Laporan Jkuasa Mural

download Laporan Jkuasa Mural

of 5

description

PDK

Transcript of Laporan Jkuasa Mural

  • 5/27/2018 Laporan Jkuasa Mural

    1/5

    LAPORAN

    PROJEK MURAL

    Program Khidmat Masyarakat

    PPG Jun2011 Semester 6

    IPGM Kampus Ipoh PDK Seri Murni

    Pada hari Rabu , 19 Mac 2014, kumpulan kami telah mengadakan program

    kemasyarakatan di PDK Seri Murni, Felda Lasah, Sungai Siput. Kami selaku

    jawatankuasa gotong royong / mural dikehandaki menghasilkan satu lukisan mural di

    salah satu dinding di PDK yang telah ditetapkan oleh pihak PDK Seri Murni.

    Aktiviti dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi. Oleh itu, seawal jam 8.00 pagi

    kami semua telah berada di PDK untuk membuat segala persiapan untuk menjalankan

    aktiviti-aktiviti yang dirancang. Projek penghasilan mural pada mulanya dijadualkan

    bermula pada sebelah petang. Namun begitu, memandangkan proses penghasilan

    mural ini memakan masa yang agak lama kerana melibatkan aktiviti mengecat, maka

    kami telah berbincang dengan ahli kumpulan kami untuk memulakan proses

    penghasilan mural ini serentak dengan aktiviti senamrobik yang merupakan aktiviti

    pertama kami pada hari tersebut. Hasil perbincangan dengan semua ahli kumpulan,kami telah bersepakat untuk melaksanakan aktiviti mural lebih awal. Aktiviti

    penghasilan mural ini dimulakan oleh saya dan akan saya iaitu Nor Shakiah Hussain

    manakala rakan-rakan yang lain meneruskan program dengan aktiviti-aktiviti lain yang

    telah dirancang.

    Projek mural ini merupakan permintaan daripada pihak PDK sendiri. Pihak PDK

    telah menyediakan satu ruangan dinding yang dirasakan perlu untuk dibuat

    pembaharuan setelah mengambilkira aspek keceriaan di kalangan pelatih PDK. Pihak

    PDK telah menetapkan dinding yang sesuai untuk projek mural kami. Dinding tersebut

    terletak di bahagian dalam bangunan PDK iaitu di bahagian ruangan alatan dan aktiviti

    pelatih PDK. Bahagian dinding tersebut terlebih dahulu telah dicat dengan warna putih

    oleh pihak PDK sendiri bagi memudahkan proses kami untuk menghasilkan mural. Ini

  • 5/27/2018 Laporan Jkuasa Mural

    2/5

    telah menlancarkan proses penghasilan mural kerana dinding yang dicat putih telah

    kering sepenuhnya.

    Pada peringkat permulaan saya dan rakan saya telah dapat menghasilkan

    lakaran lukisan yang sesuai berdasarkan pilihan rekacorak mural yang telah kami pilih.

    Proses lukisan ini telah dapat dilaksanakan dengan baik dan teliti. Kami berhenti rehat

    secara bergilir untuk minum pagi dan kemudian menyambung kembali tugas kami

    dengan mewarna mural yang telah siap dilukis. Dalam pada itu ahli-ahli kumpulan kami

    yang telah selesai menjalankan aktiviti mereka turut serta bergotong royong

    membantu kami untuk mewarna mural. Semua ahli kumpulan telah turut serta

    menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam misi menyempurnakan projek

    mural ini. Menerusi aktiviti ini, saya merasakan ikatan perhubungan antara kami selaku

    ahli dalam satu kumpulan menjadi lebih erat. Menerusi aktiviti ini kami dapat

    bekerjasama dalam suasana yang begitu ceria dan gembira.

    Kami berhenti rehat untuk majlis penutup dan makan tengahari. Aktiviti mewarna

    seterusnya di sambung semula oleh semua ahli kumpulan yang berganding bahu untuk

    menyiapkan mural tersebut. Aktiviti kami berakhir pada jam 2.30 petang. Setelah

    semua selesai, kami telah mengemaskan semua alatan dan bilik berkenaan danbersurai.

    Laporan disediakan oleh,

    .............................................................

    HAPIZA BINTI FOUZI

    AJK GOTONG-ROYONG / MURAL

    PROGRAM JALINAN KASIH

    PDK SERI MURNI, SUNGAI SIPUT

  • 5/27/2018 Laporan Jkuasa Mural

    3/5

    LAPORAN BERGAMBAR PROJEK MURAL

    Dinding asal sebelum diwarnakan dengan cat putih

    Keadaan dinding sebelum penghasilan mural

    Persiapan untuk mewarna

  • 5/27/2018 Laporan Jkuasa Mural

    4/5

    Proses mewarna dijalankan

    Proses mewarnakan mural

    Setiap ahli menyumbang tenaga

  • 5/27/2018 Laporan Jkuasa Mural

    5/5

    Hasil mural yang telah siap

    Bergambar kenangan di hadapan mural yang telah siap