78661342 refleksi

36
Setelah melalui proses penghasilan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Seni Dalam Pendidikan (SDP) ini, saya memperolehi pelbagai manfaat yang berguna dari segenap aspek serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. Tugasan Seni Dalam Pendidikan ( SDP ) yang telah diberikan kepada IPGM Kampus Tun Hussein Onn serba sedikit telah membuka minda kami sebagai bakal guru yang akan berkhidmat sebagai seorang guru kelak bahawa sesi pembelajaran seharusnya menarik dan menyeronokkan untuk menarik minat pelajar untuk belajar tanpa ada perasaan jemu dalam jiwa mereka. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan pelajar semakin hari semakin menebal minat mereka untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata mata bahkan turut perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu di kalangan pelajar lebih jitu dan mampan. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya menjuruskan kepada hiburan sahaja, tetapi melangkaui sempadan pemikiran kuno saya selama ini. Sebelum tugasan bermula, saya agak keliru tentang fokus utama tugasan ini. Ini kerana tajuk yang diberikan agak umum, dan menyebabkan saya beberapa kali merujuk kepada rakan rakan yang lain. Masing masing mempunyai tanggapan yang berbeza. Setelah berbincang bersama sama rakan sekelas, alhamdulillah, saya mulai nampak apa itu fokus utama dalam tugasan kerja kursus pendek ini. Walaupun pada mulanya sukar untuk saya fahami kerana subjek ini teori nya agak mengelirukan dan ada sedikit yang lebih kurang sama maksudnya, namun saya berjaya juga memahami semua yang telah di ajar oleh beliau. Semasa pertama kali mendapat tugasan yang diberikan oleh beliau,sememangnya tidak dinafikan keluhan yang ada dalam diri saya, hal ini kerana terdapat banyak lagi tugasan yang harus disiapkan berikutan

Transcript of 78661342 refleksi

Page 1: 78661342 refleksi

Setelah melalui proses penghasilan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek

Seni Dalam Pendidikan (SDP) ini, saya memperolehi pelbagai manfaat yang berguna

dari segenap aspek serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. Tugasan Seni

Dalam Pendidikan ( SDP ) yang telah diberikan kepada IPGM Kampus Tun Hussein

Onn serba sedikit telah membuka minda kami sebagai bakal guru yang akan

berkhidmat sebagai seorang guru kelak bahawa sesi pembelajaran seharusnya menarik

dan menyeronokkan untuk menarik minat pelajar untuk belajar tanpa ada perasaan

jemu dalam jiwa mereka. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan

pelajar semakin hari semakin menebal minat mereka untuk menuntut ilmu.

Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi

antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum

semata – mata bahkan turut perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan i lmu di

kalangan pelajar lebih jitu dan mampan. Tugasan ini secara tidak langsung telah

membuka mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya menjuruskan

kepada hiburan sahaja, tetapi melangkaui sempadan pemikiran kuno saya selama ini.

Sebelum tugasan bermula, saya agak keliru tentang fokus utama tugasan ini. Ini

kerana tajuk yang diberikan agak umum, dan menyebabkan saya beberapa kali

merujuk kepada rakan – rakan yang lain. Masing – masing mempunyai tanggapan yang

berbeza. Setelah berbincang bersama – sama rakan sekelas, alhamduli llah, saya mulai

nampak apa itu fokus utama dalam tugasan kerja kursus pendek ini.

Walaupun pada mulanya sukar untuk saya fahami kerana subjek i ni

teorinya agak mengelirukan dan ada sedikit yang lebih kurang sama maksudnya, namun saya

berjaya juga memahami semua yang telah di ajar oleh beliau. Semasa pertama kali mendapat

tugasan yang diberikan oleh beliau,sememangnya tidak dinafikan keluhan yang ada dalam

diri saya, hal ini kerana terdapat banyak lagi tugasan yang harus disiapkan berikutan

Page 2: 78661342 refleksi

dengan tarikh serahan tugasanyang te lah diberikan. Te tapi hal i tu tidak pernah

melunturkan semangat saya untuk terus berusaha menyiapkan tugasan ini kerana

keluhan tugasan bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Itulah pri nsip

yang ada da lam diri saya untuk lebi h member motivasi dalam diri saya.Tugasan yang

diberikan tidaklah susah berbanding dengan tugasan yang lainkerana semuanya ada

dalam nota yang diberikan oleh beliau. Apatah lagi Rancangan Penga jaran Harian

yang diperlukan dalam tugasan ini bergantung dengan k reativi ti individu untuk

melaksanakan satu RPH yang menyeronokkan dan mencapai objektif. Ia sungguh

menyeronokkan dengan bertukar pendapat dengan rakan-rakan kumpulan dan

menjanai dea yang lebih baik.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH), objektif merupakan elemen yang

penting dalam merencanakan agenda yang sesuai dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) harian. Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, guru

ditekankan kepada langkah-langkah yang harus dipelbagaikan supaya tidak berlaku

konflik dalam P&P akibat daripada kebosanan para pelajar. Maka, guru perlulah

menumpukan sepenuh perhatian dan kreativiti mereka dalam mencorakkan perjalanan

mereka. “Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”.

Kesesuaian P&P adalah penting kerana guru tidak boleh menerapkan unsur-

unsur yang tidak baik kepada pelajar. Misalnya, politik, menyentuh perkauman, ni lai -

nilai yang tidak beretika dan sebagainya. Hal ini bertepadan dalam matlamat Falsafah

Pendidikan Negara dan matlamat Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual, rohani dan sosial (JERIS).

Berdasarkan tugasan saya ini, dapat saya simpulkan di sini bahawa, Rancangan

Pengajaran Harian adalah satu dokumen yang menjelaskan secara terperinci tentang

perjalanan Pengajaran dan Pembalajaran yang akan dipacu dengan sebaik mungkin

oleh insan yang bergelar guru. Selain itu, ianya juga merupakan perancangan yang

disusun dengan teliti dan kemas serta mengikut urutan tahap kemampuan pelajarnya.

Page 3: 78661342 refleksi

Apa yang penting, kedua-duanya menepati aspek-aspek yang amat diperlukan untuk

kegunaan pengajaran dan pembelajaran ( PNP ).

Hal ini disebabkan di dalam minda murid telah menetapkan bahawa

pembelajaran semangnya menyeronokkan. Selain daripada itu mereka juga akan

mudah menerima apa yang kita ajar kerana mereka telah memberi komitmen dan

tumpuan yang tinggi dalam kelas selain tidak mempunyai tekanan ketika belajar.

Menurut kajian, sememangnya kanak-kanak melalui proses pembelajaran melalui

bermain. Walaupun bermain pada pandangan kasar orang dewasa hanyalah satu naluri

semulajadi kanak -kanak namuntanpa kita sedari ketika kanak-kanak bermain, mereka

melalui satu sesi pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka.

Jika pada suatu masa dahulu kira sering beranggapan bahawa pembelajaran

subjek tertentu sahaja yang memerlukan ketiga -tiga elemen ini ketika belajar iaitu, seni,

muzik dan pendidikan jasmani. Walaupun pada suatu hari nanti kita mengajar matematik

namun masih lagu mampu mengaplikasikan ketiga -tiga elemen tersebut di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan memasukkan ketiga-tiga elemen dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, sesuatu subjek tersebut akan lebih mudah dip

elajari kerana murid akan belajar dengan keadaan tanpa tekanan. Walaubagaimanapun

kawalan guru terhadap suasana kelas amat penting bagi mengelakkan perkara yang

tidak diingini berlaku.

Berdasarkan pemrhatian saya, terdapat beberapa peranan guru yang harus

dititikberatkan. Seseorang guru perlulah peka dan mengetahui pengetahuan sedia ada

muridnya agar objektif pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dicapai. Bagaimana

ini boleh berlaku? Ianya bermaksud aktiviti yang dijalankan tersebut mestilah sesuai

dengan latar belakang murid-muridnya. Contohnya seorang guru ingin mengajar

muridnya melukis gambar permandangan. Permandangan tersebut mestilah merujuk

kawasan atau tempat di sekeliling kehidupan murid – muridnya seperti kehidupan

nelayan tentunya kawasan sekolah tersebut terletak di tepi laut. Murid dapat melakukan

pemerhatian secara aktif tentang gambaran sebuat bot nelayan atau keadaan

sesebuah pantai itu.

Page 4: 78661342 refleksi

Pemerhatian kedua ialah benda atau bahan yang digunakan mestilah konkrit

yakni berbentuk maujud. Kenapa? Untuk menghasilkan sesuatu pengajaran yang

bersepadu dan berkesan terutamanya di dalam pendidikan seni, seorang guru mestilah

menggunakan bahan atau benda yang berbentuk konkrit atau maujud( betul). Ini

sebenarnya memudahkan pelajar melakukan pemerhatian seterusnya membuat hasilan

yang lebih tepat dan kreatif. Contohnya, guru seni mengajar muridnya melukis bunga

lebih mudah di mana guru boleh membawa bunga kedalam kelas untuk di lihat oleh

muridnya berbanding jika muridnya diminta melukis sesuatu yang memerlukan mereka

menggunakan daya imaginasi mereka seperti melukis kapal angkasa.

Pemerhatian secara aktif yang ketiga ialah guru juga perlu melihat dan peka

kepada minat, kecenderungan dan latar belakang muridnya. Kenapa ini perlu? Telah

kita bincangkan di atas tadi bahawa guru perlu mengetahui dan memahami latar

belakang dan minat muridnya agar ini dapat memudahkan sesuatu objektif pengajaran

seninya lebih mudah dicapai. Tambahan pula, melalui cara ini, guru dapat menyediakan

bahan dan aktiviti yang dapat memupuk dan menarik minat murid- muridnya untuk

belajar selaras dengan kecenderungan dan minatnya. Ia penting kerana kita tahu minat

murid – murid di sekolah bandar adalah berbeza berbanding murid-murid di sekolah

luar bandar. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu pengajaran itu bermakna dan

besepadu, seorang guru perlulah peka dengan keadaan ini.

Pemerhatian yang aktif juga perlu dilihat dari segi kegunaan bahan itu, bunyinya,

pergerakan dan aksi sesuatu bahan itu. Kenapa? Ini akan lebih menarik minat murid

untuk belajar. Sesuatu bahan yang menarik mampu membuatkan sesuatu pengajaran

itu lebih seronok. Guru perlu melihat kesesuaian bahan itu agar ianya selaras dengan

pengalaman dan kecenderungan muridnya. Contohnya di dalam pengajaran membuat

kolaj, murid mengunakan bahan kain buang yang berwarna – warni. Guru memberi

kebebasan kepada muridnya membentuk apa saja. Kebebasan ini memberi peluang

kepada muridnya meneroka imaginasi mereka sendiri.

Seterusnya, pemerhatian secara aktif yang kelima ialah aktiviti tersebut dapat

mencetuskan idea dan imaginasi murid. Apa yang dapat mencetuskan idea dan

membina imaginasi murid? Telah kita bincangkan di atas tadi bahawa kesesuaian

Page 5: 78661342 refleksi

bahan dan kepelbagaian aktiviti tentunya dapat menarik minat murid dan secara

langsung dapat menjana idea mereka dan mengembangkan imaginasi mereka.Dapat

dirumuskan di sini bahawa pemerhatian yang aktif amat perlu dan penting kepada

seorang guru sebagai satu persediaan kepada beliau untuk menyediakan sesuatu

aktiviti yang menarik dan berkesan dan secara langsung dapat memberikan satu

pengajaran yang bersepadu menurut tuntutan kurikulum KBSR. Jelaslah di sini bahawa

kepentingan aspek ini perlu digunakan oleh seorang guru seni untuk menjadikan

pelajaran seninya menarik, berkesan dan bersepadu. Ini juga dapat membantu guru

untuk mencapai onbjektif pelajarannya dan murid dapat mengikuti pelajaran dengan

penuh minat, gembira dan berkesan.

Dengan tugasan SDP yang diberikan juga secara tidak lansung menyediakan

mental kami untuk menempuhi alam pekerjaan sebagai seorang guru nanti. Tugas

mengajar dan mendidik sebenarnya tidak semudah apa yang disangkakan . Hal ini

kerana dengan teknik dan pendekatan yang tidak tepat yang digunakan oleh guru

bukan sahaja akan membuatkan pelajar tidak memahaminya malah akan menjatuhkan

semangat belajar pelajar. Kami berpendapat bahawa dengan menggunakan tigaelemen

tersebut di dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar sekaligus

menjadikan murid tersebut melibatkan diri yang aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Secara tidak lansuang mampu meningkatkan tumpuan mereka di ketika

belajar.

Selain daripada itu, pemupukan semangat kerjasama antara pelajar juga dapat

dilaksanakan.dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni. Tidak seperti

pembelajaran tradisional yang menggunakan kapur dan papan hitam sebagai media

dalam penyampaian maklumat. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak

dan berinteraksi secara kerjasama untuk mencapai kejayaan bersama.

Berdasarkan tugasan saya ini, dapat saya simpulkan di sini bahawa, Rancangan

Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Semester adalah satu dokumen yang

menjelaskan secara terperinci tentang perjalanan Pengajaran dan Pembalajaran yang

akan dipacu dengan sebaik mungkin oleh insan yang bergelar guru. Selain itu, ianya

Page 6: 78661342 refleksi

juga merupakan perancangan yang disusun dengan teliti dan kemas serta mengikut

urutan tahap kemampuan pelajarnya. Apa yang penting, kedua-duanya menepati

aspek-aspek yang amat diperlukan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran(

PNP ).

Ketika proses tugasan ini dijalankan, tiada masalah yang timbul dan saya dapat

menyempurnakannya dengan baik sekali. Setiap maklumat yang ingin disampaikan

dapat dinyatakan dengan jelas dalam tugasan ini.

Segala ilmu dan pengetahuan yang dikutip ketika proses penyiapan tugasan ini,

amat berguna untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Saya berasa amat beruntung

kerana dapat diberi peluang seperti ini dan amat berharap agar pengalaman seperti

akan diperoleh lagi pada masa yang mendatang. Terima kasih tidak terhingga

diucapkan kepada Puan Zalila binti Nasir, Puan Zaharah binti Abd Manap dan Encik

Ismail bin Saiman yang tidak pernah mengenal erti jemu ketika membantu saya dan

rakan – rakan yang lain menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa kerjasama beliau, tidak

berjayalah tugasan yang diberikan ini.

Akhir kata, saya berasa bahawa tugasan i ni secara tidak langsung

menambahkan pemahaman saya tentang subjek ini dan ini dapat dipraktikan di

masa akan datang terutama semasa menjalankan praktikum mahupun semasa berkhidmat di

sekolah. Disini saya i ngin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang tidak pernah

berhenti menyokong saya dan memberi wang saku sedikit untuk membeli alat-alat tulis

keperluan tugasan ini tanpa diminta. Saya amat bersukur kepada Tuhan kerana

memberi saya pensyarah, rakan-rakan dan ibu bapa yang sangat membantu dalam

menyiapkan tugasan ini. Dengan berkat dari Tuhan se rta dorongan rakan-rakan,

akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Page 7: 78661342 refleksi

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. HALAMAN PENGAKUAN 2

2. BIODATA 3 – 4

3. ISI KANDUNGAN 5 – 6

4. PENGHARGAAN 7 – 9

5. Rancangan Pengajaran Harian berunsur Seni 10 – 11

6. Pelaksanaan Bahan Kostum

1) Costume

2) Cerita rakyat

3) Watak dalam cerita rakyat

4) Perkembangan Idea

5) Gambar-gambar kostum

6) Rekaan headgear / kepala

7) Bahagian badan

8) Bahan / Aksesori

9) Gambar Lengkap Penghasilan Kostum

12 – 24

7. REFLEKSI 25 – 26

8. LAMPIRAN 27 – 35

9. RUJUKAN 36 – 37

10. BORANG KOLABORASI 38 – 39

Page 8: 78661342 refleksi

Gambar-gambar Kostum

Page 9: 78661342 refleksi

PERKEMBANGAN IDEA

Page 10: 78661342 refleksi
Page 11: 78661342 refleksi

Rekaan Head gear

Gambar-gambar kostum

Page 12: 78661342 refleksi

BAHAGIAN BADAN

Page 13: 78661342 refleksi

Penghasilan Head gear

Page 14: 78661342 refleksi
Page 15: 78661342 refleksi

BAHAN / AKSESORI

Page 16: 78661342 refleksi
Page 17: 78661342 refleksi

GAMBAR LENGKAP PENGHASILAN KOSTUM

Page 18: 78661342 refleksi

LAMPIRAN

Page 19: 78661342 refleksi

BIODATA

Page 20: 78661342 refleksi

ISI

KANDUNGAN

Page 21: 78661342 refleksi

RUJUKAN

Page 22: 78661342 refleksi

BORANG

KOLABORASI

Page 23: 78661342 refleksi

COSTUME

Page 24: 78661342 refleksi

CERITA

RAKYAT

Page 25: 78661342 refleksi
Page 26: 78661342 refleksi

Watak

dalam

Cerita

Rakyat

Page 27: 78661342 refleksi

PENGHARGAAN

Page 28: 78661342 refleksi

PERKEMBANGAN

IDEA

Page 29: 78661342 refleksi

GAMBAR

KOSTUM

Page 30: 78661342 refleksi

REKAAN HEAD

GEAR

Page 31: 78661342 refleksi

BAHAGIAN

BADAN

Page 32: 78661342 refleksi

BAHAN /

AKSESORI

Page 33: 78661342 refleksi
Page 34: 78661342 refleksi
Page 35: 78661342 refleksi
Page 36: 78661342 refleksi