Laporan Dan Refleksi

5
[KARNIVAL SUKAN ANJURAN PISMP PJ 1113 2015] LAPORAN JAWATANKUASA NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO NO.KAD PENGENALAN : 930209-12-5973 BIDANG TUGAS : KETUA AJK PERALATAN i. SEBELUM Menyeru setiap AJK permainan menyenaraikan peralatan yang ingin digunakan semasa karnival. Menyenaraikan alatan yang perlu dipinjam dari Astaka atau Gimnasium agar lebih mudah untuk mengambil dan mengembalikan bahan selepas karnival. Membantu pengerusi merancang mesyuarat bagi setiap jawatankuasa tertinggi. Membantu pengerusi merancang bajet bagi pengelolaan karnival berkaitan dengan barang-barang yang hendak dibeli. Berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Memastikan kelancaran dan penyediaan alatan sentiasa lancar dan selamat digunakan. Membantu jawatankuasa lain membuat keputusan. Membantu pengerusi melicinkan proses kerja bagi setiap jawatankuasa yang telah dilantik. Membantu pengerusi menyampaikan beberapa maklumat penting melalui Facebook dan Wassup. ii. SEMASA Memastikan semua peralatan mencukupi dan dapat berfungsi dengan baik serta selamat digunakan. Membantu melancarkan karnival dengan membantu mana-mana kumpulan yang memerlukan bantuan. Membantu pengerusi memastikan kelancaran karnival dari hari pertama hingga hari terakhir.. Membantu Ajk lain yang menghadapi masalah dan kekurangan. Membantu pengerusi memantau setiap Ajk yang bertugas pada hari penutupan karnival.

description

laporan lawatan

Transcript of Laporan Dan Refleksi

Page 1: Laporan Dan Refleksi

[ ]

LAPORAN JAWATANKUASA

NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO

NO.KAD PENGENALAN : 930209-12-5973

BIDANG TUGAS : KETUA AJK PERALATAN

i. SEBELUM Menyeru setiap AJK permainan menyenaraikan peralatan yang ingin

digunakan semasa karnival.

Menyenaraikan alatan yang perlu dipinjam dari Astaka atau Gimnasium agar

lebih mudah untuk mengambil dan mengembalikan bahan selepas karnival.

Membantu pengerusi merancang mesyuarat bagi setiap jawatankuasa

tertinggi.

Membantu pengerusi merancang bajet bagi pengelolaan karnival berkaitan

dengan barang-barang yang hendak dibeli.

Berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing.

Memastikan kelancaran dan penyediaan alatan sentiasa lancar dan selamat

digunakan.

Membantu jawatankuasa lain membuat keputusan.

Membantu pengerusi melicinkan proses kerja bagi setiap jawatankuasa yang

telah dilantik.

Membantu pengerusi menyampaikan beberapa maklumat penting melalui

Facebook dan Wassup.

ii. SEMASA Memastikan semua peralatan mencukupi dan dapat berfungsi dengan baik

serta selamat digunakan.

Membantu melancarkan karnival dengan membantu mana-mana kumpulan

yang memerlukan bantuan.

Membantu pengerusi memastikan kelancaran karnival dari hari pertama

hingga hari terakhir..

Membantu Ajk lain yang menghadapi masalah dan kekurangan.

Membantu pengerusi memantau setiap Ajk yang bertugas pada hari

penutupan karnival.

Page 2: Laporan Dan Refleksi

[ ]

iii. SELEPAS Menghantar kembali barang yang telah dipinjam dari gimnasium dan astaka.

Memastikan peralatan yang dipinjam dikembalikan dengan jumlah yang sama

semasa dipinjam.

Membantu pengerusi menjalankan Post- Mortem

Membantu pengerusi melancarkan aktiviti post-mortem.

Membuat laporan.

DISEDIAKAN OLEH,

______________________

(MOHD HAMDAN BIN PALLAO)KETUA AJK PERALATAN,KARNIVAL SUKAN 2015.

Page 3: Laporan Dan Refleksi

[ ]

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO

KAD PENGENALAN : 930209-12-5973

i. Pengenalan

Alhamdulillah kami dapat juga melaksanakan karnival dengan jayanya

walaupun pada mulanya banyak kekangan yang berlaku. Karnival ini mendapat

sambutan yang cukup hangat walaupun pada masa tersebut aktiviti institut sangat

padat. Karnival ini terbuka kepada semua warga IPGKTAR termasuk staff dan

pensyarah.

ii. Kekuatan

Kekuatan yang dapat dilihat daripada karnival ini ialah semua ahli dalam

jawatankuasa bertugas dengan baik. Semua ahli dapat bekerjasama dan berganding

bahu walaupun sedikit keletihan kerana dihimpit dengan beban tugas masing-

masing. Setiap ajk mengetahui tugas umum yang harus dilakukan bagi setiap

permainan yang dipertandingkan. Walaupun ada ahli penganjur yang mengambil

tempat untuk bertanding, mereka tetap menjalankan tugas sebelum mengikuti

pertandingan dan menggantikan tempat mana-mana ahli yang kosong untuk dibantu.

Sikap seperti ini harus dijadikan amalan oleh setiap guru pelatih agar dapat

mengetahui selok belok dalam penganjuran karnival yang mengambil masa

beberapa hari untuk dijalankan.

Kekuatan lain yang saya lihat ialah sikap toleransi antara ajk juga semakin

meningkat dan dilihat sebagai kekuatan yang paling bermakna kerana penganjuran

karnival seperti memerlukan pasukan yang boleh dan mampu menguruskan program

dengan lancar dan tersusun. Selain itu, saya melihat sistem kepengadilan dalam

setiap permainan adalah yang terbaik berdasarkan penganjuran sebelum ini dan

tiada isu yang dibangkitkan oleh setiap peserta atau kumpulan yang bertanding.

Penganjuran karnival ini seharusnya menjadi contoh kepada penganjuran karnival

yang seterusnya.

iii. Kelemahan

Tidak banyak kekurangan yang saya lihat melalui penganjuran karnival ini. Namun

ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah peraturan masa

Page 4: Laporan Dan Refleksi

[ ]

pertandingan yang mesti dipatuhi oleh peserta. Segelintir peserta atau kumpulan

datang lewat dan tidak mematuhi jadual perlawanan. Selain itu, terlihat sedikit

kelemahan apabila permainan dimulakan serentak menyebabkan beberapa peserta

kelam kabut ke tempat pertandingan seterusnya dan permainan tersebut terhenti

seketika kerana menunggu peserta yang bertanding. Ia turut menyebabkan jadual

pertandingan berubah semasa pertandingan kerana faktor peserta atau kumpulan

mengikuti pertandingan yang lain dalam satu karnival.

iv. Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan ialah mengehadkan peserta atau

kumpulan menyertai hanya satu permainan dalam satu karnival atau masa

pertandingan bagi setiap permainan tidak diadakan serentak. Contohya, pada hari

pertama dan hanya permainan bola tampar sahaja, dan pada hari berikutnya hanya

permainan bola jaring agar tiada masalah mengenai jadual pertandingan. Selain itu,

mungkin sebaiknya karnival seperti ini boleh dilakukan seharian bagi memudahkan

peserta dan penganjur tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti penganjuran

kali ini kerana hanya dibuat sebelah petang sahaja.