Laporan hp kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

7
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9101) KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP 2014) SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI, KOLEJ KERIS MAS, UKM TARIKH PROGRAM: 1 – 4 MEI 2014

Transcript of Laporan hp kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

Page 1: Laporan hp kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

(HHHC9101)

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

(HASCUP 2014)

SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI,

KOLEJ KERIS MAS, UKM

TARIKH PROGRAM:

1 – 4 MEI 2014

Page 2: Laporan hp kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

Saya Siti Safiah Rasyidah Bt Mustapa, A146385, pelajar dari Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat telah mendaftar untuk kontrak pembelajaran HHHC9101. Untuk menyiapkan kontrak pembelajaran ini, saya telah menyertai satu program iaitu “HASCUP 2014” di bawah anjuran sekretariat sukan dan rekreasi, Kolej Keris Mas, UKM. Di dalam program ini saya telah menjadi sebahagian daripada AJK Pelaksana.

Sebagai AJK Pelaksana saya telah ditugaskan untuk menjalankan beberapa tugas antaranya :

a) Persiapan dewan

- Tugas-tugasnya adalah seperti memasang bunting, banner, menyiapkan gelanggang kejohanan dan juga pentas VIP. Semasa melakukan persiapan tersebut aspek kerja berpasukan telah diterapkan yang mana saya dan rakan-rakan AJK yang lain telah bekerjasama secara berpasukan dengan membahagikan tugas secara berkumpulan seperti memasang banner dan bunting, memasang court mat dan net, mengangkat dan menyusun kerusi, menghiasi dewan dan banyak lagi. Tugas-tugas persediaan dewan ini telah dilaksanakan seminggu sebelum kejohanan berlangsung dan juga semasa kejohanan berlangsung..

Page 3: Laporan hp kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

( Penyediaan gelanggang kejohanan dan pentas VIP )

b) Menjadi hakim garisan

- Semasa kejohanan berlangsung saya dan rakan-rakan AJK yang lain telah ditugaskan untuk menjadi hakim garisan perlawanan. Kami telah ditugaskan untuk menjadi hakim garisan selama 2 hari iaitu, semasa perlawanan peringkat pusingan dan juga perlawanan suku akhir. Bagi perlawanan akhir dan separuh akhir tugas tersebut telah diambil alih oleh mereka yang lebih professional. Semasa menjadi hakim garisan, kami telah mengamalkan sistem giliran yang mana semua AJK yang terlibat akan dibahagikan kepada empat sekumpulan dan telah ditetapkan court yang mana yang akan mereka jaga. Setelah selesai satu perlawanan kumpulan yang lain akan mengambil alih tugas kumpulan yang sebelumnya secara bergilir.

(menjadi hakim garisan)

Page 4: Laporan hp kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

c) Menjaga gerai jualan

- Oleh kerana bilangan AJK di bahagian jualan tidak mencukupi dan untuk memudahkan kerja, mereka yang tidak menjaga gelanggang ataupun sudah selesai menjaga gelanggang akan ditugaskan untuk menjaga dan membantu di gerai jualan. Gerai jualan ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan dana tambahan untuk proses persiapan kejohanan dan lain-lain lagi. Harga yang dikenakan pada setiap menu adalah sangat murah dan mampu untuk dibeli oleh semua orang Selain itu, kami juga turut menjual surat khabar Sinar Harian pada hari kejohanan sebagai tanda sokongan kepada rakan media kami.

(gerai jualan pada hari kejohanan)

Apa yang dapat saya perolehi dari tugasan-tugasan tersebut ialah saya dapat belajar bagaimana untuk menyediakan gelanggang badminton. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara untuk menyediakan dan menghiasi pentas daripada mereka yang lebih berpengalaman. Melalui program ini juga minat saya terhadap sukan badminton semakin bertambah selepas mengetahui segala peraturan permainan tersebut. Saya juga belajar bagaimana untuk bersosial dengan rakan-rakan baru dan cara-cara berinteraksi dengan pelanggan semasa menjaga gerai jualan.

Page 5: Laporan hp kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

Sebagai salah seorang AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini, saya berasa sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua ahli yang lain. Dan hasil daripada penerapan aspek social dan kebertanggungjawaban dalam projek ini, Kejohanan HASCUP 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Saya juga dapat berkenalan dan bekerjasama dengan rakan-rakan baru dan seterusnya meningkatkan nilai social dan kebertanggungjawaban dalam diri saya .Suasana semasa melakukan tugasan-tugasan tersebut adalah sangat meriah dan harmoni kerana setiap AJK menunjukkan sikap social dan kebertanggungjawaban yang baik. Walaupun terpaksa bekerja keras dan pulang lewat setiap malam untuk melakukan persiapan dewan, kami tetap bersatu dan bekerjasama membantu sesama sendiri untuk menyiapkan tugasan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami. Kejayaan yang dicapai oleh kami adalah kerana kami mengamalkan ciri-ciri berikut sesama sendiri :