laporan Bola Tampar.doc

download laporan Bola Tampar.doc

of 14

Transcript of laporan Bola Tampar.doc

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM,

PULAU PINANG

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPARTEMPAT

: INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUNTARIKH

: 15 MAC 2014ANJURAN : 2 PISMP GSTTPENASIHAT: ENCIK KHAIRUDIN BIN SAIDINLAPORAN SETIAUSAHAPada 15 Mac 2014 kumpulan GERKO Bola Tampar 2 PISMP GSTT telah menganjurkan pertandingan Bola Tampar peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2014. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar. Seramai 14 orang guru pelatih telah mengelola pertandingan tersebut, dan empat kumpulan telah menyertai pertandingan Bola Tampar pada hari tersebut iaitu kumupulan Running Girls, kumpulan Shinning Star, kumpulan Supreme Girls, dan kumpulan Beauty Monster. Sebelum pertandingan bermula, para peserta telah diberikan taklimat berkaitan pertandingan Bola Tampar yang akan berlangsung, serta sedikit taklimat keselamatan yang berkaitan dengan pertandingan pada hari tersebut. Para peserta juga telah disediakan makanan dan minuman ringan sebelum memulakan pertandingan.Pertandingan Bola Tampar ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaya binti Ahmad selaku ketua unit GERKO IPG Kampus Tuanku Bainun. Pertandingan ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang pensyarah Bola Tampar. Kami juga telah menjemput dua orang pelatih dari pemain Bola Tampar IPG Kampus Tuanku Bainun yang berpengalaman sebagai pengadil pertandingan. Bagi melancarkan lagi pertandingan tersebut, encik Khairudin bin Saidin telah meminjam Score Board dari pihak luar untuk memudahkan lagi pengiraan mata.

Selama dua jam pertandingan berlangsung, kumpulan Running Girls telah menjuarai permainan Bola Tampar tersebut. Naib johan pula telah dimenangi oleh kumpulan Shinning Star. Manakala tempat ketiga pula telah disandang oleh kumpulan Supreme Girls. Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta telah diberikan sijil peyertaan serta hadiah berbentuk hamper mengikut pungutan mata yang telah diperolehi. Majlis pada hari tersebut telah berakhir dengan jayanya.

Disediakan oleh :

Fazrina Binti Mohd Tamiri

Setiausaha

Pertandingan Bola Tampar Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2014 .PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (15-03-2014)

KUTIPAN

Kumpulan 1 RM 60.00 (RM 7.5 x 8 orang)Kumpulan 2 RM 60.00 (RM 7.5 x 8 orang)Kumpulan 3 RM 60.00 (RM 7.5 x 8 orang)Kumpulan 4 RM 45..00 (RM 7.5 x 6 orang)

Jumlahbesar : RM 225.00

PERBELANJAAN

Roti

: RM 0.60 x 48 = RM 28.80

Air 2 tong

: RM 15 X 2 = RM 30.00

Cawanplastik (50)

: RM 3.00

Cenderahati

: RM 7.90

Alatuntukbungkus hamper : RM 12.45

Baranguntuk hamper

: RM 105.90

Pengadil

: RM 10.00 x 2 = RM 20.00

Iklasuntukbacaandoa

: RM 5.00

Tambang minyakkereta

: RM 10.00Jumlahbesar

: RM 223.05KUTIPAN : RM 225.00

BELANJA : RM 223.05

BAKI

: 1.95

LAPORAN BENDAHARI

Pertandingan Bola Tampar 15-03-2014 telah dilaksanakan dengan jayanya. Saya berasa rendah diri kerana dilantik sebagai bendahari walaupun jawatan ini agak membahayakan diri kerana perlu memegang wang kutipan yang banyak. Zaman persekolahan dahulu, saya pernah memegang jawatan sebagai bendahari Kelab Bola Jaring. Bagi tiga semester berturut-turut yang lalu, saya sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan untuk dilantik sebagai bendahari kelas.

Oleh itu, tidak hairanlah saya dilantik sebagai bendahari bagi Pertandingan Bola Tampar (15-03-2014) kali ini. Dalam menjalankan tanggungjawab ini, saya lebih banyak belajar dan memperolehi ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan bagi sesuatu aktiviti. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui pengurusan biasa diperingkat sekolah, tetapi sekarang adalah diperingkat institut, maka lebih banyak pengetahuan yang telah saya perolehi.

Pertandingan Bola Tampar ini terdiri daripada gabungan tiga buah kelas iaitu Pengajian Melayu, Pengajian Muzik dan Pengajian Tamil. Dalam menjalankan tugas sebagai bendahari, saya tidak mempunyai masalah yang besar kerana masing-masing sudah tahu bahawa kutipan wang bagi pertandingan ini perlu diselesaikan mengikut waktu yang ditetapkan. Dengan limpah kurnianya pembayaran dapat dilakukan dengan lancar.

Pada mesyuarat yang pertama, tiada lagi kata putus berapa jumlah bayaran yang perlu dikutip bagi setiap peserta. Dalam mesyuarat kali kedua diadakan bagi membincangkan perkara-perkara penting untuk pertandingan ini. Kata sepakat telah diberi antara ahli jawatankuasa pertandingan dalam mengumpul wang untuk pembayaran makanan dan hadiah. Bayaran yang perlu dibuat bagi seorang peserta ialah sebanyak RM7.50. Bayaran ini merangkumi untuk menjalankan aktiviti ini.

Oleh kerana pertandingan ini dijalankan pada minggu yang ke-12 selepas kemasukan semester baru, kami mempunyai masa yang banyak untuk membuat persiapan yang rapi, malah urusan keluar masuk wang tidak begitu kerap. Walaupun begitu, saya tetap mencatatkan setiap urusan masuk dan keluar wang ke dalam buku kewangan dengan teliti. Hal ini dapat memudah dan melicinkan laporan kewangan.

Setelah selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai bendahari, saya juga turut membantu rakan-rakan yang lain yang memerlukan bantuan seperti pengurusan peralatan, makanan dan pengurusan-pengurusan yang lain. Kami semua bekerjasama dalam menyiapkan peralatan-peralatan yang perlu dibawa nanti. Mana perkara-perkara yang tidak diketahui, kami bertanya kepada para pensyarah yang terlibat. Oleh itu, semua kerja menjadi mudah.

Secara keseluruhannya, Pertandingan Bola Tampar ini telah berjalan dengan jayanya. Melalui pertandingan ini, saya dapati semangat kerjasama yang ditunjukkan antara ahli-ahli jawatankuasa sangat bagus. Program ini telah banyak memberi manfaat serta memberi pengalaman yang berharga kepada semua yang terlibat. Akhir kata, berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada para pensyarah yang sentiasa memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan yang membantu saya sepanjang pelaksanaan program ini. Saya harap, kami semua memperoleh satu pengalaman yang berguna daripada perancangan program kali ini dan dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :

.

PAVITHEERA A/P TAMIL SILVAM

Bendahari Pertandingan Bola Tampar

Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2014 LAPORAN KESELAMATAN BOLA TAMPARPada 15 Mac 2014 kumpulan GERKO Bola Tampar 2 PISMP GSTT telah menganjurkan pertandingan Bola Tampar peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2014. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar. Seramai 14 orang guru pelatih telah mengelola pertandingan tersebut, dan empat kumpulan telah menyertai pertandingan Bola Tampar pada hari tersebut iaitu kumupulan Running Girls, kumpulan Shinning Star, kumpulan Supreme Girls, dan kumpulan Beauty Monster. Saya Sree Muthu Mariammal a/p Krishnasamy dan rakan saya yang bernama Laksumy a/p telah memegang jawatan sebagai ajk pegawai keselamatan.

Sebelum pertandingan bermula, saya dan rakan saya telah menyediakan peti kecemasan dengan barang keselamatan yang secukupnya. Sebelum pertandingan dimulakan kami telah menyampaikan sedikit taklimat keselamatan yang berkaitan dengan pertandingan pada hari tersebut. Kami juga telah bersedia untuk membantu para peserta apabila mereka menghadapi sebarang kelukaan semasa bermain.

Selain itu, semasa para peserta bermain kami telah sentiasa berwaspada pada keselamatan pemain. Dengan syukurnya pertandingan ini berlangsung dengan lebih selamat dan baik.

Dengan ini, saya dan rakan saya dapat berpengalaman yang baru dan berguna semasa memegang jawatan ini.Majlis pada hari tersebut telah berakhir dengan jayanya.

Disediakan oleh :

Sree Muthu Mariammal a/p KrishnasamyAjk KeselamatanPertandingan Bola Tampar

Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2014 .Laporan Pengelola pesertaPada 15 Mac 2014 kumpulan GERKO Bola Tampar 2 PISMP GSTT telah menganjurkan pertandingan Bola Tampar peringkat IPG KampusTuanku Bainun 2014. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar.Seramai 14 orang guru pelatih telah mengelola pertandingan tersebut, dan empat kumpulan telah menyertai pertandingan Bola Tampar pada hari tersebut.Kumpulan-kumpulan tersebut adalah seperti berikut:1) Shining Stars

2) Running Girls

3) 8 Beauty Monsters

4) Supreme girls

Sebelum seminggu pertandingan tersebut diadakan, Kami AJK pengelola peserta telah menjalankan, beberapa persiapan telah dibuat. Iaitu, kami telah menghiburkan pertandingan Bola Tampar di seluruh maktab dengan menampal iklan-iklan di tempat-tempat yang guru palatih berkumpul seperti kantin, kafeteria, perpustakaan, sebelah tangga naik kekelas dan setiap blok asrama perempuan. Selain itu kami juga telah menghiburkan dalam facebook.

Selepas hiburan telah dibuatkan, kami telah mencari kumpulan-kumpulan untuk pertandinganya.Setiap kumpulan haruslah seramai 8 peserta. 6 akan main dan 2 adalah simpanan.Yuran bagi setiap kumpulan adalah RM60.Iaitu, RM7.50 bagi setiap orang.4 kumpulan telah Berjaya masuk dalam pertandingannya.

Kami juga telah menyediakan 4 buah hempar sebagai hadiah untuk setiap kumpulan.Johan bagi pertandingan Bola Tampar adalah Running Girls.Naib Johan adalah Shinning Stars. Tempat ketiga adalah Supreme Girls dan akhir tempat keempat adalah 8 Beauty Monsters.

Jadual Perlawanan Bola Tampar wanitaRunning GirlsSupreme Girls8 Beauty MonstersShinning StarsMata

Running Girls-30-9

1-030-4

1-030-22

1-03

Supreme Girls9-30

0-1-30-17

1-015-30

0-11

8 Beauty Monsters4-30

0-117-30

1-0-24-30

0-10

Shinning Stars22-30

0-130-15

1-030-24

1-0-2

TempatKumpulanMata

1Running Girls9

2Shinning Stars3

3Supreme Girls0

48 Beauty Monsters6

Disediakanoleh,

Gavithra A/P Maniam

Pengelola peserta Pertandingan Bola Tampar.PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT IPGKAMPUS TUANKU BAINUN 2014

NAMA KUMPULAN : _______________________________

BILNAMA PESERTAKAD PENGENALANKURSUS

1

2

3

4

5

6

7

8

(*Yuran penyertaan sebanyak RM60 untuk sepasukan harus diserah bersama boring ini)----------------------------------------------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT IPGKAMPUS TUANKU BAINUN 2014NAMA KUMPULAN : _______________________________

BILNAMA PESERTAKAD PENGENALANKURSUS

1

2

3

4

5

6

7

8

(*Yuran penyertaan sebanyak RM60 untuk sepasukan harus diserah bersama boring ini)BANNER PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT IPGKAMPUS TUANKU BAINUN 2014

LAPORAN BIRO PERALATAN

Pertandingan bola tampar peringkat IPG telah dilaksanakan di IPG kampus Tuanku Bainun pada hari sabtu 15. march 2014. Sebagai ajk peralatan kami diberi banyak tanggungjawab untuk menjayakan program ini. Saya Paremeswari a/p Kaliappan dan rakan saya Kaliswary a/p Puliandran diberi tugasan untuk menguruskan peralatan bagi pertandingan bola tampar.Saya selaku Ketua AJK Peralatan telah ditugaskan untuk mencatat dan menyenaraikan segala barang-barang dan alatan yang digunakan dan diperlukan sepanjang tempoh pertandingan tersebut bersama dengan ahli jawatankuasa bagi memudahkan segala gerak kerja dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kami telah menyenaraikan segala alatan dan barang-barang yang diperlukan sebelum pertandingan tersebut bermula bagi memastikan tiada yang tertinggal.

Setelah kami rujuk kepada Encik Khairudin, segala peralatan dan bahan telah sedia ada di sana seperti bola, score board, meja, kerusi dan sebagainya yang telah digunakan oleh peserta. Di tempat pertandingan, kami turut mencatat segala barang dan alatan yang telah kami guna dan pinjam dari unit gerko..

Dari awal sehinggalah akhir pertandingan bola tampar segala peralatan yang digunakan telah dicatat. Semuanya telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang berlaku.

Yang menjalankan tugas,

...........................................

(PAREMESWARI A/P KALIAPPAN)AJK PeralatanPertandingan Bola Tampar

Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2014 .LAPORAN BIRO DOKUMENTASI

Sebelum :

Pertandingan bola tampar peringkat ipg telah melaksanakan di ipg kampus tuanku bainun pada hari sabtu 15. march 2014. sebagai ajk dokumentasi kami diberi banyak tanggungjawab untuk menjayakan program ini. saya Ancana a/p Nathan dan rakan saya Kalaivani a/p Rajesparan diberi tugasan untuk menguruskan dokumentasi bagi pertandingan bola tampar.Pada mesyuarat tersebut, satu gambaran ringkas mengenai bidang tugas biro dokumentasi telah diberikan. Bidang tugas utama biro dokumentasi adalah untuk mengambil gambar dan merakam video untuk dijadikan sebagai satu dokumen bukti sesuatu program.

Pada mesyuarat kali yang kedua satu jawatan kuasa kerja umum telah ditubuhkan. Jawatan kuasa kerja umum ini telah diwakili oleh semua guru pelatih India dan melayu dari tiga kelas. Ketua biro dokumentasi telah menerangkan tugas ahli-ahli biro dokumentasi yang perlu dilaksanakan sepanjang proses menganjurkan Pertandingan bola tampar..

Pada 5 march 2014, biro dokumentasi bercadang untuk membuat permohonan kepada Unit Teknologi IPG Kampus Tuanku Bainun untuk meminjam kamera rakaman video.Unit Teknologi IPG Kampus Tuanku Bainun meluluskan permohonanya.

Bermula dari 15 march 2014, dokumentasi tidak tertinggal untuk mengkumpulkan segala bukti dari segi gambardan video bagi setiap mesyuarat, pertemuan,mahupun perjumpaan pertandingan bola tampar.

.Semasa :Pada hari pertandingan bola tampar dari pagi lagi kerja-kerja persiapan padang telah bermula. Untuk memudahkan kerja, ajk dokumentasi telah dibahagikan tugas secara terancang.Ajk dokumentasi diarahkan untuk menghadirkan diri pada pukul 7.00 malam. Hal ini kerana, ketua ajk telah memberikan beberapa pesanan ringkas kepada mereka sebelum mereka memulakan tugasan mereka.

Selepas :

Selepas pertandingan dijalankan dengan jayanya, kami mengadakan mengadakan satu perjumpaan.untuk mengumpul gambar-gambar yang diambil sepanjang pertandingan ini idijalankan.Sesi memberikan refleksi mengenai tugasan yang dilaksanakan oleh kami LaporanDisediakanOleh :

__________________________

Ancana a/p Nathan

AJK Dokumentasi

Pertandingan bola tampar.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

WANITA

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN