Laporan kepimpinan pengawas

4
LAPORAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2016 PANITIA : UNIT DISIPLIN SEKOLAH : SJK (T) LADANG KAMPUNG BARU, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR. PROGRAM : PROGRAM MINGGU DISIPLIN TAHUN 2014 TARIKH : 28 – 30 Mac 2016 NAMA PROJEK / AKTIVITI : 1) Program Kepimpinan Pengawas TEMPOH PELAKSANAAN : 3 Hari OBJEKTIF : a) Mengetahui tugas dan peranan sebagai seorang pengawas b) Mengetahui dan mendalami peraturan-peraturan sekolah. c) Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan lebih berkesan d) Mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. STRATEGI PELAKSANAAN : 1. Program ini telah dilaksanakan selama tiga seperti yang dirancang dalam aktiviti tahunan Unit Disiplin. 2. Pertama sekali, ketua unit disiplin telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi memilih aktiviti- aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program kepimpinan pengawas ini.

description

laporan unit disiplin

Transcript of Laporan kepimpinan pengawas

Page 1: Laporan kepimpinan pengawas

LAPORAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2016

PANITIA : UNIT DISIPLIN

SEKOLAH : SJK (T) LADANG KAMPUNG BARU,

45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR.

PROGRAM : PROGRAM MINGGU DISIPLIN TAHUN 2014

TARIKH : 28 – 30 Mac 2016

NAMA PROJEK / AKTIVITI :

1) Program Kepimpinan Pengawas

TEMPOH PELAKSANAAN : 3 Hari

OBJEKTIF :

a) Mengetahui tugas dan peranan sebagai seorang pengawas

b) Mengetahui dan mendalami peraturan-peraturan sekolah.

c) Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan lebih berkesan

d) Mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

STRATEGI PELAKSANAAN :

1. Program ini telah dilaksanakan selama tiga seperti yang dirancang dalam aktiviti

tahunan Unit Disiplin.

2. Pertama sekali, ketua unit disiplin telah berbincang dengan Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid bagi memilih aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan

dalam program kepimpinan pengawas ini.

3. Setelah merancang kertas kerja telah pun disediakan dan mendapat kelulusan

dari Guru Besar sekolah.

4. Aktiviti perasmian telah dirasmikan oleh Guru Besar di tapak perhimpunan

dengan banting dan menyalakan lilin.

Page 2: Laporan kepimpinan pengawas

5. Pengawas sekolah telah diberikan taklimat tentang program ini dan aktiviti yang

diadakannya.

6. Ketua unit disiplin juga meminta semua pengawas berada di perpustakaan tepat

pada 12.30 tengah hari.

7. Semua aktiviti telah berjaya dijalankan dan dapat melihat peningkatan tahap

kepimpinan dalam diri pengawas sekolah.

REFLEKSI :

1. KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

i. Sokongan penuh daripada GPK HEM membantu unit disiplin bagi

menjayakan program ini seperti yang telah dirancang.

ii. Setiap aktiviti yang dijalankan amat sesuai dan menarik. Ianya mendapat

sambutan yang amat menggalakkan daripada semua murid. Murid-murid

dapat pengalaman yang bermakna melalui program ini.

iii. Program ini telah memberikan pendedahan baru kepada pengawas SJK (T)

Ladang Kampung Baru untuk mengenali tugas utama seorang pengawas

sekolah dan ciri-ciri kepimpinan.

iv. Di samping itu, program Kepimpinan Pengawas telah memberi peluang

kepada pengawas sekolah untuk membina slogan sendiri iaitu “Perfect

Prefect”.

2. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

i. Guru mata pelajaran kelas tidak membenarkan pengawas keluar tepat pada

pukul 12.30 tengah hari. Ini menyebabkan guru disiplin mengambil masa selepas

waktu sekolah untuk menghabiskan aktiviti yang dirancang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

i. Unit Disiplin perlu lebih memfokuskan kepada latihan membaca teks

perhimpunan kepada pengawas sekolah.

Page 3: Laporan kepimpinan pengawas

KESIMPULAN :

Secara kesimpulannya, program Kepimpinan Pengawas SJK (T) Ladang Kampung

Baru tahun 2016 telah dilaksanakan dengan baik sekali. 80 % objektif program telah

tercapai dan harus dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Catatan : (Gambar aktiviti telah disertakan dengan laporan ini)

PENGESAHAN LAPORAN DAN SEMAKAN

A. Disediakan oleh :

_________________________(CIK.THILAGARASI A/P SUBRAMANIAM) TARIKH : Ketua Unit DisiplinSJK (T) Ladang Kampung Baru,

B. Disahkan oleh:

____________________________ TARIKH :(EN.ANGAMUTHU)Guru Besar SJK(T) Ladang Kampung Baru

Page 4: Laporan kepimpinan pengawas