Laporan hhhc9701

3
KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN Nama: Wan Nur Athirah binti W. Abd. Muhaimi No. matrik : A145616 Saya selaku pelajar program Geologi telah menjadi ahli jawatankuasa untuk satu acara tahunan yang diadakan oleh Kelab Geologi UKM, iaitu Festival Amal Geologi 2014 yang juga merupakan Hari Keluarga Geologi. Acara ini diadakan saban tahun dan disertai oleh semua warga Program Geologi UKM termasuk pelajar, pensyarah, kakitangan dan alumni. Nama program: FESTIVAL AMAL GEOLOGI 2014 Penganjur: KELAB GEOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAAN MALAYSIA Tarikh program dijalankan: 19 APRIL 2014 Tempat: DATARAN PAVILLION, UKM No. Kelulusan JPPEL: DN00199/2014 Saya memegang jawatan sebagai Eksekutif Publisiti. Tugas-tugas yang saya lakukan ialah:- 1. Membantu Pengarah Eksekutif dalam membuat design baju, nametag dan banner. 2. Membantu Pos Pemasaran dalam mengumpulkan dana menjalankan street marketing, jualan dan kitar semula.

Transcript of Laporan hhhc9701

Page 1: Laporan hhhc9701

KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Nama: Wan Nur Athirah binti W. Abd. Muhaimi

No. matrik : A145616

Saya selaku pelajar program Geologi telah menjadi ahli jawatankuasa untuk satu acara tahunan yang diadakan oleh Kelab Geologi UKM, iaitu Festival Amal Geologi 2014 yang juga merupakan Hari Keluarga Geologi. Acara ini diadakan saban tahun dan disertai oleh semua warga Program Geologi UKM termasuk pelajar, pensyarah, kakitangan dan alumni. 

Nama program: FESTIVAL AMAL GEOLOGI 2014

Penganjur: KELAB GEOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAAN MALAYSIA

Tarikh program dijalankan: 19 APRIL 2014

Tempat: DATARAN PAVILLION, UKM

No. Kelulusan JPPEL: DN00199/2014

Saya memegang jawatan sebagai Eksekutif Publisiti. Tugas-tugas yang saya lakukan ialah:-

1. Membantu Pengarah Eksekutif dalam membuat design baju, nametag dan banner.

2. Membantu Pos Pemasaran dalam mengumpulkan dana menjalankan street marketing, jualan dan kitar semula.

Page 2: Laporan hhhc9701

Laporan Akhir

Melalui Program Festival Amal Geologi ini, saya telah belajar Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan. Pada peringkat perancangan, kami telah mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk membincangkan perihal program. Setiap ahli diberikan tugas dan pos masing-masing. Sebagai Eksekutif Publisiti, saya telah belajar selok belok pengurusan di bawah Pos Publisti. Kerja-kerja Pos Publisiti kebih tertumpu pada peringkat perancangan. Kami perlu berurusan dengan ahli-ahli yang lain sebelum membuat keputusan. Sebagai contoh, sebelum memulakan kerja mereka baju, namtag dan banner, kami perlu mendapatkan maklumat dan perincian program daripada pos-pos lain terlebih dahulu. Disebabkan saya masih baru dalam penggunaan Photoshop, maka saya hanya ditugaskan oleh Pengarah Eksekutif Publisiti untuk membuat design baju. Pada ketika ini juga, kami belajar bagaimana untuk berurusan dengan pihak yang berkait seperti kedai printing baju dan banner. Pada ketika ini juga, saya turut membantu ahli-ahli di bawah Pos Pemasaran. Di sinilah saya belajar kemahiran usahawan. Pelbagai alternatif kami usahakan untuk mengumpul dana dan kebanyakannya melalui pendekatan keusahawanan. Ketika Festival Sanjungan Satria Kolej Tun Hussein Onn (Fessat), kami telah membuka sebuah gerai jualan. Antara makanan dan minuman yang kami jual ialah cheesy wedges, pizza magi dan aneka minuman. Saya telah bertugas pada hari pertama jualan. Seterusnya, saya turut menjual nugget dan fish ball dari bilik ke bilik selama dua hari. Sepanjang peringkat perancangan ini juga saya belajar bagaimana untuk menguruskan barang-barang terpakai dan yang boleh dikitar semula untuk dijual dan mendapatkan dana. Saya telah mengumpulkan tin-tin dan botol-botol minuman untuk projek kitar semula. Walaupun setelah pelbagai usaha dijalankan, kami masih kekurangan dana. Melalui krisis ini, kami belajar untuk menguruskan plan belanjawan program dengan meminimakan senarai belian dan melebihkan dalam meminjam dan menggunakan barang sendiri selagi boleh. Setelah mempraktikan kemahiran pengurusan dan keusahawanan ini, pada peringkat pelaksanaan segalanya berjalan lancar.