Laporan Karnival Permainan Tradisional
-
Upload
grace-emmanuelle-ramaswaren -
Category
Documents
-
view
222 -
download
4
Transcript of Laporan Karnival Permainan Tradisional
LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
LAPORAN SETIAUSAHA
Tarikh : 16 MAC 2013
Hari : SABTU
Masa : 7.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
Tempat : PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
Pada 16 Mac 2013 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan
di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari di
mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan PISMP 5E
ambilan Januari 2011 yang mana mengambil kursus subjek minor Pendidikan
Jasmani dan Sukan.
Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan pelajar iaitu PISMP 1B dan
PISMP 1F di mana empat buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih
iaitu lompat getah, golek kelapa, tuju selipar dan galah panjang. Sebelum Karnival
Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi
membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar diberi
tanggungjawab dan wajib melaksanakannya.
Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum perlaksanaan program ini
bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Dua
hari sebelum karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah
diadakan. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta
memahami segala peraturan setiap permainan tradisional ini. Setiap kumpulan
diminta memilih seorang ketua dan memilih nama kumpulan yang berunsurkan
tradisional.
Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 7.00 pagi,
persiapan padang telah di fokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau
tempat permainan tradisional diadakan selamat digunakan. Pelajar PISMP 5E telah
menghias tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga
menyediakan tempat bagi setiap permainan tradisional agar lebih tersusun. Pada
jam 7.30 pagi, para peserta tiba dan membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk
memastikan kehadiran semua peserta.
Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan
tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal
mereka main selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan
badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot
atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti
memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga slot
terakhir. Karnival ini sungguh meriah dengan gelagat peserta yang lucu dan
sebagainya.
Majlis penutupan di adakan di padang tersebut pada jam 12.30 tengahari
dimana penyelaras program Karnival Permainan Tradisional dan Pensyarah
Jabatan Pendidikan Jasmani memberikan ucapan dan penyampaian hadiah kepada
para peserta. Selesai sahaja majlis penutupan maka semua pengelola permainan
tradisional bergotong-royong membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih
dan boleh digunakan untuk aktiviti lain.
Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK
Induk diminta untuk membuat laporan dan menyerahkan kepada AJK Laporan
untuk difailkan. Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana
memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat
dan merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan.
Semoga program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.