dan membentuk carta organisasi bagi setiap rumah.

Kami telah menampal carta organisai dan jadual bertugas di ruang tamu rumah. Ini dapat

memberi kesedaran kepada ahli rumah tentang peranan yang perlu dilakukan. Selain itu, ia

dapat membentuk sikap bertanggungjawab dan bantu membantu antara satu sama lain. Sikap

seperti ini penting bagi memastikan sesuatu organisasi berjalan dengan baik.

Bengkel Guru Cemerlang telah memberi banyak input kepada saya. Walaupun saya

masih muda dan merasakan telah mempunyai banyak pengetahuan bagi menjadi seorang

bakal guru, jangkaan saya meleset setelah menghadiri bengkel ini. Ceramah yang telah

disampaikan oleh pensyarah cemerlang ternyata membuka mata saya untuk mengubah diri

menjadi lebih baik. Sesuai dengan fokus yang ingin disampaikan iaitu guru berinovatif dan

kreatif, Dr Boon Poh Yin dan Dr Lawrence telah banyak menyedarkan saya bahawa masyarakat

sekarang kurang membaca dan tidak mengambil tahu mengenai isu semasa negara dan dunia.

Pembentangan slaid yang mantap oleh Dr Boon dan kuiz yang mencabar minda oleh Dr

Lawrence benar-benar terkesan kepada saya. Melalui slot ini, saya berharap saya lebih

mengambil tahu tentang isu semasa yang boleh menjadikan set induksi dan P&P saya lebih

menarik.

Namun, tidak semua perkara daripada program ini boleh dijadikan iktibar. Terdapat

beberapa kelemahan sepanjang program ini berlangsung antaranya para peserta tidak

memberi komitmen yang sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan. Contohnya lewat hadir

sewaktu program senamrobik dan bengkel. Selain itu, jumlah kami yang ramai menyebabkan

terdapat segelintir peserta yang mengambil sikap lepas tangan sewaktu aktiviti gotong-royong

membersihkan kolej kediaman. Sikap negatif seperti ini tidak patut dilakukan oleh bakal guru

kerana seorang guru perlu menjadi contoh yang baik bagi masyarakat dan murid-murid. Pada

masa yang akan datang, diharapkan semua pihak memainkan peranan mereka dan sentiasa

berganding bahu bagi menjayakan program yang besar seperti program ini. Selain itu,

pengurusan masa dan atur cara program juga boleh ditambahbaik agar perjalanan p[rogram

lebih lancer dan efektif.

Page 6: Laporan BIG Semester 6

Keseluruhannya, program ini merupakan satu majlis ilmu yang perlu dimanfaatkan oleh

para peserta. Terdapat banyak input-input yang berguna yang boleh digunakan oleh bakal guru

untuk digunakan sewaktu mereka mengajar di sekolah nanti. Saya berharap agar dapat

mengaplikasikan ilmu yang diperolehi ketika berkhidmat sebagai seorang guru kelak.

Disediakan oleh,

Farihin Binti Md Rashid

PISMP Matematik Ambilan Jan 2011