Laporan hp keusahawanan pengurusan

7
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9701) KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP 2014) SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI, KOLEJ KERIS MAS, UKM TARIKH PROGRAM: 1 4 MEI 2014 TEMPAT : DEWAN GEMILANG, UKM

Transcript of Laporan hp keusahawanan pengurusan

Page 1: Laporan hp keusahawanan pengurusan

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN

KOKURIKULUM

(HHHC9701)

KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

(HASCUP 2014)

SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI,

KOLEJ KERIS MAS, UKM

TARIKH PROGRAM:

1 – 4 MEI 2014

TEMPAT :

DEWAN GEMILANG, UKM

Page 2: Laporan hp keusahawanan pengurusan

Saya Salimah Binti Safie, A146400, pelajar Teknologi Maklumat, Fakulti Teknologi Dan Sains

Maklumat telah mendaftar kontrak pembelajaran Kemahiran Keusahawanan dan Pengurusan -

HHH9701. Saya telah menyertai program “Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Hasmah Mohd

Ali - HASCUP 2014” anjuran sekretariat sukan dan rekreasi, Kolej Keris Mas, UKM. Di dalam

program ini, saya telah diberikan kepercayaan dan bertanggungjawab sebagai sebagai Ketua

Eksekutif Tugas-tugas Khas.

Program yang saya sertai ini bersesuaian dengan kontrak pembelajaran HHH9801

kerana objektif program ini sendiri adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan

Kontrak Pembelajaran. Salah satu objektif tersebut ialah meningkatkan kemahiran kreatif dan

inovatif.

Program ini telah mula dirancang 5 bulan sebelum tarikh kejohanan. Hal ini dapat

dilihat daripada minit mensyuarat yang pertama iaitu pada 30 Disember 2014. Seterusnya kertas

kerja telah mula dibuat bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan

kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Kejohanan Badminton Piala

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali 2014.

Walaupun saya telah diberikan jawatan sebagai ketua Eksekutif Tugas-tugas Khas,

namun saya tetap membantu dalam menguruskan bahagian jualan demi menambah dana program

kami. Selain itu saya juga turut membantu ahli jawatankuasa yang lain seperti eksekutif

pemasaran dan publisiti dan eksekutif cenderamata.

Sepanjang program ini, saya telah menerapkan nilai pengurusan dan keusahawanan.

Ianya dapat dibuktikan seperti berikut :

I. Saya telah membantu Eksekutif Cenderamata bagi menyediakan hadiah untuk para

pemenang. Kami telah membuat tinjauan di syarikat-syarikat sekitar Kuala Lumpur. Dan

hasilnya, kami telah mendapat penajaan hadiah berbentuk barangan sukan daripada

APACS dan Hock Eng Sport.

II. Selain itu, selaku post tugas-tugas khas saya diminta untuk menyiapkan rekaan baju yang

mempunyai logo HASCUP. Saya bersama ajk yang lain telah membantu menjual baju

tersebut kepada pelajar kolej. Bagi memastikan hasil rekaan tersebut sempurna kami

memerlukan sesuatu yang kreatif dan mempunyai nilai komersial yang tersendiri. Rekaan

tersebut perlu melambangkan hascup itu sendiri.

Page 3: Laporan hp keusahawanan pengurusan

III. Gerai jualan diadakan pada hari program bertujuan untuk mendapatkan dana tambahan.

Selaku post tugas-tugas khas saya diminta untuk menyediakan tempat jualan dan barang-

barang yang diperlukan. Oleh itu, kami telah mendapat kebenaran untuk menggunakan

keperluan dapur daripada kafeteria Kolej Keris Mas. Kami telah menjual makanan dan

minuman dengan harga yang berpatutan. Berikut adalah antara yang dijual di gerai jualan

hascup.

minuman (milo, anggur, orange, laici, jagung, sirap bandung) – RM1 per

cawan.

makanan – Hogdog, nugget, bebola ikan/daging (RM1 per cucuk)

Rekaan baju HASCUP.

Page 4: Laporan hp keusahawanan pengurusan

- Jagung (RM2 per cawan)

- Waffel : satu perisa (RM3.00)

dua perisa (RM3.50)

Kami turut menjual surat khabar sinar harian bagi menyokong rakan media program.

Saya juga membantu menguruskkan barang – barang yang akan dijual seperti nugget,

hogdog dan bebola ikan. Saya bersama beberapa eksekutif telah membuat tinjauan di di

sekitar Kajang untuk membeli barang – barang tersebut.

IV. Dalam aspek pengurusan pula,selaku ketua post tugas-tugas khas saya telah

dipertanggungjawabkan untuk menyediakan banting dan kain rentang. Oleh itu, saya

bersama ahli post saya telah menguruskan banting dan kain rentang dalam masa yang

ditetapkan.

Hasil rekaan idea Post Tugas-tugas Khas.

Page 5: Laporan hp keusahawanan pengurusan

V. Saya juga bertanggungjawab untuk menyediakan tempat program seperti pentas, kemah

dan PA sistem. Oleh itu saya telah diamanahkkan untuk memegang kunci Dewan

Gemilang. Kami berjaya menyiapkan tempat program(Dewan gemilang) dengan baik dan

teratur dalam masa 2 hari seperti yang dirancang.

Banting dan kain rentang diatur dengan baik oleh post tugas-tugas khas dan post teknikal.

Kami berjaya menyiapkan pentas dengan baik dalam masa yyang ditetapkan.

Page 6: Laporan hp keusahawanan pengurusan

Memastikan PA sistem dalam keadaan yang baik .

Menyediakan gelanggang perlawanan unit-unit

post tugas-tugas khas dan teknikal.

Memastikan setiap sudut dewan sempurna

termasuklah langsir dewan.

Page 7: Laporan hp keusahawanan pengurusan

_______________________________SEKIAN, TERIMA KASIH___________________________