Laporan individu hhhc 9301

5
LAPORAN KEMAHIRAN INSANIAH (HHHC 9301): PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA PELAJAR : MARDHIAH BINTI ISHAK NO MATRIK : A143553 PENSYARAH PENILAI : PUAN KHALIJAH BINTI AHMAD

Transcript of Laporan individu hhhc 9301

Page 1: Laporan individu hhhc 9301

LAPORAN

KEMAHIRAN INSANIAH (HHHC 9301):

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

NAMA PELAJAR : MARDHIAH BINTI ISHAK

NO MATRIK : A143553

PENSYARAH PENILAI : PUAN KHALIJAH BINTI AHMAD

Page 2: Laporan individu hhhc 9301

PENGENALAN

Penyertaan pelajar dalam kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran

Sepanjang Hayat secara khususnya diharapkan dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan

inovatif dalam pencarian dan pengurusan maklumat selain berkemahiran menguruskan

maklumat untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, penglibatan di

dalam kursus ini diobjektifkan dapat memupuk pembelajaran kendiri ke arah pembudayaan

pembelajaran sepanjang hayat.

Manakala hasil pembelajaran yang disasarkan ialah pelajar dapat merancang strategi

mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, meneroka isu atau masalah yang memerlukan

penyelesaian masalah secara kendiri dan mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri

dan jujur.

Seterusnya, peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan adalah seperti dari tidak

boleh mengurus maklumat secara sistematik kepada dapat mengurus maklumat secara sistematik,

dari menyelesaikan masalah secara mengharapkan orang lain kepada dapat menyelesaikan

masalah secara kendiri dan dari mengharapkan orang lain untuk mengumpul dan mengurus

maklumat kepada pemerolehan kelangsungan pengurusan maklumat secara kendiri.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan maklumat

Pengurusan maklmumat merupakan pengurusan yang lengkap dan teratur ke atas

pengetahuan dan proses yang berkaitan. Pengurusan maklumat yang betul caranya akan

memudahkan pembangunan, pengumpulan, perancangan, penyebaran, penggunaan dan

pemanfaatan sesuatu maklumat. Antara kepentingan pengurusan maklumat pula ialah

perkongsian maklumat yang penuh dengan ketelusan dapat memandu kemajuan organisasi selain

menjadikan seseorang itu terutama mahasiswa/i amnya seorang yang inovatif yang mana dia

menjadikan sebarang idea bernas kepada keuntungan positif dan berorientasikan keputusan

(result oriented). Ianya juga menggalakkan pelajar bekerja dengan lebih pintar , kendiri dan

bukannya terlalu bergantung kepada pemimpin atau sistem mahupun prosedur.

Page 3: Laporan individu hhhc 9301

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sepanjang hayat (PSH)?

Manakala pembelajaran sepanjang hayat pula merupakan pembangunan potensi manusia

melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu,

mahasiswa/i amnya menguasai ilmu dan menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang

hayat. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan maka

keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah

berbeza pada setiap peringkat. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang

memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. Ianya adalah proses sepanjang

hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran secara berterusan.

Pembelajaran sepanjang hayat ini merangkumi 4 asas utama iaitu 1) kesedaran diri iaitu

mengenali diri sendiri dan mampu mengenal pasti kekuatan atau kelemahan diri,

2) perancangan untuk belajar yang mana menetapkan objektif atau perancangan bagi mencapai

matlamat, 3) memahami cara belajar iaitu mengetahui kaedah belajar dan akhir sekali,

4) penilaian berterusan-pemantauan tentang hasil pembelajaran sendiri.

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling

berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu, mahasiswa ammnya menggarap pengetahuan

dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan mampu menganalisi

segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar

mampu melahirkan individu yang hebat.

Demi untuk menyempurnakan kursus ini, saya telah memilih untuk menyertai Program

Jelajah IPT. Sehubungan itu, saya memegang jawatan sebagai bendahari dalam sekretarian

Rakan Muda namun saya dan setiausaha diberi tugasan untuk menguruskan Program Jelajah IPT

Peringkat IPT yang menggabungkan tujuh IPT. Dalam program ini saya telah ditugaskan sebagai

Penolong Pengarah dari wakil SRM UKM dalam program tersebut. Progran ini merupakan

persahabatan kolabrasi bersama dalam Kelab Sekreteriat Rakan Muda Unitersiti Kebangsaan

Malaysia (SRM UKM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (SRM UTem). Dalam masa

yang sama, SRMUKM telah menjemput tiga universiti untuk menyertai program

menggabungkan bagi Kelab Sekretariat Rakan Muda Peringkat Pengajian Tinggi iaitu SRM

UPM, SRM Uniten dan SRM USIM untuk memeriahkan program sebagai tetamu. Manakala,

bagi pihak SRM UTeM mereka juga menjemput SRM KUIM dan SRM Kolej Putra turut

bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Page 4: Laporan individu hhhc 9301

Sebagai Penolong Pengarah program ini, memberikan satu pengalaman yang baru satu

pelajari disebabkan program ini berlangsung di Melaka yang tempatnya dipilih oleh SRMUTeM

iaitu di Tasik Ayer Keroh, Melaka untuk kami membuat pertemuan dan beramah mesar sambil

bertukar-tukar pendapat untuk membanggunkan Rakan Muda di Peringkat Institusi dengan

bekerjasama antara IPTA dan IPTS.

Tambahan pula, dalam jawatan ini saya dan pengarah yang menjadi penghubung dengan

SRM UTeM dengan menggunakan teknologi sekarang disebabkan jarak kami yang jauh malah

dengan cara ini amat menyukarkan disebabkan kami tidak melihat kawasan dalam masa yang

sama SRM UKM yang memberi cadangan bagi mengatur tentatif program dan menyiapkan

surat-surat jemputan. Sementara itu, pengangkutan untuk SRM UPM, SRM USIM dan SRM

Uniten yang menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan.

Dengan penyertaan program ini, saya telah dapat menimba sedikit sebanyak ilmu dalam

kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat kerana dalam menguruskan

jemputan untuk ketiga-tiga universiti memerlukan persediaan yang rapi kerana jemputan ini

harus ditujukan kepada Jabatan Pengurusan Pelajar di setiap universiti masing-masing untuk

memohon kebenaran menjadi tetamu kami dan pembelajaran yang saya dapat pelajari apabila

berhubung hanya menggunakan teknologi sekarang dan kerjasama antara dua pihak ini

memerlukan persetujuan bersama dan seiring antara program dan tempat yang bersesuaian ini

merupakan ilmu baru yang saya perolehi ini belum tentu dapat saya timba di masa akan datang

kerana tuntutan masa depan yang mungkin berkerjasama dengan golongan korporat luar yang

jauh dan menjemput golongan yang berpangkat tinggi dengan cara yang sopan.

Page 5: Laporan individu hhhc 9301

1) Maklumat Projek :

a. Nama projek: Jelajah IPT

b. Kod JPPel: DN 00103/2015

c. Tarikh Projek: 29 Mac 2015, Ahad

d. Peranan (Jawatan) dalam projek: Penolong Pengarah

e. Tempat projek dijalankan: Tasik Ayer Keroh, Melaka

f. Maklumat penasihat Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia:

1. Puan Nurul Safaniza Binti Che Ani

Merangkap

Eksekutif Kanan

Pusat Pengurusan Akademik

Universiti Kebangsaan Malaysia