Laporan Hari Koku

5
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2 SEMPENA HARI KOKURIKULUM SK NANGA MENALUN 2015 Pada 12 Mac 2015 bersamaan hari khamis yang lalu, telah diadakan pertandingan melukis poster tahap 2 bersempena Hari Kokurikulum SK Nanga Menalun 2015. Pertandingan melukis poster ini merupakan acara yang pertama diadakan bersempena hari kokurikulum yang diadakan setiap tahun di SK Nanga Menalun. Pertandingan ini disertai oleh 12 orang murid tahap 2 iaitu seramai empat orang murid lelaki dan lapan orang murid perempuan. Pertandingan ini diadakan pada pukul 7.30 pagi bertempat di kelas tahun 4. Taklimat awal pertandingan telah diberikan oleh En. Mohd Zul Fadhli Bin Hashim. Pertandingan ini

description

laporan hari koku Sk Nanga Menalun

Transcript of Laporan Hari Koku

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2 SEMPENA HARI KOKURIKULUM SK NANGA MENALUN 2015Pada 12 Mac 2015 bersamaan hari khamis yang lalu, telah diadakan pertandingan melukis poster tahap 2 bersempena Hari Kokurikulum SK Nanga Menalun 2015. Pertandingan melukis poster ini merupakan acara yang pertama diadakan bersempena hari kokurikulum yang diadakan setiap tahun di SK Nanga Menalun. Pertandingan ini disertai oleh 12 orang murid tahap 2 iaitu seramai empat orang murid lelaki dan lapan orang murid perempuan. Pertandingan ini diadakan pada pukul 7.30 pagi bertempat di kelas tahun 4. Taklimat awal pertandingan telah diberikan oleh En. Mohd Zul Fadhli Bin Hashim. Pertandingan ini dijalankan selama satu jam dari pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Hakim bagi pertandingan ini adalah En. Fadhirul Bin Anuar dan Cik Florence.

Terdapat lima tema yang boleh dipilih oleh murid iaitu tema anti dadah, tak nak merokok, cintailah sungai kita, budi bahasa budaya kita dan jagalah kebersihan. Setiap murid perlu memilih salah satu tema yang ditetapkan bagi membolehkan mereka dipilih menjadi pemenang. Dapat dilihat murid begitu tekun dalam menyiapkan poster ini. Mereka juga kelihatan berusaha untuk bersaing secara sihat sesama mereka dalam menyiapkan poster ini. Tidak hairanlah semua poster ini kelihatan cantik dan menarik sehingga menyukarkan para hakim untuk memilih pemenang bagi pertandingan ini. Pertandingan telah berakhir tepat pada masanya pada pukul 8.30 pagi. Murid telah menyerahkan hasil kerja mereka kepada penyelaras pertandingan iaitu En. Mohd Zul Fadhli Bin Hashim. Setelah itu, hasil lukisan murid telah diserahkan kepada hakim pertandingan untuk dinilai dan diberikan markah.

Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan ini ialah Jospeh daripada tahun 5. Naib johan bagi pertandingan ini adalah Darrlientz daripada tahun 6. Manakala johan pertandingan ini adalah Qallixta daripada tahun 5. Syabas diucapkan kepada para pemenang dan juga semua murid yang menyertai pertandingan melukis poster tahap 2 sempena Hari Kokurikulum SK Nanga Menalun 2015.