Laporan Latihan Industri

6
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM SESSI JUN 2015 NAMA : SAMSUL ARIFIN BIN ARFASIDI NO MATRIC : 17DKA13F208A NAMA PENYELIA : EN IR. MOHD JAFRI BIN IDRIS JAWATAN : PENGARAH SYARIKAT SYARIKAT : PAN SEJATI ASSOCIATES SDN BHD

description

re

Transcript of Laporan Latihan Industri

LAPORAN LATIHAN INDUSTRIDIPLOMA KEJURUTERAAN AWAMSESSI JUN 2015

NAMA : SAMSUL ARIFIN BIN ARFASIDINO MATRIC: 17DKA13F208ANAMA PENYELIA: EN IR. MOHD JAFRI BIN IDRISJAWATAN : PENGARAH SYARIKATSYARIKAT: PAN SEJATI ASSOCIATES SDN BHD

ISI KANDUNGAN

NOTAJUK

MUKA SURAT

1PENGENALAN

2LATAR BELAKANG SYARIKAT

3RINGKASAN MINGUAN

4LAPORAN TEKNIKAL

5DAPATAN ATAU CADANGAN

6KESIMPULAN

PENGENALAN Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah saya menamatkan latihan industry dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan industry saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya. Dalam tempoh masa 6bulan bermula pada 22 JUN 2015 sehingga 6 NOVEMBER 2015 , saya telah menjalankan latihan industri di syarikat PAN SEJATI ASSOCIATES SDN BHD , dalam tempoh saya berada di organisasi ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini saya dapat mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di politeknik dan mengenali bahan, kelemgkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri. Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini ialah , bagi saya dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu kami menambah keyakinan diri terhadap kemampuan kami.

Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Di dalam latihan industri ianya akan memberi peluang kepada saya untuk mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di titik beratkan dalam alam pekerjaan. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin, bertanggungjawab, membuat keputusan untuk dan berupaya menguji keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yng berkuliti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang