Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

download Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

of 8

Transcript of Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    1/8

    LAPORAN BINA INSAN GURU FASA III UNTUKPELAJAR PGSR AMBILAN 2008

    Bina Insan Guru Fasa III untuk pelajar PGSR ambilan 2008 telah

    diadakan pada 17hb Mac 2011 hingga 18hbMac 2011. Aktiviti ini telah

    disertai oleh pelajar-pelajar dari kumpulan Bahasa Cina, Bahasa Malaysia

    dan Pendidikan Khas. Aktiviti tersebut diadakan dalam dua sesi. Sesi

    pertama adalah berbentuk ceramah manakala sesi kedua adalah aktiviti

    bergotong-royong.

    Program tersebut bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai hidupbermoral dan beragama di kalangan pelajar. Di samping itu, melalui aktiviti

    yang telah dijalankan para pelajar dapat memupuk semangat bekerjasama,

    bertoleransi dan tolong-menolong antara berbilang kaum. Diharapkan juga

    semangat ketabahan dan kesabaran akan terbentuk pada diri pelajar

    selepas aktiviti tersebut.

    Sesi pertama BIG telah diadakan pada 17hb Mac 2011 jam 8 malam

    di dewan IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. Slot ini merupakan

    ceramah yang dikendalikan oleh Tn. Haji Ahmarofi bin Hj. Harun, Ketua

    Unit Kaunseling.

    Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau ialah Etiket Sosial dan

    Protokol.

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    2/8

    Menurut beliau etika sosial ialah satu bidang kajian yang fungsinya

    penentu kepada perlakuan seseorang, norma-norma perlakuan yang perlu

    diamalkan di khalayak ramai. Contohnya,

    cita rasa pakaian

    kesesuaian

    pengayaan diri

    kesopanan dalam pertemuan dan pengenalan

    perbualan sosial

    kesopanan dalam majlis

    kesopanan tuan rumah

    alat jamuan

    cara hidangan

    Melalui penjelasan beliau, para pelajar dapat menyedari kepentingan

    amalan makan, cara pemakaian terutama untuk kaum wanita, dan pantang

    larang semasa berucap supaya dapat menghasilkan pengucapan yang

    efektif.

    Beliau juga memberi definisi Protokol sebagai satu set peraturaan

    dan tatacara yang telah ditetapkan oleh sesebuah institusi dan masyarakat

    dalam melaksanakan sesuatu majlis bagi memberi penghormatan,

    keselesaan dan kelicinan berdasarkan kedudukan seseorang dalam

    masyarakat / sosial. Beliau telah mengajar kami protokol harus

    dititikberatkan dalam masyarakat kini. Sebagai seorang guru juga haruslah

    mengetahui pengetahuan ini supaya kita dapat memberi penghormatan

    kepada orang lain berdasarkan kedudukan mereka.

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    3/8

    Selepas itu, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan

    untuk menjalankan perbengkelan peserta. Tajuk perbengkelan adalah

    tempat duduk semasa perhimpunan sekolah masing-masing. Kelihatan

    semua peserta bertungkus lumus memberi maklumat di samping

    menunjukkan semangat kerjasama untuk menjayakan tugasan masing-

    masing.

    Pada sesi penutup, beliau mengadakan perbincangan dengan kami.

    Keadaan ini menyebabkan kami lebih memahami dan mendapat

    pengukuhan tentang ceramah ini.

    Sesi pertama BIG ini tamat pada pukul 11.00 malam. Semua pesertabalik dengan membawa pengetahuan dan pengalaman yang baru.

    Ibu memasak ikan haluan

    Kakak pula tolong hidangkan

    BIG menambahkan ilmu pengetahuan

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    4/8

    Semoga program tersebut terus diadakan

    Refleksi Bina Insan Guru Fasa III

    Nama: Lee Pek Kean No.IC:640507-08-5804

    Berakhirnya BIG Fasa III 2011 untuk PGSR ini pastinyameninggalkan kenangan yang sangat indah bagi saya. Kesayuan jelas

    terpancar daripada para peserta sejak sesi berakhir pada petang itu.

    Walaupun ada yang tidak sabar mahu kembali ke kampus merehatkan

    badan, namun jauh di sudut hati pastinya merindui kenangan terindah di

    Kem Bina Insan ini. Saya merakamkan penghargaan dan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada ketua serta ahli jawatankuasa yang telah

    bertungkus lumus menyumbangkan bimbingan dan tunjuk ajar yang amat

    berguna sepanjang program Bina Insan Guru ini.

    Pada hari pertama aktiviti ceramah telah diadakan. Saya berasa amat

    bersyukur kerana dapat diberi pendedahan tentang pengetahuan etiket

    sosial dan protokol. Selama ini aspek tersebut telah saya pandang sepi.

    Kini saya berpeluang menimba pengetahuan baru yang merupakan

    sebahagian daripada pengalaman hidup kita. Semoga saya dapat

    mengaplikasikannya dalam kehidupan harian saya.

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    5/8

    .

    Pada sesi perbengkelan, semua peserta dapat bekerjasama

    menyumbangkan idea masing-masing. Semangat kesungguhan dan

    komitmen amat membanggakan. Semangat inilah amat perlu dipupuk di

    kalangan pelajar masa kini. Hasil perbincangan kami telah menunjukkan

    kebanyakkan daripada kami kurang pasti tentang isu protokol ini. Walau

    bagaimanapun, selepas dibincangkan saya menyedari dan memahami

    dengan lebih mendalam lagi, betapaa pentingnya isu protokol.

    Pada hari kedua, aktiviti gotong-royong telah diadakan untuk

    membersihkan kawasan di sekitar kampus IPDA. Para peserta dibahagikan

    kepada 3 kumpulan dengan tugasan masing-masing. Tempat-tempat yang

    dibersihkan terdiri daripada surau dan sekitar kawasan Parking Lot.

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    6/8

    Semua peserta menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan

    penuh semangat. Tidak lama kemudian, kawasan tersebut menjadi ceria

    dan kemas. Minuman pagi telah disediakan oleh AJK BIG. Peserta-peserta

    meneruskan kerja mereka selepas makan tengah hari.

    Majlis penutup telah dikendalikan oleh En.Shafiee B. Hassan pada

    pukul 5.00 petang. Program tersebut amat memanfaatkan kita kerana telah

    mengeratkan persahabatan di samping memupuk semangat perpadauan

    dan kerjasama di kalangan pelajar-pelajar.

    BIG Fasa III telah dijalankanMencapai matlamat dan hasratnya

    Bidang protokol telah dititikberatkan

    Semangat bergotong-royong dipratikkan sepenuhnya

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    7/8

    PENGHARGAAN

    Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka

    khas bagi memenuhi keperluan kursus pensiswazahan Guru Sekolah

    Rendah (PGSR) untuk memenuhi syarat mendapat ijazah perguruan

    Malaysia. BIG Fasa III untuk pelajar PGSR ambilan 2008 telah selesai

    dijalankan. Matlamat program dalam menerap nilai-nilai hidup bermoral dan

    beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat

    dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas

    pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun

    Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Objektif BIG adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir padaaras yang tinggi dan menganalisis masalah untuk membuat keputusan

    yang jitu bagi penambahbaikkan secara berterusan . Di samping itu, juga

    melatih dan membiasakan pelajar menggunakan ilmu dan kemahiran dalam

    melaksanakan sesuatu tindakan.

  • 8/4/2019 Laporan Bina Insan Guru Fasa 3 Untuk Pelajar Pgsr Ambilan 2008 A

    8/8

    Saya amat bersyukur kerana berpeluang menyertai program yang

    amat bermakna ini. Aktiviti yang dijalankan dalam BIG ini telah

    memanfaatkan saya terutamanya dalam menghayati dan menampilkan ciri-

    ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak. Saya ingin mengambil kesempatan

    ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

    bertanggungjawab menjayakan program tersebut.

    Akhir kata, Saya berharap agar program sebegini dapat dijalankan

    pada masa akan datang demi kebaikan bersama.

    Pemandangan di tepi pantai amat indah

    Dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasaNilai-nilai yang diterap begitu indah

    Hargailah BIG yang dianjurkan setiap masa