laporan kantin.docx

7
http://kantinskts.blogspot.com/2012/02/laporan- pemantauan-kantin-dari-jabatan.html LAPORAN PEMANTAUAN KANTIN DARI JABATAN KESIHATAN DAERAH Pendahuluan: Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang bersih dan kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak sekolah. Laporan: Pada hari Selasa, 14 Februari 2012 pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah Sepang telah hadir membuat pemantauan ke kantin khususnya di dalam dapur kantin buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. Ia merupakan pemantauan berkala secara tahunan yang telah dihadiri oleh dua orang pegawai pada jam 9.00 pagi. Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam selaku ketua unit kantin telah mengiringi pegawai bertugas sepanjang pemantauan dijalankan meliputi kawasan kantin, Pra Sekolah A dan Pra Sekolah B. Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan proses penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder yang betul selain memastikan kebersihan kantin berada di tahap yang memuaskan. Keputusan pemantauan: Hasil daripada pemantauan yang dijalankan di ketiga-tiga kawasan, didapati semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Namun terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian bagi memastikan kantin (serta dua dapur pra sekolah) berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh membawa kemudharatan kepada pelanggan dari kalangan murid dan kakitangan sekolah. Antara teguran dan saranan yang dimaklumkan adalah:

Transcript of laporan kantin.docx

http://kantinskts.blogspot.com/2012/02/laporan-pemantauan-kantin-dari-jabatan.html

LAPORAN PEMANTAUAN KANTIN DARI JABATAN KESIHATAN DAERAH

Pendahuluan:Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang bersih dan kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak sekolah.

Laporan:Pada hari Selasa, 14 Februari 2012 pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah Sepang telah hadir membuat pemantauan ke kantin khususnya di dalam dapur kantinbuat kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. Ia merupakan pemantauan berkala secara tahunan yang telah dihadiri oleh dua orang pegawai pada jam 9.00 pagi. Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam selaku ketua unit kantin telah mengiringi pegawai bertugas sepanjang pemantauan dijalankan meliputi kawasan kantin, Pra Sekolah A dan Pra Sekolah B. Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan proses penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder yang betul selain memastikan kebersihan kantin berada di tahap yang memuaskan.

Keputusan pemantauan:

Hasil daripada pemantauan yang dijalankan di ketiga-tiga kawasan, didapati semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Namun terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian bagi memastikan kantin (serta dua dapur pra sekolah) berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh membawa kemudharatan kepada pelanggan dari kalangan murid dan kakitangan sekolah.

Antara teguran dan saranan yang dimaklumkan adalah:

Di kantin.1.Kuku salah seorang pekerja didapati panjang.2.Bawah sinki didapati tidak diselenggara dengan baik di mana terdapat kebocoran yang mengakibatkan air dari sinki meleleh.3.Proses penyediaan makanan didapati tidak bersistematik walaupun berada dalam keadaan baik dan memenuhi prosuder yang ditetapkan.Lain-lain perkara di dapati baik selepas memantau persekitaran kantin termasuk bilik makan guru. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 88% dengan gred B bagi kantin SK Taman Seroja.

Di Pra-Sekolah A:1.Salah satu tin daripada stok makanan di dalam kabinet didapati kemek dan tidak selamat digunakan.2.Bekas (kotak) telur perlu dibuang sejurus telur habis digunakan. Tidak boleh disimpan di dapur kerana padanya wujud bakteria dan najis yang terdapat pada telur ayam.Pegawai pemantau mengingatkan pembantu murid agar sentiasa menjaga kesihatan. Lain-lain perkara berada dalam keadaan baik dan terkawal. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 86% bagi Pra-Sekolah A.Di Pra-Sekolah B:1.Pembantu murid didapati tidak memakai apron semasa bertugas.2.Pembantu murid didapati memakai barang kemas ketika bertugas.3.Pembantu murid didapati tidak mempunyai rekod dan lesen suntikan pelalian khas untuk penyediaan makanan.4.Susunan bahan makanan di dalam peti sejuk tidak bersistematik di mana terdapat percampuran tingkat antara bahan mentah dan bahan yang sedia dimakan. Buah-buahan yang telah dipotong hendakah ditutup dalam bekas atau plastik.Pra-sekolah dan pembantu murid ini walaupun masih baru, namun setiap prosuder dan peraturan harus diikuti bagi mengelakkan wujudnya sebarang kemudharatan sepanjang masa bertugas dan proses penyediaan makananan. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 80% bagi Pra- Sekolah B.

Kesimpulan:Ketiga-tiga kawasan yang dipantau berada didalam tahap baik namun memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kesemua pihak dari kalangan pentadbir, guru penyelaras kantin, penguasaha kantin dan juga pembantu murid di pra-sekolah telah diberi penjelasan mengenai keperluan mengikut proseder semasa proses penyediaan makanan. Insya-Allah pada Unit Kantin akan sentiasa bekerjasama dengan pihak terlibat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.