Laporan Kursus Kejurulatihan KOM

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO KOKURIKULUM : OLAHRAGA TARIKH : 7-3-2015 (SABTU) MASA : 8.00-10.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SRI TEMENGGONG IPGKTI PENSYARAH : EN. TAMILARASU A/L SUBRAMANIAM TAJUK / KEMAHIRAN : KURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN KOM Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Kursus bermula pada 8.00 pagi. Penceramah yang memberi info ialah Encik Ho Kee Wee dari SK Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontain Johor. Encik Ho menjelaskan peraturan olahraga bagi acara balapan dan juga peranan bagi pegawai-pegawai olahraga. Antara peranan pegawai yang dibincangkan ialah pengarah pertandingan, pengurus kejohanan, pengurus teknikal, referi-referi, hakim-hakim, pengadil-pengadil, penjaga masa dan hakim penamat foto, pelepas, penolong pelepas, pencatat pusingan, setiausaha pertandingan, pengawas, juruhebah, juruukur rasmi , penjaga alat penyukat angin dan hakim-hakim bilik panggilan. Dengan adanya penjelasan daripada Encik Ho, kami memahami peranan setiap pegawai olahraga dan mengetahui tugas pegawai masing-masing. Untuk peraturan acara balapan, peraturan-peraturan seperti ukuran balapan, blok mula, permulaan, perlumbaan, penamat, catatan masa dan foto penamat, kedudukan seri, lari berpagar, lari berhalangan dan lari berganti-ganti diterangkan oleh Encik Ho. Kandungan yang disampaikan ialah ukuran standard balapan larian

description

Laporan Kursus Kejurulatihan KOM 2015

Transcript of Laporan Kursus Kejurulatihan KOM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO

KOKURIKULUM:OLAHRAGATARIKH:7-3-2015 (SABTU)MASA: 8.00-10.00 PAGI TEMPAT:DEWAN SRI TEMENGGONG IPGKTIPENSYARAH:EN. TAMILARASU A/L SUBRAMANIAMTAJUK / KEMAHIRAN: KURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN KOM

Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Kursus bermula pada 8.00 pagi. Penceramah yang memberi info ialah Encik Ho Kee Wee dari SK Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontain Johor. Encik Ho menjelaskan peraturan olahraga bagi acara balapan dan juga peranan bagi pegawai-pegawai olahraga. Antara peranan pegawai yang dibincangkan ialah pengarah pertandingan, pengurus kejohanan, pengurus teknikal, referi-referi, hakim-hakim, pengadil-pengadil, penjaga masa dan hakim penamat foto, pelepas, penolong pelepas, pencatat pusingan, setiausaha pertandingan, pengawas, juruhebah, juruukur rasmi , penjaga alat penyukat angin dan hakim-hakim bilik panggilan. Dengan adanya penjelasan daripada Encik Ho, kami memahami peranan setiap pegawai olahraga dan mengetahui tugas pegawai masing-masing. Untuk peraturan acara balapan, peraturan-peraturan seperti ukuran balapan, blok mula, permulaan, perlumbaan, penamat, catatan masa dan foto penamat, kedudukan seri, lari berpagar, lari berhalangan dan lari berganti-ganti diterangkan oleh Encik Ho. Kandungan yang disampaikan ialah ukuran standard balapan larian hendaklah 400 meter. Garisan putih untuk balapan ialah 5sm. Lebar lorong ialah 1.22 meter. Pengukuran dibuat dengan menggunakan pita atau tolok pengukur keluli tentukur yang disahkan.Blok mula perlu digunakan dalam semua permulaan sehingga dan termasuk 400m. Pemasangan blok mula mempunyai syarat tertentu iaitu kukuh, dipasang guna pin dan pepaku dan lain-lain. Arahan bagi acara sehingga dan termasuk 400m dan arahan yang bermula dari acara 800m adalah berbeza. Cara pengiraan rasmi mempunyai cara tertentu iaitu direkodkan dalam kiraan 0.1 saat yang lebih tinggi. Kesimpulannya, kami telah diberi pendedahan tentang peraturan acara balapan dan tugas peranan pegawai olahraga dalam kursus ini.