LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011
Transcript of LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011
LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN
SESI 2011.
MINGGU KE-TIGA PERSEKOLAHAN.
Pihak Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Pengawas dan Badan Disiplin telah
merancang dan mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk memastikan program ini dapat
berjalan dengan lancar. Pihak Bimbingan Kaunseling telah merancang bahagian modul,
manakala Unit Pengawas meyiapkan kertas kerja dan Badan Displin merangka jadual. Kerjasama
yang baik di antara ketiga cabang ini dan sokongan daripada barisan pentadbir maka apa yang
dirancang menjadi kenyataan.
20 JANUARI 2011.
SLOT 1( Pendaftaran dan Taklimat)
3.00 hingga 5.00 ptg.
Pendaftaran peserta berjalan dengan lancar dimana kelihatan ibu bapa menghantar anak-
anak mereka dan para peserta mula menanda kehadiran. Bahan program telah dibekalkan kepada
peserta yang berupa fail dan bahan ilmiah yang lain. Terdapat kelewatan pada peserta tahun 6
kerana mereka terpaksa pulang terlebih dahulu ke rumah (murid asrama). Seramai 4 orang murid
gagal melaporkan diri tanpa makluman kepada urusetia. Taklimat diberikan kepada para peserta
dan selepas itu mereka di bawa ketempat penginapan di asrama lama.
SLOT 2. ( Ice Breaking )
5.00 hingga 6.00 ptg.
Peserta diagihkan secara rawak kepada 10 kumpulan. Para fasilitator telah
memyampaikan tugasan secara kumpulan. Setiap individu diberi sebiji telur untuk dijaga sebagai
amanah. Slot ini bertujuan untuk mewujudkan suasana mesra dan saling bantu-membantu dalam
kumpulan tersebut. Mereka juga diwajibkan mencipta logo dan menerangkan maksudnya kepada
peserta lain.
SLOT 3 ( Kerohanian)
Seawal 7.15 ptg, para peserta telah berkumpul di surau untuk solat maghrib. Program
yang telah dijalankan ialah bacaan Yaasin dan Tazkirah. Selepas solat Isyak, para peserta telah
melakukan solat hajat.
SLOT 4 ( Kembara Kepimpinan)
9.30 hingga 11.00 mlm.
Slot ini bertujuan untuk menanam keyakinan dan keteguhan spiritual bagi diri peserta.
Peserta terpaksa berjalan seorang demi seorang ke blok-blok bangunan sekolah. Lampu-lampu
kawasan sekolah telah dipadamkan bagi menimbulkan suasana yang mencabar kepada para
peserta. Walaupun terdapat peserta yang menangis, melarikan diri dan ada juga yang terkencing,
namun dengan motivasi yang diberikan oleh para fasilitator kesemua peserta bejaya melaluinya.
SLOT 5 ( Konsep Asas Kepimpinan)
8.00 hingga 9.00 pagi.
Pendedahan dan keterampilan diri sebagai seorang pemimpin kecil telah didedahkan
dalam taklimat ini. Para peserta di sajikan dengan pengisian pembentukan sahsiah kepimpinan
diri melalui beberapa siri aktiviti. Sambutan para peserta amat baik kerana selain ceramah secara
langsung mereka turut mendapat input kepimpinan secara tidak langsung melalui aktiviti
permainan yang dilaksanakan.
SLOT 6 ( Tugas Khusus Pengawas)
9.00-10.00 pagi.
Peserta telah diberi taklimat berkaitan tugas-tugas kursus yang perlu dilaksanakan semasa
sesi persekolahan. Bidang tugas seoang pengawas telah digarap secara terperinci agar tidak
berlaku kekeliruan tugas kepada para pengawas.
SLOT 7 ( Raptai Majlis Pentauliahan )
10.00-10.30 pagi.
Slot ini telah dimasukkan dalam program ini bagi mengelak daripada para peserta
melakukan kesalahan yang terlalu nyata semasa majlis tersebut diadakan nanti. Keterampilan diri
dan cara menerima watikah nanti diajar kepada peserta agar mereka merasa yakin dan tidak takut
berada dalam majlis rasmi. Ketertiban dan menjaga protokol juga penting untuk ditonjolkan
kepada guru-guru lain agar mereka merasa pengawas pada tahun ini lebih mantap dan
bersahsiah.
SLOT 8 ( Perasmian Penutup )
Resolusi penutup program ini telah disempurnakan oleh Pn.Guru Besar. Kehadiran
Pn.Guru Besar sebenarnya telah menyuntik semangat yang tidak terhingga kepada para fasilitator
dan para peserta. Para pemenang atau tokoh peserta cemerlang telah diberikan hadiah sebagai
tanda penghargaan di atas kerjasama, kerajinan dan ketokohan yang ditunjukkan.
24 JANUARI 2011
MAJLIS PENTAULIAHAN
Objektif majlis ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dan meningkatkan rasa
yakin diri para pengawas. Majlis ini juga bertujuan sebagai meraikan kejayaan mereka kerana
berjaya menempuhi dan menjayakan setiap slot semasa Program Kepimpinan Pengawas. Seawal
7.30 pagi, semua pengawas telah beratur dan bersedia sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak
sekolah. Terpancar riak bangga dan gembira pada wajah semua pengawas. Puan Guru Besar
diiringi oleh GPK HEM telah menyempurnakan majlis tersebut.
RUMUSAN.
Secara umumnya, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan tolak
ansur antara para fasilitator merupakan intipati kejayaan sebenar program ini. Tidak lupa juga
dorongan dan bantuan para pentadbir. Diharap kem ini dapat melahirkan pengawas yang
diharapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Namun apa yang perlu diingatkan bahawa para
pengawas ini merupakan kanak-kanak yang perlu sentiasa diingatkan, dipesan, disuruh kerana
itulah fitrah semulajadi kanak-kanak.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………………………. ……………………………..
(Mohd Shoufizam Shafie) ( Hjh.Kintan bt. Ahmad)
Penyelaras UBK Guru Besar
Sk.Kijal Sk.Kijal
DIARI KEM KEPIMPINAN DAN PENTAULIAHAN PENGAWAS 2011