Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

47
KAJIAN INDIKATOR KEBOLEHPASARAN DAN KEBOLEHAN BEKERJA GRADUAN-GRADUAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membina indikator dengan meninjau persepsi majikan terhadap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan-graduan IPTA. Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang majikan daripada kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera di negeri Selangor. Soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji adalah berkaitan dengan kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan-graduan IPTA. Antara aspek yang dikaji dalam kebolehpasaran graduan ialah kemahiran asas akademik, kemahiran pemikiran aras tinggi dan kualiti individu. Manakala aspek kebolehan bekerja dilihat dari segi perancangan kerja dan kebolehan melaksanakan kerja. Hasil kajian mendapati persepsi majikan terhadap kemahiran asas akademik, kualiti individu dan kebolehan melaksanakan kerja adalah tinggi. Namun persepsi majikan adalah sedarhana terhadap pemikiran aras tinggi dan perancangan kerja. Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara majikan lelaki dengan majikan perempuan serta peringkat umur majikan terhadap kebolehapasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA. Namun begitu, kajian juga mendapati terdapat perbezaan signifikan antara persepsi majikan di sektor perkhidmatan (di sektor kerajaan) dengan majikan sektor bukan perkhidmatan (di sektor swasta) dalam aspek kemahiran asas akademik dan perancangan kerja. Implikasi kajian dan cadangan-cadangan untuk meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA turut dibincangkan. ABSTRACT The objective of this study is to developed an indicator by exploring the perceptions of the employee toward marketability and employability of IPTA graduate. Research samples include 50 employees from bumiputera and non bumiputera. Questionaire are developed by the researchers and using the framework of the theoretical concept of graduates marketability and emplayability. Among the aspect that are being researched regarding marketability of these graduate are their basic academic skills, high level thinking skills and individual qualities. However employability aspect are assessed from employer work planning and the ability to excute work. Finding from this reseach shows that the perseption of employees toward basis academic skills , individual qualities and the ability to excute workls are found to be very high. However employees perseption are of median range toward

description

laporan

Transcript of Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

Page 1: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

KAJIAN INDIKATOR KEBOLEHPASARAN DAN KEBOLEHAN BEKERJA GRADUAN-GRADUAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina indikator dengan meninjau persepsi majikan terhadap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan-graduan IPTA. Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang majikan daripada kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera di negeri Selangor. Soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji adalah berkaitan dengan kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan-graduan IPTA. Antara aspek yang dikaji dalam kebolehpasaran graduan ialah kemahiran asas akademik, kemahiran pemikiran aras tinggi dan kualiti individu. Manakala aspek kebolehan bekerja dilihat dari segi perancangan kerja dan kebolehan melaksanakan kerja. Hasil kajian mendapati persepsi majikan terhadap kemahiran asas akademik, kualiti individu dan kebolehan melaksanakan kerja adalah tinggi. Namun persepsi majikan adalah sedarhana terhadap pemikiran aras tinggi dan perancangan kerja. Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara majikan lelaki dengan majikan perempuan serta peringkat umur majikan terhadap kebolehapasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA. Namun begitu, kajian juga mendapati terdapat perbezaan signifikan antara persepsi majikan di sektor perkhidmatan (di sektor kerajaan) dengan majikan sektor bukan perkhidmatan (di sektor swasta) dalam aspek kemahiran asas akademik dan perancangan kerja. Implikasi kajian dan cadangan-cadangan untuk meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA turut dibincangkan.

ABSTRACT

The objective of this study is to developed an indicator by exploring the perceptions of the employee toward marketability and employability of IPTA graduate. Research samples include 50 employees from bumiputera and non bumiputera. Questionaire are developed by the researchers and using the framework of the theoretical concept of graduates marketability and emplayability. Among the aspect that are being researched regarding marketability of these graduate are their basic academic skills, high level thinking skills and individual qualities. However employability aspect are assessed from employer work planning and the ability to excute work. Finding from this reseach shows that the perseption of employees toward basis academic skills , individual qualities and the ability to excute workls are found to be very high. However employees perseption are of median range toward high level thinking and work planning. Research finding also shows that there is no significant differences between male and female employee and also employee age toward marketability and employbility of this IPTA graduate. On the other hand, research shows there is a significant different between the perseption of employees in the aspect of basic academic skills, and work planning. Implication from this research and suggestions are further discussed in the last section.

Page 2: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membina indikator keboleh pasaran dan kebolehan bekerja

graduan Melayu IPTA melalui tinjauan persepsi umum oleh pihak majikan (sama ada

di sektor kerajaan ataupun swasta) dan masyarakat terhadap kemampuan graduan

IPTA. Kemampuan ini meliputi beberapa aspek utama seperti kemahiran kognitif,

kemahiran sosial dan komunikasi, kemampuan daya saing, keyakinan, kemampuan

analitik dan sebagainya yang menjurus ke arah elemen kemampuan atau kemahiran

yang diperlukan untuk diambil bekerja (employability) dan kemampuan untuk bekerja

(workability) bagi memenuhi keperluan majikan, pasaran dan masyarakat.

Perkembangan sosio ekonomi pada ketika ini menuntut institusi pendidikan

tinggi menyediakan siswazah yang sesuai dan mempunyai pelbagai kemahiran

terutamanya dari segi kemahiran kognitif, kemahiran sosial dan komunikasi,

kemampuan daya saing, keyakinan diri, kemampuan analitik dan sebagainya sesuai

dengan tuntutan perkembangan ekonomi pada masa ini. Ini menunjukkan bahawa

tuntutan mungkin telah berubah disebabkan oleh perubahan dalam ekonomi

disamping perubahan dalam harapan (expectation) dan persepsi majikan serta

masyarakat (Fulton 1989). Dengan sebab inilah timbulnya beberapa pandangan yang

menunjukkan bahawa faktor penjurusan dan kemahiran kognitif (berkaitan dengan

kemampuan akademik) tidak semestinya menjadi faktor pilihan utama majikan.

Beberapa ahli ekonomi seperti Shultz (1961), Becker dan Kevin (1988) dan

Psacharoulos (1985) telah membuktikan bahawa dua komponen penting pembangunan

sumber manusia iaitu pendidikan dan latihan mempunyai hubungan secara positif

dengan pertumbuhan ekonomi. Becker menegaskan jika pencapaian modal manusia

dapat ditingkatkan maka produktiviti dan pendapatan akan bertambah. Sheehan (1971)

menyenaraikan beberapa faedah langsung dari pendidikan melalui perkara-perkara

berikut:

Page 3: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

2

i) pendidikan dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan seseorang

pekerja,

ii) pendidikan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.,

iii) pendidikan dapat membasmi buta huruf dan seterusnya akan

meningkatkan pengetahuan rakyat di sesebuah negara,

iv) pendidikan dapat meningkatkan peruntukan pendapatan secara cekap

dan sama rata,

v) pendidikan akan menambahkan mobiliti sumber pekerja dan pindah

dan suatu kawasan berdasarkan permintaan pekerja yang terlatih.

1.2 Keperluan Kemahiran Bekerja Graduan IPTA

Pendidikan merupakan satu instrumen dalam pembangunan negara. Dari perspektif

ini fungsi pendidikan universiti adalah untuk memenuhi permintaan tenaga manusia

khususnya dari sektor ekonomi dan teknologi. Pendidikan tinggi di Malaysia sejak

kebelakangan ini telah menampakkan beberapa perubahan. Satu daripadanya adalah

dari segi peluang atau bilangan pelajar memasuki pengajian tinggi. Bermula dengan

sebuah universiti pada tahun 1957, Malaysia kini mempunyai 14 buah universiti awam

(IPTA), sebuah universiti antarabangsa iaitu Universiti Islam Antarabangsa dan

sebuah kolej universiti yang dibiayai oleh kerajaan iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman.

Di samping itu Malaysia juga mempunyai sebanyak 13 buah politeknik, 9 buah

universiti swasta (IPTS), 4 cawangan universiti antarabangsa dan beratus buah kolej

swasta. Bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), hampir 90% daripada kos

operasi diitanggung oleh kerajaan (Halim, 1991, NST 2001).

Pengembangan pendidikan ini (atau pelaburan dalam pendidikan) adalah

selaras dengan perkembangan ekonomi dan teknologi dan ini melebihi daripada

tuntutan faktor sosial dan politik. Pada peringkat awal, sememangnya matlamat

pendidikan adalah untuk memenuhi tuntutan perkembangan kebudayaan dan sosial

tetapi kini fokus utamanya adalah untuk menyediakan tenaga manusia untuk

Page 4: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

3

pembangunan negara. Kemampuan memenuhi kehendak ini bergantung kepada

kemampuan sistem pendidikan mewujudkan kesepadan (match) kualiti siswazah

terutamanya dari segi kemahiran kognitif, kemahiran sosial dan komunikasi,

kemampuan daya saing, keyakinan, kemampuan analitik dan sebagainya dengan

tuntutan perkembangan ekonomi pada ketika ini. Persoalannya ialah adakah

kemahiran-kemahiran tersebut tidak terdapat kepada graduan yang sedang

menganggur yang menyumbang kepada kadar pengangguran yang tinggi? Dalam

konteks ini, memandangkan graduan yang menganggur lebih banyak terdiri daripada

graduan Melayu, persoalan timbul tentang apakah keperluan sebenar di sektor

majikan?

Seperti yang diperjelaskan, pengangguran di kalangan graduan khususnya

graduan Melayu kerapkali dikaitkan dengan kemampuan akademik dan

ketidaksepadanan dalam memilih jurusan. Kebanyakan graduan ini dikatakan

tertumpu kepada pengkhususan Sains Sosial. Walau bagaimanapun, statistik di

Kementerian Sumber Manusia menunjukkan bahawa graduan dalam bidang Teknologi

Maklumat dan Kejuruteraan turut mendaftar bagi mendapatkan pekerjaan disamping

graduan berpencapaian tinggi. Dengan sebab inilah timbulnya beberapa pandangan

yang menunjukkan bahawa faktor penjurusan dan kemahiran kognitif (berkaitan

dengan kemampuan akademik) tidak semestinya menjadi faktor pilihan utama

majikan. Ini menunjukkan bahawa tuntutan mungkin telah berubah disebabkan oleh

perubahan dalam ekonomi disamping perubahan dalam harapan (expectation) dan

persepsi majikan serta masyarakat. Memandangkan pelaburan yang besar terhadap

pendidikan tinggi, persoalan mengenai sejauhmana universiti awam telah berjaya

memenuhi harapan dan matlamat majikan adalah penting untuk dinilai kerana ini

secara langsung mempunyai kaitan dengan kemampuan atau kemahiran graduan IPTA

untuk diambil bekerja disamping kemampuan untuk dilatih. Untuk memenuhi tuntutan

ini, adalah penting harapan atau expectation majikan difahami.

Perkembangan sosioekonomi pada ketika ini menuntut institusi pengajian

tinggi melahirkan siswazah yang sesuai dengan tuntutan perkembangan ekonomi pada

masa ini dan mempunyai pelbagai kemahiran terutamanya dari segi kemahiran

kognitif, kemahiran sosial dan komunikasi, kemampuan daya saing, keyakinan diri,

Page 5: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

4

kemampuan analitik dan sebagainya yang menjurus ke arah elemen kemampuan atau

kemahiran yang diperlukan untuk diambil bekerja (employability) dan kemampuan

untuk bekerja (workability) bagi memenuhi keperluan majikan, pasaran dan

masyarakat

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan merupakan satu instrumen dalam pembangunan negara. Bermula dengan

sebuah universiti pada tahun 1957, Malaysia kini mempunyai sebanyak 600 Institusi

Pengajian Tinggi (IPT). Perkembangan pendidikan ini atau pelaburan dalam

pendidikan adalah selaras dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan teknologi

dan ini melebihi daripada tuntutan faktor sosial dan politik.

Pada peringkat awal, sememangnya matlamat pendidikan adalah untuk

memenuhi tuntutan perkembangan kebudayaan dan sosial, tetapi kini fokus utamanya

adalah untuk menyediakan tenaga manusia untuk pembangunan negara. Kemampuan

memenuhi kehendak ini bergantung kepada kemampuan sistem pendidikan

mewujudkan kesepadan (match) kualiti siswazah terutamanya dari segi kemahiran

kognitif, kemahiran sosial dan komunikasi, kemampuan daya saing, keyakinan,

kemampuan analitik dan sebagainya dengan tuntutan perkembangan ekonomi pada

ketika ini. Persoalannya ialah adakah kemahiran-kemahiran tersebut tidak terdapat

pada graduan yang sedang menganggur yang menyumbang kepada kadar

pengangguran yang tinggi? Dalam konteks ini, memandangkan graduan yang

menganggur lebih banyak terdiri daripada graduan Bumiputera, persoalan timbul

tentang apakah keperluan sebenar di sektor majikan?

Pengangguran dalam kalangan graduan kerapkali dikaitkan dengan

kemampuan akademik dan ketidaksepadanan dalam memilih jurusan. Kebanyakan

graduan yang menganggur ini dikatakan tertumpu kepada pengkhususan sains sosial.

Walau bagaimanapun, statistik Kementerian Sumber Manusia menunjukkan bahawa

graduan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan turut mendaftar bagi

mendapatkan pekerjaan, ini termasuk graduan yang berpencapaian tinggi. Justeru,

timbulnya beberapa pandangan yang menunjukkan bahawa faktor penjurusan dan

Page 6: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

5

kemahiran kognitif (berkaitan dengan kemampuan akademik) tidak semestinya

menjadi faktor pilihan utama majikan. Ini menunjukkan bahawa tuntutan mungkin

telah berubah disebabkan oleh perubahan dalam ekonomi di samping perubahan

dalam harapan (expectation) dan persepsi majikan serta masyarakat. Memandangkan

pelaburan yang besar dalam pendidikan tinggi, persoalan mengenai sejauhmana

universiti awam telah berjaya memenuhi harapan dan matlamat majikan adalah

penting untuk dinilai kerana ini secara langsung mempunyai kaitan dengan

kemampuan atau kemahiran graduan IPTA untuk diambil bekerja dan kemampuan

untuk dilatih. Untuk memenuhi tuntutan ini, adalah penting harapan majikan difahami.

1.4 Tujuan Kajian

Dengan meneliti kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA, kajian ini

bertujuan untuk meninjau persepsi umum majikan terhadap kebolehpasaran dan

kebolehan bekerja graduan yang dihasilkan oleh IPTA dan mengenalpasti faktor-

faktor yang menyumbang kepada kemampuan atau kemahiran untuk diambil bekerja

(employability) dan kemampuan bekerja (workability) dalam kalangan graduan IPTA.

1.5 Kerangka Konsepsual Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi majikan terhadap graduan Melayu IPTA.

Asas persepsi yang diberi penekanan ialah kemampuan atau kemahiran yang perlu ada

untuk membolehkan graduan ini diambil bekerja samada di sektor kerajaan maupun di

sektor swasta. Di samping itu pandangan pemimpin masyarakat dan individu turut

diberi penekanan bagi meninjau ekspektasi masyarakat terhadap graduan IPTA.

Secara dasar, kerangka konsepsual kajian ialah seperti dalam Rajah 1.

Page 7: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

6

Rajah 1 Kerangka Konsepsual Kajian

Sektor Awam

Sektor Swasta

Masyarakat

PERSEPSI

Expectation

Employability

Workability

Graduan

Melayu

IPTA

Profil

Secara khusus tinjauan terhadap persepsi dalam kajian ini akan memberi

penekanan dalam kemahiran 3R’s seperti yang dicadangkan oleh Poole (1985)

disamping dapatan kajian lain seperti yang ditegaskan oleh Baxter dan Young (1982),

Buchanan (1990), Packer (1992) dan Buck dan Barrick (1987).

1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Persepsi

Persepsi boleh dianggap sebagai proses di mana seseorang bertanggungjawab kepada

objek persekitarannya dengan peraturan-peraturan dalam tingkahlaku. Proses ini

melibatkan hubungan yang rapat antara bagaimana sesuatu perkara itu diperhatiakn

dengan apa yang dilakukan ke atasnya. Dalam konteks ini, pandangan Gallagher

(1991) adalah berkaitan dimana persepsi dianggap sebagai proses individu menerima

maklumat dan mengintegrasikannya dari persekitaran. Maklumat tersebut diproses

melalui sifat kognitifnya dan seterusnya diterjemah dalam dirinya.

Page 8: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

7

1.6.2 Kemahiran Untuk Bekerja (Employability Skills)

Buck dan Barrick (1987) menegaskan bahawa kemampuan atau kemahiran untuk

diambil bekerja merujuk kepada “attributes of employees, other than technical

competence, that make them an asset to the employer” . Ini meliputi kemahiran seperti

kemahiran kognitif, kemampuan menyelesaikan masalah, kemahiran membuat

keputusan, kemampuan bekerja tanpa kawalan, mempunyai sikap yang positif,

bekerjasama dan lain-lain kemahiran dan trait afektif.

1.6.3 Indikator Piawai Kemampuan Untuk Diambil Bekerja

Indikator ini merujuk kepada tahap kemampuan untuk membolehkan seseorang

majikan mengambil graduan Melayu IPTA untuk bekerja. Antara penunjuk kepada

definisi ini ialah :

- Penggunaan Kemahiran Akademik

Semua pelajar akan menggunakan semua kemahiran asas komunikasi

mereka (contohnya: membaca, menulis, bertutur dan mendengar),

menggunakan konsep pengajian saintifik dan sains sosial, melaksanakan

proses matematikal dan menggunakan teknologi di dalam situasi yang

berkaitan.

- Perancangan Kerjaya

Semua pelajar akan memperolehi, merancang, mengintepritasi dan menilai

maklumat daripada kesedaran kerjaya dan aktiviti ekplorasi, penilaian

kerjaya dan pengalaman bekerja yang berkaitan untuk mengenalpasti dan

menetapkan matlamat kerjaya mereka.

- Pembangunan dan Penyampaian Maklumat

Semua pelajar akan menunjukkkan kemampuan mereka untuk

menggabungkan idea atau maklumat dalam satu cara yang baru,

Page 9: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

8

menghubungkan antara perkara yang berbeza, mengurus dan

menyampaikan maklumat dalam bentuk seperti simbol,gambar, carta dan

graf.

- Penyelesaian Masalah

Semua pelajar akan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

dengan cara menetapkan matlamat, mengenalpasti sumber-sumber dan

halangan, mencari atau membina alternatif, mempertimbangkan kesan,

memilih alternatif yang bersesuaian , menggunakan pelan tindakan dan

akhirnya menilai keputusan yang diperolehi.

- Pengurusan Diri

Semua pelajar akan menunjukkan kualiti kendiri seperti bertanggungjawab,

pengurusan diri, keyakinan diri, etika, dan menghormati diri sendiri dan

oring lain.

- Kemahiran Pengurusan

Semua pelajar akan mengenalpasti, menyusun, merancang dan

memperuntukkan sumber-sumber (seperti masa, kewangan, material dan

sumber manusia) secara efisyen dan efektif.

- Kerja Berkumpulan

Semua pelajar akan bekerjasama dengan dengan orang sekeliling yang

mempunyai latar belakang dan kebolehan berbeza, mengenalpasti nilai dan

matlamat secara berkumpulan, belajar untuk mengasah kepimpinan,

melatih pihak lain kemahiran baru, melayan klien dan pelanggan dan akan

meyumbangkan idea, pandangan dan usaha kepada kumpulan.

- Kemahiran Perundingan

Semua pelajar akan meyampaikan idea untuk menyokong sesuatu

kedudukan dan berunding untuk menyelesaikan pendapat yang berbeza.

Page 10: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

9

- Sistem Pemahaman

Semua pelajar akan mempelajari untuk memahami, memantau dan

meningkatkan sistem kompleks,termasuk sosial, teknikal dan sistem

mekanikal serta kerja untuk menguruskan kepelbagaian teknologi.

- Penggunaan Kemahiran Kebolehpasaran (Employability)

Semua pelajar akan menyatukan kemahiran kebolehpasaran dengan sikap

untuk meyediakan mereka untuk memperolehi,mengekalkan, memajukan,

dan menukar pekerjaan.

Page 11: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

10

KAJIAN-KAJIAN KEBOLEH PASARAN DAN

KEBOLEHAN BEKERJA

Kajian oleh Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (Scans 1991)

menunjukkan bahawa lebih daripada separuh anak-anak muda yang meninggalkan

institusi pendidikan tidak mempunyai pengetahuan atau asas yang diperlukan untuk

mencari atau memegang sesuatu jawatan yang baik. Kebanyakan majikan yang ditemu

bual menyatakan bahawa lepasan institusi pendidikan kebanyakannya tidak

mempunyai kemahiran dalam aspek-aspek non-teknikal. Laporan kajian ini

menjelaskan bahawa “Employers have no quarrel with the skills performance of today

graduates, but they do have serious reservations when it comes to their nontechnical

abilities”.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kebanyakan majikan berkehendakan

pekerja yang mempunyai kemahiran asas di samping kemahiran peringkat tinggi dan

kemahiran afektif (Baxter dan Young 1982; Buchanan 1990; Packer, 1992; Rosove

1993). Walau bagaimanapun, kebanyakan penyelidik ini mengenal pasti kemahiran-

kemahiran yang berbeza yang diperlukan bergantung kepada jenis sesuatu pekerjaan.

Walaupun terdapat perbezaan ini, namun secara keseluruhannya, mereka bersetuju

bahawa terdapat 3 aspek kemahiran atau keperluan yang seragam, iaitu kemahiran

asas (komunikasi, kefahaman, kemahiran, matematik, penulisan), kemahiran

pemikiran peringkat tinggi (menyelesaikan masalah, kemahiran belajar, kreatif,

inovatif, dan kemahiran membuat keputusan), dan kemahiran dan trait afektif (mampu

bekerja tanpa kawalan, sikap yang positif terhadap kerja, menepati masa dan efisien,

kemahiran interpersonal, bekerjasama dan yakin diri, imej kendiri yang positif, mudah

menyesuaikan diri, fleksibel dan enthusiatik, bermotivasi, disiplin diri yang tinggi,

pengurusan diri, kemas, jujur dan berintegriti serta mampu bekerja tanpa penyeliaan)

(Poole 1985).

Perlu ditegaskan bahawa ketiga-tiga kemahiran ini atau 3R’s mempunyai

aplikasi yang sesuai untuk ketiga-tiga sektor industri besar, kecil dan sederhana.

Begitu juga konsep 3R’s ini mempunyai kesesuaian dengan sektor kerajaan dan juga

sektor swasta. Poole (1985) turut menegaskan bahawa “Specific occupational skills

Page 12: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

11

are less crucial for entry-level employment than a generally high level of literacy,

responsible attitudes toward work, the ability to communicate well, and the ability to

continue to learn”. (1985: p.17).

Charner (1988) pula telah mengenal pasti 9 sebab yang mempengaruhi

pemilihan majikan, iaitu (i) gred yang rendah dan pencapaian akademik yang lemah;

(ii) sikap yang negatif dan tiada keyakinan diri; (iii) tiada matlamat dan mempunyai

motivasi yang rendah, (iv) tiada semangat mempunyai potensi kepimpinan yang

rendah ; (v) tiada persediaan untuk interview; (iv) tuntutan gaji dan jangkaan yang

melampau; (vii) tidak mempunyai persediaan untuk bekerja; (viii) kekurangan aktiviti

kokurikulum; dan (ix) kemahiran asas yang rendah.

Kajian Robinson (2001) menunjukkan walaupun tahap kelulusan akademik

yang diperlukan untuk memasuki sesuatu pasaran kerja kadangkala rendah, namun

kelulusan akademik masih menjadi komponen yang penting untuk menentukan

kebolehpasaran individu. Manakala Ramlee (2002) pula mendapati majikan berpuas

hati dengan kemahiran teknikal graduan teknikal di Malaysia tetapi belum berpuas

hati terhadap kemahiran interpersonal, pemikiran kritikal, penyelasaian masalah dan

kemahiran keusahawanan.

Berasaskan kepada beberapa pandangan dan kajian, adalah jelas bahawa

keperluan majikan walaupun tidak seragam tetapi mempunyai beberapa kesamaan

seperti yang ditegaskan oleh Poole (1985). Kemahiran-kemahiran ini pula boleh

dipelajari secara langsung atau secara tidak langsung (Buck dan Barrick 1987).

Secara langsung adalah melalui aplikasi pelbagai kemahiran generik dan kemahiran

lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung pula adalah

melalui aktiviti di luar bilik kuliah, iaitu kegiatan kokurikulum. Dengan sebab inilah

timbulnya beberapa pandangan yang menunjukkan bahawa faktor penjurusan dan

kemahiran kognitif (berkaitan dengan kemampuan akademik) tidak semestinya

menjadi faktor pilihan utama majikan.

Page 13: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

12

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendekatan Kajian

Kajian bersifat kuantitatif ini dilakukan secara tinjauan, iaitu meneroka persepsi

majikan terhadap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan-graduan IPTA.

Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada responden.

Persampelan rambang berstrata dilakukan untuk mendapatkan unit pensampelan.

Sebanyak 10 strata digunakan untuk mendapatkan unit persampelan dalam kajian ini.

Unit persampelan bagi setiap strata dipilih secara rawak daripada rangka persampelan.

Populasi kajian terdiri daripada semua majikan dalam sektor swasta dan sektor

kerajaan, pemimpin masyarakat dan individu. Manakala responden kajian ini terdiri

daripada majikan di sektor kerajaan dan sektor swasta; pemimpin masyarakat; serta

individu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang majikan daripada kaum

Bumiputera dan bukan Bumiputera di negeri Selangor. Kajian ini dijalankan di negeri

Selangor melibatkan populasi majikan daripada kaum Bumiputera dan bukan kaum

Bumiputera dalam sektor perkhidmatan dan bukan perkhidmatan. Memandangkan

kajian ini hanya dijalankan di negeri Selangor sahaja, generasi dapatan adalah terhad

kepada negeri ini sahaja.

Keseluruhan kajian melibatkan beberapa peringkat bergantung kepada

komponen-komponen yang diberi tumpuan. Fokus dan keluasan kajian bergantung

kepada persoalan yang ingin dijawab serta pembelanjaan yang diperuntukkan.

Langkah tinjauan dapat digambarkan seperti carta berikut:

Page 14: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

13

Carta Pendekatan Tinjauan

Langkah 1 Rundingan, penjelasan interpretasi fokus

1.1 Definasi objektif1.2 Pernyataan maslah dan andaian1.3 Analisa kedudukan dan skop

penyelidikan1.4 Tinjauan kajian berkaitan

Langkah 2 Penyediaan Tinjauan 2.1 Definasi populasi/persampelan2.2 Data awal beberapa

pembolehubah bagi “varification”

2.3 Penyediaan instrumen soalselidik/ temubual/koleksi data sekunder

2.4 Kod dan pembolehubah latar

Langkah 3 Kajian Rintis/Percubaan 3.1 Kerja lapangan untuk pengujian instrumen

3.2 Pelaksanaan/ pengumpulan maklumat

3.3 Pemprosesan maklumat dan analisis data awal

3.4 Pengubahsuaian dan keboleh percayaan dan kesahan instrumen

Langkah 4 Kerja Lapangan 4.1 Latihan pengumpulan data/ pembantu penyelidikan

4.2 Kerja lapangan

Langkah 5 Pemprosesan data 5.1 Koding5.2 Kemasukan/pembersihan data

Langkah 6 Penulisan draf laporan 6.1 Penulisan laporan draf awal6.2 Semakan

Langkah 7 Penulisan draf akhir dan cadangan indikator piawai

7.1 Penulisan draf akhir7.2 Pemurnian laporan7.3 Maklumbalas7.4 Cadangan indikator piawai

Page 15: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

14

3.2 Sumber Maklumat

Dua sumber maklumat utama sekunder dan primer.

(a) Maklumat Sekunder

Data-data sekunder meliputi maklumat yang diperolehi dari Kementerian Sumber

Manusia, Unit Perancang Ekonomi, Unit Perancangan Sumber Manusia (MAMPU)

dan agensi-agensi yang berkaitan.

(b) Maklumat Primer

Dua kaedah utama iaitu soalselidik dan temubual akan digunakan untuk mendapatkan

maklumat primer.

(i) Soalselidik

Maklumat tentang persepsi majikan akan dikumpul daripada majikan (khususnya

CEOs atau Pegawai Personnel) dari sektor swasta dan sektor kerajaan. Disamping itu,

maklumat-maklumat juga akan diperolehi daripada pemimpin masyarakat dan

individu dari pelbagai etnik. Antara aspek-aspek yang diliputi dalam soalselidik:

keperluan kemahiran asas yang dikehendaki

keperluan kemahiran peringkat tinggi

trait-trait afektif yang diperlukan

kemahiran afektif yang diperlukan

ciri-ciri personaliti graduan yang dikehendaki

kaedah pemilihan dan kenaikan pangkat

keperluan pencapaian akademik yang diingini

jurusan yang diingini

latihan dalam perkhidmatan dan peluang pekerjaan lebih mara

kemampuan graduan IPTA dengan IPTS sedia ada dalam agensi

pendapat mengenai ‘matching’ pendidikan yang diterima dengan keperluan

pekerja

pendapat mengenai kesediaan graduan dengan keperluan industri

1. Focus Group Discussion

Page 16: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

15

Pengkaji mengadakan temuduga mendalam dengan:

Majikan sektor kerajaan dan swasta

Temuduga mendalam dilakukan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci

tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada employability dan workability.

Responden

Responden kajian terdiri daripada:

Majikan di sektor kerajaan dan sektor swasta

Pemimpin masyarakat

Individu

Persampelan

Umumnya terdapat 5 sektor utama yang menyumbang kepada pengeluaran negara.

Sektor-sektor tersebut adalah sektor pertanian, perlombongan, perkilangan,

pembinaan dan perkhidmatan. Sektor-sektor ini terdiri daripada sektor swasta dan

kerajaan. Berdasarkan Laporan Ekonomi 1997/98, perkhidmatan merupakan sektor

majikan yang pertama dari segi menyediakan peluang pekerjaan, diikuti sektor

pembinaan. Peluang pekerjaan yang disediakan oleh sektor kerajaan semakin

mengecil. Begitu juga dengan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan. Industri gas

dan petroleum dalam sektor perlombongan juga kecil. Responden majikan akan

dipilih dengan menggunakan pensampelan secara purposive yang berasaskan sektor-

sektor yang dibincangkan di atas.

Untuk pemilihan majikan, persampelan rambang berstrata akan dilakukan

untuk mendapatkan unit pensampelan. Penstrataan dilakukan mengikut dua perkara

berikut iaitu majikan di sektor swasta dan majikan di sektor kerajaan. Kaedah

Penstrataan adalah seperti dalam Rajah 2. Terdapat 2 bidang orientasi pekerjaan

keperluan majikan (orientasi yang memerlukan graduan Sains Sosial dan graduan

Sains).

3.3 Kaedah Memilih Responden

Page 17: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

16

Untuk memilih responden yang optimum, beberapa parameter telah diambilkira:

a) Kadar pemulangan borang-borang soalselidik kajian

b) Alamat majikan/responden yang diperolehi,

c) Sektor ekonomi yang terlibat.

Proses pengumpulan data dimulakan dengan soalselidik dibawa oleh pembantu

penyelidik dan terus dikumpul maklumat yang diperlukan.

3.4 ANALISIS

Analisis statistik yang bersesuaian akan digunakan dalam kajian ini. Analisis statistik

diskriptif dan perihalan akan digunakan ialah:

Deskriptif

a) Memerihalkan latar belakang responden kajian,

b) Menentukan peringkat persepsi umum terhadap graduan IPTA,

c) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan untuk

diambil bekerja dan kemampuan untuk dilatih,

d) Mengenalpasti masalah-masalah yang mempengaruhi kemampuan untuk

diambil bekerja dan kemampuan untuk dilatih.

Statistik Inferensi

a) Menentukan hubungan antara pelbagai angkubah yang dikaji,

b) Menentukan sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan untuk

diambil bekerja dan kemampuan untuk dilatih.

DAPATAN KAJIAN

Page 18: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

17

4.1 Profil Responden

Responden dalam kajian ini terdiri daripada 27 (54.0%) orang majikan lelaki dan 23

(46.0%) orang majikan perempuan. Majikan Bumiputera seramai 29 (58.0%) orang

dan majikan bukan Bumiputera seramai 21 (42.0%) orang. Antaranya, majikan

berumur antara 24 tahun hingga 30 tahun adalah kumpulan minoriti, iaitu seramai 5

(10.0%) orang berbanding dengan majikan berumur 31 tahun hingga 40 tahun seramai

22 (44.0%) orang dan majikan 40 tahun ke atas seramai 23 (46.0%) orang. Seramai 39

(78.0%) orang majikan adalah dari sektor perkhidmatan dan 11 (22.0%) orang

majikan dari sektor bukan perkhidmatan. Profil sampel responden tersebut

ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Profil sampel responden kajian

Pembolehubah Profil Kekerapan (n) Peratus (%)

Jantina LelakiPerempuan

2723

5446

Bangsa BumiputeraBukan Bumiputera

2921

5842

Umur 24 – 30 tahun31 – 40 tahun40 tahun ke atas

52223

104446

Sektor PerkhidmatanBukan Perkhidmatan

3911

7822

50 100

4.2 Dapatan Soal Selidik

Page 19: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

18

Dapatan kajian dihuraikan dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi bagi

menjawab persoalan dan hipotesis kajian. Bagi menghuraikan keseluruhan tahap

kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA, jumlah keseluruhan min dikira

dan dibahagikan dengan jumlah item untuk menghasilkan min keseluruhan. Didapati

bahawa min skor bagi skala persepsi majikan terhadap kemahiran asas akademik,

kualiti individu dan kebolehan melaksanakan kerja adalah tinggi. Min skor bagi

kemahiran asas akademik ialah µ=3.67 (sp=.62), kualiti individu µ=3.71 (sp=.67), dan

kebolehan melaksanakan kerja µ=3.69 (sp=.66). Namun persepsi majikan adalah

sedarhana terhadap pemikiran aras tinggi dan perancangan kerja graduan, iaitu

masing-masing dengan min skor µ=3.57 (sp=.69) dan µ=3.58 (sp=.65). Skor min

adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Walaupun perbezaan min yang ditunjukkan adalah sedikit, tetapi ini

menunjukkan bahawa aspek kualiti individu adalah lebih dominan. Kedua-dua aspek

pemikiran aras tinggi dan perancangan kerja berada pada tahap yang sederhana. Ini

menunjukkan bahawa usaha perlu dilaksanakan bagi melahirkan graduan yang

berkemahiran pemikiran aras tinggi, iaitu dapat berhujah berdasarkan data emperikal,

membuat keputusan yang tepat dalam waktu kritikal, dan melaksanakan tugasan

secara sistematik. Selain itu, kebolehan dalam perancangan kerja graduan juga patut

ditingkatkan. Majikan memerlukan graduan yang dapat memperuntukan sumber

secara efisien, dapat membuat jangkaan dengan tepat dan mempunyai pelan tindakan

kecemasan yang berkesan.

Jadual 2: Taburan min tahap kemahiran asas akademik, pemikiran aras tinggi, kualiti individu, perancangan kerja, dan kebolehan melaksanakan kerja

Page 20: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

19

No Item Min Sisihan Piawai

Kebolehpasaran

1.1 Kemahiran Asas Akademik 3.67 .62034

1 Berkebolehan menguasai bahasa Melayu. 4.522 Berkebolehan menguasai bahasa Inggeris. 3.403 Mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, sekurang-

kurangnya mempunyai PNGK minimum 3.0. 3.424 Mempunyai pengkhususan yang bersesuaian dengan

bidang kerja.3.60

5 Mempunyai kemahiran dalam membuat persembahan yang berkaitan dengan bidang kerja. 3.60

6 Mempunyai kemahiran teknologi maklumat. 3.647 Mempunyai kemahiran matematik. 3.348 Berkebolehan berkomunikasi dengan baik. 3.849 Berkebolehan mempelajari kemahiran baru yang

berkaitan dengan bidang kerja. 3.7610 Mampu membuahkan idea-idea baru. 3.62

1.2 Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi 3.57 .69018

11 Membuat kerja secara analitikal. 3.5012 Berhujah berdasarkan data emperikal. 3.4013 Melaksanakan sesuatu tugasan dengan rasional. 3.7414 Membuat pemerhatian sebelum melaksanakan sesuatu

tugasan.3.66

15 Berupaya menyelesaikan masalah. 3.7216 Melaksanakan tugasan secara sistematik. 3.4617 Mahir membuat imbasan kerja. 3.4618 Membuat keputusan yang tepat dalam waktu kritikal. 3.4419 Menerima konsep pembelajaran sepanjang hayat. 3.7020 Memahami cara memperbaiki mutu kerja. 3.64

Page 21: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

20

1.3 Kualiti Individu 3.71 .67196

21 Sentiasa bermotivasi dalam melaksanakan tugas. 3.7622 Sanggup menerima sesuatu tugas baru tanpa bantahan. 3.5623 Mampu menjalankan tugas dengan jujur. 3.6824 Bersikap terbuka dan mampu bekerjasama dengan rakan

sekerja.3.80

25 Berpakaian kemas dan rapi. 3.9426 Boleh memimpin dan dipimpin. 3.8227 Mempunyai sikap ingin tahu terhadap pekerjaan. 3.6428 Mempunyai kemampuan daya saing. 3.6029 Mempunyai keyakinan diri. 3.7430 Mempunyai disiplin diri yang tinggi. 3.56

Kebolehan Bekerja

2.1 Perancangan Kerja 3.58 .64924

31 Mempunyai manual prosedur kerja. 3.5432 Mempunyai sasaran kerja. 3.7033 Memperuntukan sumber secara efisien. 3.3834 Menentukan ‘date line’ kerja. 3.5035 Mempunyai fail meja. 3.5836 Mengenal pasti keperluan kerja. 3.7237 Membuat jangkaan. 3.5238 Melakukan analisis kerja. 3.5439 Memahami bidang kerja. 3.8240 Mempunyai pelan tindakan kecemasan. 3.52

2.2 Kebolehan Melaksanakan Kerja 3.69 .65771

41 Mahir melaksanakan apa jua tugas yang diberikan. 3.6042 Menjalankan tugas mengikut arahan. 3.9843 Bersedia melaksanakan tugas tambahan. 3.6844 Berdirikari dalam menjalankan tugas. 3.6045 Dapat melaksanakan tugas dengan sempurna. 3.5846 Bekerja mengikut prosedur. 3.8047 Prestasi kerja yang konsisten. 3.6448 Membuat kerja mengikut keutamaan. 3.7049 Menjalankan tugas dalam tempoh yang ditetapkan. 3.7250 Menunjukkan kekemasan kerja. 3.62

Seterusnya, analisis data dengan menggunakan ujian-t dilakukan bagi melihat

perbezaan persepsi majikan terhadap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan

Page 22: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

21

IPTA mengikut jantina, kaum, dan sektor. Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa

nilai-t bagi perbandingan persepsi majikan terhadap kebolehpasaran dan kebolehan

bekerja graduan IPTA berdasarkan jantina ialah t=.280 dan tahap signifikan p=.781.

Tahap signifikan ini adalah lebih besar daripada aras 0.05. Oleh itu, hipotesis nol

diterima. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi majikan

terhadap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja antara graduan lelaki dengan graduan

perempuan. Walau bagaimanapun, skor min graduan lelaki (µ=3.67) adalah sedikit

lebih tinggi daripada graduan perempuan (µ=3.62). Ini bermakna tahap

kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan lelaki adalah lebih tinggi berbanding

dengan graduan perempuan.

Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa nilai-t ialah t=1.602 dan

p=.116 bagi persepsi majikan terhadap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan

IPTA berdasarkan kaum. Nilai tersebut adalah melebihi aras signifikan, iaitu 0.05.

Maka, tidak terdapat perbezaan min secara signifikan bagi persepsi majikan terhadap

kebolehpasaran dan kebolehan bekerja antara graduan Bumiputera dengan graduan

bukan Bumiputera. Oleh itu, hipotesis nol diterima. Namun, skor min graduan

Bumiputera (µ=3.76) adalah lebih tinggi daripada graduan bukan Bumiputera

(µ=3.49). Ini bermakna kebolehpasaran graduan IPTA adalah lebih tinggi berbanding

dengan graduan bukan Bumiputera.

Sementara itu, didapati bahawa hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan

min yang signifikan bagi kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA

berdasarkan sektor iaitu, t=2.135 dan p<0.05. Nilai signifikan tersebut adalah lebih

kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan. Maka, terdapat perbezaan min secara

signifikan bagi kebolehpasaran dan kebolehan bekerja antara graduan IPTA dalam

sektor kerajaan dengan sektor swasta. Oleh itu, hipotesis nol ditolak. Didapati juga

skor min graduan kerajaan (µ=3.74) adalah lebih tinggi daripada graduan swasta

(µ=3.32). Ini bermakna kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan kerajaan

adalah lebih tinggi berbanding dengan graduan swasta.

Jadual 3: Analisis ujian-t perbezaan kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA mengikut jantina, kaum, dan sektor

Page 23: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

22

Bilangan (N) Min (µ) Nilai-t Signifikan (p)

Jantina Lelaki 27 3.67 .280 .781Perempuan 23 3.62

Kaum Bumiputera 29 3.76 1.602 .116Bukan Bumiputera 21 3.49

Sektor Kerajaan 39 3.74 2.135 .038Swasta 11 3.32

* Signifikan pada aras keyakinan 0.05 (2-hujung)

Berdasarkan Jadual 4, hasil ANOVA sehala menunjukkan nilai

F(37,81)=1.285 dan p=.286 bagi persepsi majikan terhadap kebolehpasaran dan

kebolehan bekerja graduan IPTA. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara graduan berlainan bangsa mengikut persepsi majikan.

Jadual 4: Analisis ANOVA satu hala perbezaan kebolehpasaran dan kebolehan bekerja mengikut bangsa

Page 24: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

23

Faktor Punca Variasi Darjah Kebebasan (df)

NilaiF

Signifikan (p)

Kemahiran Antara kumpulan 2 2.607 .084Asas Dalam kumpulan 2Akademik Jumlah 4

Kemahiran Antara kumpulan 2 .991 .379Pemikiran Dalam kumpulan 2Aras Tinggi Jumlah 4

Kualiti Antara kumpulan 2 2.082 .136Individu Dalam kumpulan 2

Jumlah 4

Perancangan Antara kumpulan 2 .048 .953Kerja Dalam kumpulan 2

Jumlah 4

Melaksanakan Antara kumpulan 2 1.906 .160Kerja Dalam kumpulan 2

Jumlah 4

Jumlah 1.285 .286* Signifikan pada aras keyakinan 0.05 (2-hujung)

4.3 Dapatan Perbincangan Kumpulan Fokus

Perbincangan kumpulan fokus telah dilakukan bertujuan untuk mengukuhkan lagi

pembinaan indikator keboleh pasaran dan kebolehan bekerja graduan Melayu IPTA.

Perbincangan dilakukan bersama 5 majikan yang mewakili sektor perkhidmatan dan

pengeluaran produk. Hasil perbincangan kumpulan fokus menyenaraikan indikator-

indikator keboleh pasaran dan kebolehan bekerja terhadap graduan Melayu IPTA.

Dapatan perbincangan kumpulan fokus memperincikan lagi dapatan melalui proses

tinjauan. Antara indikator yang diperlukan bagi memperluaskan keboleh pasaran dan

kebolehan bekerja ditunjukkan melalui indeks berikut:

Jadual 5 menunjukkan indikator dari perbincangan kumpulan fokus yang

diklasifikasikan berdasarkan indikator individu, kumpulan dan organisasi.

Page 25: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

24

Jadual 5.1 Indikator Keboleh Pasaran

INDIVIDU KUMPULAN ORGANISASI

Indikator Kebolehan Pasaran

Pencapaian akademik Kemahiran Intrapersonal Kebolehpercayaaan

Kemahiran menerima, memahami dan mengikut arahan

Berani menyuarakan pendapat

Kecekapan penggunaan sumber

Pemikiran kritis, kreatif dan inovatif

Mempunyai sifat kepimpinan

Mengoptimumkan sumber yang ada

Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

MultitaskingBerupaya mencari idea baru

Bertanggungjawab / boleh diharapkan

KecindanMempunyai jaringan yang luas

Berintegriti Kemahiran TeknikalKomited dengan matlamat oranisasi

Berdisiplin Kemahiran InsaniahMempraktikaan Budaya Kerja Berkualiti

Kemahiran interpersonalSemangat Kerja Berpasukan

Bangga dengan Branding (Penjenamaan) Organisasi

Keyakinan diriPengurusan Stress yang mantap

Kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan organisasi

Menyesuaikan diri Menepati masa dan cekapPembelajaran Sepanjang Hayat

Bersemangat dan bermotivasi

Keupayaan membuat kerja tanpa penyeliaan

Berwawasan

Jadual 5.2 Indikator Kebolehan Bekerja

INDIVIDU KUMPULAN ORGANISASI

Page 26: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

25

Indikator Kebolehan Bekerja

Berkemahiran KomputerBoleh bekerja dalam kumpulan

Kerja Lebih Masa

Boleh Bekerja Lebih Masa Bertolak AnsurMengamalkan piagam oranisasi

Memerlukan pengawaseliaan minimum

Aktif, bertukar ideaPatuh kepada peraturan organisasi

Mobiliti Empati Berdaya Saing

Multitasking Bertindak mengkit Arahan Sikap yang positif

Berdaya saingKomited dalam tugas berkumpuan

Peka dengan isu semasa

Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa lain

Memahami prosidur kerjaFokus dengan tugasan yang diberikan

Berketrampilan Berdaya saing Budaya kerja Cemerlang

Berpengetahuan Sentiasa berkongsi idea Berdaya Tahan

Keupayaan membuat kerja tanpa penyeliaan

PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan.

Page 27: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

26

Bahagian ini membincangkan dapatan-dapatan hasil kajian berdasarkan analisis data,

implikasi dapatan kajian, cadangan-cadangan dan rumusan.

5.2 Persepsi Majikan Terhadap Kebolehpasaran dan Kebolehan Bekerja

Graduan IPTA.

Secara keseluruhan, kajian ini mendapati kebanyakan majikan mempunyai persepsi

yang tinggi terhadap kemahiran asas akademik dengan skor min 3.67, kualiti individu

min 3.71 dan melaksanakan kerja dengan skor min 3.69. Manakala persepsi majikan

terhadap kemahiran pemikiran aras tinggi dan perancangan kerja adalah sedarhana

sahaja dengan skor min masing-masing 3.57 dan 3.58.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majikan menerima bahawa graduan-

graduan yang dilahirkan oleh IPTA mempunyai kebolehpasaran dan kebolehan

bekerja. Maklumat ini berguna kepada majikan-majikan yang berasa ragu-ragu

terhadap kebolehan bekerja dalam kalangan graduan IPTA. Maklumat ini juga

memberi indikator kepada IPTA bahawa graduan-graduan yang dikeluarkan

mempunyai kebolehanpasaran tinggi dari segi kemahiran asas akademik dan kualiti

individu.

5.3 Persepsi Majikan Terhadap Kebolehpasaran dan Kebolehan Bekerja

Berdasarkan Jantina Majikan.

Kajian mendapati majikan lelaki menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap

kebolehpasaran graduan IPTA dalam aspek kemahiran asas akademik, kemahiran

pemikiran aras tinggi dan kualiti individu berbanding majikan perempuan. Manakala

dalam aspek kebolehan bekerja iaitu perancangan kerja dan melaksanakan kerja,

majikan perempuan memberikan persepsi yang tinggi berbanding majikan lelaki.

Ini menunjukkan persepsi majikan lelaki memberi penekanan kepada aspek

kemahiran asas akademik seperti menguasai bahasa berbahasa melayu, kemahiran

mempelajari kemahiran baru yang berkaitan dengan kerja dan teknologi maklumat.

Demikian juga dari aspek pemikiran aras tinggi majikan lelaki mementingkan

graduan yang dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan rasional dan dapat

menyelasaikan masalah kerja. Di samping itu, majikan lelaki memberi persepsi yang

tinggi terhadap aspek kualiti individu seperti berpakaian kemas dan rapi, kebolehan

Page 28: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

27

memimpin dan dipimpin serta bersikap terbuka dan mampu bekerjasama dengan

orang lain.

Majikan perempuan pula mempunyai persepsi yang tinggi terhadap aspek

perancangan graduan IPTA seperti memahami bidang kerja, mempunyai sasaran kerja

dan mengenalpasti keperluan kerja. Dalam aspek melaksanakan kerja, majikan

perempuan memberi respon yang tinggi dalam aspek-aspek menjalankan tugas

mengikut arahan, bekerja mengikut prosedur dan bekerja mengikut keutamaan.

Walaupun terdapat perbezaan min persepsi antara majikan lelaki dan

perempuan majikan terhadap graduan IPTA tetapi berdasarkan ujian t tidak terdapat

perbezaan yang siginfikan iaitu kemahiran asas akademik ( t=1.101; p=.276),

Kemahiran aras pemikiran tinggi (t=0.926 ;p=.359), kualiti individu (t=0.054;

p=.459), perancangan kerja (t=-0.746 ;p=.972) dan melaksanakan kerja (t=-0.36;

p=.972). Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi majikan

lelaki dan perempuan terhadap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan-

graduan IPTA.

5.4 Persepsi Majikan Terhadap Kebolehpasaran dan Kebolehan Bekerja

Berdasarkan Kaum Majikan.

Dapatan kajian menunjukkan majikan bumiputera mempunyai persepsi yang tinggi

terhadap kebolehpasaran dan kebolehanbekerja graduan IPTA berbanding dengan

majikan bukan bumi putera. Majikan bukan bumiputera memberi persepsi yang

sedarhana terhadap kemahiran asas akademik dengan skor min 3.53, kemahiran

pemikiran aras tinggi min 3.4, kualiti individu min 3.59, perancangan kerja 3.42 dan

aspek melaksanakan kerja dengan min 3.48. Ini bermaksud majikan bukan bumiputera

mempunyai pandangan dan harapan yang lebih tinggi terhadap kebolehpasaran dan

kebolehan bekerja graduan IPTA berbanding dengan majikan bumiputera.

Walau bagaimana pun ujian t dijalankan mendapati tidak terdapat perbezaan

yang signifikan dalam aspek kemahiran asas akademik (t=1.329 ; p=.190), kemahiran

pemikiran aras tinggi (t=1.432 ;p=.159), kualiti individu (t=1.028 ;p=.309) dan

perancangan kerja (t=1.484 ; p=.144). Namun begitu bagi aspek melaksanakan kerja

ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu (t=2.037 ;p=.047).

Page 29: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

28

Ini menunjukkan dalam aspek melaksanakan kerja terdapat perbezaan persepsi

yang ketara di antara majikan bukan bumiputera dengan majikan bumiputera.

Maklumat ini berguna kepada para graduan untuk memberikan komitmen yang lebih

kepada majikan terutama majikan bukan bumiputera.

5.5 Persepsi Majikan Terhadap Kebolehpasaran dan Kebolehan Bekerja

Antara Majikan Kerajaan Berdasar Sektor Perkhidmatan dan Bukan

Perkhidmatan.

Hasil kajian mendapati majikan di sektor perkhidmatan memberikan respon yang

lebih tinggi terhadap kebolehan bekerja dan keboleh pasaran graduan IPTA

berbanding sektor bukan perkhidmatan. Min yang diperolehi dalam aspek kemahiran

asas akademik ialah 3.77, kemahiran pemikiran aras tinggi 3.66, kualiti individu 3.78,

aspek perancangan kerja 3.69 dan melaksanakan kerja 3.79.

Dalam ujian t terdapat perbezaan signifikan antara sektor perkhidmatan dan

bukan perkhidmatan dalam kemahiran asas akademik (t=2.241; p=.030), perancangan

kerja (t=2.366 ; p=.022). Manakala aspek-aspek lain seperti kemahiran pemikiran aras

tinggi, kualiti individu dan melaksanakan kerja tidak menunjukkan perbezaan yang

signifikan.

Ini menunjukkan sektor perkhidmatan lebih mementingkan kebolehanpasaran

dan kebolehan bekerja graduan IPTA berbanding majikan di sektor bukan

perkhidmatan. Terutamanya aspek kemahiran asas akademik dan perancangan kerja.

Maklumat ini penting kepada para graduan bagi mempersiapkan diri dari segi aspek

kemahiran asas akademik dan perancangan kerja.

5.6 Persepsi Majikan Terhadap Kebolehpasaran dan Kebolehan Bekerja

Antara Majikan Kerajaan Berdasar Umur Majikan.

Berdasarkan ujian ANOVA di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam

aspek kemahiran asas akademik ( F=2.607; p=.084), kemahiran pemikiran aras tinggi

Page 30: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

29

(F=.991 ;p=.379), kualiti hidup (F=2.082, p=1.36), perancangan kerja (F=.048,

p=.953) dan melaksanakan kerja (F=1.906, p=.160). Maklumat ini berguna kepada

para graduan bahawa aspek umur tidak mempengaruhi persepsi majikan terhadap

kebolehpasaran dan kebolehan bekerja graduan IPTA.

5.7 Perbincangan

Kajian oleh Dr. Jacquelyn P. Robinson (Community Workforce Development

Specialist 2000) menunjukkan walaupun tahap kelulusan yang diperlukan untuk

memasuki sesuatu pasaran kerja kadangkala rendah, namun kemahiran asas akademik

masih menjadi komponen yang terpenting untuk menentukan kebolehpasaran graduan

IPTA.

Selain kelulusan akademik untuk menjamin kebolehpasaran graduan,

kemahiran berfikir aras tinggi juga sangat penting. Keupayaaan untuk berfikir,

memberi sebab musabab, dan membuat keputusan adalah penting bagi seseorang

pekerja untuk menjadi maju dan ke hadapan. Seseorang yang dapat berfikir secara

kritis, bertindak secara logik dan menilai situasi untuk membuat sesuatu keputusan

dan menyelesaikan sesuatu masalah, adalah satu aset yang penting dan bernilai kepada

majikannya.

Kualiti individu pula penting dalam menjadi indikator kebolehpasaran graduan

kerana tanpa kualiti individu, adalah sukar untuk majikan menggunakan pekerja

secara efektif untuk melakukan sesuatu tugasan. Pekerja yang mempunyai kualiti

individu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap dirinya sendiri dan dapat

membuat perundingan dengan individu lain dengan penuh berkesan dan terbuka di

samping menunujukkan rasa hormat pada diri sendiri dan orang lain. Pekerja yang

mempunyai kualiti individu merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada

oganisasi tempat, iaitu mereka bekerja dan ini membuatkan mereka menjadi individu

yang poitif terhadap kerjaya dan organisasi tempat mereka bekerja.

Kegagalan melengkapkan generasi muda atau graduan dengan kemahiran

untuk bekerja (employability skills) adalah sama seperti gagal untuk memasarkan

graduan atau generasi muda ini untuk menjadi pekerja yang efektif kepada organisasi

Page 31: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

30

tempat mereka bekerja. Walaubagaimanapun, hal ini dapat diatasi dengan beberapa

cara. Kemahiran untuk bekerja (employability skills) adalah satu kemahiran yang

boleh diajar sama ada di peringkat sekolah mahupun di tempat latihan pekerja. Tujuan

dan objektif untuk mengajar kemahiran untuk bekerja ini perlu ditentukan terlebih

dahulu sebelum diajarkan. Modul perlu direka untuk memastikan tujuan dan objektif

mengajar kemahiran untuk bekerja ini tercapai.

Selain itu, ibu bapa perlu terlibat dalam menentukan kemahiran untuk bekerja

(employability skills) dan menjadi model sejak peringkat sekolah lagi. Seterusnya,

kemahiran untuk bekerja perlu diajar menggunakan pendekatan demokratik agar

kesedaran pelajar terhadap nilai, sikap dan tanggungjawab bekerja meningkat. Di

samping itu, penyelia, jurulatih dan guru perlu menunjukkan contoh yang baik

terhadap contoh yang mereka ingin semaikan. Para pelajar perlu diberi peluang untuk

memerhati dan memahami kemahiran untuk bekerja yang diperlukan oleh mereka

apabila memasuki pasaran bekerja. Tambahan pula, apabila perlu, keadaan tempat

belajar perlulah menggambarkan keadaan sebenar tempat kerja. Lebih-lebih lagi,

setkan harapan yang tinggi terhadap pelajar untuk kemahiran bekerja yang diperlukan

oleh mereka. Bukan itu sahaja, ajarkan dan bukan memberitahu. Tugas guru dan

jurulatih menjadi lebih berkesan sekiranya mereka menjalakan tugas sebagai

fasilitator, iaitu dengan menjadi contoh kepada para pelajar.

Satu perkara yang penting menjadikan seseorang berjaya dalam kerjaya ialah

memiliki tahap akademik yang baik di samping mempunyai kemahiran berfikir aras

tinggi. Kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan yang baik akan menjadikan

seseorang pekerja mempunyai nilai tambah. Bagi seseorang majikan, seseorang

pekerja yang boleh berfikir secara kritikal, bertindak logik dan menilai situasi untuk

membuat keputusan dan menyelesaikan satu-satu masalah dianggap aset penting bagi

sesuatu organisasi.

Selain kelebihan di atas, seseorang pekerja mempunyai nilai tambah jika

mempunyai kemampuan berfikir dengan menggunakan teknologi terkini seperti

komputer dan lain-lain peralatan teknologi tinggi. Selain daripada tahap akademik dan

kemampuan berfikir, kemahiran interpesonal juga menjadi asas penting dalam alam

Page 32: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

31

pekerjaan. Seseorang yang memiliki kemahiran interpesonal mempunyai keyakinan

diri dan dapat beurusan dengan pihak lain secara jujur dan terbuka. Ini akan

menyebabkan pekerja tersebut akan dihormati oleh pekerja bawahan dan juga pihak

atasan.

5.8 Kesimpulan

Lima konstruk telah dikaji dalam membuat tinjauan terhadap kebolehpasaran dan

kebolehan bekerja graduan IPTA dari persepsi majikan. Maklumat ini amat berguna

bagi kedua-dua belah pihak sama ada majikan mahupun graduan IPTA itu sendiri.

Pertamanya dari aspek kebolehpasaran, 3 kemahiran telah dikaji, iaitu kemahiran asas

akademik, kemahiran pemikiran aras tinggi dan juga kualiti individu. Daripada 3

kemahiran tersebut , kemahiran asas akademik lebih penting berbanding dengan

kemahiran yang lain. Manakala bagi aspek kebolehan bekerja, kemahiran perancangan

kerja adalah lebih dititik beratkan daripada kemahiran melaksanakan kerja. Jika dilihat

dari sektor pekerjaan, terdapat perbezaan yang signifikan antara majikan dalam sektor

perkhidmatan dengan sektor bukan perkhidmatan terhadap perancangan kerja.

Manakala berdasarkan kaum pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

kebolehpasaran dan kebolehan bekerja dari persepsi majikan.

RUJUKAN

Baxter, M. B. & Young, J. L. 1982. What do employers expect from high school graduates? NASSP Bulletin 66/458: 93-98.

Buchanan, J. 1990. Ready for work, a call to action. Anchorage, AK: Alaska's Youth: Ready for Work, November 1990.

Buck, L. L. & Barrick, R. K. 1987. They're trained, but are they employable? Vocational Education Journal 62/5: 29-31.

Page 33: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

32

Charner. 1988. Traning, task flexibility and low-skilled workers’ employability.Packer, A. H. 1992. Taking action on the SCANS report. Educational Leadership

49/6: 27-31.

Poole, V. A. 1985. Work experience programs can held develop human relations skills. Business Education Forum 39 : 9-10.

Ramlee. 2002. The role of vocational and technical education in the industrialization of Malaysia as perceived by educators and employers. Doctoral Dissertation, Purdue University.

Robinson, J.P. 2001. Workplace skills needed by today’s workers. Alabama Cooperative Extension System: volume 2, 16. August 30, 2001. http://www.aces.edu/department/crd/publications/workforce/8-30-01-Workplace-Skills Needed-by-Today%27s-Workers.pdf. [5 Ogos 2009].

Rosove, B. 1982. Employability assessment: its importance and one method of doing it. Journal of Employment Counseling 19/3: 113-123.

Secretary's Commission on Achieving Necessary Skills. 1991. What work requires of schools. A SCANS report for america 2000. Washington, DC: U.S Department of Labor, June 1991.

Kumpulan Penyelidik

1. Prof. Madya Dr. Muhammad Hussin

2. Prof. Madya Dr. Norasmah Othman

3. Dr. Jamaludin Hj. Badusah

4. Dr. Jamil Ahmad

Page 34: Laporan Kajian Employability Dan Workability Prosiding

33