Laporan Kajian Tindakan Kuasai Sifir 9

7

Click here to load reader

description

6

Transcript of Laporan Kajian Tindakan Kuasai Sifir 9

Laporan Kajian Tindakan (Matematik)

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menghafal Sifir 9Di Kalangan Murid-murid Tahun 2Dengan Teknik Pergerakan JariPenghargaanAlhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Laporan Kajian Tindakan ini.Setinggi penghargaan ditujukan kepada En Tan Wei Yang yang selaku Ketua Panitia Mata Pelajaran Matematik kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta dapat meluangkan masa untuk berdiskusi di sepanjang penulisan dan pelaksanaa laporan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada En Teo Meng Kian selaku Guru Besar SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor telah memberikan sokongan padu dalam melaksanakan kajian ini.Sekalung budi juga ditujukan kepada rakan-rakan sepejuangan di atas segala kerjasama yang telah kalian berikan di sepanjang kajian ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak kerana banyak memberikan kerjasama, buah fikiran dan dorongan dalam kajian ini. Semoga Allah dapat membalas segala jasa-jasa kalian.Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih dan penyayangAbstrak Menghafal Sifir 9 merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam tajuk Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 . namun begitu, dari pemerhatian saya, murid-murid masih menghadapi masalah untuk mengira soalan-soalan yang berkaitannya dengan tepat. Respoden saya terdiri daripada 4 orang murid Tahun 2A. Mereka ini merupakan murid-murid yang telah disaringi dari Program LINUS. Oleh yang demikian, mereka ini memang kurang mahir membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, mereka sebenarnya menghadapi kesukaran untuk memahami konsep-konsep yang akan disampaikan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika dibiarkan, dikhuatiri masalah ini akan terbaa-bawa hingga ke yajuk yang melibatkan nombor-nombor yang lebih besar.Dari pemerhatian yang dijalankan melalui sesi temubual antara guru kelas dengan murid-murid, saya dapati mereka kurang berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Mereka tidak faham dengan cara kiraan yang saya gunakan iaitu Hafalan Sifir. Faktor ini menyebabkan mereka merasa bosan ketika dalam kelas. Mereka tidak dapat menjawab latihan yang disediakan dengan tepat. Berpandukan konsep soalan yang ada dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, saya telah menjalankan Ujian Pra untuk mengenalpasti sejauh mana kelemahan mereka. Dari Ujian Pra, saya mendapati hanya 25% murid sahaja yang dapat menjawab soalan keseluruhan secara tepat.Berdasarkan masalah yang telah saya kenalpasti ini, maka saya mengamil keputusan untuk menggunakan teknik pergerakan jari sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana memang sikap kanak-kanak suka berada dalam suasana yang riang gembira. Saya telah mngambil inisiatif dengan mencipta sebuah permainan tanpa alatan (10 jari tangan). Selepas semua aktiviti ini dijalankan, saya minta murid ulangkan permainan pergerakan jari semula yang telah mereka belajari semasa menjawab soalan-soalan dalam Ujian Pos. Bagi Ujian Pos, peratus keseluruhan telah meningkat sebanyak 50% iaitu dari 25% ke 75%. Bagi saya, ianya adalah satu perubahan yang positif.Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu kaedah yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya mencadangkan agar kaedah ini digunakan bagi meningkatkan kemahiran murid untuk konsep Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 dengan menggunakan nombor yang lebih besar.Latar Belakang KajianLaporan Prestasi yang dihasilkan oleh guru mata pelajaran Matematik merupakan maklum balas pemeriksa kepada kerja-kerja yang ditunjukkkan oleh murid di atas kertas jawapan murid. Berdasarkan Laporan Prestasi Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi murid tahun 2A, jelas menunjukkan prestasi murid dalam sifir adalah rendah dan mengecewakan. Oleh itu, beberapa kajian awal telah dilakukan bagi menganalisis masalah menghafal sifir 9 yang dihadapi oleh murid Tahun 2A. Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Penolong Ketua Panitia Matematik, Cik Ng Su Mui ke atas murid tersebut dalam kemahiran menghafal sifir 9 jelas menunjukkan bahawa murid tersebut masih menghadapi kesukaran dalam menghafal Sifir 9.Pernyataan MasalahSifir 9 adalah salah satu kemahiran mendarab yang sering digunakan dalam kehidupan harian murid-murid dalam mengira. Sifir 9 ini membantu murid mengira dan menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Tanpa menghafal sifir 9 dengan baik dan betul, murid-murid tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat dan tepat.Metodologi Kajian1.Reka Bentuk KajianPenyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah:Peringkat Langkah Pertama: Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu masalahpenuasaan kemahiran menghafal sifir 9 dikalangan murid Tahun 2A. Setiap masalah dicatatdan dikaji bersama di kalangan guru Matematik.Peringkat Langkah Kedua: Perancangan kajian cara menguasai kemahiranmenghafal Sifir 9 yang berkesan.Peringkat Langkah Ketiga: Pelaksanaan tindakan.Peringkat Langkah Keempa t: Pemerhatian.Peringkat Langkah Kelima: Membuat refleksi atau renungan dan penilaiankendiri.2.Sasaran KajianKajian akan dijalankan ke atas murid Tahun 2A yang telah dikenal pasti menghadapi masalah dalam menghafal sifir 9.3.Batasan KajianKajian ini memberi tumpuan kepada aspek sifir 9 dalam bentuk konseptual.4.Alat Instrument KajianBagi mengesan kesukaran murid dalam menghafal sifir 9, instrument berikut digunakan:a.Soalan ujian : Untuk menentukan tahap pencapaian dan pengtahuan muridterhadap Sifir 9.b.Temubual : Mendapat maklum balas terhadap pengajaran guru dankesukaran yang dihadapi oleh murid.c.Pemerhatian : Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru danmengenalpasti pembelajaran murid.5.Teknik Analisis Dapatan KajianHasil kajian soalan kajian akan dianalisis dengan mengira markah pencapaian murid, temubual akan dianalisis dengan analisis isu dan dilema manakala pemerhatian akan dianalisis dengan analisis secara perbincangan dan analisis aspek-aspek yang tidak terduga.1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang LaluDalam tajuk Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000, terdapat satu kemahiran asas yang mula-mula diperkenalkan iaitu Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9. Bunyinya seperti mudahuntuk diajar tetapi rupa-rupanya ia merupakan satu kemahiran yang sukar untuk difahami. Murid Tahun 2A tidak dapat memahami konsep ini walaupun telah diterangkan secara berulang-ulang kali. Kaedah penerangan yang sama setiap kali sesi pengajaran menyebabkan murid bosan, malas dan mengantuk untuk mendengar apa yang saya ajar. Apabila mereka berasa bosan, maka mereka tidak akan dapat memahami konsep yang ingin saya sampaikan.Tahun 2A merupakan murid-murid yang telah disaring dari Program LINUS.Mereka terdiri daripada murid-murid yang amat lemah dalam kemahiran membaca, menulis dan sekaligus lemah dalam pengiraan. Ini menyebabkan murid secara keseluruhannya tidak faham apa yang dikehendaki semasa menjawab soalan-soalan untuk kemahiran ini. 70% dari mereka hanya menggarukan kepala apabila diajukan soalan yang bagi mereka amat sukar untuk diselesaikan.Kemahiran ini merupakan pengenalan untuk tajuk Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000. Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran ini, maka mereka tidak akan dapat mengaitkannya dengan kemahiran seterusnya. Kemahiran yang seterusnya ialah membahagi ayat Matematik. Contohnya : 72 9 = 8. Sekiranya konsep Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 tidak dikuasai, makamereka sudah tentu tidak tahu bahawa apabila melihat perkataan darab @ kali atau simbol X ianya membawa maksud ulangan .Saya bersama-sama murid-murid Tahun 2A setiap hari. Waktu pengajaran dan pembelajaran bagi Matematik telah ditetapkan selepas rehat. Sebagaimana yang kita ketahui, waktu rehat merupakan waktu bermain dan berseronok bagi murid Tahun 2A. Tanpa disedari, apabila sesi kelas dimulakan selepas rehat, mereka akan mula menunjukkan tanda-tanda keletihan dan kebosanan.Justeru itu, saya ingin mengetengahkan idea ini agar proses pengajaran dan pembelajaran saya lebih menyeronok dan berkesan.2. Fokus KajianKajian saya ini berfokus kepada Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000. di dalam tajuk ini, murid saya keliru denga soalan yang dikemukakan sama ada perlu menambah atau membahagi nombor yang diberikan. Ada juga di kalangan murid yang menulis jawapan mengikut sesuka hati mereka sahaja.Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, maka kesalahan ini akan berterusan kepada tajuk yang akan datang terutama apabila ianya melibatkan nombor yang lebih besar.3. Objektif Kajian3.1 Objektif Am:Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan muridbagi kemahiran Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9.3.2 Objektif Khusus :3.2.1Menarik minat murid dengan permainan pergerakan jari bagi kemahiran ini.3.2.2Memberi peluang murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankandi dalam kelas.3.2.3Mengaplikasikan permainan semasa menjawab soalan yang telah disediakan.3.2.4Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan konseppengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.4. Kumpulan SasaranKumpulan sasaran saya teediri daripada 4 orang murid Tahun 2A. Mereka merupakan murid-murid yang telah disaring dalam Program LINUS. Mereka sangat lemah dalam membaca, menulis dan sekaligus menghadapi juga masalah dalam pengiraan. Seorang murid kelas ini hasil ujiannya adalah di bawah paras normal. Atas kekangan dari ibubapa, mereka tidak dihantar ke Sekolah Pendidikan Khas. Oleh itu, saya juga melibatkan mereka dalam kajian ini.5. Pelaksanaan Kajian5.1Tinjauan Masalah5.1.1PemerhatianSaya membuat pemerhatian masalah ni berdasarkan latihan yang telahmereka buat dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang telah dibekalkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana latihan-latihan yang terkandung di dalam buku ini juga adalah menepati konsep yang dikehendaki olehSukatan Pelajaran.Selain dari itu, saya juga membuat pemerhatian melalui soalan lisan secara terus kepada murid.5.1.2TemubualSaya juga telah meminta jasa baik guru kelas bagi menjalankan tinjauansecara temubual bersama murid. Saya tidak menjalankan sendiri prosestemubual ini kerana saya bimbang tidak akan mendapat jawapan yang yangikhlas dari murid. Ini kerana banyak faktor boleh boleh mempengaruhikeadaan ini seperti murid malu atau takut kepada saya. Guru kelas ini telahsaya bekalkan dengan soalan pabduan yang akan ditanya kepada murid-murid ini.5.1.3Ujian PraUntuk meninjau sejauh mana masalah yang dihadapi oleh mereka untuk menjawab soalan, saya telah menjalankan Ujian Pra. Dalam ujian ini, setiap murid dibekalkan dengan lembaran soalan. Setiap murid perlu menjawab 10 soalan di dalam lembaran ini.Contoh soalan adalah seperti:a)84 x 9 = ____b) 53 x 9 = ____84 darab 9 sama dengan.53 darab 9 sama dengan5.2Analisis Tinjauan Masalah5.2.1Analisis PemerhatianMelalui proses pemerhatian di dalam Buku Latihan dan Aktiviti, 50% latihan tidak dapat dijawab dengan tepat. Mereka hanya meletakkan jawapan mengikut gerak hati mereka sendiri. 30% jawapan mereka adalah hasil tambah manakala 40% lagi merupakan jawapan tekaan sahaja. Hanya 30% sahaja menjawab soalan dengan tepat.5.2.2Analisis TemubualDari proses temubual di antara guru kelas dengan murid pula, saya mendapati mereka tidak faham dengan kaedah penerangansaya yang hambar. Selain itu, penerangan yang berulang-ulang juga menyebabkan mereka berasa bosan. 80% dari murid ini telah mengakui keadaan tersebut. Menurut mereka, saya membebel seorang diri.5.2.3Analisis Ujian PraBilMuridMarkah

1Chua3/10

2Khoo5/10

3Tan1/10

4Tung8/10

5.3Tindakan Yang Dijalankan5.3.1Aktiviti-aktiviti Yang DijalankanSebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang iaitu:a.Aktiviti 1 : Memerhati demontrasi permainan pergerakan jari.b.Aktiviti 2 : Mengikut dan mengingat pergerakan jari yang telah didemontrasikan dengan sempurna.c.Aktiviti 3 : Menunjukkan pergerakan jari sambil menghafal Sifir 9.5.3.2Bahan-bahan Yang Dijalankana.Aktiviti 1 : Jari Tangan gurub.Aktiviti 2 : Nota catatanc.Aktiviti 3 : Jari tangan murid-murid5.3.3Instrumen dan Langkah-langkah Pemerhatiana.Kajian saya dijalankan di dalam kelas 2A. kelas ini telah pun dibekalkan dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi program EteMs selengkapnya.b.Kajian ini telah dijalankan pada 14 Oktober. Ianya dijalankan selama 30 minit mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.c.Aksi-aksi spontan murid di dalam kelas sepanjang kajian dijalankan telah diambilkan dengan menggunakan kamera digital.5.4Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian5.4.1Pelaksanaan Aktiviti 1Memperdengarkan murid-murid dengan hafalan Sifir 9 sambilmemerhatikan demontrasi. Guru mendemontrasi sambil menggalakan muriduntuk turut menghafalkan sifir tersebut. Hafalan Sifir 9 dan demontrasi inidiperhatikan sebanyak 3 kali supaya murid dapat menghafal denmengikutikan dengan tepat.Apabila demontrasi ditunjukkan bersama hafalan Sifir 9, murid mulamenunjukkan aksi mereka yang tersendiri. Ternyata mereka seronok melihat demontrasi tersebut bergerak-gerak di hadapan mereka. Apabila mendengar hafalan Sifir 9, mereka menggoyang-goyangkann jari tangan sambil menganjuk Sifir 9 itu disebutkan.5.4.2Pelaksanaan Aktiviti 2Guru mendemontrasi teknik-teknik pergerakan jari. Guru menyebuthafalan Sifir 9 sambil mengerakan jari satu demi satu hingga jat terakhr habis dengan hafalan Sifir 9.Kaedah ini diulangi sebanyak 2 kali supaya murid dapat mengenalpasti bagaimana proses pendaraban berlaku. Murid diajak menyebut bersama dengan guru.Pemerhatian :Murid mula meminta keizinan untuk mengambil bahagian dalam prosesmengerakan kesepuluhan jari tangan di atas meja tulis mereka masing-masing satu per satu.5.4.3Pelaksanaan Aktiviti 3Guru memberi penerangan bagaimana mengenalpasti proses pendaraban dengan mengingati semula Sifir 9 yang telah diajarkan.Proses mengingat semula Sifir 9 diaplikasikan semasa menjawab soalancontoh.Pemerhatian :Murid mengajuk semula Sifir 9 secara perlahan semasa prosesmenjawab soalan yang telah disediakan.5.5Refleksi Kajian5.5.1Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)Untuk menilai pencapaian murid, saya telah menjalankan ujian pos. hasil dari ujian pos adalah seperti berikut:BilMuridMarkah

1Chua9/10

2Khoo9/10

3Tan2/10

4Tung10/10

Berikut adalah jadual perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos:BilMuridUjian PraUjian Pos

1Chua3/109/10

2Khoo5/109/10

3Tan1/102/10

4Tung8/1010/10

5.5.2Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang DijalankanSecarakeseluruhannya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat mencukupi konsep yang ingin disampaikan. Waktu yang diperuntukkan bagi satu sesi aktiviti adalah 30 minit dan ini adalah bersesuaian dengan jumlah waktu mengajar mata pelajaran Matematik setiap hari.5.5.3Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan PembelajaranSaya merasakan semua aktiviti ini dapat membantu meningkatkan hafalan Sifir 9 penguasaan konsep yang saya kaji. Murid dapat belajar dalam suasana ceria dan gembira. Guru juga tidak tertekan untuk memahamkan murid tentang konsep yang ingin disampaikan.6.Cadangan Kajian SeterusnyaPada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu kaedah yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya mencadangkan agar kaedah ini akan digunakan bagi kemahiran yang lain terutamanya kepada jumlah nombor yang lebih besar.