LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf ·...

14
LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 1 BAB 3 EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2012 3.0 PENGENALAN Bab ini membincangkan unjuran prestasi ekonomi makro Negeri Selangor di Tahun 2012. Perbincangan dimulakan dengan membentangkan maklumat mengenai prestasi dan arah aliran (trend) ekonomi Malaysia secara ringkas. Ini akan diikuti oleh perbincangan mengenai arah aliran ekonomi beberapa kawasan negara maju, termasuk Amerika Syarikat, kawasan Euro, China, dan Jepun. Maklumat ini adalah penting kerana prestasi ekonomi rantau-rantau tersebut memberi kesan kepada ekonomi Malaysia yang amat terbuka. Seperti di Bab 1, ukuran prestasi utama yang digunakan di dalam perbincangan ini ialah pertumbuhan KDNK. Ini dilengkapkan dengan ukuran-ukuran arah aliran ekonomi secara berkategori (categorical); di antaranya, naik/turun permintaan/perbelanjaan domestik, naik/turun permintaan/perbelanjaan luar negeri, situasi-situasi pasaran perumahan, pasaran pekerja, pelaburan hartanah, peluang pekerjaan, dan beberapa ukuran lain. JANGKAAN ARAH ALIRAN PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA DI TAHUN 2012 Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka sederhana pada tahun 2012. Ini adalah diasaskan kepada jangkaan bahawa pelaburan dan aktiviti perdagangan global akan terus berkembang tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Pertumbuhan ini dijangka dibantu oleh pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun yang berkembang pesat dan negara-negara membangun yang lain. Dasar monetari yang akomodatif yang berterusan di negara-negara maju dan aktiviti pembangunan semula ekonomi Jepun turut member kesan positif. Selain itu, usaha bagi menangani defisit fiskal dan masalah hutang secara bersepadu dijangka memberi impak ke atas keyakinan pelabur dan pasaran kewangan. Pertumbuhan di negara maju diunjurkan berkembang 1.9% manakala ekonomi negara-negara membangun yang berkembang pesat dan negara-negara membangun lain diunjur akan meningkat kukuh pada kadar 6.1%. Walau bagaimanapun, masih terdapat risiko yang berkemungkinan mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan. Termasuk di dalam risiko-risiko ini ialah kadar pengangguran yang tinggi, krisis hutang berdaulat yang berpanjangan, kedudukan fiskal dan kewangan negara maju yang lemah, ketidaktentuan geopolitik serta aliran keluar modal yang berpotensi menggugat kestabilan ekonomi. Berdasarkan scenario ini, pertumbuhan ekonomi global telah diunjurkan meningkat pada sekitar 4.0% bagi tahun 2012. 3.1 UNJURAN PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA DI TAHUN 2012 Pada tahun 2012, pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka dipandu oleh permintaan domestik di dalam scenario ketidaktentuan ekonomi global yang agak mencabar. Walaupun ekonomi negara yang terdedah kepada persekitaran luar yang tidak menentu ini dijangka menerima kesan negative ke atas prospek pertumbuhan bagi tahun 2012, asas-asas ekonomi negara yang kukuh yang dibantu oleh dasar pengurusan makroekonomi yang pragmatik serta pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka dapat mempertahankan keaktifan ekonomi dalam negeri. Justeru, permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan swasta dijangka

Transcript of LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf ·...

Page 1: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 1

BAB 3

EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2012

3.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan unjuran prestasi ekonomi makro Negeri Selangor di Tahun 2012. Perbincangan dimulakan dengan membentangkan maklumat mengenai prestasi dan arah aliran (trend) ekonomi Malaysia secara ringkas. Ini akan diikuti oleh perbincangan mengenai arah aliran ekonomi beberapa kawasan negara maju, termasuk Amerika Syarikat, kawasan Euro, China, dan Jepun. Maklumat ini adalah penting kerana prestasi ekonomi rantau-rantau tersebut memberi kesan kepada ekonomi Malaysia yang amat terbuka.

Seperti di Bab 1, ukuran prestasi utama yang digunakan di dalam perbincangan ini ialah pertumbuhan KDNK. Ini dilengkapkan dengan ukuran-ukuran arah aliran ekonomi secara berkategori (categorical); di antaranya, naik/turun permintaan/perbelanjaan domestik, naik/turun permintaan/perbelanjaan luar negeri, situasi-situasi pasaran perumahan, pasaran pekerja, pelaburan hartanah, peluang pekerjaan, dan beberapa ukuran lain.

JANGKAAN ARAH ALIRAN PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA DI TAHUN 2012

Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka sederhana pada tahun 2012. Ini adalah diasaskan kepada jangkaan bahawa pelaburan dan aktiviti perdagangan global akan terus berkembang tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Pertumbuhan ini dijangka dibantu oleh pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun yang berkembang pesat dan negara-negara membangun yang lain. Dasar monetari yang akomodatif yang berterusan di negara-negara maju dan aktiviti pembangunan semula ekonomi Jepun turut member kesan positif. Selain itu, usaha bagi menangani defisit fiskal dan masalah hutang secara bersepadu dijangka memberi impak ke atas keyakinan pelabur dan pasaran kewangan. Pertumbuhan di negara maju diunjurkan berkembang 1.9% manakala ekonomi negara-negara membangun yang berkembang pesat dan negara-negara membangun lain diunjur akan meningkat kukuh pada kadar 6.1%. Walau bagaimanapun, masih terdapat risiko yang berkemungkinan mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan. Termasuk di dalam risiko-risiko ini ialah kadar pengangguran yang tinggi, krisis hutang berdaulat yang berpanjangan, kedudukan fiskal dan kewangan negara maju yang lemah, ketidaktentuan geopolitik serta aliran keluar modal yang berpotensi menggugat

kestabilan ekonomi. Berdasarkan scenario ini, pertumbuhan ekonomi global telah diunjurkan meningkat pada sekitar 4.0% bagi tahun 2012.

3.1 UNJURAN PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA DI TAHUN 2012

Pada tahun 2012, pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka dipandu oleh permintaan domestik di dalam scenario ketidaktentuan ekonomi global yang agak mencabar. Walaupun ekonomi negara yang terdedah kepada persekitaran luar yang tidak menentu ini dijangka menerima kesan negative ke atas prospek pertumbuhan bagi tahun 2012, asas-asas ekonomi negara yang kukuh yang dibantu oleh dasar pengurusan makroekonomi yang pragmatik serta pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka dapat mempertahankan keaktifan ekonomi dalam negeri. Justeru, permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan swasta dijangka

Page 2: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 2

berperanan penting dalam memacu perkembangan ekonomi di tahun 2012. Sektor awam dijangka terus dapat membantu pertumbuhan melalui perbelanjaan modal PABK yang lebih tinggi. Kerajaan dijangka terus menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membantu pelaburan swasta dengan melaksanakan inisiatif utama di bawah National Key Results Area (NKRA) dan NKEA.

Dari aspek perkembangan sektor luar, pengukuhan permintaan domestik di rantau Asia dan peningkatan perdagangan intraserantau dijangka akan membantu peningkatan eksport Malaysia. Berdasarkan kepada scenario ini pertumbuhan KDNK Malaysia diunjurkan bertahan pada kadar 5% hingga 6% di tahun 2012. Unjuran ini turut mengandaikan pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana dan kegiatan perdagangan intraserantau yang kukuh serta pemulihan eksport E&E Malaysia dengan dibantu oleh harga komoditi yang stabil.

Pertumbuhan sektor-sektor pengeluaran ekonomi dijangka lebih menyeluruh. Sektor perlombongan diunjurkan kembali pulih dengan pengeluaran dianggar kembali kepada tahap biasa pada tahun 2012. Sektor pembinaan diunjur mencatat prestasi kukuh dengan disokong oleh pembinaan projek infrastruktur besar, terutamanya projek aliran MY Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh – Kajang dan Projek Sungai Nadi Kehidupan. Nilai ditambah ektor pembuatan diunjurkan meningkat dengan disokong oleh kegiatan industri berorientasikan domestik yang cergas dan unjuran peningkatan di dalam pasaran global bagi komputer peribadi. Sektor perkhidmatan diunjurkan mengekalkan momentum pertumbuhan dengan disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang sederhana dan perdagangan serantau yang mampan.

Prospek Mengikut Sektor

Pertumbuhan sektor pertanian dijangka disokong oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit dan getah serta peningkatan pengeluaran yang tinggi di sektor kecil ikan hiasan, sarang burung walit dan produk herba.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan diunjurkan sekitar 6.5% pada tahun 2012 dengan dipacu oleh sektor kecil perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans serta komunikasi. Penggunaan swasta yang sederhana, perdagangan intra Asia yang mampan, peningkatan perbelanjaan pelancong serta pelaksanaan EPP dijangka merancakkan aktiviti sektor ini. Berpadanan dengan perkembangan ini, sumbangan nilai ditambah sektor perkhidmatan kepada KDNK diunjurkan meningkat kepada 58.9%.

Nilai ditambah sektor pembuatan diunjurkan meningkat sekitar 4.5% dengan disokong,

Page 3: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 3

sebahagian besarnya, oleh pertumbuhan positif dalam industri berorientasi domestik, khususnya sektor kecil berasaskan sumber. Industri berorientasi eksport diunjurkan meningkat sederhana di dalam persekitaran jangkaan pemulihan dalam eksport E&E dan perdagangan serantau. Permintaan E&E dijangka dipacu oleh pemulihan aktiviti penstokan semula berikutan tahap inventori global yang rendah seperti yang telah dicerminkan oleh nisbah book-to-bill yang sederhana iaitu kurang daripada satu dalam tempoh lapan bulan berturut-turut sepanjang 2011. Sehubungan dengan itu, Malaysia dijangka memperolehi manfaat daripada perkembangan ini, khususnya di dalam permintaan untuk cip memori canggih serta aplikasi digital untuk industri automotif.

Pertumbuhan penggunaan domestik dan pelaburan dijangka menyokong pengeluaran industri berorientasi domestik. Prospek bagi sektor kecil industri berkaitan pembinaan juga diunjur kukuh dengan pelaksanaan projek di bawah RMKe-10 dan NKEA. Sektor pertanian diunjur berkembang 4.1% pada 2012 (2011: 4.7%) dengan kebanyakan sektor kecil mencatat pertumbuhan positif. Kegiatan sektor perladangan, terutamanya kelapa sawit dan getah diunjurkan terus cergas sejajar dengan peningkatan hasil yang lebih tinggi. Pelaksanaan aktiviti penanaman semula yang lebih cepat serta peningkatan hasil FFB (2012: 21 tan metrik sehektar; 2011: 20.8 tan metrik sehektar) dan OER (2012: 20.5%; 2011: 20.5%) dijangka meningkatkan keluaran CPO kepada 18.7 juta tan metrik (2011: 18.3 juta tan metrik) pada tahun 2012. Pengeluaran getah juga diunjur meningkat kepada 1.04 juta tan metric (2011: 1 juta tan metrik) berikutan perluasan kawasan tanaman dan harga getah yang stabil. Sektor bukan perladangan diunjurkan lebih baik pada 2012 dengan pertumbuhan kukuh sektor kecil perikanan, ternakan dan pertanian lain. Selain itu, usaha transformasi sektor pertanian dengan aktiviti bernilai tambah tinggi seperti industri akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit dan produk herba dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan sektor ini.

Sektor perlombongan diunjur meningkat 2.5% pada 2012 (2011: -2.4%), disokong oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi. Pengeluaran minyak mentah dijangka meningkat berikutan penyelenggaraan dan Rancangan Pengurusan Reservoir PETRONAS yang telah siap. Pengeluaran minyak mentah (termasuk kondensat) diunjurkan meningkat 3.3% kepada 620,000 tsh (2011: -6%; 600,000 tsh) disokong oleh peningkatan pengeluaran daripada medan minyak baharu, terutamanya medan minyak Gumusut Kakap di Sabah, dan Berantai di Terengganu. Pengeluaran LNG juga diunjur meningkat berikutan kerja-kerja menaik taraf dan pengembangan pelantar MLNG DUA yang telah selesai, dengan jumlah kapasiti pengeluaran LNG sebanyak 1.3 juta tan metric setahun. Tambahan pula, dengan jangkaan aktiviti pengeluaran daripada kelompok medan Kumang, luar persisiran Sabah yang akan mula beroperasi menjelang akhir 2011, pengeluaran gas dijangka terus meningkat pada

Page 4: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 4

2012.

Sektor pembinaan diunjur tumbuh sebanyak 7% pada 2012 (2011: 3.4%) didorong oleh pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar dan aktiviti pembinaan perumahan. Kegiatan sektor kecil kejuruteraan awam dijangka diaktifkan oleh pelaksanaan projek pembangunan ekonomi jangka panjang. Ini termasuk kerja-kerja pembinaan aliran MRT Sungai Buloh – Kajang, terminal pengangkutan bersepadu (ITT) di Gombak untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalulintas di Lembah Klang. Projek pembangunan Sabah Gas and Oil Terminal, termasuk Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300MW di Sabah dijangka menyokong pertumbuhan sektor kecil ini. Projek-projek lain yang dijangka menyumbang kepada pertumbuhan sektor kecil ini ialah pembinaan KLIA2, kerja-kerja penyaluran bekalan air bersih dan bekalan elektrik yang berterusan ke kawasan luar bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak, serta pembinaan 430.7 km jalan luar bandar di bawah NKRA. Selain itu, projek koridor pembangunan seperti Lido Boulevard serta LEGOLAND Malaysia di Iskandar Malaysia dan kerja-kerja menaik taraf jalan pantai di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka turut membantu pertumbuhan sektor kecil ini. Sektor kecil kediaman dijangka terus berkembang dengan disokong oleh permintaan perumahan yang meningkat sejajar dengan pertambahan pendapatan isi rumah, kemudahan pembiayaan yang akomodatif dan sokongan Kerajaan yang berterusan bagi pemilikan rumah, khususnya Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Dari sudut permintaan, penggunaan swasta dijangka lebih menyeluruh dengan pertumbuhan sebanyak 7.1% pada 2012. Unjuran pertumbuhan ini telah didasarkan kepada jangkaan keyakinan pengguna dengan prospek pekerjaan yang stabil serta pendapatan isi rumah yang lebih tinggi. Harga komoditi yang kukuh dijangka akan menggalakkan perbelanjaan isi rumah luar bandar. Selain itu, program saraan baharu perkhidmatan awam yang akan dilaksana pada Januari 2012 dijangka akan meningkatkan lagi pendapatan boleh guna penjawat awam, seterusnya menjanakan kesan penggandaan (multiplier effect) yang tinggi ke atas ekonomi.

Pelaburan swasta dijangka mengekalkan momentum dengan pertumbuhan diunjurkan sebanyak 15.9% dengan disokong oleh aliran masuk FDI yang berterusan dan pelaksanaan EPP. Projek infrastruktur utama dijangka mengaktifkan pembangunan hartanah. Dengan aliran tunai yang kukuh, pihak swasta dijangka meningkatkan lagi perbelanjaan modal, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, industri minyak/gas dan perladangan. Selain itu, pelbagai insentif untuk mempromosi kegiatan berteraskan sumber pertumbuhan baharu dan menggalakkan pengeluar untuk beralih kepada aktiviti ekonomi dengan rantaian nilai yang lebih tinggi dijangka meningkatkan pelaburan domestik.

Page 5: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 5

Pertumbuhan sektor-sektor perkhidmatan, ICT, perladangan serta industri berasaskan sumber dijangka menjadi pemangkin utama dalam mengaktifkan pelaburan swasta. Pembangunan wilayah koridor yang melibatkan penyediaan infrastruktur dan penggiatan projek-projek dijangka menjadi pemangkin bagi merangsang pelaburan swasta. Pelaksanaan projek seperti LEGOLAND Malaysia dan projek-projek di bawah EduCity Iskandar Malaysia dijangka membuka lebih banyak peluang pelaburan di Wilayah Koridor Selatan.

Di sektor awam, dasar fiskal kerajaan dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi. Usaha ini termasuk menyediakan dana mudahcara bagi menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam merancakkan aktiviti pelaburan. Pada tahun 2012, perbelanjaan awam dan pelaburan awam masing-masing diunjurkan meningkat sekitar 4.7% dan 7.0%.

Jadual 3.1 Petunjuk Utama Ekonomi Malaysia 2011-2012

Nilai Petunjuk

Bagi Tahun Nilai Petunjuk

Bagi Tahun

PETUNJUK 2011 2012 PETUNJUK 2011 2012

Penduduk (juta) Keluaran Negara:

Tenaga Buruh (ribu orang) KDNK harga 2000 (RM Juta)

588,374 620,515

Kadar Pengangguran (%) Pertumbuhan (%) 5.0 – 5.5 5.0 – 6.0

Indeks Harga Pengguna (2005 = 100)

KNK Harga Semasa (RM Juta)

847,319 918,322

Indeks Harga Pengeluar (2005 = 100)

Pendapatan per kapita (Harga Semasa) (RM)

Pendapatan per kapita (Pariti Kuasa Beli)

Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia 2011/11, Kementerian Kewangan Malaysia

Tumpuan perbelanjaan pembangunan awam kepada sektor sosial dan ekonomi dijangka meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta menyokong aktiviti R&D. Selain daripada pelaburan PETRONAS dalam medan minyak marginal dan projek hiliran, sebahagian besar daripada pertumbuhan perbelanjaan modal awam dijangka disumbang oleh perbelanjaan modal PABK yang lebih tinggi untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam. Sementara itu, sektor perbelanjaan penggunaan awam diunjur berkembang sekitar 3% hasil peruntukan yang lebih tinggi bagi emolumen serta bekalan dan perkhidmatan.

Dengan berasaskan kepada prospek ekonomi negara yang dijangka menggalakkan, PNK per kapita nominal telah diunjur meningkat 7. 4% kepada RM30,856 (2011: 9.7%; RM28,725). Dalam kiraan parity kuasa beli (PPP), pendapatan per kapita diunjurkan meningkat 5.5% kepada USD17,445 (2011: 17.1%; USD16,529).

3.2 UNJURAN PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2012

Pada tahun 2012 ekonomi Negeri Selangor diunjurkan bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi Malaysia dan dunia yang dijangka akan menjadi semakin stabil setelah disokong oleh pelaksanaan langkah fiskal serta dasar monetari yang akomodatif di tahun 2011. Pertumbuhan KDNK dianggar positif pada tahun 2012 dengan dipacu oleh permintaan domestik, khususnya perbelanjaan swasta serta disokong oleh jangkaan permintaan luar yang sederhana. Pertumbuhan menyeluruh dengan sumbangan positif daripada semua sektor ekonomi diunjur meningkatkan KDNK per kapita.

Page 6: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 6

Ekonomi Negeri Selangor dianggarkan merekod prestasi yang sederhana dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 2012 diunjurkan mencatat pertumbuhan 5.3% pada harga malar 2000 (2011: 5.9%). Sehaluan dengan persekitaran ekonomi dunia dan ekonomi negara yang sederhana, jumlah nilai ditambah bagi tahun 2012 dianggarkan meningkat ke RM143,727 juta (2011: RM136,442 juta) dalam harga malar 2000. Dalam harga semasa ianya dianggarkan bernilai 209,285 juta (2011: RM194,584 juta). Ini menghasilkan KDNK per kapita bernilai RM26,200 pada harga malar 2000 (2011: RM25,333), iaitu meningkat 3.4%. Dalam harga semasa, KDNK per kapita meningkat ke RM38,150 (2011: RM36,128). Ini membawa kepada taraf hidup yang lebih tinggi dengan KDNK per kapita dalam ukuran pariti kuasa beli dianggarkan meningkat 5.8% ke USD20,452 (2011: USD19,331) (Sila rujuk Jadual 3.2).

Prospek Mengikut Sektor

Semua sektor pengeluaran ekonomi negeri Selangor dijangka mencatatkan pertumbuhan positif di dalam nilai ditambah di tahun 2012. Ini diterajui oleh sektor perkhidmatan kerajaan yang dijangka mencatatkan peningkatan nilai ditambah sebanyak 6.2%. Sektor-sektor lain juga diramalkan turut mencatatkan peningkatan di dalam nilai ditambah pada harga malar, iaitu, sektor pembuatan (5.3%), sektor pertanian (3.9%), sektor perlombongan dan kuari (1.0%), sektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan & komunikasi (5.2%), sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (5.4%), pembinaan (4.3%), sektor perdagangan, borong dan runcit, penginapan dan restoran (5.6%), serta sektor perkhidmatan-perkhidmatan lain (4.7%).

Sektor pertanian dijangka sederhana cergas dengan unjuran peningkatan di dalam pengeluaran tanaman komoditi. Pengeluaran minyak sawit mentah dan getah diramalkan meningkat ekoran permintaan dan harga yang lebih baik. Sektor kecil bukan komoditi terutamanya ternakan dan pertanian lain dijangka terus berkembang berikutan kemajuan di dalam pelaksanaan program-program galakan. Sektor pertanian diunjurkan meningkat 3.9% dalam nilai ditambah pada tahun 2012 (2011: 6.3%), disumbang oleh sektor kecil komoditi dan bukan komoditi. Pengeluaran CPO diunjurkan meningkat 5.1% kepada 652 ribu tan metrik (2011: 4.9%; 621 ribu tan metrik), berikutan hasil FFB yang diunjurkan meningkat ekoran peningkatan kawasan matang. Unjuran kadar perahan minyak (OER) pada 20.7% dijangka menyumbang kepada peningkatan di dalam pengeluaran minyak sawit mentah. Pada masa yang sama,

Jadual 3.2 Ringkasan Anggaran Prestasi Ekonomi Selangor dalam Tahun 2011

dan 2012

UKURAN Nilai Bagi Tahun %

2011 2012

Penduduk (’000) 5,386 5,486 1.9%

KDNK (Harga 2000) (RM Juta)

136,442 143,727 5.3%

KDNK per kapita (Harga 2000) (RM)

25,333 26,200 3.4%

KDNK (Harga Semasa) (RM Juta)

194,584 209,285 7.6%

KDNK per kapita (Harga Semasa) (RM)

36,128 38,150 5.6%

KDNK per kapita (Pariti Kuasa Beli)

19,331 20,452 5.8%

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

Page 7: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 7

pengeluaran getah juga diunjurkan meningkat dengan jangkaan peningkatan harga getah yang menggalakkan aktiviti penorehan di kalangan pekebun kecil. Sektor kecil bukan komoditi terutamanya ternakan, pertanian lain dan perikanan dijangka terus mencatat pertumbuhan positif.

Pengeluaran dan jualan sektor pembuatan diunjurkan terus meningkat dengan industri berorientasi eksport dijangka menerima sedikit faedah daripada pemulihan sederhana perdagangan dunia. Nilai ditambah sektor pembuatan diunjurkan meningkat 5.3% (2011: 6.1%) dengan sumbangan kepada KDNK negeri sebanyak 34.1% (2011: 34.1%). Industri berorientasi domestik dijangka berkembang seiring dengan sentimen pengguna dan perniagaan yang baik. Pengeluaran industri elektrik dan elektronik dijangka meningkat dengan diterajui oleh peningkatan permintaan bagi kelengkapan elektronik dan alat ganti serta semikonduktor. Produk industri berasaskan sumber dijangka berkembang disebabkan oleh penambahbaikan permintaan bagi produk petroleum, kimia, getah dan plastik. Dengan prospek kerja yang diunjurkan lebih baik serta peningkatan di dalam pendapatan boleh guna, sektor kecil kelengkapan pengangkutan, terutamanya segmen kereta penumpang dijangka meningkat aktif. Peningkatan aktiviti sektor pembinaan, dengan pemulihan permintaan sektor perumahan di sekitar Lembah

Kelang dijangka menyokong pertumbuhan industri besi, keluli dan simen negeri Selangor. Selaras dengan prospek kerja yang diunjurkan lebih baik bagi seluruh negara serta peningkatan di dalam pendapatan boleh guna, pengeluaran industri kelengkapan pengangkutan, terutamanya segmen kereta penumpang dijangka meningkat.

Sektor pembinaan dianggar berkembang dengan semua sektor kecil mencatatkan pertumbuhan positif. Sektor ini dijangka memperoleh manfaat daripada pelaksanaan berterusan aktiviti pembinaan projek-projek utama seperti pertambahan rangkaian Aliran Transit Ringan (LRT) dari Aliran Kelana Jaya dan Ampang, Penyaluran Air Mentah Pahang – Selangor. Projek-projek sedemikian dijangka meningkatkan keaktifan aktiviti kejuruteraan awam. Pembinaan bangunan-bangunan bukan kediaman dianggar meningkat dengan diterajui oleh permintaan yang lebih tinggi bagi hartanah dan bangunan komersial. Pembinaan kediaman juga dijangka meningkat berikutan sentimen pengguna dan prospek kerja yang lebih baik, terutama di Lembah Kelang dan pinggirannya. Bagi tahun 2012, nilai ditambah sektor ini diunjurkan tumbuh dengan kadar 4.3% dalam harga malar tahun 2000 (2011: 2.4%) dan menyumbang 4.5% kepada KDNK negeri (2011: 4.5%)

Jadual 3.3 Unjuran KDNK Selangor Bagi Tahun 2012 Pada Harga Malar 2000

SEKTOR

Nilai Ditambah Bagi Tahun

(RM Juta)

2011 2012 %

SEKTOR UTAMA 2,351 2,436 3.7%

Pertanian 2,186 2,270 3.9%

Perlombongan & Kuari 165 166 1.0%

SEKTOR PERINDUSTRIAN 52,705 55,415 5.1%

Pembuatan 46,552 48,997 5.3%

Pembinaan 6,152 6,418 4.3%

SEKTOR PERKHIDMATAN 76,927 81,099 5.4%

Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

14,863 15,631 5.2%

Perdagangan Borong & Runcit, Penginapan dan Restoran

23,965 25,301 5.6%

Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

24,983 26,339 5.4%

Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

6,529 6,834 4.7%

Perkhidmatan Kerajaan 6,587 6,995 6.2%

Tambah Anggaran Cukai Import

4,460 4,776 7.1%

KDNK (2000 =100) 136,442 143,727 5.3%

Jumlah Penduduk (‘000) 5,386 5,486 1.9%

KDNK Per Kapita (RM) 25,333 26,200 3.4%

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

Page 8: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 8

Sektor perkhidmatan diunjurkan tumbuh 5.4% pada tahun 2012 dengan sumbangan sebanyak 56.4% kepada KDNK negeri (2011: 5.7%, 56.4%). Pertumbuhan ini dijangka dipacu oleh kecergasan aktiviti komunikasi, kewangan dan insurans, perdagangan borong dan runcit serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Kecergasan aktiviti berkaitan perdagangan dijangka meningkatkan pertumbuhan dalam sektor kecil pengangkutan dan penyimpanan. Prospek sektor perkhidmatan dijangka menggalakkan dengan usaha giat Kerajaan bagi membangunkan sektor ini sebagai peneraju utama pertumbuhan. Pengukuhan daya saing sektor melalui kemasukan pelaburan, teknologi dan tenaga professional dijangka menghasilkan peningkatan aktiviti. Sektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoren dijangka mengalami pertumbuhan 5.6% pada tahun 2012 (2011: 6.8%). Prospek aktiviti perdagangan borong dan runcit dijangka kekal positif dengan pembukaan kompleks perniagaan runcit baru serta peluasan operasi pasar raya besar dan superstore utama. Di samping itu, pelanjutan tempoh operasi pasar raya besar dan pelancaran kempen-kempen “mega sales” dijangka terus menyokong aktiviti perdagangan borong dan runcit. Sektor ini dianggarkan menyumbang 17.6% kepada KDNK negeri di tahun 2012 (2011: 17.6%).

Nilai ditambah sektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi dianggarkan akan mengalami pertumbuhan 5.2% bagi tahun 2012 (2011: 4.8%) hasil daripada jangkaan perkembangan berterusan di dalam industri telekomunikasi. Ini dijangka dibantu oleh peningkatan berterusan di dalam prestasi segmen telefon selular dengan peningkatan penggunaan perkhidmatan suara, data dan multimedia serta penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan peluasan Iiputan rangkaian oleh penyedia perkhidmatan. Di samping itu, kemajuan aplikasi dan ciri-ciri telefon mudah alih dijangka terus mendorong permintaan bagi langganan selular. Sektor ini dianggarkan menyumbang 10.9% kepada KDNK negeri di tahun 2012 (2011: 10.9%).

Pertumbuhan nilai ditambah sektor perkhidmatan kerajaan diunjurkan pada kadar 6.2% pada tahun 2012 (2011: 7.7%). Anggaran ini adalah sehaluan dengan jangkaan usaha Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Sumber utama pertumbuhan di sektor ini ialah perbelanjaan emolumen yang meningkat. Sektor ini dianggarkan menyumbang 4.9% kepada KDNK negeri pada tahun 2012 (2011: 4.8%).

Nilai ditambah sektor perkhidmatan lain dianggarkan tumbuh pada kadar 4.7% pada tahun 2012 (2011: 4.0%). Sektor ini dianggarkan menyumbang 4.8% kepada KDNK negeri pada tahun 2012 (2011: 4.8%). Pertumbuhan dalam sektor ini sebahagiannya disumbangkan oleh peningkatan permintaan terhadap aktiviti pusat-pusat kesihatan swasta dan perkhidmatan pendidikan swasta. Usaha yang berterusan dalam mempromosikan pelancongan kesihatan dan pendidikan telah memberi manfaat kepada sektor ini.

3.3 UNJURAN TABURAN TENAGA BURUH NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2012.

Seperti di tahun-tahun sebelumnya bilangan tenaga buruh yang bekerja di dalam sektor utama di tahun 2012 dianggarkan adalah paling kecil. Pada tahun 2012 sektor ini diunjurkan menyumbang sebanyak 2.6% kepada keseluruhan tenaga buruh negeri Selangor (2011: 2.4%). t. Dari segi kuantiti, pertambahan buruh adalah diunjurkan pada sekitar 5,000 orang, hasil galakan berupa insentif modal dan benih serta kemudahan peluang industri berasaskan pertanian dari pihak kerajaan.

Page 9: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 9

Sumbangan sektor perindustrian kepada keseluruhan tenaga kerja negeri Selangor diunjurkan meningkat sebanyak 0.7% kepada 29.1% pada tahun 2012 berbanding tahun 2010. Jumlah tenaga kerja yang bekerja di sektor pembuatan dan pembinaan diunjurkan meningkat seramai 25,200 pada tahun 2012 berbanding 2011. Pertambahan ini merupakan pertambahan yang terbesar berbanding dengan sektor-sektor lain sama ada dari segi kuantiti atau peratus sumbangan. Sektor pembuatan adalah merupakan salah satu penyumbang utama kepada tenaga kerja negeri Selangor, iaitu sebanyak 19.0% daripada keseluruhan tenaga kerja negeri (2011: 18.6%).

Jadual 3.4 Negeri Selangor: Pertumbuhan Dan Sumbangan Nilai Ditambah Mengikut Sektor Ekonomi bagi Tahun 2011 dan 2012

SEKTOR

Pertumbuhan Nilai Ditambah

Sumbangan SEKTOR

Pertumbuhan Nilai

Ditambah Sumbangan

2011 2012 2011 2012 2011 2012 2011 2012

SEKTOR UTAMA 3.0% 3.7% 1.7% 1.7% SEKTOR PERKHIDMATAN

5.7% 5.4% 56.4% 56.4%

Pertanian 3.4% 3.9% 1.6% 1.6% Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

4.8% 5.2% 10.9% 10.9%

Perlombongan & Kuari

-1.9% 1.0% 0.1% 0.1% Perdagangan Borong & Runcit, Penginapan dan Restoran

6.8% 5.6% 17.6% 17.6%

SEKTOR PERINDUSTRIAN

5.7% 5.1% 38.6% 38.6%

Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

5.2% 5.4% 18.3% 18.3%

Pembuatan 6.1% 5.3% 34.1% 34.1% Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

4.0% 4.7% 4.8% 4.8%

Pembinaan 2.4% 4.3% 4.5% 4.5% Perkhidmatan Kerajaan 7.7% 6.2% 4.8% 4.9%

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

Sektor perkhidmatan adalah penyumbang utama kepada tenaga buruh Negeri Selangor. Adalah diunjurkan bahawa pada tahun 2012 sebanyak 68.3% daripada tenaga buruh negeri tertumpu di sektor ini. Peratus ini adalah rendah sedikit daripada peratus di tahun 2011, iaitu 69.2%. Jumlah tenaga buruh yang bekerja di sektor-sektor utiliti, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoren, sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi; serta sektor awam dan sosial diunjurkan mencatatkan peningkatan di tahun 2012 berbanding tahun 2011 (sila rujuk jadual 3.5). Sebaliknya sektor yang lain iaitu sektor kecil kewangan, hartanah diunjurkan mencatat penurunan di dalam jumlah tenaga buruh yang bekerja. Dari segi sumbangan kepada tenaga buruh negeri, penyumbang utama ialah sektor perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoren (22.0%) dengan diikuti oleh sektor awam dan sosial (21.1%).

Sektor perniagaan borong dan runcit, penginapan dan restoran diunjurkan mencatat peningkatan bilangan penggunaan tenaga buruh di tahun 2012 berbanding tahun 2011, iaitu seramai sekitar 9,500 orang. Walaupun aktiviti perniagaan hotel tidak menampakkan perubahan yang signifikan, peningkatan yang berlaku di sektor perniagaan borong dan runcit dan restoran dijangka berlaku hasil daripada penyediaan infrastruktur perniagaan oleh pihak swasta seperti pusat membeli belah dan pasaraya seperti Giants, Tesco, Carefour, The Curve, Mydin, GM dan pasarya kecil disamping infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Majlis Daerah. Ini dijangka dibantu oleh aktiviti gerai dan restoran yang semakin meningkat di kawasan-kawasan perumahan baru dan

Page 10: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 10

bandar-bandar baru. Pertambahan infrastruktur ini secara tidak langsung menampung tenaga kerja yang diberhentikan oleh sektor lain.

Jadual 3.5 Anggaran Tenaga Buruh Negeri Selangor Mengikut Sektor, 2011 dan 2012

SEKTOR Tenaga Buruh Yang Bekerja

SEKTOR Tenaga Buruh Yang Bekerja

2011 2012 2011 2012

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

SEKTOR UTAMA 51.9 2.4 57.1 2.6 SEKTOR PERKHIDMATAN

1495.3 69.2 1496.3 68.3

Pertanian 38.9 1.8 43.9 2.0 Utiliti ( Eletrik, Gas dan Air)

23.8 1.1 26.3 1.2

Perlombongan & Kuari

13.0 0.6 13.2 0.6 Perdagangan Borong dan Runcit, Penginapan dan Restoren

473.3 21.9 482.8 22.0

SEKTOR PERINDUSTRIAN

613.7 28.4 638.9 29.1 Pengangangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

233.4 10.8 237.0 10.8

Pembuatan 401.9 18.6 416.9 19.0 Kewangan, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

304.7 14.1 287.5 13.1

Pembinaan 211.8 9.8 221.6 10.1 Perkhidmatan Awam dan Sosial

458.1 21.2 463.1 21.1

Jumlah Penduduk Bekerja ( 15-64)

2160.9 2192.3

Kadar Pengangguran 3.9% 3.9%

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

3.4 RUMUSAN

Bab ini telah membincangkan unjuran prestasi ekonomi makro Negeri Selangor di Tahun 2012. Perbincangan dimulakan dengan membentangkan maklumat mengenai prestasi dan arah aliran (trend) ekonomi Malaysia secara ringkas.

Walaupun ekonomi negara yang terdedah kepada persekitaran luar yang tidak menentu ini dijangka menerima kesan negatif ke atas prospek pertumbuhan bagi tahun 2012, asas-asas ekonomi negara yang kukuh yang dibantu oleh dasar pengurusan makroekonomi yang pragmatik serta pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka dapat mempertahankan keaktifan ekonomi dalam negeri. Justeru, permintaan domestik,

Page 11: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 11

terutamanya perbelanjaan swasta dijangka berperanan penting dalam memacu perkembangan ekonomi di tahun 2012. Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka dipandu oleh permintaan domestik di dalam scenario ketidaktentuan ekonomi global yang agak mencabar. Sektor awam dijangka terus dapat membantu pertumbuhan melalui perbelanjaan modal PABK yang lebih tinggi.

Ekonomi Negeri Selangor

Pada tahun 2012 ekonomi Negeri Selangor diunjurkan bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi Malaysia dan dunia yang dijangka akan menjadi semakin stabil setelah disokong oleh pelaksanaan langkah fiskal serta dasar monetari yang akomodatif di tahun 2011. Pertumbuhan KDNK dianggar positif dengan dipacu oleh permintaan domestik serta disokong oleh jangkaan permintaan luar yang sederhana. Pertumbuhan menyeluruh dengan sumbangan positif daripada semua sektor ekonomi diunjur meningkatkan KDNK per kapita.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Selangor bagi tahun 2012 diunjurkan mencatat pertumbuhan 5.3% pada harga malar 2000. Sehaluan dengan persekitaran ekonomi dunia dan ekonomi negara yang sederhana, jumlah nilai ditambah bagi tahun 2012 dianggarkan meningkat ke RM143,727 juta dalam harga malar 2000. Dalam harga semasa ianya dianggarkan bernilai 209,285 juta. Ini menghasilkan KDNK per kapita bernilai RM26,200 pada harga malar 2000, iaitu meningkat 3.4%. Dalam harga semasa, KDNK per kapita meningkat ke RM38,150. Ini membawa kepada taraf hidup yang lebih tinggi dengan KDNK per kapita dalam ukuran pariti kuasa beli dianggarkan meningkat 5.8% ke USD20,452.

Unjuran Prestasi Sektor Pengeluaran Ekonomi Negeri Selangor di Tahun 2012

Semua sektor pengeluaran ekonomi negeri Selangor diunjur tumbuh di dalam nilai ditambah di tahun 2012 dengan diterajui oleh sektor perkhidmatan kerajaan yang dijangka mencatatkan peningkatan nilai ditambah sebanyak 6.2%. Sektor-sektor lain juga diramalkan turut mencatatkan peningkatan di dalam nilai ditambah pada harga malar, iaitu, sektor pembuatan (5.3%), sektor pertanian (3.9%), sektor perlombongan dan kuari (1.0%), sektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan & komunikasi (5.2%), sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (5.4%), pembinaan (4.3%), sektor perdagangan, borong dan runcit, penginapan dan restoran (5.6%), serta sektor perkhidmatan-perkhidmatan lain (4.7%).

Aktiviti sektor pertanian dijangka sederhana dan diunjurkan meningkat di dalam pengeluaran tanaman komoditi. Pengeluaran minyak sawit mentah dan getah diramalkan meningkat ekoran permintaan dan harga yang lebih baik. Sektor kecil bukan komoditi terutamanya ternakan dan pertanian lain dijangka terus berkembang berikutan kemajuan di dalam pelaksanaan program-program galakan. Sektor pertanian diunjurkan meningkat 3.9% dalam nilai ditambah pada tahun 2012, disumbang oleh sektor kecil komoditi dan bukan komoditi. Pengeluaran getah juga

Page 12: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 12

diunjurkan meningkat dengan jangkaan peningkatan harga getah yang menggalakkan aktiviti penorehan di kalangan pekebun kecil. Sektor kecil bukan komoditi terutamanya ternakan, pertanian lain dan perikanan dijangka terus mencatat pertumbuhan positif.

Pengeluaran dan jualan sektor pembuatan diunjurkan terus meningkat dengan industri berorientasi eksport dijangka menerima sedikit faedah daripada pemulihan sederhana perdagangan dunia. Nilai ditambah sektor pembuatan diunjurkan meningkat 5.3% dengan sumbangan kepada KDNK negeri sebanyak 34.1%. Industri berorientasi domestik dijangka berkembang seiring dengan sentimen pengguna dan perniagaan yang baik. Pengeluaran industri elektrik dan elektronik dijangka meningkat dengan diterajui oleh peningkatan permintaan bagi kelengkapan elektronik dan alat ganti serta semikonduktor. Produk industri berasaskan sumber dijangka berkembang disebabkan oleh penambahbaikan permintaan bagi produk petroleum, kimia, getah dan plastik. Peningkatan aktiviti sektor pembinaan, dengan pemulihan permintaan sektor perumahan di sekitar Lembah Kelang dijangka menyokong pertumbuhan industri besi, keluli dan simen negeri Selangor.

Sektor pembinaan dianggar berkembang dengan semua sektor kecil mencatatkan pertumbuhan positif. Sektor ini dijangka memperoleh manfaat daripada pelaksanaan berterusan aktiviti pembinaan projek-projek utama. Pembinaan bangunan-bangunan bukan kediaman dianggar meningkat dengan diterajui oleh permintaan yang lebih tinggi bagi hartanah dan bangunan komersial. Pembinaan kediaman juga dijangka meningkat berikutan sentimen pengguna dan prospek kerja yang lebih baik, terutama di Lembah Kelang dan pinggirannya. Bagi tahun 2012, nilai ditambah sektor ini diunjurkan tumbuh dengan kadar 4.3% dan menyumbang 4.5% kepada KDNK negeri.

Sektor perkhidmatan diunjurkan tumbuh 5.4% pada tahun 2012 dengan sumbangan sebanyak 56.4% kepada KDNK negeri. Pertumbuhan ini dijangka dipacu oleh kecergasan aktiviti komunikasi, kewangan dan insurans, perdagangan borong dan runcit serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Kecergasan aktiviti berkaitan perdagangan dijangka meningkatkan pertumbuhan dalam sektor kecil pengangkutan dan penyimpanan.

Sektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoren dijangka mengalami pertumbuhan 5.6% pada tahun 2012. Sektor ini dianggarkan menyumbang 17.6% kepada KDNK negeri di tahun 2012.

Page 13: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 13

Nilai ditambah sektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi dianggarkan akan mengalami pertumbuhan 5.2% bagi tahun 2012 hasil daripada jangkaan perkembangan berterusan di dalam industri telekomunikasi. Sektor ini dianggarkan menyumbang 10.9% kepada KDNK negeri di tahun 2012.

Pertumbuhan nilai ditambah sektor perkhidmatan kerajaan diunjurkan pada kadar 6.2% pada tahun 2012. Sumber utama pertumbuhan di sektor ini ialah perbelanjaan emolumen yang meningkat. Sektor ini dianggarkan menyumbang 4.9% kepada KDNK negeri pada tahun 2012.

Nilai ditambah sektor perkhidmatan lain dianggarkan tumbuh pada kadar 4.7% pada tahun 2012. Sektor ini dianggarkan menyumbang 4.8% kepada KDNK negeri pada tahun 2012. Pertumbuhan dalam sektor ini sebahagiannya disumbangkan oleh peningkatan permintaan terhadap aktiviti pusat-pusat kesihatan swasta dan perkhidmatan pendidikan swasta.

Unjuran Situasi Tenaga Buruh Negeri Selangaor Di Tahun 2012

Bilangan tenaga buruh yang bekerja di dalam sektor utama di tahun 2012 dianggarkan adalah paling kecil. Sektor ini diunjurkan menyumbang sebanyak 2.6% kepada keseluruhan tenaga buruh negeri Selangor. Dari segi kuantiti pertambahan buruh diunjurkan sekitar 5000 orang.

Sumbangan sektor perindustrian kepada keseluruhan tenaga kerja negeri Selangor diunjurkan meningkat sebanyak 0.7% kepada 29.1% pada tahun 2012. Jumlah tenaga kerja yang bekerja di sektor pembuatan dan pembinaan diunjurkan meningkat seramai 25,200. Pertambahan ini merupakan pertambahan yang terbesar berbanding dengan sektor-sektor lain. Sektor pembuatan merupakan salah satu penyumbang utama kepada tenaga kerja negeri Selangor iaitu sebanyak 19.0% daripada keseluruhan tenaga kerja negeri.

Sektor perkhidmatan adalah penyumbang utama kepada tenaga buruh Negeri Selangor. Adalah diunjurkan bahawa pada tahun 2012 sejumlah 68.3% daripada tenaga buruh negeri tertumpu di sektor ini. Jumlah tenaga buruh yang bekerja di sektor-sektor utiliti, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoren, sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi; serta sektor awam dan sosial diunjurkan mencatatkan peningkatan di tahun 2012. Sebaliknya sektor yang lain iaitu sektor kecil kewangan, hartanah diunjurkan mencatat penurunan di dalam jumlah tenaga buruh yang bekerja. Dari segi sumbangan kepada tenaga

Page 14: LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR DARUL EHSANupen.selangor.gov.my/.../2013/04/LENS2011_Bab_3.pdf · LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 /2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 3 - 14

buruh negeri, penyumbang utama ialah sektor perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoren (22.0%) dengan diikuti oleh sektor awam dan sosial (21.1%). Sektor perniagaan borong dan runcit, penginapan dan restoran diunjurkan mencatat peningkatan bilangan penggunaan tenaga buruh di tahun 2012, iaitu seramai lebih kurang 9,500 orang.