Laporan Ipu
Transcript of Laporan Ipu
3.1 PENGENALAN
Bahagian ini cuba menerangkan punca dan mekanisma kejadian jerebu yang dikaitkan
dengan El Nino. Inilah intipati kepada kajian ini yang akan dikupas dengan teliti bagi
mencapai tujuan kajian ini. Metodologi kajian yang menggunakan teknik analisis regresi
dan korelasi akan diaplikasikan ke atas hepotesis dalam permasalahan kajian iaitu jerebu
adalah disebabkan oleh El Nino. El Nino di sini melibatkan fenomena cuaca yang
merangkumi suhu dan jumlah hujan yang dikaitkan dengan IPU. Di sinilah akan dapat
ditentukan sama ada jerebu ini ada kaitan langsung dengan fenomena El Nino.
3.2 INDEKS AYUNAN SELATAN (SOI)
SOI (Southern Oscillation Index) diukur adalah berdasarkan tekanan antara 2 tempat
yang berasaskan kepada kitaran panas dan sejuk lautan di timur dan barat Lautan
Pasifik. Ia diukur dari Darwin ke arah Tahiti yang membentuk satu daya cerun tekanan
(Rajah 3.2.1). Perbezaan kedua-dua lokasi ini akan membentuk indeks. Perbezaan cerun
tekanan di Darwin bernilai negatif akan menyatakan kepada kita tentang wujudnya El
Nino. Sekiranya indeks itu bernilai positif, maka ia dikatakan sebagai La Nina (Rajah
3.2.2).
Bagi mengira anomali (ketidaktentuan) hujan, kita memerlukan rumus seperti dalam
persamaan 3.1.1. Hujan adalah faktor penting dalam melihat fenomena El Nino. El Nino
telah mempengaruhi taburan hujan yang menyebabkan hujan tahunan berkurangan di
Malaysia. Melihat hujan adalah dengan melihat graf ketidaktentuan hujan sebagai
petunjuk. Sekiranya anomali hujan pada bulan Januari positif, maka terdapat turunan
hujan. Sekiranya ia negatif, maka kemarau wujud dan hujan tidak turun. Menurut sumber
Jabatan Kajicuaca Malaysia (1998a), anomali hujan pada masa El Nino adalah negatif
seperti juga SOI yang menunjukkan bacaan yang negatif. Ini bermakna, El Nino dan hujan
saling berkait. Persamaan 3.1.1 dapat digunakan juga bagi mencari anomali suhu,
kelembapan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca dengan cara gantian pada rumus
tersebut.
Di mana:
R = Hujan
A = Anomali
J = Januari (contoh bulan yang diambil)
50, 97 = jangkamasa tahun 1950-1997.
Std = sisihan piawai
DARWIN
(130S 1300T)
TAHITI
(170S 1500T)
RAJAH 3.2.1 Diagram Letakan Darwin dan Tahiti
Jika dilihat dalam Rajah 3.2.2, episod-episod El Nino 1982/83 dan 1997/98 adalah
tahun-tahun El Nino yang kuat. Ramai saintis menyatakan El Nino 1997/98 adalah yang
terburuk. Tetapi dalam SOI di atas menyatakan kedua-duanya paling buruk dalam
sejarah. El Nino 1997/98 dikatakan bermula pada Julai 1997, tetapi dalam SOI di atas
menyatakan ia wujud pada bulan Mac 1997.
SOI ini penting bagi tujuan melihat sama ada El Nino ini kekal atau ia akan
digantikan dengan La Nina. Sekiranya El Nino ini kekal, maka cuaca panas masih lagi
wujud. Ini akan menggalakkan kebakaran biomass (tumbuhan) terus terjadi yang akan
menggalakkan jerebu. Dalam Rajah 3.2.2, sekiranya El Nino melalui SOI menunjukkan
bacaan negatif, maka jerebu terus kekal dalam udara yang diangkut oleh angin yang
bersifat trans-sempadan ke Malaysia. Ini terbukti apabila tamatnya El Nino pada Mei/Jun,
jerebu terus hilang.
3.3 KONSEP UDARA BERSIH DAN INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)
IPU atau API (Air Pollution Index) adalah satu petunjuk penting bagi menggambarkan
tahap pencemaran udara. IPU ini sebenarnya dapat dibahagikan kepada lima peringkat
iaitu: sihat, baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya (ASMA 1998).
Ianya dapat digambarkan dalam Jadual 3.3.1. Manakala JAS (1997) pula menyatakan IPU
ini ada enam peringkat iaitu: baik, sederhana, tidak sihat, berbahaya dan sangat
berbahaya seperti dalam Jadual 3.3.2.
JADUAL 3.3.1 Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia
IPU Pengkelasan
0-50
51-100
101-200
201-300
> 300
Sihat
Sederhana
Tidak sihat
Sangat Tidak Sihat
Berbahaya
Sumber: ASMA 1998
JADUAL 3.3.2 Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia
IPU Pengkelasan
0-50
51-100
101-200
201-300
301-500
> 500
Sihat
Sederhana
Tidak sihat
Sangat Tidak Sihat
Berbahaya
Sangat Berbahaya
Sumber: JAS 1997
Menurut Jabatan Kajicuaca Malaysia (1998c), IPU ini akan mempengaruhi jarak
penglihatan. Jarak penglihatan yang paling baik iaitu pada hari atmosfera terang adalah
melebihi 10 000 meter dan yang paling tidak baik atau pada hari jerebu yang sangat
tebal ialah 500 meter. Pengkelasan ini dapat dilihat dalam Jadual 3.3.3.
JADUAL 3.3.3 Ketebalan Jerebu dan Jarak Penglihatan (Meter)
Ketebalan Jarak Penglihatan Mendatar
Tersangat Tebal
Sangat Tebal
Sederhana Tebal
Kurang Tebal
Terang
< 500
500-2000
2000-5000
5000-10000
> 10000
Sumber: Jabatan Kajicuaca Malaysia 1998c
Jadi, dapatlah dirumuskan di sini bahawa jarak penglihatan ini berkait rapat
dengan IPU. Semakin tinggi IPU, maka semakin kurang jarak penglihatan seperti mana
yang digambarkan dalam Jadual 3.3.3.
Menurut ASMA (1998), pengiraan IPU adalah berasaskan kepada nilai-nilai sub-
indeks (sub-IPU) yang diguna pakai di Malaysia dan Amerika Syarikat, Sub-IPU ini
mengandungi lima parameter yang merangkumi: debu (dust) dan gas. Kelima-limanya
adalah: SO2, NO2, O3, CO dan PM10 (particulate matter) di bawah 10 µm. Kelima-lima ini
digunakan bagi mengira IPU di Malaysia melalui proses dan prosedur yang tertentu
(Lampiran B).
Pengiraan IPU ini adalah dikeluarkan oleh JAS (JAS 1997) dan ia berasaskan kepada
purata bagi nilai indeks sub-indeks seperti PM10, SO2, NO2, O3, CO dan O3. Setiap nilai sub-
indeks mempunyai indeksnya yang diambil dalam jangkamasa 24 jam. Kelima-lima sub-
indeks ini dipuratakan bagi mendapatkan satu indeks IPU. Kesemua sub-indeks
menggunakan unit part per million (ppm), kecuali bagi sub-indeks PM10 yang
menggunakan unit g/m3. Setelah dipuratakan, unit-unit bagi nilai sub-indeks akan hilang
dan nilai IPU yang terhasil ini hanyalah berupa nombor (Jadual 3.3.1 dan 3.3.2).
ASMA (1998) melaporkan lagi, bacaan-bacaan bagi sub-IPU ini didapati di
seluruh Malaysia bagi mendapatkan bacaan IPU di setiap negeri dan kawasan yang
ditetapkan lokasinya mengikut stesen pemantauan udara. Stesen-stesen ini dapat dilihat
dalam Lampiran C yang akan menerangkan lokasi, masa mula beroperasi dan jenis alat
tertentu yang digunakan bagi mengukur kandungan pencemaran udara sebagai sub-IPU.
Contoh IPU yang terhasil ialah melalui episod jerebu yang melanda Malaysia pada 27
September 1997 (Jadual 3.3.4).
Melalui bacaan IPU (Jadual 3.3.4), hanya di Kota Kinabalu IPU mencatatkan
bacaan yang rendah iaitu pada aras baik (45-46). Manakala lain-lain tempat mencatatkan
bacaan yang sederhana dan tidak baik. Bagi melihat perkara ini, sila lihat pada Jadual
3.3.4. IPU ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut pengaruh atmosfera dan
sumber pencemaran.
Dari Jadual 3.3.4, indeks IPU pada 27 September 1997 di Malaysia kebanyakannya
menunjukkan aras yang membahayakan kesihatan. Aras ini ditentukan oleh ASMA (1998)
dan JAS (1997). Nilai IPU 100 ke atas dianggap berbahaya kepada kesihatan (Jadual 3.3.1
dan 3.3.2). Peningkatan aras IPU jerebu di Malaysia terutamanya pada waktu pagi iaitu
sekitar pukul 8 pagi dan semakin menurun bacaan IPU pada pukul 11 pagi.
Dari Jadual 3.3.4, indeks IPU pada 27 September 1997 di Malaysia kebanyakannya
menunjukkan aras yang membahayakan kesihatan. Aras ini ditentukan oleh ASMA (1998)
dan JAS (1997). Nilai IPU 100 ke atas dianggap berbahaya kepada kesihatan (Jadual 3.3.1
dan 3.3.2). Peningkatan aras IPU jerebu di Malaysia terutamanya pada waktu pagi iaitu
sekitar pukul 8 pagi dan semakin menurun bacaan IPU pada pukul 11 pagi.
JADUAL 3.3.4 IPU Malaysia pada 27 September 1997
StesenIndeks Pencemar Udara
8.00 pagi 11.00 pagi
Kuala Lumpur 167 164
Gombak 159 160
Petaling Jaya 143 140
Shah Alam 139 132
Klang 160 154
Kajang 128 125
Sungai Petani 187 191
Seberang Prai 341 371
Ipoh 165 164
Melaka 138 136
Nilai 144 144
Johor Bharu 64 67
Jerantut 116 104
Kuantan 59 51
Kota Bharu 103 102
Kemaman 105 90
Kuching 150 133
Kota Kinabalu 45 46
Sumber: JAS 1997
Dari Jadual 3.3.4, indeks IPU pada 27 September 1997 di Malaysia kebanyakannya
menunjukkan aras yang membahayakan kesihatan. Aras ini ditentukan oleh ASMA (1998)
dan JAS (1997). Nilai IPU 100 ke atas dianggap berbahaya kepada kesihatan (Jadual 3.3.1
dan 3.3.2). Peningkatan aras IPU jerebu di Malaysia terutamanya pada waktu pagi iaitu
sekitar pukul 8 pagi dan semakin menurun bacaan IPU pada pukul 11 pagi.
Pada pukul 8 pagi nilai IPU meningkat kerana peningkatan jumlah aliran lalulintas
semasa waktu puncak. Kenderaan adalah penyumbang utama kepada peningkatan
konsentrasi PM10, CO, NOx dan SOx. Bahan pencemar ini akan meningkatkan bacaan IPU
terutamanya di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Klang, Petaling Jaya, Shah
Alam, Kajang, Melaka, Seberang Prai, Sungai Petani, Ipoh, Nilai dan Kuching. Bandar-
bandar ini bukan sahaja padat dengan kenderaan, tetapi juga terdapat industri yang akan
menyumbang kepada peningkatan gas seperti NOx, SOx, CO, O3, PM10 dan HC. Partikel dan
gas-gas ini adalah perkara yang diambil kira dalam mewujudkan indeks IPU.
Jadi, jelas menunjukkan bahawa pada waktu pagi IPU meningkat kerana
konsentrasi gas-gas tadi yang dikeluarkan oleh kenderaan. Ia ditambahi pula dengan
pergerakan udara pada waktu pagi adalah lebih berat berbanding dengan udara waktu
tengahari. Udara waktu pagi mengandungi banyak wap air dalam bentuk kabus dan
kabut. Manakala udara waktu tengahari pula lebih ringan kerana udaranya yang panas
dan ini akan menggalakkan percampuran menegak Sel Hadley dan ia akan disebarkan
terus melalui peredaran atmosfera oleh angin (Chan Ngai Weng 1995).
Walaupun IPU adalah angka tunjuk yang utama bagi menilai aras konsentrasi
jerebu dan tahap yang memberikan kesan kepada kesihatan, namun unit-unit lain dalam
sub-indeks IPU juga perlu dilihat sebagai penyumbang kepada jerebu iaitu CO, O3, NO2,
SO2 dan PM10. Jadual 3.3.4 adalah nilai bacaan yang diambil semasa jerebu tebal yang
berlaku pada 27 September 1997, bacaan ini menunjukkan ketidakhadiran salah satu
nilai sub-indeks kerana jerebu yang berlaku pada masa ini adalah dimonopoli oleh nilai
sub-indeks PM10. Inilah sebabnya mengapa bacaan jerebu yang diambil dan dicatatkan,
tanpa mencatatkan sebarang jenis sub-indeks.
Sekiranya sesuatu tempat di mana stesen pemantauan udara mencatatkan
bacaan yang paling tinggi bagi sesuatu sub-indeks, maka jadual catatan nilai indeks IPU
akan ditandakan dengan nilai sub-indeks ini (JAS 1999) (Jadual 3.3.5).
JADUAL 3.3.5 IPU pada 6 April 1999 Pukul 11.00 Pagi
STESEN IPU
Bintulu
Gombak
Ipoh
Jerantut
Johor Bharu
52
24
21
16
32a
Kajang
Kangar
Pelabuhan Klang
Kemaman
Kota Bharu
Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuala Terengganu
Kuantan
Kuching
Langkawi
Limbang
Melaka
Miri
Nilai
Petaling Jaya
P. Pinang
Sarikei
Seberang Prai
Shah Alam
Sibu
30
33
34
13
17
28
58d
-
13
30c
26c
24
35
33
34a
52a
21
25
29
27c
35
Sungai Petani
Tawau
28
17
NOTA:
Pencemar utama adalah habuk PM10 kecualilah yang
dinyatakan sebaliknya iaitu:
a: SO2
b: NO2
c: O3
d: CO
Dalam Jadual 3.3.5 ini adalah contoh catatan yang diambil pada tarikh 6 April
1999 yang menunjukkan bahawa, nilai tambahan selain daripada PM10 dimasukkan bagi
tujuan menjelaskan kawasan lokasi pencerapan udara adalah dilimpahi oleh kandungan
bahan sub-indeks lain dalam IPU. Umpamanya ialah di Kuala Lumpur yang ditandai
dengan nilai 58d yang menunjukkan lokasi pencerapan ini dimonopoli oleh bahan cemar
dari jenis CO. Nilai 58 ini adalah yang paling tinggi dalam hari pencerapan dibuat dan
udara di sini menunjukkan tercemar dengan CO. Walau bagaimanapun, kandungan PM10
masih wujud dalam jerebu. Catatan yang ditandai dengan nilai CO ini adalah
memandangkan kawasan tersebut dimonopoli dari segi konsentrasi CO, PM10 masih lagi
wujud tetapi dalam kuantiti yang sedikit berbanding dengan CO.
Walaupun nilai IPU yang rendah bagi lokasi pencerapan udara dicatatkan, namun ia tidak
semestinya nilai sub-indeks lain selain PM10 tidak wujud, ini kerana ada pengaruh
sampingan lain yang mempengaruhi bacaan IPU ini seperti kenderaan dan industri yang
menyumbangkan pelepasan gas-gas sub-indeks. Inilah yang menyebabkan mengapa
sesetengah tempat stesen pemantau udara wujud lebih banyak nilai bacaan sub-indeks
seperti yang ditebalkan (bold) di ruangan “IPU” Jadual 3.3.5.
Kebanyakan bacaan yang diambil dalam tarikh dan masa Jadual 3.3.5 ini adalah
semasa jerebu hilang dan El Nino sudah tidak ada lagi kerana disebabkan La Nina wujud.
Jadi, bacaan yang diperolehi adalah rendah berbanding dengan Jadual 3.3.4 sebelum ini.
Inilah yang dikenali sebagai udara bersih yang dikelaskan oleh JAS (1997) yang melihat
dari segi indeks IPU di bawah nilai 50. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian
Kawalan Penyakit (1998) dan ASMA (1998) juga menyatakan udara bersih melalui garis
paduan IPU yang disebutkan dalam Jadual 3.3.1 dan 3.3.2. Nilai indeks udara bersih yang
diperkatakan oleh pihak-pihak yang disebutkan di atas adalah dalam julat IPU antara 0-
50.
Julat IPU 0-50 ini adalah julat udara bersih bagi maksud merujuk kepada PM10
kerana dalam jerebu PM10 adalah lebih dititikberatkan. Sekiranya ia disertakan pula
dengan pencemar lain yang lebih tinggi konsentrasinya berbanding dengan PM10, maka ia
haruslah menurut indeks bahan pencemar tersebut. Umpamanya ialah sekiranya
kandungan PM10 dalam jerebu adalah lebih rendah berbanding dengan nilai SO2, maka
udara bersih bagi kawasan tersebut haruslah ditentukan oleh nilai indeks SO2. Berikut
adalah had yang dibenarkan bagi gas-gas sub-indeks IPU (jangkamasa pengiraan ialah
selama 24 jam) (JAS 1997):
SO2 = 0.04 ppm
NO2 = 0.17 ppm
CO = 9 ppm
O3 = 0.1 ppm
Biasanya, nilai indeks bagi gas-gas di atas dan PM10 dikira berdasarkan kepada
purata 24 jam bagi menyenangkan laporan dan kajian serta catatan bacaan dibuat.
Penentuan nilai indeks bagi setiap sub-indeks ini dibuat dengan menggunakan cara
purata 24 jam. Bacaan yang dibuat pada setiap jam selama 24 jam ini akan dijumlahkan
mengikut jenis gas masing-masing. Kemudiannya masing-masing dibahagikan dengan 24
jam bagi mendapatkan purata harian. Setelah itu, nilai indeks bagi setiap sub-indeks
akan terhasil. Unit yang biasanya digunakan bagi setiap sub-indeks ialah ppm, kecualilah
PM10 yang biasanya menggunakan unit g/m3.
Di Malaysia, Akta yang berkaitan dengan alam sekitar terkandung dalam Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA 1974) yang menjadi undang-undang utama alam
sekitar di Malaysia. Dalamnya terdapat peruntukan tentang undang-undang udara bersih.
Sebaliknya, di Ameika Syarikat (AS), akta yang berkaitan dengan udara bersih ini
terkandung dalam National Ambient Air Quality Standards (NAAQS). EPA
dipertanggungjawabkan bagi menggubal NAAQS dengan menggunakan enam pencemar
udara utama iaitu CO, NO2, O3, Pb, partikel dan SO2 (Jadual 3.3.6).
JADUAL 3.3.6 Piawai Kualiti Udara Persekitaran Kebangsaan (NAAQS)
Pencemar Nilai standard Jenis standard
CO
Purata 8 jam
Purata 1 jam
9 ppm (10 mg/m3)**
35 ppm (40 mg/m3)**
Pertama
Pertama
NO2
Min arithmetic tahunan 0.053 ppm (100 g/m3)** Pertama & Kedua
O3
Purata 1 jam*
Purata 8 jam
0.12 ppm (235 g/m3)**
0.08 ppm (157 g/m3)**
Pertama & Kedua
Pertama & Kedua
Pb
Purata sukuan 1.5 157 g/m3 Pertama & Kedua
Partikel (PM10)
Min arithmetic tahunan
Purata 24 jam
Partikel (PM2.5)
Min arithmetic tahunan
Purata 24 jam
50 g/m3
150 g/m3
15 g/m3
65 g/m3
Pertama & Kedua
Pertama & Kedua
Pertama & Kedua
Pertama & Kedua
SO2
Min arithmetic tahunan
Purata 24 jam
Purata 3 jam
0.03 ppm (80 g/m3)**
0.14 ppm (365 g/m3)**
0.50 ppm (1300 g/m3)**
Pertama
Pertama
Kedua
* Piawai satu jam O3 digunakan hanya bagi kawasan yang tidak dinyatakan piawainya
setelah piawai O3 puarata 8 jam diguna pakai pada Julai 1997. Peruntukan ini
membenarkan penggunaan piawai purata 8 jam dilaksanakan dengan lancar, mengikut
peraturan dan praktikal.
** Nilai-nilai piawai di atas merupakan satu persamaan anggaran konsentrasi.
Sumber: EPA 1999a
Walau bagaimanapun, NAAQS ini dipinda pada kali terakhir tahun 1990 bagi
mengetatkan kawalan kualiti udara yang menimbulkan masalah pencemaran udara yang
membahayakan masyarakat. Clean Air Act dalam NAAQS yang mengandungi dua jenis
standard iaitu: Pertama dan Kedua adalah had dan aras pencemaran yang dapat
memandu masyarakat supaya mereka mengetahui had yang dibenarkan oleh golongan
pesakit asma, kanak-kanak dan orang dewasa/tua (Pertama). Manakala aras Secondary
pula sesuai bagi jarak penglihatan yang ideal atau baik, mengelakkan kesan kepada
binatang, tanaman, sayuran dan bangunan.
Sejak dari tahun 1970 iaitu kewujudan Clean Air Act mempunyai matlamat yang
khas iaitu (EPA 1999a):
i. Menyediakan maklumat kepada rakyat AS tentang cuaca di
kawasan mereka selamat atau tidak; dan
ii. Memberikan sasaran udara bersih kepada kerajaan negeri atau
kerajaan tempatan.
Kes-kes penyakit yang berkenaan dengan partikel amat tinggi di AS. EPA (1999)
melaporkan bahawa, seramai 15,000 kes keguguran berlaku setiap tahun akibat daripada
partikel dan gas-gas lain seperti ozon dan CO. Dengan sebab inilah EPA meminda
peraturan dalam NAAQS pada tahun 1990 bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes
berkenaan pencemaran udara.
Berkenaan dengan Indeks Pencemar Udara (IPU)—di Malaysia, AS juga
mempunyai satu indeks (EPA 1999b) yang sama seperti yang dibuat oleh JAS di Malaysia
iaitu:
0-50……………….baik
50-100…………….sederhana
100-200…………...tidak sihat
200-300…………...sangat tidak sihat
> 300………………berbahaya
Indeks AS dipanggil dengan nama Pollutant Standards Index (PSI). PSI yang terkandung
dalam Clean Air Act dibuat dengan cara yang sama seperti IPU yang dibuat oleh JAS
Malaysia. Komponen sub-indeksnya adalah sama iaitu CO, NO2, SO2, O3 dan PM10, tetapi
yang berbeza hanyalah AS menambahkan sub-indeks berkaiatan dengan Pb dan
menjadikan jumlah sub-indeks AS sebanyak enam dan di Malaysia hanya melibatkan lima
komponen sub-indeks.
Dari paparan indeks PSI dan huraian berkenaan dengan PSI di AS, jelas di
sini menunjukkan bahawa, aras bahaya dan kebersihan udara di Malaysia adalah sama
dengan amalan EPA di AS. Manakala teknik dan kaedah pengiraan bagi mendapatkan
satu nilai indeks PSI yang berasaskan nilai sub-indeks juga adalah sama dengan amalan
di Malaysia, kecualilah AS menambahkah komponen Pb sebagai sub-indeks tambahan.
Walaupun begitu, amalan dan kesedaran alam sekitar sahaja yang berbeza antara
Malaysia dengan AS. Di AS, setiap negeri mempunyai peraturan alam sekitarnya yang
tersendiri kerana mereka sangat peka kepada penjagaan alam sekitar yang bersih
mengikut kehendak kawasan mereka. Sebanyak 41 buah negeri di AS yang mempunyai
perundangan yang berkaitan dengan alam sekitar yang berlainan (EPA 1997). Namun
begitu, amalan AS ini adalah tidak baik kerana tidak ada keseragaman PSI antara negeri
yang menyukarkan penguatkuasaan peraturan alam sekitar atau NAAQS.
Di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama, tetapi undang-undang alam
sekitar ini melibatkan perbezaan bidang kuasa kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan
kerajaan pusat. Tiada penyeragaman dibuat dalam hal yang berkaitan dengan peraturan
alam sekitar kerana komponen alam sekitar seperti tanah, udara, sampah dan lain-lain
melibatkan komponen kerajaan-kerajaan di atas. Komponen tanah dan bekalan air adalah
dibawah kerajaan negeri; komponen udara dan laut dalam di bawah bidangkuasa
kerajaan pusat dan berkenaan dengan pembuangan sampah pula diurus oleh kerajaan
tempatan. Perbezaan bidangkuasa ini menyukarkan proses perancangan gunatanah,
pembangunan dan penguatkuasaan undang-undang keseluruhan di Malaysia dan akan
mewujudkan pertelingkahan menentukan pihak manakah yang harus
dipertanggungjawabkan dalam sesuatu kes kemerosotan alam sekitar di Malaysia.
Walau bagaimanapun, penguatkuasaan kualiti udara di Malaysia boleh
dikuatkuasakan kerana ia jelas terdapat dalam peruntukan EQA 1974 yang membolehkan
JAS mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab terhadap
kemerosotan kualiti udara. Perkara yang menjadi masalah hanyalah yang berkaitan
dengan perancangan pembangunan seperti yang memerlukan laporan EIA dalam projek
pembangunan di setiap negeri di Malaysia. Inilah yang menyukarkan keadaan dan
kesukaran bagi JAS dalam menguatkuasan peraturan alam sekitar secara menyeluruh.
ANALISIS KAJIAN
Telah dikenal pasti bahawa, kejadian jerebu tahun 1997/98 berpunca daripada
kebakaran hutan di Indonesia hasil daripada pembakaran biomass aktiviti pertanian.
Pembakaran ini dilakukan pada musim panas bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan
tanah pertanian. Serentak pada masa itu, iaitu pada Mei 1997, bermula episod El Nino
yang membawa cuaca kering di Indonesia (Schindler 1998). El Nino menjadi pemangkin
kepada proses pembakaran hutan di Indonesia, khususnya di Kalimantan dan Sumatera
seperti di Samarinda dan Balikpapan (Rajah 3.4.1).
Menurut data NOAA-AVHRR (Schindler 1998), Projek Pengurusan Hutan Bersepadu
(IFFM) menerima imej daripada satelit NOAA 12 dan 14 (4 kali sehari). Satelit ini berada
kira-kira 860 km ketinggian daripada permukaan bumi dengan resolusi 1x1 km2 saiz
pikselnya. AVHRR ini menggunakan radiometer pada keadaan cahaya tampak (visible)
dan infra-merah. Dalam gambar yang diterima oleh IFFM ini, memperlihatkan titik panas
(hotspot). Satu titik panas mewakili satu kawasan seluas 1x1 km2 yang membawa
maksud wujud kebakaran hutan seluas saiz piksel tersebut.
Menurut sumber lain (IFFM 1998), titik panas daripada 3 bertambah menjadi 27 di
Kalimantan. Perebakan kebakaran hutan ini dimangkinkan oleh El Nino yang membawa
cuaca panas dan kering. Asap, debu dan gas daripada pembakaran ini telah membentuk
jerebu di Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand yang diangkut oleh angin Monsun
Barat Daya dan Timur Laut (Lampiran D). Situasi ini memburukkan keadaan di negara
jiran memandangkan cuaca kering daripada El Nino wujud.
Di Malaysia, jerebu yang nipis mula-mula kelihatan di Kedah, Pulau Pinang dan
Lembah Klang sekitar 11 Julai 1997. Ia merebak ke Kelantan, Terengganu dan utara
Pahang sekitar 18 Julai 1997. Kemudian merebak ke Sarawak, Sabah dan selatan
Semenanjung sekitar 24 dan 31 Julai dan 2 Ogos yang telah menyebabkan Malaysia
mengisytiharkan darurat kerana ketebalan jerebu mencecah nilai IPU 500 ke atas iaitu
pada tahap yang membahaya pada awal bulan hingga penghujung bulan September
1997 (JAS 1997).
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis perisytiharan darurat seperti yang dijelaskan
oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (1998) iaitu:
· Penyakit berjangkit
Ø Kolera
Ø Enterovirus
Ø Dengi
Ø Keracunan makanan
Ø Demam kuning
· Darurat akibat biologi (biological emergencies)
· Darurat alam sekitar
Ø Jerebu
Ø Kimia
Ø Radiasi
· Darurat hidrometeorologi
Ø Banjir
Ø Ribut
Ø Ombak besar
Ø Kemarau
Situasi jerebu di Malaysia dari Januari 1997 hingga Mei 1998 dapat dilihat dalam
Lampiran E, F, G dan H. Menurut rajah-rajah dalam lampiran ini, IPU yang paling teruk
berlaku sekitar bulan Ogos-Oktober 1997. Di Malaysia, bacaan IPU yang paling tinggi
dicatat pada bulan September 1997 di Kuching, Sarawak yang mencecah nilai 210 iaitu
pada tahap yang tidak sihat (JAS 1997). Di kawasan Petaling Jaya, Kuala Lumpur,
Gombak, Pelabuhan Klang, Kajang, Shah Alam, Nilai dan Melaka juga berada dalam
situasi yang berbahaya kerana masih lagi melebihi IPU 100 (Bahagian Kawalan Penyakit
1998).
Bagi melihat pergerakan jerebu di Malaysia (Lampiran J) yang dikaitkan dengan El
Nino, arah angin (Lampiran D) serta tekanan lautan (Lampiran J) adalah perkara yang
paling utama. Rumusan dalam lampiran ini dapat dilihat dalam Rajah 3.4.2 dan 3.4.3
yang menunjukkan arah pergerakan angin mengikut tekanan udara lautan.
Daya cerun tekanan lautan yang terbentuk di antara dua lokasi iaitu Darwin
(Australia) dan Tahiti adalah penyebab utama SOI terbentuk. SOI ini adalah petunjuk
utama bagi meramal kemunculan El Nino dan La Nina. Perbezaan antara dua lokasi iaitu
Darwin dan Tahiti akan mewujudkan angin dan tekanan udara. Angin yang terhasil ini
akan bergerak mengikuti aras tekanan udara di sesebuah kawasan iaitu dari kawasan
tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah (Rajah 3.4.2 dan 3.4.3). Sekitar
bulan Julai 1997 hingga Mei 1998, SOI adalah bernilai negatif dan ini menunjukkan
wujudnya El Nino (Rajah 3.2.2). Dalam bulan Ogos, September dan Oktober 1997 nilai SOI
adalah yang paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa El Nino dalam bulan-bulan ini adalah
yang paling teruk berbanding dengan bulan-bulan lain dalam tahun 1997.
Dalam Lampiran J, aras tekanan udara di Darwin adalah lebih tinggi berbanding
dengan Tahiti. Jadi, udara dan angin akan bergerak ke Kepulauan Tahiti. Namun begitu,
oleh kerana Daya Coriolis wujud dan ia akan memesongkan arah angin (Chan Ngai Weng
1995) dari Darwin ke Tahiti dan kemudiannya arah angin tersebut akan menuju ke arah
Tahiti dan kawasan Amerika Selatan dalam bentuk angin lazim.
Kawasan benua Australia juga pada masa tersebut iaitu bulan Mei-September
1997 mengalami cuaca sejuk dan ini akan menghasilkan kawasan pusat tekanan tinggi
dan China pula pada masa tersebut mengalami musim panas yang akan menjana pusat
tekanan rendah. Jadi, angin terhasil dari Australia menuju ke China, tetapi ia dipesongkan
oleh Daya Coriolis dan putaran bumi. Awalnya, angin ini menuju ke benua Asia Tenggara
dalam bentuk Angin Tenggara, tetapi setelah dipesongkan oleh Daya Coriolis ia menjadi
Angin Barat Daya (Rajah 3.4.4).
Rajah 3.4.4 adalah bertujuan bagi menjelaskan pergerakan angin Monsun Barat
Daya yang disebabkan oleh perbezaan daya cerun tekanan di antara Australia dengan
China. Angin ini akan dipesongkan juga oleh Banjaran Sumatera dan akan menghala ke
pantai barat Semenanjung Malaysia sebagai Angin Barat Daya.
Konsep kewujudan El Nino seperti yang dijelaskan dalam Bab II adalah
disebabkan oleh pergerakan angin lazim dari Amerika Selatan dan Lautan Pasifik lebih
perlahan daripada arah angin yang datang dari benua Asia Tenggara iaitu dari kawasan
Lautan Hindi. Angin lazim dari Lautan Pasifik ini tidak dapat mengangkut lembapan
daripada Lautan Pasifik kerana ia bertiup lebih lemah berbanding dengan angin lazim dari
Lautan Hindi. Oleh itu, wap air dan lembapan akan diturunkan dalam bentuk hujan di
kawasan tengah Lautan Pasifik dan berhampiran dengan pantai Peru dan Ecuador.
Asia Tenggara terutamanya Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand pada masa
tersebut adalah kering kerana ketiadaan hujan. Ketiadaan hujan ini adalah berkaitan
dengan tiada lembapan udara daripada angin lazim dari arah Lautan Pasifik dan dari
Monsun Timur Laut. Ini menyebabkan cuaca menjadi kering dan jumlah turunan hujan
berkurangan mengikut arah aliran El Nino dan dalam kes ini kajian ini akan merujuk
kepada Petaling Jaya melalui stesen penyukat hujannya (Rajah 3.4.5).
Oleh kerana angin lazim dari arah Lautan Pasifik tiada, maka cuaca yang lembap
turut hilang. Udara dan cuaca yang kering terhasil di rantau Asia Tenggara dan akan
menggalakkan kebakaran hutan dan ditambahi pada masa tersebut suku-suku kaum di
Indonesia menjalankan aktiviti pembakaran tumbuhan dan hutan bagi tujuan
pembersihan tapak pertanian. Musim yang panas adalah pilihan mereka kerana
tumbuhan muda h terbakar. Musim kemarau yang wujud ini adalah peluang
bagi mereka membersih tapak tetapi ia menjadi malang setelah kebakaran hutan
daripada pembakaran mereka semakin merebak dan ia telah melenyapkan hutan di
Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Oleh itu, El Nino yang menghasilkan kemarau ini
telah menjadi pemangkin kepada kebakaran hutan akibat daripada pembakaran biomass
bagi tujuan pertanian.
Kebakaran hutan ini telah menghasilkan jerebu di Indonesia iaitu di Sumatera dan
Kalimantan. Asap, habuk dan gas-gas daripada pembakaran biomass ini akan diangkut
oleh sistem Angin Monsun Barat Daya. Contoh yang dapat dilihat ialah dalam Lampiran I,
Rajah 3.4.2 dan Rajah 3.4.3. Dua bulan yang kritikal dipilih iaitu Ogos dan September
1997 melalui Rajah 3.4.2 dan Rajah 3.4.3 kerana kedua-duanya memperlihatkan
pengaruh Angin Monsun Barat Daya dan arah tiupannya. Jerebu yang dibawa oleh Angin
Monsun Barat Daya akan diperangkap di antara dua banjaran iaitu Banjaran Sumatera
dan Banjaran Titiwangsa (Rajah 3.4.5). Manakala di kawasan Pantai Timur Semenanjung
Malaysia pula diperangkap oleh Banjaran Titiwangsa dan pergunungan di Sarawak dan
Sabah (Rajah 3.4.6).
Pada bulan Ogos dan Oktober 1997, Angin Monsun Barat Daya bertiup dengan
membawa PM10 dan gas-gas daripada pembakaran biomass ke Malaysia. Jerebu
diperangkap oleh sistem pergunungan dan banjaran yang dinyatakan dalam Rajah 3.4.5
dan Rajah 3.4.6 dan keseluruhan litupan jerebu dapat dilihat dalam Rajah 3.4.7 sebagai
kawasan litupan jerebu semasa kemuncak jerebu melanda iaitu pada September 1997 di
Malaysia.
Keadaan pemerangkapan jerebu tahun 1997/98 ini sama dengan cara
pemerangkapan jerebu di Lembah Klang tahun 1990 yang dikaji oleh Sham Sani (1991).
Perkara yang berbeza antara jerebu tahun 1997/98 dengan tahun 1990 ialah faktor.
Faktor yang dimaksudkan di sini ialah jerebu tahun 1990 berpunca daripada faktor
tempatan daripada kenderaan dan industri di Lembah Klang (Sham Sani 1991) dan jerebu
tahun 1997/98 berpunca daripada trans-sempadan yang berpunca daripada kebakaran
hutan di Indonesia (Shaharuddin Ahmad 1998).
Pemerangkapan jerebu di Malaysia tahun 1997/98 oleh banjaran gunung
digetirkan lagi oleh faktor tempatan iaitu dari kenderaan bermotor, industri dan
pembakaran terbuka. Tambahan pula, cuaca kering yang tidak menggalakkan
pembentukan hujan akibat daripada El Nino seperti yang diterangkan sebelum ini dapat
meningkatkan konsentrasi PM10 di atmosfera. Oleh kerana angin lazim dari Lautan Pasifik
bertiup perlahan ke arah Lautan Hindi, maka udara lembap tidak wujud. Pembentukan
hujan hanya berlaku di tengah Lautan Pasifik, pantai Peru dan Ecuador. Hujan di rantau
Asia Tenggara tidak terbentuk kerana arus udara panas dan kering yang dibawa oleh
Monsun Barat Daya daripada kawasan sebelah Australia dan New Guinea.
Pengurangan hujan di stesen penyukat hujan Petaling Jaya berlaku pada masa
kejadian El Nino. Pengaruh El Nino ini bukan sahaja ke atas hujan, bahkan juga kepada
konsentrasi jerebu (Rajah 3.4.5). Dalam Rajah 3.4.5 ini menjelaskan tentang perkaitan
antara El Nino dengan jerebu dan hujan. Nilai SOI yang negatif akan menurunkan jumlah
hujan di Petaling Jaya serta meningkatkan aras IPU bagi jerebu di Petaling Jaya. Perkaitan
ini adalah secara songsang iaitu semakin bernilai negatif indeks SOI, maka semakin
meningkat bacaan jerebu. Manakala perkaitan nilai hujan dengan SOI adalah secara selari
iaitu semakin bernilai negatif SOI, maka semakin berkurangan jumlah hujan yang
dicatatkan. Jadi, hujan, El Nino dan jerebu adalah faktor saling tindak bagi mewujudkan
jerebu dan kemarau. Perkara yang perlu diberikan perhatian sekali lagi ialah jerebu
dihasilkan oleh kebakaran hutan yang dimangkinkan lagi oleh El Nino yang membawa
musim kemarau yang kering.
Hasil analisis data kajicuaca, daripada Jabatan Kajicuaca Malaysia (1998a),
didapati bahawa wujud pertalian atau hubungkait yang sangat signifikan antara jerebu
dengan hujan. Analisis ini dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS yang
membawa hasil F=0.75. Kira-kira 75 peratus sahaja kekuatan hepotesis ini. Ini bermakna,
hujan dipengaruhi oleh jerebu yang dikatakan dapat menurunkan bacaan hujan dan
mewujudkan cuaca yang panas. Manakala dalam analisis SPSS bagi pemboleh ubah hujan
dengan suhu menunjukkan nilai F= 0.5 atau perkaitannya hanyalah sebanyak 50 peratus.
Nilai F= 0.5 ini adalah pertalian yang tidak kuat. Apa yang boleh dijelaskan di sini ialah
kejadian kemarau adalah disebabkan oleh hubungkait hujan dengan jerebu dan
bukannya hubungkait antara suhu dengan hujan (Rajah 3.4.5 dan Jadual 3.4.1).
Kemarau dan cuaca yang panas disebabkan oleh kekurangan taburan hujan ekoran
daripada masalah jerebu. Tambahan pula, pada masa kejadian jerebu ini ada pertalian
jerebu dan hujan dengan SOI yang menunjukkan berlakunya El Nino, iaitu SOI negatif
(Rajah 3.4.5 dan Jadual 3.4.1). Ini disokong oleh Jabatan Kajicuaca Malaysia (1998b) yang
menyatakan ia adalah kesan daripada El Nino yang membawa cuaca kering dan
memberikan kesan kepada jumlah taburan hujan di Malaysia mahupun Indonesia dan
Thailand. Kesan ini dapat dilihat dalam Rajah 3.4.5 dan Jadual 3.4.1. Di mana
perbandingan IPU bagi Petaling Jaya, hujan dan SOI 1997/98 menunjukkan saling
berkaitan. Kita lihat, dalam bulan Julai-September 1997, apabila El Nino terjadi hujan
berkurangan dan bacaan IPU di Petaling Jaya akan meningkat. Namun, bacaan suhu tidak
jelas berubah kerana perkaitan seperti yang dinyatakan dalam hipotesis tadi
menunjukkan pertalian yang kurang signifikan. Sebaliknya, El Nino hanyalah
mempengaruhi jumlah turunan hujan dan IPU.
3.5 KESIMPULAN
Daripada perbincangan di atas, kajian ini dapat mengupas permasalahan yang berkaitan
dengan pertalian El Nino dengan jerebu yang berlaku pada episod 1997/98 di Malaysia.
Masalah yang diperkatakan ini dapat menunjukkan bahawa, jerebu yang berlaku adalah
kesan daripada pembakaran terbuka tetapi ia dimangkinkan oleh El Nino dan peranan
angin monsun yang bertiup ke arah Malaysia. Ini menyebabkan Malaysia mengistiharkan
darurat pada September 1997 di Kuching.
Dalam analisis yang dibuat, El Nino yang terjadi adalah melibatkan satu petunjuk
Indeks Ayunan Selatan (SOI). Apabila nilai SOI menunjukkan bacaan negatif, maka ia
akan menjana El Nino dan sebaliknya jikalau ia bernilai positif menunjukkan fenomena La
Nina (telah dihuraikan dalam Bab II). Perbincangan tentang El Nino dan La Nina tidak
dapat elak daripada melihat SOI.