Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

7

Transcript of Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

Page 1: Mari belajar makna kebertanggungjawaban...
Page 2: Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

Makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap menerima kewajipan atau tugas”.

Maksud tanggungjawab di atas semestinya sangat mudah untuk difahami oleh setiap orang. Tetapi jika kita diminta untuk melakukannya sesuai dengan definisi tanggungjawab tadi, maka seringkali masih merasa susah, merasa berat, bahkan ada orang yang merasa tidak sanggup jika diberikan kepadanya suatu tanggungjawab.

Kebanyakan orang mengelak bertanggungjawab, kerana jauh lebih mudah untuk “menghindari” tanggungjawab, daripada “menerima” tanggungjawab.

Banyak orang mengelak bertanggungjawab, kerana memang lebih mudah melarikan diri dari tanggungjawabnya, daripada berdiri dengan berani dan menyatakan dengan tegas bahawa, “Ini tanggungjawab saya!” Banyak orang yang sangat senang dengan melempar tanggungjawabnya ke bahu orang lain. Oleh kerana itulah muncul satu peribahasa,“lempar batu sembunyi tangan”.

Sebuah peribahasa yang bermaksud seseorang yang tidak berani bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri, sehingga dia membiarkan orang lain menanggung beban tanggungjawabnya. Boleh juga diertikan sebagai seseorang yang lepas tanggungjawab, dan suka mencari “kambing hitam” untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari perbuatannya yang merugikan orang lain.

Page 3: Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

Sebahagian orang, oleh kerana tidak dapat memahami maksud dari sebuah tanggungjawab; seringkali dalam kehidupannya sangat menyukai pembelaan diri dengan kata-kata, “Itu bukan salahku!” Sudah terlalu banyak orang yang dengan sia-sia, menghabiskan waktunya untuk menghindari tanggungjawab dengan jalan menyalahkan orang lain, daripada mahu menerima tanggungjawab, dan dengan gagah berani menghadapi tentangan apapun di depannya.

Banyak kejadian di negara kita ini, yang disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, malah sering dimenangkan atau diberikan bantuan berlebihan oleh lingkungannya dengan sangat tidak masuk akal. Sungguh sangat menyedihkan. Di masa kini, kita memiliki banyak orang yang mengelak bertanggung jawab; kerana mereka ini mendapatkan keuntungan dari sikapnya itu.

DAN GILANYA, “lepas tanggungjawab” itu sering digalas oleh lingkungan dekatnya, teman-temannya, anak buahnya, atasannya, anak kandungnya, bahkan digalas oleh isteri atau suaminya. Anda boleh lihat, contohnya, amalan rasuah, dan penyelewengan. Sebahagian besar orang-orang di lingkungan dekatnya pasti terbeban, kerana mereka semua pasti dapat merasakan hasil-hasil dari amalan rasuah, dan penyelewengan itu. Apakah dunia kita ini sudah dekat dengan hari kiamat?

Page 4: Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

Cubalah kita fahami, kalimat mulia berkaitan dengan tanggungjawab, di bawah ini:

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”. (Abraham Lincoln)

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”. (Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim)

Page 5: Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

KEJADIAN DI AWAL PAGI JAM 7.30 AM 2 MEI 2013 DI ZON TEKNIKAL

LAMPU BILIK MESYUARAT DAN AIRCOND MASIH LAGI TERPASANG WALAUPUN RASANYA SAYA YANG PALING AWAL MAI OPIS...MUNGKIN DARI HARI SELASA 30 HB APRIL 2013...TAPI TAKPE...BIL ELEKTRIK BUKAN KORANG BAYAR...X LUAK PUN GAJI BULAN2..TAKPE JANGAN RISAU...KERUSI TAK TERSUSUN...ADA KERUSI TAMBAHAN YANG TAK DIPULANGKAN KE TEMPAT ASAL....TAKPE..ITU BUKAN KERJA KORANG...ITU KERJA PIC...

KEJADIA

N 1

Page 6: Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

KEJADIAN DI AWAL PAGI JAM 7.30 AM 2 MEI 2013 DI ZON TEKNIKAL

TROLI FAIL SUDAH DISEDIAKAN NAMUN PENGGUNAAN MASIH LAGI TAK MENYELURUH...MUNGKIN X CUKUP KOT...MUNGKIN TUAN2/PUAN2 SUKE DENGAN PERLETAKKAN FAIL MCM NI...ATAU MUNGKIN MENGHARAPKAN KAK MAI SELAKU CLEANNER OPIS UNTUK SUSUN UNTUK ANDA...?...NAMPAKNYE SIA2 SAHAJA WALLPAPER JOM AMALKAN 5S 15 MINIT SEBELUM PULANG DIPAPARKAN DI PC MASING-MASING...XPE NI BUKAN KERJA ANDA...NI TANGGUNGJAWAB PIC YANG JAGA BILIK FAIL...ITS OK...BAYAR RM 2 RINGGIT JE PON...TAK LUAK GAJI PUN, KAN...?

KEJADIA

N 2

Page 7: Mari belajar makna kebertanggungjawaban...

BERSAMA KITA MENJAYAKANAMALAN 5S

UNTUK ZON TEKNIKAL