Laporan Gizi Seimbang

5
Gizi Seimbang Pengambilan diet yang seimbang amat penting untuk kehidupan yang sihat.Menurut Piper ( 1996), setiap sel dalam badan memerlukan tenaga kimia yang didapati daripada makanan. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu memerlukan makanan yang seimbang mengikut keperluan seseorang untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.Gizi yang seimbang adalah penting kerana kekurangan atau kelebihan pengambilan sesuatu jenis makanan akan menyebabkan penyakit.Maka, berdasarkan piramid makanan ( rajah 1.1) ,kita akan mengetahui bahawa kelas makanan yang mana satukah patut diambil banyak atau kurangkan pengambilan makanan tersebut. Menurut Piper( 1996),kelebihan pengambilan kepada mana-mana satu jenis makanan walaupun membawa kesihatan akan membawa keburukan kepada tubuh badan seseorang.Oleh itu, gizi yang seimbang haruslah mengandungi protein dalam kadar yang mencukupi bagi membina sel yang baru, karbohidrat dam lemak yang mencukupi untuk memberi tenaga serta vitamin dan garam mineral untuk memelihara kesihatan badan.Menurut satu kajian yang dibuat, pengambilan gizi yang seimbang haruslah merangkumi 60% karbohidrat, 20% protein, 20% lemak, serta pengambilan vitamin dan garam mineral,air dan serabut dalam kadar yang betul.

description

keperluan hidup

Transcript of Laporan Gizi Seimbang

Gizi SeimbangPengambilan diet yang seimbang amat penting untuk kehidupan yang sihat.Menurut Piper ( 1996), setiap sel dalam badan memerlukan tenaga kimia yang didapati daripada makanan. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu memerlukan makanan yang seimbang mengikut keperluan seseorang untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.Gizi yang seimbang adalah penting kerana kekurangan atau kelebihan pengambilan sesuatu jenis makanan akan menyebabkan penyakit.Maka, berdasarkan piramid makanan ( rajah 1.1) ,kita akan mengetahui bahawa kelas makanan yang mana satukah patut diambil banyak atau kurangkan pengambilan makanan tersebut. Menurut Piper( 1996),kelebihan pengambilan kepada mana-mana satu jenis makanan walaupun membawa kesihatan akan membawa keburukan kepada tubuh badan seseorang.Oleh itu, gizi yang seimbang haruslah mengandungi protein dalam kadar yang mencukupi bagi membina sel yang baru, karbohidrat dam lemak yang mencukupi untuk memberi tenaga serta vitamin dan garam mineral untuk memelihara kesihatan badan.Menurut satu kajian yang dibuat, pengambilan gizi yang seimbang haruslah merangkumi 60% karbohidrat, 20% protein, 20% lemak, serta pengambilan vitamin dan garam mineral,air dan serabut dalam kadar yang betul.

Rajah 1.1Makanan membekalkan tenaga kepada badan untuk menjalankan segala aktiviti seharian serta metabolisme pada tahap yang optimum.Keperluan tenaga harian adalah berbaza bagi individu berlainan dan bergantung kepada faktor-faktor seperti umur, jantina, jenis pekerjaan dan saiz badan seseorang.Kanak-kanak dalam tahap pertumbuhan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan orang dewasa. Hal ini demikian kerana kadar metabolisme adalah lebih tinggi pada peringkat pertumbuhan.Lelaki dewasa memerlukan mebih banyak tenaga daripada perempuan dewasa. Hal ini demikian kerana kadar metabolisme asas lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan.Seseorang yang melakukan pekerjaan yang lebih berat dan aktif memerlukan lebih banyak tenaga untuk aktiviti ototnya.Orang yang mempunyai saiz badan yang lebih kecil mempunyai jumlah luas permukaan per isipadu yang lebih besar berbanding dengan orang yang mempunyai saiz badan yang besar.Oleh itu, kadar kehilangan haba lebih tinggi bagi orang yang badannya bersaiz kecil. Dengan ini, orang yang badannya kecil memerlukan tanaga yang lebih banyak daripada orang yang badannya besar.Menurut laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( 2013 ), keperluan tenaga harian bagi setiap individu adalah berbeza dan ditunjukkan dalam jadual 1.1 dan jadual 1.2.Kumpulan MakananRemajaOrang dewasaWarga tua

Karbohidrat( nasi dan pilihan )5 6 hidanganseharian4 6 hidangan seharian3 4 hidanganseharian

Protein( ikan dan pilihan )5 6 hidangan seharian4 5 hidanganseharian4 5 hidanganseharian

Vitamin dan garam mineral( sayur-sayuran dan buah-buahan )3 4 hidanganseharian3 4 hidanganseharian2 3 hidanganseharian

Jadual 1.1 Panduan Pengambilan Makanan SeharianLelaki ( 55 kg)Dengan tahap aktiviti fizikal yang sederhanaUmur Tenaga yang diperlukan seharian ( kalori )

20 392530

40 492400

50 602280

> 602020

Perempuan ( 50 kg)Dengan tahap aktiviti fizikal yang sederhanaUmurTenaga yang diperlukan seharian ( kalori )

20 392000

40 -491900

50 601800

> 601600

Cadangan pengambilan harian tenaga untuk lelaki dan perempuan dewasaJadual 1.21 gram karbohidrat1 gram proteinI gram lemak4 kalori4 kalori9 kalori

Semakin tinggi kandungan karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan kita, semakin tinggi kalori.Jadi,pengambilan kalori yang tinggi akan menyebabkan penambahan berat badan kita.Hal ini mudah berlaku sekiranya usia seseorang meningkat dan tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.Dengan ini,kepentingan pengambilan makanan mengikut keperluan akan berubah-ubah pada peringkat pertumbuhan dan kumpulan sasaran yang tertentu.Kumpulan sasaran tertentu perlu membuat pemilihan jenis makanan yang sesuai dengan keperluan mereka.Gizi yang seimbang dan khusus adalah penting untuk kumpulan sasaran yang berlainan.Bagi ibu yang sedang mengandung, mereka memerlukan makanan yang kaya dengan kalsium, fosforus, asid folik, ferum, protein dan bijirin. Hal ini demikian kerana makanan yang kaya dengan kalsium dan fosforus akan membina tulang yang kuat bagi fetus yang sedang bertumbuh manakala bagi asid folik akan membantu pembentukan sistem saraf pusat fetus. Pembekalan ferum dalam makanan akan membantu membentuk sel darah merah kanak-kanak.Ibu yang sedang mengandung juga hendaklah mengambil makanan yang kaya dengan protein kerana protein akan membantu membentuk sel dan tisu fetus. Contoh makanan yang kaya dengan asid folik adalah hati, kubis manakala makanan yang kaya dengan ferum adalah hati, telur dan daging. Telur dan daging juga membekalkan protein dan bekalan bijiran adalah untuk mengelakkan ibu yang mengandung menghadapi masalah sembelit. Ibu yang sedang mengandung hendaklah mengelakkan diri mengambil makanan yang berlemak dan bergula tinggi kerana ini akan membawa keburukan kepada fetus yang sedang bertumbuh.Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan makanan berprotein, vitamin, kalsium dan fosforus. Hal ini demikian makanan ini akan membantu dalam membina tulang dan gigi kuat supaya pertumbuhan tidak terbantut.Golongan orang tua memerlukan makanan yang kaya dengan protein, vitamin, asid folik dan garam mineral terutamanya kalsium dan fosforus untuk mengelakkan penyakit osteoporosis.Golongan orang tua haruslah mengurangkan pengambilan garam, karbohidrat dan lemak untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.Secara ringkasnya, setiap individu pada tahap pertumbuhan yang berbeza memerlukan bekalan makanan yang berbeza dan khusus untuk kumpulan sasaran tertentu.