Laporan hp 5 full

14
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9501) KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH PENDEKATAN PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION ) ANJURAN: KELAB INFORMATIK TARIKH PROGRAM: 25 & 27 MEI 2015 TEMPAT : MAKMAL INDUSTRI

Transcript of Laporan hp 5 full

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

(HHHC9501)

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH PENDEKATAN

PROGRAM :

BENGKEL GAFE

( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )

ANJURAN:

KELAB INFORMATIK

TARIKH PROGRAM:

25 & 27 MEI 2015

TEMPAT :

MAKMAL INDUSTRI

SALIMAH BINTI SAFIE

A146400

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 32 PENDAHULUAN 3-43 OBJECTIF PROGRAM 44 REFLEKSI DIRI 6-95 KESIMPULAN 106 LAMPIRAN 11-12

ISI KANDUNGAN

2

PENGENALAN

Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan.

Pemikiran kritikal mempunyai beberapa elemen teras iaitu;

a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri.

b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic

c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan

d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan

Di dalam penyelesaian masalah pula, terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada contohnya:

a) Fishbone : Fishbone diagram digunakan ketika kita ingin mengidentifikasi kemungkinan penyebab masalah

b) TRIZ : menyatakan sesuatu masalah secara umum, kemudian menggunakan kaedah penyelesaian secara umum, sesudah itu memfokus kepada masalah khusus dan penyelesaian khusus.

c) SWOT : suatu survei internal tentang strengths (kekuatan) dan weaknesses(kelemahan) program, serta survei eksternal atas opportunities(ancaman) dan threats (peluang/kesempatan).

PENDAHULUAN

Program ini dirancang di peringkat kelab khusus sebagai platform bagi memberi persediaan bagi aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada masa akan datang iaitu Bengkel pengajaran untuk guru. Apa yang telah dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan digunakan pada bengkel pengajaran untuk guru. Di dalam bengkel tersebut ahli sendiri akan menjadi tenaga pengajar.

Bengkel GAFE adalah merupakan satu langkah daripada Kelab Informatik dengan kerjasama seorang pelajar yang menjadi Google Student Ambassador sendiri bagi memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi google.

3

Selain itu ahli juga akan diberi taklimat ringkas mengenai Google Student Ambassador (GSA). Taklimat ini akan memberi pendedahan yang berguna untuk pelajar Mereka juga akan dapat mengetahui tentang pengalaman menjadi GSA oleh SC Kim.

Melalui program ini, mereka akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan product google yang sedia ada.

Idea untuk menjalankan program ini timbul bertujuan sebagai satu platform untuk mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang aplikasi Google.

Program ini akan dikendalikan selama dua hari bermula dengan perkongsian pengalaman SC Kim menjadi Google Student Ambassador Malaysia. Taklimat ini akan memberi pendedahan yang berguna untuk ahli mengetahui dengan apa yang menarik atau kelebihan Google Ambassador amnya.

Seterusnya, ia diteruskan pula dengan taklimat ringkas mengenai produk Google dan aplikasi Google. Selepas ahli mengetahui serba sedikit tentang aplikasi Google, pengajaran fasa pertama tentang aplikasi Google akan dikelolai oleh SC kim sendiri. Fasa kedua pula diteruskan pada hari berikutnya yang telah dicadangkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Melalui program ini terdapat beberapa objektif iaitu :

Mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab tengtang aplikasi Google.

 Memberi pendedahan kepada ahli kelab tengtang Google Student Ambassador (GSA) .

 Menanam sikap beretika dan berintegriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

PERJALANAN SEBELUM PROGRAM

4

Program ini telah mula dirancang 6 minggu sebelum tarikh program ini dilaksanakan. Hal ini dapat dilihat daripada minit mensyuarat yang pertama iaitu pada 9 April 2015. Seterusnya draf kerja telah mula dibuat bagi tujuan kelancaran program.

Kami telah mengadakan beberapa kali perjumpaan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Berikut adalah carta alir perjalanan minit mesyuarat yang telah dilaksanakan :

RINGKASAN PERSIAPAN PROGRAM DAN MINIT MESYUARAT

PERJALANAN SEMASA PROGRAM

5

Min mesyuarat

1

Idea perlaksanaan aktiviti oleh penyelia kelab iaitu Dr.ShereenaPemilihan ketua program

Min mesyuarat

2

Rancangan program

Min mesyuarat

3

Pemilihan AJK dan rancangan detail program

Min mesyuarat

4

Semakan perjalan program dan tugasan

Bengkel GAFE sesi

1

Sesi pembelajaran bersama SC Kim

Bengkel GAFE sesi

2

Sambungan sesi pembelajaran bersama SC KimPenutup program

HARI MASA PENGISIAN

25 MEI 2015

8.15 malam Ketibaan ahli kelab, pensyarah dan tenaga pengajar

8.30 malam Taklimat oleh Tenaga Pengajar

8.45 malam Bengkel GAFE fasa 1

11.00 malam Bersurai

27 MEI 2015

8.15 malam Ketibaan ahli kelab, pensyarah dan tenaga pengajar

8.30 malam Bengkel GAFE fasa 2

10.45 malam Penutup

11.00 malam Bersurai

REFLEKSI DIRI

Melalui program ini, saya telah mendapat banyak pengalaman dan yang paling

penting saya telah belajar untuk berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan masalah.

Kami telah menyediakan kertas kerja beberapa minggu sebelum program. Pada

mulanya, kami telah menghadapi masalah kerana kekurangan idea yang bernas untuk tema

program kami. Namun, saya telah berpeluang untuk berbual-bual dengan penasihat kelab

saya. Beliau telah menunjukkan beberapa penggunaan aplikasi Google. Beliau telah

menunjukkan perbezaan Google page, blog dan wordpress. Hal ini telah mencetuskan idea

saya untuk menggunakan tema “INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE” . Saya ingin program ini

membawa mesej yang baru kepada warga kelab informatik iaitu menjadikan google sebagai

6

platform mendapatkan ilmu baru dalam menjalankan aktiviti harian. Bagi masalah ini saya

menggunakan kaedah TRIZ untuk menyelesaikannya.

Kami juga menghadapi masalah perubahan tempat program. Makmal industri tidak

dapat digunakan pada hari program disebabkan faktor tertentu. Oleh itu kami telah menukar

tempat program pada saat akhir. Kami berjaya mendapatkan tempat sebelum kedatangan

taenaga pengajar. Kami telah menggunakan makmal khas 1.

7

Selain itu, sasaran peserta tidak dapat dicapai beberapa hari sebelum program. Untuk

menyelesaikannya, kami mewajibkan penyertaan daripada ahli kelab serta menawarkan sijil

penyertaan kepada mereka yang menyertai program.

Sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa tertinggi, adalah menjadi tanggungjawab

saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh exco lain. Saya telah membantu exco

protokol dalam penyediaan surat tempahan tempat program. Surat ini tidak diterima pada

mulanya kerana tidak mmengikut kriteria. Oleh itu, saya telah berjumpa dengan setiausaha

PERTAMA iaitu cik Shida untuk mendapatkan format yang betul. Hasilnya, exco protokol

Berjaya membetulkan dan menghantar surat tersebut pada masa yang diarahkan oleh ketua

program.

8

Pada hari kedua bengkel pula terdapat beberapa orang peserta tidak dapat menyertai

kerana terdapat lab kuiz. Saya dan ajk yang lain telah berbincang penyelesaiannya iaitu

dengan mengadakan satu lagi sesi tetapi pengajarnya ialah terdiri daripada ajk itu sendiri.

Satu bengkel akan diadakan pada awal semesta akan datang.

9

KESIMPULAN

Faktor persekitaran seperti pendedahan yang kerap dalam pergaulan positif sebenarnya mematangkan seseorang dan mendatangkan tahap kemahiran berfikir secara kritikal. Punca seseorang individu kurang mahir dari segi berfikiran kritikal dan penyelesaian masalah adalah kerana kurang pengalaman atau tidak ada pendedahan wajar untuk mereka atasi kekurangan itu.

Oleh itu, program telah sedikit sebanyak mematangkan saya dan mendatangkan tahap kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dalam diri saya. Saya juga dapat memahami apa yang penting bagi kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah iaitu mesti mempunyai implikasi signifikan dalam kehidupan manusia selain daripada sekadar membantu dalam mewujudkan susana yang baik bagi kelancaran majlis .

Sebagai salah seorang ahli yang menjayakan program ini, saya berasa berbangga dapat bekerjasama dengan semua ahli. Oleh itu saya telah menyiapkan satu ‘mind map’ khas menunjukkan kami berjaya menyiapkan program ini dengan jayanya.

10

LAMPIRAN

1. Minit mesyuarat

Rujuk minit mesyuarat full version

2. Gambar melalui video :

http://youtu.be/zNv4lDMBS_s

3. Surat tempahan lab.

11

4. Kertas kerja

Rujuk kertas kerja GAFE

12