Laporan Kejohanan Trek Dan Padang 2015

3
LAPORAN KEJOHANAN TREK DAN PADANG 2015 Nama: Muhammad Asyraf Safwan Bin Ahmad Zukri. Jawatan: Pengerusi Kejohanan Trek Dan Padang 2015. SEBELUM KEJOHANAN Mesyuarat pelaksanaan telah dijalankan beberapa kali untuk mengetahui sejauh mana pergerakan jawatankuasa-jawatankuasa dalam mengurus Kejohanan Trek Dan Padang. Sukantara dan Pra-Kejohanan juga berlansung dengan lancar walaupun terdapat gangguan seperti cuaca yang tidak baik, masalah teknikal dan sebagainya. Peralatan-peralatan juga telah dihantar ke stadium sehari sebelum kejohanan. Bukan itu sahaja, upacara raptai untuk perasmian kejohanan telah berlansung sebanyak dua kali sebagai persiapan untuk hari kejohanan. SEMASA KEJOHANAN Semua jawatankuasa telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi menjayakan kejohanan. Semua acara juga berlansung dengan lancar seperti yang terdapat dalam buku program. Upacara perasmian dan penutupan kejohanan telah berlansung dengan baik walaupun terdapat kekangan semasa mengadakan raptai. Aturcara dalam buku program juga diikut dengan sempurna. Kesimpulannya, semua jawatankuasa telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sehinggan kejohanan berlansung dengan jayanya. SELEPAS KEJOHANAN

description

KTP

Transcript of Laporan Kejohanan Trek Dan Padang 2015

LAPORAN KEJOHANAN TREK DAN PADANG 2015Nama: Muhammad Asyraf Safwan Bin Ahmad Zukri.Jawatan: Pengerusi Kejohanan Trek Dan Padang 2015.

SEBELUM KEJOHANANMesyuarat pelaksanaan telah dijalankan beberapa kali untuk mengetahui sejauh mana pergerakan jawatankuasa-jawatankuasa dalam mengurus Kejohanan Trek Dan Padang. Sukantara dan Pra-Kejohanan juga berlansung dengan lancar walaupun terdapat gangguan seperti cuaca yang tidak baik, masalah teknikal dan sebagainya. Peralatan-peralatan juga telah dihantar ke stadium sehari sebelum kejohanan. Bukan itu sahaja, upacara raptai untuk perasmian kejohanan telah berlansung sebanyak dua kali sebagai persiapan untuk hari kejohanan.SEMASA KEJOHANANSemua jawatankuasa telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi menjayakan kejohanan. Semua acara juga berlansung dengan lancar seperti yang terdapat dalam buku program. Upacara perasmian dan penutupan kejohanan telah berlansung dengan baik walaupun terdapat kekangan semasa mengadakan raptai. Aturcara dalam buku program juga diikut dengan sempurna. Kesimpulannya, semua jawatankuasa telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sehinggan kejohanan berlansung dengan jayanya.SELEPAS KEJOHANANSemua jawatankuasa bekerjasama mengemas kembali peralatan-peralatan yang digunakan seterusnya bersama-sama membersihkan kawasan stadium dengan cemerlang. Peralatan-peralatan telah disimpan di bilik jamuan VVIP dan dibawa pulang ke institut pada 10 Mac 2015. KEKUATAN1. Kerjasama yang jitu antara setiap jawatankuasa dalam menjayakan KTP 2015.2. Perancangan yang rapi sebelum kejohanan turut mempengaruhi kejayaan dalam penganjuran KTP 2015.3. Pengurusan masa yang efisien dalam penganjuran KTP 2015.4. Sokongan padu daripada pelajar IPGKBM memeriahkan lagi KTP 2015.KELEMAHAN1. Faktor cuaca di sebelah petang merencatkan aktiviti sukan yang dilaksanakan pada sebelah petang.2. Tarikh Kejohanan Trek Dan Padang yang tidak sesuai kerana ada segelintir pelajar yang terlibat dengan aktiviti luar.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN1. Pilih tarikh yang sesuai untuk kejohanan yang mana semua warga IPGKBM dapat menyertai KTP.2. Perlunya tenaga kerja yang ramai terutamanya dalam Jawatankuasa Teknikal dan Perlatan bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD ASYRAF SAFWAN BIN AHMAD ZUKRIPENGERUSI KTP 2015