Laporan Jawatankuasa Peralatan Big Siri 2

4
LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 2/2012 LAPORAN SEBELUM Dalam sesebuah organisasi, jawatankuasa peralatan merupakan antara jawatankuasa yang berperanan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan sesuatu program yang telah direncanakan. Segala urusan berkaitan peralatan yang akan digunakan sepanjang pertandingan bola baling tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa peralatan. Oleh itu, Jawatankuasa Peralatan telah ditubuhkan. Antara ahli-ahlinya ialah : Ketua Biro : Muhammad Akid Bin Suhaimi AJK: Ainaa Najiha Bt Kamarudin Nur Afiqah Bt Mat Noor Shyamala A/P Muruthamuthu Muhammad Naqiuddin Bin Yunos Mohd Kamil Bin Deroni Loh Li Yi Shangkari A/P Sivabalan Justeru, selaku jawatankuasa peralatan, perancangan telah dirangka dengan teliti bagi memastikan tiada sebarang kekangan bakal timbul sewaktu berlangsungnya Program Bina Insan Guru siri 2/2012 pada 24/2 - 27/2 2012. Sebelum Program BIG itu berlangsung, kami selaku ahli jawatankuasa peralatan perlu membuat senarai barang yang perlu dibawa ke Pulau Tuba. Senarai-senarai peralatan ini kami boleh dapati dan rujuki En. Bakhtiar. Senarai-senarai peralatan ini amat penting bagi melancarkan lagi proses perjalanan Program Bina Insan Guru Siri 2. Kami juga

description

g

Transcript of Laporan Jawatankuasa Peralatan Big Siri 2

Page 1: Laporan Jawatankuasa Peralatan Big Siri 2

LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 2/2012

LAPORAN SEBELUM

Dalam sesebuah organisasi, jawatankuasa peralatan merupakan antara

jawatankuasa yang berperanan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan sesuatu

program yang telah direncanakan. Segala urusan berkaitan peralatan yang akan digunakan

sepanjang pertandingan bola baling tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada

jawatankuasa peralatan. Oleh itu, Jawatankuasa Peralatan telah ditubuhkan. Antara ahli-

ahlinya ialah :

Ketua Biro : Muhammad Akid Bin Suhaimi

AJK: Ainaa Najiha Bt Kamarudin

Nur Afiqah Bt Mat Noor

Shyamala A/P Muruthamuthu

Muhammad Naqiuddin Bin Yunos

Mohd Kamil Bin Deroni

Loh Li Yi

Shangkari A/P Sivabalan

Justeru, selaku jawatankuasa peralatan, perancangan telah dirangka dengan

teliti bagi memastikan tiada sebarang kekangan bakal timbul sewaktu

berlangsungnya Program Bina Insan Guru siri 2/2012 pada 24/2 -27/2 2012.

Sebelum Program BIG itu berlangsung, kami selaku ahli jawatankuasa

peralatan perlu membuat senarai barang yang perlu dibawa ke Pulau Tuba. Senarai-

senarai peralatan ini kami boleh dapati dan rujuki En. Bakhtiar. Senarai-senarai

peralatan ini amat penting bagi melancarkan lagi proses perjalanan Program Bina

Insan Guru Siri 2. Kami juga mengadakan perbincangan sesama ahli bagi

mendapatkan senarai peralatan tambahan yang diperlukan. Senarai-senarai

peralatan yang diminta oleh setiap biro boleh dilihat di Lampiran 1. Permohonan

Page 2: Laporan Jawatankuasa Peralatan Big Siri 2

peminjaman peralatan ini telah dibuat dua minggu sebelum tarikh Program BIG ini

berlangsung.

Dua hari sebelum program BIG berlangsung, kami selaku ahli jawatankuasa

biro peralatan telah bekerjasama antara sesama ahli untuk membungkus dinghi,

enjin bot, dan buoyancy aids (BA). Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti

membungkus barang – barang yang perlu dibawa.

Sehari sebelum program BIG berlangsung pula, kami perlu membungkus

barang-barang yang telah dibeli seperti makanan, minuman, perubatan dan PA

sistem untuk dimasukkan ke dalam stor unit Kokurikulum bagi memudahkan lagi

proses pengumpulan barang dan penyemakan barang sebelum bertolak pada

keesokan harinya. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti membungkus

barang – barang yang perlu disimpan ke dalam stor.

Page 3: Laporan Jawatankuasa Peralatan Big Siri 2

LAPORAN SEMASA

Sebagaimana yang telah sedia maklum, segala urusan peralatan adalah

sepenuhnya di bawah tanggungjawab jawatankuasa peralatan. Pada 24 Februari

2012, kami membuat pemeriksaan semula bagi memastikan segala peralatan yang

hendak dibawa mencukupi seperti yang terdapat dalam senarai yang disediakan.

Kemudian, peralatan-peralatan tersebut dipindahkah ke dalam kenderaan untuk di

bawa ke Pulau Tuba. Setibanya di Pulau Tuba, kami mengumpul semua peralatan

yang dibawa dan memasukkannya di dalam stor yang disediakan.

Selepas itu, kami mengagihkan barang dan alatan tersebut kepada dua

bahagian iaitu untuk aktiviti air dan aktiviti darat bagi memudahkan peserta

mengambil ketika hendak menggunakan peralatan tersebut. Kami kemudiannya

membuat pemeriksaan peralatan kali kedua berdasarkan senarai semak untuk

mengemaskini jumlah peralatan yang telah ditinggalkan di stor dan peralatan yang

baru dibawa.

Page 4: Laporan Jawatankuasa Peralatan Big Siri 2

LAPORAN SELEPAS

Seusai majlis penutupan Program Bina Insan Guru tersebut, kami selaku

jawatankuasa peralatan perlu memastikan kesemua peralatan yang dibawa dan

dipinjam cukup bilangannya dan masih dalam keadaan baik. Kami juga perlu

memulangkan semula peralatan tersebut kepada pihak yang terbabit. Sebelum

memulangkan barang-barang tersebut, kami perlu pastikan bilangan barang tersebut

sama mengikut jumlah yang dipinjam. Selepas itu, kami perlu menyusun barang dan

alatan yang dibawa pulang dan memasukkannya ke dalam stor. Kami juga perlu

membuat senarai barangan yang ditinggalkan, dibawa pulang dan dilupuskan.

Senarai peralatan ini boleh dilihat di dalam Senarai Peralatan Biro Peralatan BIG Siri

2/2012

Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru Siri 2/2012 ini dapat berjalan

dengan lancar kerana semua peralatan yang diperlukan dapat kami sediakan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

(AINAA NAJIHA BT KAMARUDIN)

Biro Peralatan

Program Bina Insan Guru Siri 2/2012

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis