Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

9
LAPORAN BINA INSAN GURU AKTIVITI CERAMAH Tarikh : 5 Mac 2015 Hari : Khamis Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi Tempat : Dewan Za’aba, IPG Kampus Darulaman Pada 5 Mac 2015 iaitu pada hari Khamis, pelajar PISMP Semester 5 dari IPG Kampus Darulaman telah menghadiri salah satu program Bina Insan Guru (BIG) bagi Fasa 5. Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 ini melibatkan aktiviti ceramah. Seramai 192 orang pelajar terlibat dengan aktiviti ceramah ini yang merangkumi 9 buah kelas iaitu kesemua kelas PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013. Ceramah ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di Dewan Za’aba, IPG Kampus Darulaman. Ceramah yang berlangsung selama 4 jam ini disampaikan oleh Tuan AMran bin Haji Embong yang merupakan pensyarah daripada Institut Aminudin Baki Cawangan Utara. Ceramah ini bertajuk Bengkel Pengurusan Pendidik. Pada pukul 8.00 pagi telah bermula sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang terlibat. Dan seterusnya diikuti pula dengan ketibaan penceramah jemputan. Sebelum ceramah dimulakan, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah dimainkan dan seterusnya diikuti dengan bacaan doa yang diketuai oleh Mohd Aizuddin daripada kumpulan Bahasa Arab. Selepas itu, penceramah dijemput untuk memulakan ceramah. Ceramah telah dimulakan dengan penyampaian objektif bengkel Pengurusan Pendidik yang cuba ingin disampaikan oleh

description

BIG

Transcript of Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

Page 1: Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

LAPORAN BINA INSAN GURU AKTIVITI CERAMAH

Tarikh : 5 Mac 2015

Hari : Khamis

Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Dewan Za’aba, IPG Kampus Darulaman

Pada 5 Mac 2015 iaitu pada hari Khamis, pelajar PISMP Semester 5 dari IPG

Kampus Darulaman telah menghadiri salah satu program Bina Insan Guru (BIG)

bagi Fasa 5. Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 ini melibatkan aktiviti ceramah.

Seramai 192 orang pelajar terlibat dengan aktiviti ceramah ini yang merangkumi 9

buah kelas iaitu kesemua kelas PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013. Ceramah

ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di Dewan Za’aba, IPG

Kampus Darulaman. Ceramah yang berlangsung selama 4 jam ini disampaikan oleh

Tuan AMran bin Haji Embong yang merupakan pensyarah daripada Institut

Aminudin Baki Cawangan Utara. Ceramah ini bertajuk Bengkel Pengurusan

Pendidik.

Pada pukul 8.00 pagi telah bermula sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar

yang terlibat. Dan seterusnya diikuti pula dengan ketibaan penceramah jemputan.

Sebelum ceramah dimulakan, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah

dimainkan dan seterusnya diikuti dengan bacaan doa yang diketuai oleh Mohd

Aizuddin daripada kumpulan Bahasa Arab. Selepas itu, penceramah dijemput untuk

memulakan ceramah. Ceramah telah dimulakan dengan penyampaian objektif

bengkel Pengurusan Pendidik yang cuba ingin disampaikan oleh penceramah.

Antara objektif yang telah dinyatakan oleh Tuan Amran adalah pertama untuk

menghayati tanggungjawab guru dalam pengurusan sistem pendidikan. Objektif

kedua pula ialah mengetahui hierarki punca kuasa dan mandat pendidikan untuk

dijadikan rujukan ketika bertugas di sekolah dan seterusnya objektif yang ketiga

adalah supaya pelajar dapat memahami kandungan sebahagian mandat yang

diguna pakai dalam pengurusan sekolah.

Penceramah telah menyambung penyampaian isi ceramahnya dengan

menerangkan hierarki punca kuasa dalam pendidikan. Hierarki punca kuasa

Page 2: Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

pendidikan yang pertama bermula dengan Perlembagaan, seterusnya diikuti dengan

Akta atau Ordinan sehinggalah hierarki yang terakhir iaitu manual pengurusan

sekolah dan juga peraturan sekolah. Menerusi pencerahan mengenai hierarki punca

kuasa ini, Tuan Amran telah memberikan definisi berserta contoh dan huraian yang

sangat jelas bagi memastikan para peserta BIG Fasa 5 mudah untuk memahami

dan mengenali dengan lebih lanjut mengenai susunan hierarki punca kuasa

pendidikan ini. Penceramah juga telah menjelaskan mengenai perbezaan bagi

setiap hierarki.

Setelah topik mengenai hierarki punca kuasa ini selesai dihuraikan,

penceramah menyambung pula topik perbincangan bengkel pengurusan pendidik ini

dengan mengulas tajuk mengenai fungsi serta tugas orang yang bertanggungjawab

ke atas pengurusan institusi. Menerusi penyampaiannya, Tuan Amran telah

menerangkan dengan jelas bahawa tugas orang yang bertanggungjawab ini adalah

sebagai pelaksana kepada apa-apa arahan yang menyentuh Dasar Pendidikan

Kebangsaan (DPK). Hal ini adalah terkandung Seksyen 809 dalam Akta 550. Tugas

kedua pula ialah sebagai pelaksana penggunaan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama di semua sekolah seperti yang tertulis dalam Subseksyen

17 (1) Akta 550. Seterusnya, tugas sebagai pengadaan pengajaran bahasa

kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib sekiranya sesuatu institut pengajian

mengguna pakai bahasa pengantar utama yang selain daripada bahasa

kebangsaan. Hal ini adalah sejajar dengan perkara yang tercatat dalam Subseksyen

17 (2) Akta 550. Tugas kempat pula adalah sebagai pengguna pakai kurikulum

kebangsaan di semua sekolah selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan

(SPK). Tugas ini adalah seperti yang tercatat pula dalam Subseksyen 18 (1) Akta

550. Fungsi serta tugas kelima yang telah disampaikan oleh Tuan Amran pula

adalah sebagai penentu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan

diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing seperti

yang dinyatakan dalam Subseksyen 18 (2) Akta 550. Tuan Amran menyambung lagi

hujahnya dengan tugas yang keenam iaitu pelaksan pengajaran mata pelajaran

teras dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan menurut Subseksyen 18 (2)

Akta 550. Tugas terakhir yang dinyatakan oleh Tuan Amran adalah sebagi penyedia

kepada murid-murid bagi menghadapi peperiksaan yang ditetapkan iaitu

Page 3: Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

peperiksaan awam. Tugas terakhir ini juga terkandung dalam Akta 550 bagi Seksyen

19.

Seterusnya, penceramah telah menyampaikan ceramah yang meliputi

huraian mengenai fungsi-fungsi dan bidang-bidang tugas yang dipertanggungjawab

kepada guru. Bidang pertama yang telah dinyatakan oleh Tuan Amran adalah tugas

guru dalam mengadakan atau mengemukakan dengan semerta suatu jadual waktu

mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi

semua mata pelajaran berserta salinan untuk pemeriksaan Ketua Berdaftar. Tugas

ini adalah seperti yang tercatat dalam Subperaturan 6 (1) – (3). Justeru itu, sebagai

bakal guru pelatih, Tuan Amran telah berpesan supaya para peserta cakna dan

mempunyai pengetahuan tentang bidang ini supaya tidak mendatangkan masalah

kelak apabila berada di situasi sebenar persekolahan.

Tugas guru yang kedua pula adalah mengemuka dan mengadakan mana-

mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu atau masukan dalam rekod

Pengajaran dan Pembelajaran atau mana-mana salinannya yang diperlukan untuk

pemeriksaan oleh Ketua Pendaftaran yang disediakan dalam bahasa selain bahasa

kebangsaan hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Kebangsaan seperti yang

terdapat dalam Peraturan 9. Tugas ketiga pula adalah mempamerkan sesalinan

jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan di

suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah.

Seterusnya, penceramah menyambung lagi bengkel pengurusan pendidik ini

dengan menghuraikan fungsi pengurusan hal ehwal murid di sekolah. Antara fungsi

yang telah dinyatakan oleh Tuan Amran adalah pengurusan hal ehwal murid

bertujuan sebagai penjaga kebajikan murid di sekolah. Hal ini telah dinyatakan di

dalam Seksyen 64-66 Akta 550. Selain itu, pengurusan hal ehwal murid juga adalah

sebagai penyimpan butir-butir murid ketika berdaftar di sekolah. Hal ini adalah

sangat penting bagi tujuan untuk dijadikan sebagai rujukan bagi pihak sekolah.

Topik seterusnya yang telah dibincangkan oleh Tuan Amran menerusi

Bengkel Pengurusan Pendidik ini adalah fungsi pengurusan kokurikulum. Antara

fungsi pengurusan kokurikulum yang telah dinyatakan oleh Tuan Amran bin Haji

Embong adalah sebagai pemasti atau penggerak kepada kegiatan kokurikulum di

Page 4: Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Di samping itu, fungsi pengurusan

kokurikulum juga adalah untuk pengesahan 10% markah kokurikulum bagi

kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Hal ini adalah sangat penting

kerana markah ini perlu dinyatakan oleh pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran

ke peringkat yang lebih tinggi. Justerus itu, adalah menjadi satu tanggungjawab

kepada guru untuk merekod dan menyimpan hasil penglibatan para pelajar yang

aktif di sekolah.

Pada pukul 11.30 pagi, ceramah telah tamat disampaikan oleh Tuan Amran

bin Haji Embong. Sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah telah

diadakan sebagai mengenang jasa kesudian penceramah untuk meluangkan masa

menghadirkan diri bagi Bina Insan Guru Fasa 5 ini. Seterusnya, nyanyian lagu Kami

Guru Malaysia dan lagu Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah

dinyanyikan oleh para peserta ceramah BIG Fasa 5. Aktiviti ceramah ini telah

ditamatkan tepat pada jam 12.00 tengah hari. Tidak dinafikan, aktiviti ceramah ini

banyak memberikan kesedaran kepada kami pelajar PISMP Semester 5 agar

menitik beratkan tentang pengurusan sebagai pendidik untuk dijadikan sebagai

bekalan berada di sekolah kelak.

Page 5: Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU AKTIVITI CERAMAH DIADAKAN

Ketibaan Penceramah Tuan Amran bin Haji Embong

Page 6: Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

Tuan Amran menyampaikan pengisian ceramah

Para pelajar kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan

Amran

Page 7: Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Ceramah

Sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah

2.1 LAPORAN SELEPAS AKTIVITI CERAMAH

Setelah ceramah tamat, para pelajar telah diberikan makanan untuk makan

tengahari. Ahli Jawatankuasa Makanan iaitu Mohamad Suhaimi Bin Md Dan telah

menguruskan makanan yang disediakan untuk Penceramah dan juga mentor-mentor

yang datang pada program tersebut. Makanan untuk guru-guru pelatih yang

merupakan peserta program juga telah disediakan di dalam bungkusan. Semua

peserta telah dikehendaki untuk bergerak ke hadapan Pusat Sumber Institut

Pendidikan Guru Kampus Daulaman bagi mendapatkan bungkusan makanan bagi

mengisi perut selepas selesai sudah majlis penutupan aktiviti ceramah ini

dilangsungkan.

Setelah itu, para peserta Bina Insan Guru Fasa 5 bagi tahun 2015 ini telah bersama-

sama mengemaskan Dewan Za’aba serta menyimpan kembali segala peralatan

yang telah digunakan semasa sesi ceramah dijalankan. Sedikit pembersihan telah

dilakukan bagi mengelakkan keadaan Dewan Za’aba ditinggalkan dalam keadaan

yang tidak sepatutnya seperti sampah di sepanjang laluan tangga dewan. Menerusi

aktiviti ini, sifat saling bekerjasama antara para pelajar telah dapat dipupuk.