Laporan Biro

12
1.0. PENGENALAN Program Seminar penampilan dan personaliti diri dalam Keusahawanan “Realiti Vs Fantasi ” merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kursus keusahawanan (BPK20602) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional ,Universiti Tun Hussien Onn Malaysia semester 1 2014/2015 Tahun 2014. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan kakitangan UTHM dalam dunia keusahawanan dan penampilan diri. Program ini akan memberikan gambaran yang positif kepada mahasiswa dan kakitangan UTHM serta pelajar institusi pengajian awam berdekatan UTHM mengenai dunia keusahawanan dan penampilan diri yang mampu menarik minat mereka. Selain itu juga, ini memberikan ilmu untuk menghadapi alam pekerjaan yang mana kebanyakan majikan adalah pengusaha perniagaan. Dengan adanya program seminar ini dapat meningkatkan keyakinan diri tentang keusahawanan seperti ini, Jawatankuasa Kursus keusahawanan (BPK20602) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia semester 1 2014/2015 Tahun 2014 mengharap mahasiswa dan kakitangan UTHM dapat menyelami bidang keusahawanan dan meningkatkan keyakinan diri dengan lebih mendalam serta mengetahui potensi diri dalam bidang keusahawanan dan lebih berkeyakinan. Selain itu juga, ini memberikan ilmu untuk menghadapi alam pekerjaan yang mana kebanyakan majikan adalah pengusaha perniagaan. Dengan adanya program seminar ini dapat meningkatkan

description

teks

Transcript of Laporan Biro

1.0. PENGENALAN

Program Seminar penampilan dan personaliti diri dalam Keusahawanan Realiti Vs Fantasi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kursus keusahawanan (BPK20602) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional ,Universiti Tun Hussien Onn Malaysia semester 1 2014/2015 Tahun 2014. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan kakitangan UTHM dalam dunia keusahawanan dan penampilan diri. Program ini akan memberikan gambaran yang positif kepada mahasiswa dan kakitangan UTHM serta pelajar institusi pengajian awam berdekatan UTHM mengenai dunia keusahawanan dan penampilan diri yang mampu menarik minat mereka. Selain itu juga, ini memberikan ilmu untuk menghadapi alam pekerjaan yang mana kebanyakan majikan adalah pengusaha perniagaan. Dengan adanya program seminar ini dapat meningkatkan keyakinan diri tentang keusahawanan seperti ini, Jawatankuasa Kursus keusahawanan (BPK20602) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia semester 1 2014/2015 Tahun 2014 mengharap mahasiswa dan kakitangan UTHM dapat menyelami bidang keusahawanan dan meningkatkan keyakinan diri dengan lebih mendalam serta mengetahui potensi diri dalam bidang keusahawanan dan lebih berkeyakinan. Selain itu juga, ini memberikan ilmu untuk menghadapi alam pekerjaan yang mana kebanyakan majikan adalah pengusaha perniagaan. Dengan adanya program seminar ini dapat meningkatkan keyakinan diri tentang keusahawanan seperti ini, Jawatankuasa Kursus keusahawanan (BPK20602) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia semester 1 2014/2015 Tahun 2014 mengharap mahasiswa dan kakitangan UTHM dapat menyelami bidang keusahawanan ini dengan lebih mendalam serta mengetahui cara mempamerkan penampilan diri dan personaliti diri serta potensi diri dalam bidang keusahawanan. .

2.0 CARTA ALIR BIRO RAKAMAN & MULTIMEDIA

Pelaksanaan bidang tugas semasa dan selepas seminar dijalankanMembuat PostmortemPemilihan Ahli Jawatankuasa Biro Rakaman & MulktimediaTamatPemulangan PeralatanTaklimat dan pembahagianmengenai bidang kerja Biro Rakaman & MulktimediaPenyediaan bahan-bahan terbitan dan promosiPengurusan peminjaman peralatan multimediaSerahan draf rekabentuk untuk pengesahan Jawatankuasa IndukLulus atau TidakSerahan draf rekabentuk kepada Biro Publisiti untuk dicetak

AKTIVITI / MINGGU M1M2M3M4M5M6M7CPSM8M9M10M11M12M13M14

Taklimat berkenaan seminar akan dijalankan

Perlantikan jawatankuasa pelaksana program

Justifikasi tugas setiap jawatankuasa pelaksana

Membangunkan matlamat seminar

Pemilihan panel untuk seminar keusahawanan

Membuat pengesahan panel yang akan dijemput

Setiap jawatankuasa pelaksana melakukan tugas mengikut bidang tugas masing-masing

Membuat perbincangan masalah yang dihadapi sepanjang melaksanakan tugas

Menyelesaikan segala permasalahan setelah membuat perbincangan dengan semua majlis tertinggi dan biro

Pelaksanaan seminar pada hari yang telah ditetapkan

Membuat postmoterm

Pendokumentasian laporan program

3.0 CARTA GANTT (PANDUAN TIMBALAN PENGARAH)

Pelaksanaan Cuti

4.0BIDANG TUGAS

Biro Multimedia merupakan antara biro yang terdapat di dalam organisasi program Seminar Realiti vs Fantasi (bersama personality Awal Ashaari & Scha Al Yahya). Biro ini bertanggungjawab dalam menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan poster, banner, video, gambar dan sebagainya.

Berikut merupakan bidang tugas Biro Rakaman & Mulktimedia sebelum, semasa dan selepas program :

Bidang tugas Biro Rakaman & Mulktimedia

SebelumSemasaSelepas

1. Menyediakan draf rekaan flyer, poster,bunting, backdrop, kupon makan, tiket masuk dan banner untuk kelulusan JK Induksebelum dicetak (rujuk Lampiran)

2. Menguruskan peminjaman peralatan seperti kamera DSLR, tripod dan kamera video.

3. Membantu Biro Publisiti mengemaskini halaman Facebook Realiti VS Fantasi : Bersama Awal Ashaari & Scha Al Yahyaiv) Membuat liputan video & fotografi semasapelaksanaan majlis

iv) Mengendalikan sesi fotografi antara peserta dan jemputan.

5.0LAPORAN TUGAS

Berikut merupakan tugas yang telah dilaksanakan oleh Biro Rakaman & Multimedia di bawah seliaan Abg Mohd Sabirin bin Abg Muis selaku ketua Biro Rakaman & Multimedia di pantau oleh Azman bin Hanafiah selaku Timbalan Pengarah 1 yang ditugaskan memantau dan menasihati gerak kerja Biro Rakaman dan Multimedia.

BilPelaksanaanTindakan

1Perbincangan peringkat Biro Rakaman & Multimedia

Perkara yang dibincangkan :1. Portfolio biro dan pembahagian tugas2. Tema draf rekaan bahan terbitan

Abg Mohd Sabirin bin Abg Muis (K)

Muhammad Syahir bin Che NordinMohd Zain bin Misilan

2Pengurusan peminjaman dan pemulangan peralatan multimedia (rujuk Borang Peminjaman di Lampiran)Muhammad Syahir bin Che Nordin

3Penyediaan dan pengesahan bahan-bahan terbitan dan promosi (rujuk Lampiran)

Komunikasi bersama Jawatankuasa Induk , Biro Publisti, Biro Keselamatan, Biro Protokol & Biro Makanan untuk penyelarasan bahan-bahan terbitan.

Abg Mohd Sabirin bin Abg Muis

4Sesi rakaman dan fotografi semasa dan selepas seminarAbg Mohd Sabirin bin Abg Muis (K)

Muhammad Syahir bin Che NordinMohd Zain bin Misilan

6.0CARTA ORGANISASI BIRO RAKAMAN & MULTIMEDIA

KETUAAbg Mohd Sabirin bin Abg MuisAHLIMohamad Syahir bin Che Nordin

AHLIMohd Zain bin Misilan

7.0REFLEKSI INDIVIDU

Abg Mohd Sabirin bin Abg MuisDB120090

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam sejahtera.

Pertamanya, syukur ke hadrat ilahi atas segala kurniaNya dapat kami bersama-sama diberi kesempatan untuk bergerak kerja dalam melakukan serta melaksanakan segala perancangan untuk Seminar Penampilan & Personaliti Diri :Realiti VS Fantasi bersama personaliti Awal Ashaari & Scha Al Yahya.

Sebelum itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pensyarah subjek Keusahawanan Dr Haryanti binti Mohd Affandi yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sepanjang proses perancangan berlangsung. Saya juga ingin merakamkan penghargaan khusus kepada saudara Azman bin Hanafiah selaku Timbalan Pengarah 1 dan juga pemantau Biro Rakaman & Multimedia yang juga turut banyak memberi teguran dan pemantauan ke atas biro kami. Tidak dilupakan kepada biro-biro lain yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang gerak kerja.

Alhamdulillah, tidak sedikit pengalaman yang saya kutip sepanjang bersama menjayakan seminar yang saya kira berskala besar ini. Ini adalah pengalaman pertama saya mengendalikan tugas (multimedia) untuk promosi yang melibatkan pelanggan yang lingkungan sasaran 1000 orang. Di antara pengalaman yang saya dapat ialah sedikit sebanyak saya belajar teknik promosi daripada rakan-rakan Biro yang lain iaitu kaedah menarik pelanggan seperti tawaran harga early bird dan harga pakej-pakej (bronze, gold, medal, platinum dan berkumpulan).

Sepanjang gerak kerja, tidak dinafikan berlaku juga konflik di antara Biro-biro. Perkara seperti ini tidak dapat akan dapat kita elakkan dalam mana-mana organisasi. Punca utama konflik adalah kerana kesalahfahaman atau miscommunication di antara Jawatankuasa pelaksana. Selepas beberapa siri perbincangan, segala konflik telah di atasi dan penyelarasan tugas telah dilakukan untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.

Di peringkat biro kami pula, saya berhadapan dengan permasalahan seperti pengesahan yang agak lama kerana kerap kali berlaku perubahan tarikh, panel jemputan dan harga tiket. Sebagai seorang pelajar, ini agak menyukarkan saya kerana kerap kali menukar segala maklumat yang ada pada bahan terbitan atas faktor keterbatasan masa dan peralatan saya (komputer riba). Saya kira ini pengalaman yang agak mencabar dan saya pasti apabila bekerja di industri kelak saya sudah bersedia kerana di industri pastinya kami akan berhadapan dengan perkara yang sama iaitu bekerja dalam tekanan dan masa yang singkat.

Pengalaman saya sebelum ini yang pernah terlibat sebagai Jawatankuasa Multimedia dalam program-program yang lain banyak membantu saya dalam gerak kerja seminar ini.

Sekian sahaja untuk refleksi saya. Terima kasih.

8.0LAMPIRAN