Laporan Ceramah Guru Dan Perundangan

download Laporan Ceramah Guru Dan Perundangan

of 6

Transcript of Laporan Ceramah Guru Dan Perundangan

PROGRAM BINA INSAN GURU

TAHUN 2015

LAPORAN REFLEKTIF:

TAJUK : CERAMAH GURU

GURU DAN PERUNDANGAN BIJAK CEMERLANG

(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Program Bina Insan Guru Peringkat 4 bagi Kumpulan kami dari Kelas Pemulihan 2 dan Sains 2 terdiri daripada 29 orang pelajar telah dijalankan di SK (Bandar Penawar Kluster Kecemerlangan Kota Tinggi Johor. Semua pelajar hadir bersama semasa program tersebut dijalankan. Ceramah ini disampaikan oleh En. Hairul Faizal bin Othman . beliau merupakan Penolong Pegawai PPD Kota Tinggi bahagian Hal Ehwal Murid. Beliau menerangkan tentang perundangan dan etika seorang penjawat awam. Di antara rasional beliau menyampaikan ceramah ini supaya penjawat awam dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cekap, beramanah dan cekap. ISU / MASALAH Masalah yang timbul adalah kesukaran untuk mendapatkan pegawai PPD yang sedia untuk memberikan ceramah pada hari ini kerana kebanyakkan mereka sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Tambahan pula pihak kami pernah menukar tarikh program kerana program berada di dalam minggu peperiksaan.(B) Analisis SWOT(i) KEKUATAN

1. Program ceramah yang diadakan ini dapat memberi peluang kepada guru meningkatkan kefahaman tentang tajuk yang disampaikan oleh penceramah. Ia juga dapat memotivasikan driri guru untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi.

2. Penerangan daripada ceramah membolehkan peserta menganalisis isu-isu utama dalam pelaksanaan dan pengurusan pendidikan berdasarkan aspirasi murid di sekolah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.3. Ceramah juga membolehkan peserta menilai sejauhmana mereka telah memainkan peranan dalam pengurusan pendidikan dalam konteks aspirasi murid peringkat sekolah. 4. Hasil dapatan daripada ceramah boleh meningkatkan sistem pengurusan pendidikan KURIKULUM/HEM/KOKO yang cekap dan efisien di sekolah melalui perancangan Pelan Strategik yang berkesan 5. Selain itu peserta ( guru ) juga dapat mempertingkatkan keyakian diri dan iltizam untuk menguruskan kurikulum,sahsiah, disiplin , kebajikan dan Kokurikulum peringkat sekolah dengan lebih sistematik.6. Penceramah merupakan seorang yang berpengalaman luas dan mahir dalam pentadbiran dan pengurusan setelah berada dalam sektor ini dalam tempoh masa yang lama.

7. Ceramah mendapat maklum balas yang baik daripada borang maklum balas yang diedarkan dan diisi oleh semua peserta.

(ii) KELEMAHAN

1. Penceramah agak kesuntukkan masa memandangkan tajuk yang di bentangkan mempunyai skop yang luas.(iii) PELUANG

1. Memberi peluang kepada guru meningkatkan kefahaman tentang undang-udang yang membantu guru khususnya penjawat dalam sesuatu peristiwa yang berlaku.2. Memberi motivasi dan keyakinan kepada guru bagi menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.

3. Meningkatkan semangat kepada peserta yang telah menjadi pentadbir sekolah untuk lebih berkeyakinan menguruskan pentadbiran dengan maklumat dan ilmu yang diperoleh daripada ceramah ini.

4. Memberi keyakinan kepada semua peserta ceramah untuk meningkatkan tahap pendidikan dan juga kerjaya.

(iv) ANCAMAN

Tiada ancaman yang berlaku.

REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dapat mengikuti program ceramah guru dalam sesi Program BIG yang kumpulan kami yang telah kami jalankan. Ceramah yang bertajuk Guru Dan Perundang- Bijak cemerlang amat memberikan manfaat yang amat berguna kepada kami untuk diaplikasikan dalam perkhidmatan kami semua dalam menjalankan tugas yang diarahkan.Ceramah telah disampaikan oleh Encik Hairul Faizal bin Othman yang merupakan Pegawai PPD Kota Tinggi bahagian Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah.

Sebagai pemimpin beliau telah menunjukkan contoh yang baik dengan hadir tepat pada masa yang diminta Pengisian ceramah juga menepati keperluan semasa dalam pendidikan. Ia dapat digunakan secara langsung untuk meningkatkan mutu perkhidmatan semua peserta program. Dua jam yang diperuntukan bagi sesi ceramah ini bagaikan tidak mencukupi kerana banyak maklumat yang disampaikan amat berguna kepada kami.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah yang dihormati, Encik Mazlan Bin Ayob atas bimbingan beliau dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya pengalaman melaksanakan program ini akan menjadi pedoman dan panduan kepada saya untuk meneruskan tugas mendidik anak bangsa ke arah mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar , kerana sudi menerima kedatangan kami dengan hati terbuka dan memberikan kerjasama yang amat baik. Tidak lupa saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang bekerjasama untuk menjayakan program ini dengan lancar hingga ke akhirnya.Akhir sekali saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan kepada saya untuk menjayakan program BIG ini. (i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Memberikan pengalaman dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat2. Memberikan keyakinan untuk mengurus dan memimpin dalam satu kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu aktiviti yang dirancang dengan teratur3. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara pelajar PPG yang terlibat bersama pihak pentadbir sekolah yang terlibat4. Dapat mengenali dan menilai prestasi kendiri sebagai seorang guru daripada keberkesanan perlaksanaan program yang dijalankan

5. Membina sikap dan pemikiran positif yang lebih baik disamping meningkatkan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.6. Menghayati dan mengamalkan konsep kerja, nilai etika, integriti,dan akhlak keguruan dalam meningkatkan profesionalisme keguruan

7. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial serta membina kemahiran berfikit aras tinggi dan berupaya menjana pemikiran baharu.(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. Perancangan pelaksanaan program dengan lebih terancang dan teliti daripada pihak IPG amatlah perlu kerana Program BIG yang melibatkan pelajar PPG perlu dirancang dan dilaksanan oleh pelajar PPG yang terlibat dalam masa yang sama menjalankan tugas sebagai guru di sekolah.2. Perancangan awal daripada pihak IPG amatlah diharapkan agar Program tersebut boleh dimasukkan dalam takwin pelajar PPG di sekolah dan boleh melibatkan pihak sekolah secara langsung untuk memberi manfaat juga kepada pihak sekolah,3. Kerjasama daripada semua pihak seperti pensyarah, pelajar PPG dan juga guru-guru di sekolah yang terlibat dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu program yang dirancang dengan lebih teratur.Tandatangan Pelapor: .. ( SUFIAN B KAMAL)

821005-01-5817