Laporan Internship

11
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : HASNIZIA BINTI ABDUL HAMID NO. KAD PENGENALAN : 810902-02-5886 PROGRAM :PPG PJ AMBILAN FEB 2012 NAMA SEKOLAH :SK. BUKIT BANDARAYA NAMA PROJEK :PLAY AND LEARN TEMPOH PELAKSANAAN: 10 hb Ogos - 4 hb Sept 2015 1. OBJEKTIF 1.1 Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani. 1.2 Membanding beza perubahan tingkahlaku murid terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani mengikut Pendekatan TGFU berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. 1.3 Memperkembangkan kemahiran berfikir dan membuat keputusan sendiri semasa aktiviti p & p PJ. 1.4 Membina motivasi intrinsik dan penghayatan PJ melalui pendekatan Tgfu. 1.5 Mengasah minda murid merancang strategi serta berfikir secara bersama/sepakat. 1.6 Supaya murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan bagi mempertahankan pihak masing-masing.

description

ppg

Transcript of Laporan Internship

Page 1: Laporan Internship

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : HASNIZIA BINTI ABDUL HAMID

NO. KAD PENGENALAN : 810902-02-5886

PROGRAM :PPG PJ AMBILAN FEB 2012

NAMA SEKOLAH :SK. BUKIT BANDARAYA

NAMA PROJEK :PLAY AND LEARN

TEMPOH PELAKSANAAN: 10 hb Ogos - 4 hb Sept 2015

1. OBJEKTIF

1.1 Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani.

1.2 Membanding beza perubahan tingkahlaku murid terhadap aktiviti Pendidikan

Jasmani mengikut Pendekatan TGFU berdasarkan Sukatan Pelajaran

Pendidikan Jasmani.

1.3 Memperkembangkan kemahiran berfikir dan membuat keputusan sendiri

semasa aktiviti p & p PJ.

1.4 Membina motivasi intrinsik dan penghayatan PJ melalui pendekatan Tgfu.

1.5 Mengasah minda murid merancang strategi serta berfikir secara

bersama/sepakat.

1.6 Supaya murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan bagi mempertahankan

pihak masing-masing.

1.7 Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan

mengikut kemampuan diri mereka.

1.8 Membentuk sahsiah,disiplin serta jati diri murid.

1.9 Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid.

1.10 Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan berasaskan kesihatan

dan perlakuan motor.

Page 2: Laporan Internship

2. STRATEGI PELAKSANAAN

a. Nama Projek : Play and Learn

b. Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 2

c. Tempoh Pelaksanaan : 4 minggu

Permainan kecil “ play and learn” berasaskan pendekatan TGfU telah

menawarkan suatu cara yang mampu menarik perhatian dan minat murid untuk

menghayati PJ dan keseronokan bermain sehingga mendorong keinginan murid

untuk melibatkan diri dalam kelas P & P Pendidikan Jasmani. Dalam pada masa

yang sama mereka belajar untuk menguasai kemahiran permainan dengan betul

dan mengetahui tentang peraturan asas permainan.

Menerusi kaedah inovasi ini, murid-murid dapat membina sifat jasmani

dan sosial seperti yang diinginkan.Kepantasan daya tenaga , kekuatan,

ketangkasan, kemahiran dan ‘game sense’ adalah beberapa contoh sifat jasmani

yang diperlukan oleh murid .

Pengunaan kaedah “ Play and Learn’ adalah gabungan aktiviti yang direka

untuk membantu murid menguasai kemahiran permainan dan dalam pada masa

yang sama dapat menarik minat murid untuk melakukan aktiviti Pendidikan

Jasmani.

Untuk projek inovasi ini saya memilih 4 jenis permainan kecil / akvitivi untuk

mengajar kemahiran permainan kepada murid tahun 2. Antara permainan kecil /

aktiviti tersebut ialah:

a) X- Throw (Kemahiran Balingan)

b) Tolak Bola (Kemahiran Balingan)

c) Putar dan Tangkap (Kemahiran Menangkap Bola )

d) Bola Kapten Bersyarat (Kemahiran Menangkap Bola )

e) Corner Ball (Kemahiran Menendang Bola)

Page 3: Laporan Internship

f) Target Ball (Kemahiran Menendang Bola)

g) Bounce and Run (Kemahiran Mengelecek Bola Mengunakan Tangan).

h) Mari berlumba (Kemahiran Mengelecek Bola Mengunakan Tangan).

Matlamat utama pendekatan Permainan kecil berasaskan kaedah Tgfu

adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Menurut falsafah Tgfu, pelajar

atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu

permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang

sesuai ketika berada dalam situasi permainan. kaedah permainan ini digunakan

dengan guru mengurangkan penerangan yang berpusatkan guru dan lebih

banyak mengunakan aktiviti permainan yang mampu meningkatkan tahap

penguasaan kemahiran permainan murid.

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek:

i. Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.

Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda.

Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam

pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat.

Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti

melontar, menangkap dan menyepak. Oleh itu pemilihan projek

inovasi ini amat bersesuaian untuk di aplikasikan di sekolah

terutamanya terhadap murid tahap satu. Ini kerana mereka akan

menjadi cepat bosan dan kurang berminat jika P&P yang dijalankan

lebih berpusatkan guru.

ii. Permainan kecil mempunyai peranan yang besar dalam pengajaran

matapelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid sekolah rendah

.Objektif jangka pendek adalah untuk keseronokan dan hiburan ,

tetapi permainan juga ini dapat memberi sumbangan yang baik dan

berkesan terhadap perkembangan JERIS murid.

Page 4: Laporan Internship

iii. Berdasarkan tugasan ini juga, saya juga mula sedar bahawa betapa

pentingnya untuk memahami strategi, kaedah, teknik dan pendekatan

dalam pengajaran. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai

keempat-empat perkara ini secara tidak langsung dapat

memudahkan kita dalam merancang sesi pengajaran yang berkesan

dan bersistematik. Malahan secara tidak langsung ianya dapat

memudahkan kita dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian.

Disamping itu, saya dapati, perancangan yang baik juga dapat

membantu melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta murid

juga lebih berkeyakinan dan seronok untuk belajar.

iv. Kepentingan utama menggunakan variasi kaedah serta teknik dalam

pengajaran pendidikan jasmani adalah untuk menarik perhatian serta

penglibatan murid. Bagi kaedah dan teknik pengajaran yang kreatif,

murid akan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka akan

melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti. Malahan, apabila

murid tertarik dengan kaedah dan teknik pengajaran guru, perhatian

murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran serta dapat membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri

murid. 

v. Menerusi kaedah inovasi ini, murid-murid dapat membina

sifat jasmani dan sosial seperti yang diinginkan.Kepantasan daya

tenaga , kekuatan,ketangkasan, kemahiran dan ‘game sense’ adalah

beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan oleh murid .

vi. Melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang dilakukan dapat

meningkatkan kebolehan fizikal, meningkatkan keyakinan diri, dan

dapat melepaskan emosi mereka . melalui pendekatan ini juga murid

dapat mengembangkan kebolehan kreatif murid dan mampu

Page 5: Laporan Internship

mengurangkan masalah murid untuk berkaomunikasi dan berinteraksi

antara satu sama lain.

vii. Melalui projek ini juga saya mendapati murid lebih bersemangat dan

tertarik untuk mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. Mereka sentiasa

tertunggu-tunggu akan waktu kelas Pendidikan Jasmani.

viii. Murid-murid ini juga lebih mudah diuruskan. Tahap penglibatan murid

juga semakin tinggi berbanding sebelum ini apabila ada murid yang

memberikan alasan sakit dan tidak memakai baju suka untuk

mengelakkan diri mereka dari mengikuti kelas Pendidikan Jasmani.

ix. Projek ini juga tidak memerlukan kos kerana semua peralatan yang

diperlukan terdapat di dalam stor sukan.

x. Murid-murid juga sudah tidak meminta untuk bermain bola sahaja.

b) Kelemahan Projek:

i. Kekangan masa untuk menjalankan projek inovasi ini terutamanya

implementationnya terhadap murid semasa proses P&P.

ii. Aktiviti yang dipilih kurang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin

di ajar. Walaupun ianya mampu menarik minat murid untuk mengikuti

pengajaran tetapi objektif P&P seperti kurang tercapai. Ini kerana

permainan tersebut lebih memfokuskan kepada kemahiran lain.

iii. Murid cenderung untuk bermain secara berkumpul atau berada

dalam kelompok tanpa mendengar arahan yang diberikan. Ini

menyebabkan murid menggunakan kemahiran yang tidak sesuai

dengan tajuk yang di ajar.

Page 6: Laporan Internship

iv. Antara kelemahan kaedah ini ialah murid-murid mungkin sedikit

keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan

mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang

digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.

v. Aktiviti yang dirancang perlu ditambah supaya ianya meningkatkan

lagi pemahaman dan penguasaan murid dalam kemahiran yang di

ajarkan.

vi. Apabila permainan kecil dijalankan keadaan kawalan murid kadang-

kadang berada di luar kawalan. Oleh itu perancangan yang teliti perlu

dilakukan supaya pengurusan murid lebih teratur.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan

pembelajaran ini adalah perancangan pemilihan kemahiran dan aktiviti murid

dirancang dengan teliti dimana guru sepatutnya merancang aktiviti yang sesuai

dengan tahap psikomotor murid. Pemilihan aktiviti juga sepatutnya dirancang

dengan aktiviti yang paling mudah ke aktiviti yang paling sukar dimana guru

seharusnya memulakan aktiviti dengan aktiviti mudah yang boleh memberikan

keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang dirancang. Apabila

murid mempunyai keyakinan untuk melakukan kemahiran barulah murid dapat

melakukan kemahiran dengan teknik perlakuan yang betul dan tepat.

Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan

pembelajaran ini adalah saya sepatutnya melakukan dahulu aktiviti yang

dirancang sebelum mengaplikasikannya kepada murid. Ini untuk memastikan

bahawa aktiviti tersebut sesuai dan mudah untuk diaplikasikan oleh murid-murid.

Page 7: Laporan Internship

Masalah utama murid adalah sukar untuk memahami arahan dan fokus.

Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulang kali. Dengan

pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh

murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk

memberikan arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan

yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan fokus.

Pendekatan secara terus dengan membantu murid untuk melakukan

kemahiran telah membantu murid untuk menguasai kemahiran yang diajar.

Kemahiran yang diajar merupakan kemahiran guling hadapan. Terdapat

seorang murid yang tidak dapat melakukan kemahiran ini. Setelah dibantu untuk

melakukan kemahiran ini, murid tersebut dapat melakukan kemahiran ini.

Pendekatan membantu murid secara terus dapat memberikan keyakinan kepada

murid untuk melakukan kemahiran yang diajar. Oleh itu saya berpendapat

bahawa pendekatan terus untuk membetulkan kesalahan dan ketidakupayaan

murid untuk melakukan kemahiran adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan

pembelajaran ini.

5. KESIMPULAN

Secara keseluruhanya, projek inovasi ini dapat dilaksanakan dengan

lancar dan tidak mempunyai masalah yang besar. Murid juga secara kasarnya

dapat melakukan kemahiran yang diajar walaupun tidak dengan lakuan yang

betul. Saya juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah

seperti guru pembimbing dalam menjayakan tugasan ini dimana guru

pembimbing saya telah memberikan banyak cadangan dan bantuan kepada

saya. Saya berharap projek inovasi ini akan memberikan pendekatan baru

kepada guru Pendidikan Jasmani untuk mengunakan permainan kecil

berasaskan TGfU yang mana ianya mampu memberikan keseronokan dan

pengajaran yang lebih berkesan.