LAPORAN bnk

download LAPORAN bnk

of 1

description

keberkesanan laporan

Transcript of LAPORAN bnk

Bincangkan sejauhmana laporan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan perkhidmatan di sekolah.Laporan aktiviti memainkan peranan yang amat penting dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Laporan merupakan dokumentasi tentang bahan tampak atau media yang dapat dilihat, disemak dan dijadikan panduan pada masa akan datang. Laporan aktiviti merupakan suatu dokumentasi yang disediakan bagi menilai sejauh mana visi, misi, falsafah dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat dilaksanakan ataupun dicapai sepangjang tahun perkhidmatan. Melalui penghasilan laporan aktiviti seseorang GBK akan mengetahui sama ada matlamat program telah tercapai dan mengemukakan cadangan penambahbaikan program pada masa akan datang. Sebagai contoh, GBK membuat laporan aktiviti demi menilai semula kesesuaian perancangan program serta memperbaiki atau membuat pengubahsuaian perancangan bagi menjamin keberkesanan program yang seterusnya.Laporan aktiviti dapat menggambarkan apa yang dilaksanakan oleh GBK serta unitnya iaitu pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini demikian kerana, laporan mampu memberi gambaran tentang peristiwa atau urutan aktiviti yang dijalankan dan memberi gambaran numerikal dari segi penyertaan. Justeru, laporan aktiviti berperanan sebagai suatu bahan bukti aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh GBK dan memperagakan kewibawaan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diurus secara profesional. Sebagai contoh, membolehkan GBK mempunyai gambaran tentang apa dan berapa program yang berjaya dilaksanakan dengan merujuk kepada laporan aktiviti. Laporan aktiviti memainkan peranan yang penting agar memudahkan proses penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah, pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri atau pihak nazir. Laporan aktiviti yang berbentuk naratif atau jadual mempunyai maklumat yang ringkas, padat serta menyeluruh amat berguna bagi tujuan penilaian atau pemantauan oleh pihak penyelia. Paparan maklumat dalam bentuk laporan yang disusun mengikut bidang atau tarikh mampu memberi gambaran yang jelas dan memudahkan proses penyeliaan. Tambahan pula, pihak pengurusan turut boleh menilai sejauh mana peruntukan dan sumber dimanfaatkan secara maksimum serta efektif. Sebagai contoh, GBK boleh menunjukkan laporan tahunan perkhidmatan yang merangkumi maklumat seperti tarikh aktiviti dijalankan, jenis aktiviti, bidang, sasaran, jumlah pelajar, kos serta objektif aktiviti sekiranya pihak pejabat pelajaran daerah membuat pemantauan pada hujung persekolahan.