Laporan Latihan Industri lengkap Politeknik Kota Kinabalu
-
Upload
eiwan-azrul -
Category
Education
-
view
2.277 -
download
18
description
Transcript of Laporan Latihan Industri lengkap Politeknik Kota Kinabalu
1 | P a g e
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
OLEH
EIWAN AZRUL BIN HAMIRUN
07DEP12F2021
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
Buku laporan ini dikemukakan kepada jabatan
kejuruteraan Elektrik
sebagai memenuhi sebahagian dari syarat
penganugerahan
diploma kejuruteraan Elektronik (komunikasi)
2 | P a g e
BAB 1
1.1 PENGENALAN
Bagi setiap penuntut POLITEKNIK yang terdapat di Negara ini di wajibkan untuk
menjalani Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun Diploma. Ini
adalah syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK dan tempoh Latihan
Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan diberi tempoh ini untuk
menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih sendiri ataupun yang telah
ditentukan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK.
Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat Sijil
dan semester keempat bagi Kursus Peringkat Diploma ( kecuali bagi penuntut Kursus Diploma
Sains Kesetiausahaan iaitu bagi semester ketiga ). Penganugerahan Sijil atau Diploma hanya
akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan Industri sebelum
menyambung semula semester nanti. Ia juga merupakan salah satu syarat yang di wajibkan
untuk penganugerah Sijil mahupun Diploma. Dengan ini para penuntut POLITEKNIK semua
harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak boleh memandang remeh
sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat mengetahui alam pekerjaan yang
sebenar-benarnya.
3 | P a g e
1.2 PENDAHULUAN
Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma adalah satu
langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan ramai tenaga mahir
dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang menuntut di Politeknik dapat
menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah disamping itu juga, mereka dapat
mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa belajar di tempat pengajian. Ini kerana ketika
apa yang para pelajar belajar di tempat pengajian berbanding semasa menjalani Latihan Industri
ini adalah amat berlainan sekali. Ternyata semasa para pelajar menjalani Latihan Industri
mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia pekerjaan yang sebenarnya.
Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran serta kepakaran para pelajar
lepasan Politeknik khususnya.
Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan seseorang
itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah di berikan. Latihan industri menguji sejauh
manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk mempraktikkan semula teori yang telah
dipelajari dan merupakan penyediaan diri bagi pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang
sebenarnya. Ketika di alam pekerjaan nanti para pelajar perlu mempelajari dan mengetahui
lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah bekerja kelak.
Oleh itu, buku laporan industri ini adalah gambaran keseluruhan semasa saya menjalani
latihan industri di Pejabat Telekom semporna. Selain itu, saya sertakan juga penerangan-
penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas-tugas yang saya lakukan di Pejabat
Telekom semporna ini.
4 | P a g e
1.3 PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi ke
atas nikmat dan kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan laporan Industri dengan lengkap
pada masa yang ditetapkan oleh pihak politeknik. Dalam ruangan ini juga saya ingin
menyampaikan rasa terima kasih saya pada pihak syarikat TELEKOM MALAYSIA
BERHAD kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama 5 bulan saya jalani
latihan industri di syarikat tersebut
Jutaan terima kasih juga kepada jurutera-jurutera dan juruteknik-juruteknik Syarikat
TM yang turut membantu memberi tunjuk ajar kepada saya walaupun permulaannya sukar
untuk mereka berkomunikasi dengan saya, dan alhamdulillah saya dapat menimba
pengalaman yang berhaga dan dapat saya guna pakai pada masa akan datang
5 | P a g e
1.4 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di
POLITEKNIK sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di dalam
bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat dilihat apabila
setiap palajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka memasuki semester yang
berikutnya.
Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-firma atau
organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika berada di
POLITEKNIK. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah :
Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenarnya.
Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan membina perhubungan baik sesama
pekerja.
Untuk memperlihatkan pelajar perkaitan antara teori dan praktikal.
Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, displin masa dan etika kerja
dalam Latihan Industri.
Untuk memupuk sifat amanah, bertanggungjawab, membina keyakinan diri dan tahan
menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat Latihan
Industri.
6 | P a g e
1.5 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar. Tambahan
pula tempoh masa panjang yang di tetapkan oleh pihak POLITEKNIK memberi kelebihan
kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain yang hanya menyediakan ruang
tempoh yang begitu singkat.
Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori kepada
praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di POLITEKNIK, teori dan praktikal adalah
dua perkara yang sama penting. Oleh itu, sebagai seorang penuntut amat penting bagi mereka
yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar tidak berasa kekok apabila bekerja nanti.
Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana :
Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu orang-orang
yang baru di sekeliling mereka.
Mengasah bakat dan minat para pelajar terhadap setiap tugasan yang telah di berikan
oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut.
Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh sepanjang
Latihan Industri tersebut.
Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar kearah yang lebih positif
agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak.
Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu pekerjaan itu
dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan masalah yang timbul.
7 | P a g e
1.6 RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI
Semasa menjalani Latihan Industri di Ibu Sawat Telekom Semporna ini kebanyakan
saya didedahkan kepada pemasangan telefon dan sedikit kerja-kerja pemasangan fiber optik
dan lain-lain. Antara aktiviti dan tugas yang telah saya lakukan di Pejabat ini ialah :
Memasang jumper di kabinet dan MDF
Pemasangan komputer
Pemasangan Fiber optik
Menukar pair dan eside di MDF.
1.7 SKOP LATIHAN INDUSTRI
Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, penyelia tidak menetapkan
sesuatu tugas kepada saya. Walaupun saya melakukan sesuatu tugas yang sama setiap hari tetapi
dalam setiap minggu melakukan kerja, saya juga didedahkan dengan tugas-tugas yang berbeza.
Ini kerana penyelia mahu melihat saya mempelbagaikan tugas saya yang banyak bersangkut
paut dengan kursus yang saya ambil iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik. Saya amat
berterima kasih kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada penyelia serta rakan-rakan sekerja
sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.
8 | P a g e
1.8 PENYELARASAN
Buku laporan Iatihan Industri ini adalah :
Merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan
dengan perjalanan Latihan Industri.
Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap tugasan
mengikut keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan dengan
perhubungan semasa agar peningkatan diri di dalam menjalankan tanggungjawab dan
amanah dapat membangun dengan seiringan
9 | P a g e
1.9 OBJEKTIF LAPORAN
Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan semasa
menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman para pelajar
tentang Latihan Industri sebenarnya.
Selain itu, di dalam laporan ini saya juga turut menceritakan serba sedikit tentang apa
yang saya laksanakan di Ibu sawat Telekom Semporna ini. ini bertujuan untuk dijadikan sumber
rujukan bagi saya serta para pelajar di masa akan datang.
Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau kesimpulan tentang
segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di pejabat ini selama tempoh 6 bulan
ketika menjalani Latihan Industri.
Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa menjalani Latihan
Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan dengan sebaik yang mungk in.
Di samping itu para pelajar dapat membantu Negara melahirkan tenaga pekerja yang lebih
optimis di masa hadapan apabila mereka sudah mendapat pekerjaan kelak.
10 | P a g e
1.10 CARA LAPORAN DISUSUN
Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas supaya dapat
mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut :
JUN
Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-hal
syarikat.
JULAI
Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke dalam buku
Laporan Industri seperti latar belakang syarikat
OGOS
Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam buku Laporan
Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu ditaip untuk laporan
ini.
SEPTEMBER
Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan disamping itu juga mencari
maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan ini.
OKTOBER
Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah untuk
disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap. Kemudian, menyiapkan isi laporan
kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.
NOVEMBER
seterusnya menyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah buku
laporan sebelum ia dijilid.
11 | P a g e
1.11 JADUAL LATIHAN INDUSTRI
Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan jadual
Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelajar. Oleh itu, ini terpulang kepada daya usaha oleh
seseorang pelajar itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan kerja-kerja
sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka.
Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh
kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara kerja-kerja
yang biasa saya lakukan ialah, Memasang jumper di MDF, membaik pulih telefon, memasang
komputer,
Saya bersyukur kerana kebanyakkan kerja-kerja yang diberikan adalah berkaitan
dengan bidang yang diambil iaitu elektronik.
12 | P a g e
BAB 2
2.1 LATAR BELAKAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD
2.1.1 PENGENALAN
Telekomunikasi merupakan salah satu keperluan dalam hidup manusia yang mana
melalui telekomunikasi telah dapat meningkatkan taraf hidup manusia seterusnya dapat
membangunkan negara. Dengan adanya telekomunikasi, suatu maklumat dapat disalurkan
dengan mudah dan cepat tanpa sebarang halangan. Kerana mengetahui hal ini, kerajaan
mengambil langkah yang bijak, menubuhkan Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1968
sebelum diperbadankan pada Oktober 1984. Ini memandangkan telekomunikasi adalah satu
aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia seharian pada hari ini. Dari tahun ke tahun,
Telekom Malaysia berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan kini Telekom Malaysia
Berhad berdiri megah bersama syarikat telekomunikasi lain di dunia yang memberikan produk,
perkhidmatan dan penyelesaian bertaraf dunia.
Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan
telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti
perkhidmatan telefon awam dan rumah, panggilan rumah, panggilan kecemsan dan sebagainya.
Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia Berhad ia memberikan hak
kepada Telekom untuk mengendalikan kesemua sistem telekomunikasi. Selain itu, penubuhan
Universiti Telekom (UNITEL) pada tahun 1997 adalah merupakan universiti swasta pertama
di Malaysia yang mempunyai objektif menyumbng ke arah pembangunan teknologi maklumat,
industri multimedia dan telekomunikasi. Begitu juga dengan penubuhan Universiti Multimed ia
pada tahun 1999.
13 | P a g e
Dalam era teknologi pada masa kini, Telekom Malaysia Berhad berusaha
mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan perkhidmatan
terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan – pelanggannya. Salah satu produk
dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan syarikat ialah
perkhidmatan telefon Direct Exchange Line. Dengan pelanggan melebihi 4.4 bilion, Telekom
Malaysia Berhad telah berusaha untuk mempertingkatkan pasaran bagi memenuhi impiann ya
untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dengan memberi tumpuan penuh kepada
kepuasan pelanggan secara menyeluruh.
Penubuhan Telekom Malaysia Berhad juga dapat menyediakan peluang-peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, penduduk tempatan dapat memenuhi peluang-
peluang pekerjaan yang disediakan dan kadar pengangguran yang wujud dapat dikurangkan .
14 | P a g e
2.1.2 SEJARAH PENUBUHAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD
Pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan yang dikenali sebagai
Telekom Malaysia yang masih dikawal sedia oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia . Selaras dengan perkembangan komunikasi, Telekom mengorak langkah dengan
terus berkembang dengan pertubuhan hasil yang berterusan menyumbangkan dengan
pertambahan keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia juga menyumbang dari segi
pembangunan pasaran telekomunikasi di Malaysia secara progresif .
Bagi ibusawat Telekom Malaysia Alor Setar, ia telah ditubuhkan lebih kurang pada
tahun 1947 dimana ianya dapat menampung lebih kurang 50 000 muatan talian pada waktu ini
untuk pelanggan kediaman .
15 | P a g e
2.1.3 SEJARAH PERKEMBANGAN ORGANISASI
Jabatan Telekom Malaysia Berhad wujud pada tahun 1946 iaitu selepas zaman
pemerintahan Jepun. Dalam matlamat Rancangan Persekutuan 1956, ia meletakkan matlamat
untuk menyediakan perkhidmatan telefon termoden. Dalam era 60–an, rangkaian telefon telah
dipertingkatkan oleh Jabatan Telekom. Pada tahun 1963, sistem gelombang mikro yang
pertama telah dipasang diantara Kuala Lumpur dan Singapura. Ia diperluaskan ke Ipoh dan
Pulau Pinang di Pantai barat serta ke Pantai Timur meliputi Kuantan dan Kota Bharu. Sistem
Telefon Radio Antarabangsa daripada Kuching ke Malaya dan Singapura telah diperkenalkan
pada tahun 1960. Pada April 1970, stesen Satelit Bumi Antarabangsa yang pertama ditubuhkan
bagi menyediakan perkhidmatan telefon di peringkat antarabangsa. Perkhidmatan Teleks secara
manual digantikan dengan sistem automatik pada tahun 1975. Manakala, Telekom juga telah
memperkenalkan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (International Direct Dialling /
IDD). Melalui perkhidmatan ini, panggilan terus boleh dibuat ke luar negara seperti United
Kingdom, Austarlia, Jepun dan Hong Kong serta ditambah kepada lebih 70 destinasi luar
negara.
Pada tahun 1980, ibusawat elektronik pertama (SPC) telah dilancarkan di Johor. Pada
masa yang sama projek kabel dasar laut (submarine cable) yang menghubungkan Kuantan dan
kuching telah berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1981, ‘ Standard Satelite ’ yang kedua di Lendu,
Melaka yang menghubungkan Satelit Lautan India telah dilancarkan . Manakala pada tahun
1982, Telefax telah diperkenalkan dengan tujuan memberi kemudahan pancaran saluran
cetakan, imej dan grafik. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan
Telekom Malaysia (JTM), kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan
menswastakannya pada 12 Oktober 1984. Dengan ini, JTM telah ditukar nama kepada Syarikat
Telekom Malaysia Berhad dan ia mampu bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang sedia
ada di Malaysia. Matlamat penswastaan organisasi tersebut adalah untuk meningkatkan
produktiviti negara dan menyimbangkan ke arah negara perindustrian. Selain itu, Telekom
16 | P a g e
malaysia Berhad (TMB) diswastakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam menjadikan
sebuah organisasi yang terunggul di negara ini.
Pada tahun 1990, Telekom telah berjaya meningkatkan keberkesanannya apabila jumlah
talian meningkat kepada 1.58 juta talian dengan anggaran nisbah 8 talian untuk 100 orang
penduduk. Telekom juga telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun
tersebut. Industri telekomunikasi di Malaysia berubah ke arah matlamat unuk menggalakkan
persaingan sihat dengan pelbagai rangkaian lain dalam pasaran telekomunikasi menerus i
perlaksanaan Akses Samarata (Equal Acess) mulai 1 Januari 1999.
Mulai 1 Julai 1995, Telekom melaksanakan penstrukturan semula organisasi sebagai
persediaan menghadapi perubahan situasi pasaran terutamanya akibat pertambahan jumlah
pesaing dalam industri ini. Ia memberikan tanggungjawab dan kawalan penuh kepada Pengurus
Pejabat Telekom Tempatan menurut segmen masing- masing. Menerusi struktur baru ini,
Telekom dapat memenuhi keperluan dan kehendak setiap segmen pasaran dengan lebih
berkesan. Untuk menghadapi era globalisasi , sekali lagi pada Januari 2001 TMB distrukturkan
semula. Dalam pengstrukturan baru TMB mempunyai lebih daya saing untuk mengharungi era
globalisasi.
Di samping itu, perkembangan era teknologi yang semakin meningkat, pelbagai
perkhidmatan baru telah disediakan. Antaranya ialah Talian COINS, TOLLFREE, VPN,
KADFON, MALAYSIA DIRECT, VSAT, WILL, TELESSTOCK, ISDN, TMNET,
VIDEO CONFERENCING dan sebagainya telah diperkenalkan. Dengan pencapaian dan
peningkatn yang dialami oleh Telekom Malysia Berhad, tidak mustahil sekiranya ia menjadi
sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul dan terkemuka serta mampu bersaing di
peringkat antarabangsa.
17 | P a g e
1.2.4 PENSWASTAAN JABATAN TELEKOM MALAYSIA
Berdasarkan kepada permintaan dan perkembangan telekomunikasi yang semakin
menggalakkan, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah diperbadankan pada 12
Oktober 1984 untuk mengambil alih operasi Jabatan Telekom Malaysia selaras dengan dasar
penswastaan. Operasinya dikawal melalui lesen yang dikeluarkan oleh KementerianTenaga,
Telekom dan Pos bagi percubaan 20 tahun mulai Januari 1987. Lesen yang dikeluarkan oleh
Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos telah memberikan hak kepada Syarikat Telekom
Malaysia Berhad (STMB) untuk penubuhan, penyelenggaraan dan mengendalikan semua
sistem telekomunikasi milik pelesen yang sedang beroperasi atau dijadualkan beroperasi ketika
itu bertujuan menyediakan semua bentuk telekomunikasi, televisyen dan radio dalam negara
dan seluruh dunia.
Fungsi Jabatan Telekom Malaysia diambil alih dengan rasminya oleh Syarikat Telekom
Malaysia Berhad pada 1 Januari 1987. Jabatan Telekom Malaysia adalah organisasi sektor
awam yang pertama dikomersilkan dengan penswastaan. Pada 6 Januari 1987 jam 10 pagi
bertempat di ibu pejabat Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
telah berlangsung upacara pelancaran Syarikat Telekom malaysia di rasmikan oleh Menteri
Tenaga, Telekom dan Pos iaitu Yang Berhormat Dato’ Leo Moggie.
18 | P a g e
1.2.5 SEJARAH SISTEM RANGKAIAN TELEKOM MALAYSIA
1874 – Talian pertama menghubungkan pejabat Residen di Kuala Lumpur dan
pejabat Penolong Residen di Taiping .
1882 – Talian yang melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang Prai dan
Pulau Pinang diwujudkan .
1891 – Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur .
1900 – Perkhidmatan telefon Magneto yang pertama yang dilancarkan di Sabah .
1962 – Kemudahan Sambung Terus Dail (STD) diantara Kuala Lumpur dan
Singapura diwujudkan .
1964 – Pemasaran kabel dasar laut SEACOM diantara Singapura Dan Kota
Kinabalu .
1970 – Stesen satelit bumi dibina di Kuantan .
1975 – Pemasangan ibusawat teleks automatik .
19 | P a g e
1979 – Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan .
1980 – Ibusawat elektronik dilancarkan .
1981 – Stesen satelit kedua di Lendu dilancarkan .
1983 – Perkhidmatan Datel dan telefaks diperkenalkan .
1987 – CASS (Customer Automatik Service System) dilaksanakan .
1988 – Perkhidmatan Business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang . Telekom Malaysia memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen
satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang
termoden .
1989 – TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer
dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris .
1990 – Perkhidmatan Toll – Free antarabangsa diperkenalkan diikuti dengan kad
fon tanpa bayaran .
1998 – ISDN (Intergrated Service Digital Network) yang membolehkan
pelanggan malihat pemanggilnya yng menggunakan ISDN juga .
1999 – TM-CLIP boleh mengetahui dari mana panggilan dibuat .
21 | P a g e
1.2.7 OBJEKTIF TELEKOM MALAYSIA BERHAD
Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan
berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan sistem telekomunikasi dengan
menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Slogan ‘Sentiasa Bersamamu’
menjadi bukti bahawa Telekom sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggannya secara
menyeluruh.
1.2.8 VISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD
“Visi Telekom adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan
ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang
berkepintangan dalam Syarikat”.
1.2.9 MISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD
Untuk mencapai Visi ini Telekom berazam melaksanakan perkara – perkara berikut :
Menjadi peneraju yang di iktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.
22 | P a g e
Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan
menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.
1.2.10 PERANAN TELEKOM MALAYSIA DALAM MSC
Koridor Raya Multimedia atau MSC (Multimedia Super Coridor) merupakan
penggerak era teknologi maklumat yang direkabentuk bagi mempertingkatkan pembangunan
syarikat-syarikat dan Negara-negara dengan menggunakan teknologi termaju di dunia ini. MSC
akan menjadi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi industri-industri berasaskan
maklumat, di mana ia membawa pembaharuan dalam teknologi maklumat yang semakin
berkembang pesat.
Pada masa kini, Telekom telah dilantik sebagai pembekal tunggal telekomunikasi bagi
Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertanggungjawab dalam merekabentuk, memasang dan
menjalankan operasi utama telekomunikasi MSC. Dalam era teknologi maklumat ini, rangkaian
teknologi adalah sangat penting kerana ia adalah kunci dalam mencipta dunia tanpa sempadan.
Dalam membina rangkaian telekomunikasi MSC, Telekom memasang rangkaian kabel optik
yang komprehensif, disokong oleh aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang
berkaitan demi menetukan kejayaan cemerlang MSC. Dengan ini, ia akan mempertingkatkan
kecekapan, kelajuan dan kualiti dalam MSC di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.
Telekom Malaysia menghubungkan rangkaian seluruh negaranya iaitu Corporate
Information Superhigway ( COINS ) dan talian Integrated Services Digital Network (ISDN
) dengan MSC. Melalui COINS, laluan domestik boleh mencapai kelajuan sehingga 155 mbps
23 | P a g e
sementara talian ISDN menyediakan kelajuan yang tinggi untuk tujuan faksimili dan telefon.
Dalam proses pembangunan MSC, Telekom Malaysia terlibat sepenuhnya dalam aspirasi MSC
bagi memastikan rangkaian yang terbaik dan paling ekonomi . Oleh yang demikian, segala
maklumat-maklumat dapat disalurkan ke seluruh negara di dunia ini dengan pantas dan
berkesan.
24 | P a g e
2.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT IBU SAWAT TELEKOM
SEMPORNA
Bangunan IBUSAWAT TELEKOM MALAYSIA SEMPORNA telah dibina pada
tahun 1980, pada masa itu sistem komunikasi semporna hanya bergantung pada Telekom
Malaysia di Tawau.
Pada tahun 1993 bangunan Ibusawat Semporna telah siap dibina dan dirasmikan pada
22 februari 1993 oleh YB. Dato Seri S. Samy Vellu, SPMP, DPMS, PCM, AMN Menteri
tenaga Telekom dan Pos Malaysia.
2.2.1 BANGUNAN IBU SAWAT TELEKOM MALAYSIA
25 | P a g e
2.2.2 CARTA ORGANISASI
Pegawai Eksekutif
Mohamad Syukri
P. juruteknik
Pandikal Kapral
Juruteknik
Dg Anilah Jaimi
P. Pegw juruteknik
M.Taib Abd Hamid
26 | P a g e
BAB 3
3.1 RINGKASAN MINGGUAN
Pengenalan
Latihan industri ini dijalankan selama lima bulan yang bermula pada 23 Jun
2014 sehingga 07 November 2014. Walaupun mempunyai kerja yang khusus, saya
tidak ketinggalan juga dalam kerja-kerja lain, dan mendapat banyak pengalaman yang
berguna pada masa akan datang. Selain itu, mengetahui sedikit sebanyak tentang selok
belok kerja di TM semporna. Selama lima bulan menjalani latihan di firma ini , pihak
syarikat tidak memberikan jadual yang harus di patuhi. Jadi saya dapat mempelajari
sedikit sebanyak tentang pekerjaan yang mereka lakukan,
27 | P a g e
3.2.1 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 1 (23 Jun hingga 27Jun)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
i. Melapor diri di Telekom Malaysia Semporna
ii. Melawat tempat kerja.
iii. Memasang komputer bagi kegunaan pejabat
iv. Taklimat ‘Safety Briefing’
gambarajah computer
28 | P a g e
3.2.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 2 (30 Jun hingga 04 Julai)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
II. Pemasangan fiber optic
III. Lawatan tapak
gambarajah petih agihan gentian optik
gambarajah MDF
29 | P a g e
3.2.3 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 3 (07 Julai hingga 11 Julai)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah tool pemasangan telefon
Gambar rajah MDF
30 | P a g e
3.2.4 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 4 (14 Julai hingga 18 Julai)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah pengujian nombor telefon
31 | P a g e
3.2.5 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 5 (21 Julai hingga 25 Julai)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah MDF
Gambar rajah micro test
32 | P a g e
3.2.6 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 7 (04 ogos hingga 08 ogos)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah MDF
33 | P a g e
3.2.7 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 8 (11 ogos hingga 15 ogos)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah pemasangan kabel jumper
34 | P a g e
3.2.8 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 9 (18 ogos hingga 22 ogos)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah MDF Out
35 | P a g e
3.2.9 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 10 (25 ogos hingga 29 ogos)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah pengujian panggilan
36 | P a g e
3.2.10 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 11 (01 september hingga 05 september)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
II. Penukaran pair
Gambar rajah pengujian nombor telefon
37 | P a g e
3.2.11 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 12 (08 september hingga 12 september)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
II. Penukaran pair
Gambar rajah pengujian pair MDF sebelum di tukarkan
38 | P a g e
3.2.12 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 13 (15 september hingga 19 september)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah MDF
39 | P a g e
3.2.13 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 14 (22 september hingga 26 september)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah pemasangan pair
40 | P a g e
3.2.14 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 15 (29 september hingga 03 oktober)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah jumpering
41 | P a g e
3.2.15 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 16 (06 oktober hingga 10 oktober)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah pemasangan
42 | P a g e
3.2.16 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 17 (13 oktober hingga 17 oktober)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah MDF
43 | P a g e
3.2.17 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu 18 (20 oktober hingga 24 oktober)
Aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang minggu ini :
I. Pemasangan telefon
Gambar rajah pengujian pemasangan
44 | P a g e
BAB 4
4.1 LAPORAN TEKNIKAL
4.1.1 MDF (Main Distribution Frame)
Pengenalan
Ruang MDF atau Main Distribution Frame adalah sebuah bilik yang mengatur
segala aktiviti rangkaian, Bilik MDF ini juga berfungsi untuk penghubung Ibu sawat
telekom ke rumah-rumah pelanggan.
MDF juga merupakan bahagian yang menjalankan tugas dalam pengujian dan
pembaikian kerosakan talian telefon atau peralatan telefon. Semua aduan daripada
pelanggan diterima dan disemak melalui doket. Seterusnya, tindakan akan diambil
setelah diuji talian yang mengalami kerosakan. Bahagian ini akan memainkan peranan
dalam beberapa tugas khas. Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab terhadap
rangkaian tempatan
45 | P a g e
Langkah kerja pemasangan dan peralatan
Peralatan yang digunakan
1. Jumper tool 2. Playar Kacip
3. Kabel jumper 4. ‘Telephone’ test set
5. MDF (main distribution frame
46 | P a g e
Langkah kerja
Langkah Kerja
Ambil Order information yang sudah di print dari computer
gamba rajah Order Information
48 | P a g e
Jika nombor telefon pelanggan pada port HBAR dan VBAR sama dan sesuai dengan
kertas yang tertulis pada order information, ambil kabel jumper wire (putih hijau) dan
potong bagi di masukkan kedalam port MDF
Masukkan kabel pada port HBAR pair yang telah di tentukan nombornya pada kertas
order information.
49 | P a g e
“Punchkan” kabel pada port MDF menggunakan jumper tool
Kemudian dari hujung kabel jumper yang satu, di tarik sehingga sampai pada VBAR
dan masukkan pada Pugak 7 pair 279,
50 | P a g e
Punchkan kabel pada VBAR
Jika port HBAR dan VBAR PAIR sudah di temukan, cek kedua Port tersebut dengan
menggunakan Microtest dengan memangil 1313 untuk mengetahui nombor telefon
51 | P a g e
4.1.2 Pemasangan komputer
Pengenalan
Komputer merupakan satu alat yang amat penting pada masa kini. Ia banyak
digunakan untuk membantu manusia dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ia mempu
melaksanakan berjuta-juta arahan dalam masa yang singkat dan membantu
mempercepatkan urusan yang berkaitan dengannya, kerja yang saya lakukan adalah
untuk pemasangan komputer bagi kegunaan pejabat.
Peralatan yang igunakan
Monitor Keyboard
Kabel VGA Kabel power
52 | P a g e
CPU Mouse
Langkah Kerja
Sediakan semua peralatan yang diperlukan
Pasangkan kabel VGA pada port VGA yang terletak pada belakang CPU
53 | P a g e
Pasangkan mouse pada PS port
Pasangkan keyboard pada port ps yang telah disediakan di belakang CPU
56 | P a g e
4.1.3Pemasangan Gentian Optik
Pengenalan
“Fiber Optic” merupakan salah satu jenis media penghantar data dalam jaringan
komputer. Sekilas bentuknya seperti sebuah kabel, namun berbeza dengan kabel lainnya
kerana media ini menghantar data dalam bentuk cahaya.
Peralatan yang digunakan
Jacket remover PVC tape
Fiber Cleaver Splicing Machine
58 | P a g e
Langkah pemasangan
Langkah 1 : Proses memotong jaket luar kabel fiber optik.
Langkah 2 : Keluarkan dan buang jaket luar kabel fiber optik
59 | P a g e
Langkah 3 : Menarik keluar tali nilon di dalam kabel dengan panjang mana yang diinginkan
Langkah 4 : Menarik keluar tiub yang longgar melalui jalur tali nilon
Langkah 5 : Proses memotong keluar wayar yang keras
60 | P a g e
Langkah 6 : Bersihkan tiub yang longgar menggunakan pembersih yang telah diluluskan.
Jangan Gunakan sebarangan jenis pembersih.
Langkah 7 : Pasang dan masukkan ujung kabel ke port kabel yang dikehendaki
Langkah 8 : Mengunci kuat kabel dengan skru
61 | P a g e
Langkah 9 : Perkemaskan tiub yang tidak digunakan / lebihan
Langkah 10 : Proses pemotongan menggunakan pemotong tiub
Langkah 11 : Keluarkan tiub yang longgar dan bersihkan fiber yang bewarna gelap
62 | P a g e
Langkah 12 : Menyediakan fiber optik yang gelap dan kuncir menggunakan mesin gabungan
splicing dan splice
Langkah 13 : Setelah semua dipasang dengan betul pastikan kunci panel pengedaran dengan
betul
63 | P a g e
Langkah 14 : Proses pemasangan fiber optik di dalam panel sudah pun selesai.
Langkah 15 : Proses pemasangan pada tiang
Langkah 16 : Hentikan panel menggunakan tie stainless steel ke tiang
65 | P a g e
BAB 5
5.1 DAPATAN DAN CADANGAN
Dapatan (1)
Semasa menjalani Latihan Industri, para pelajar akan diberikan elaun RM300
sebulan.Pemberian elaun ini baru sahaja dikuatkuasakan pada tahun 2012 oleh syarikat
TM. Dan ianya diberi setiap bulan kepada pelajar beberapa dokumen yang
dikehendaki iaitu, salinan “punch card”, salinan buku bank,salinan jadual bekerja.
Cadangan (1)
Syarikat TM diharap terus memberikan elaun kepada pelajar, ini kerana untuk
menarik lagi lebih ramai pelajar yang akan menjalani Latihan Industri memohon
tempat di Syarikat Telekom Malaysia Berhad Selain itu, dapat memberi semangat
kepada pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri.
Dapatan (2)
Semasa menjalani Latihan Industri, para pelajar mungkin menghadapi masalah-
masalah tertentu contohnya seperti penyesuaian diri di tempat kerja. Disebabkan
perkara tersebut, beberapa faktor perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah-
masalah ini dari terus berlaku.
66 | P a g e
Cadangan (2)
Bagi majikan, pegawai atau penyelia firma atau syarikat perlu memberikan
perhatian yang penuh terhadap para pelajar serta memberi tunjuk ajar yang
secukupnya seperti yang diharapkan. Selain itu, mereka juga perlu memberi kerjasama
yang sepenuhnya kepada para pelajar yang menjalani Latihan Industri.
Dapatan (3)
TM mengalami kekurangan staf yang menyebabkan banyak kerja yang
melibatkan pengguna, melibatkan penyelenggaraan dan melibatkan projek tertangguh.
Hal ini dapat memberikan impak yang negatif kepada syarikat TM.
Cadangan (3)
Masalah ini perlu diatasi dengan menstruktur semula organisasi bagi setiap
kawasan dan perlu mengharapkan semua pekerja untuk mempunyai kemahiran kerja
yang pelbagai berkenaan dengan pengurusan TM sendiri. Sekaligus ia dapat
membantu dalam menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh pengguna
mengenai perkhidmatan TM dan membantu organisasi dalam menjimatkan kos
sumber manusia dengan adanya multi-skill pada setiap kakitangannya.
67 | P a g e
BAB 6
6.1 KESIMPULAN
Setelah tamat menjalani Latihan Industri yang bermula pada 23hb Jun 2014 dan telah
selamat berakhir pada 11hb november 2014 di Pejabat Telekom semporna dapatlah saya
membuat beberapa kesimpulan.
Selama 6 bulan saya menjalani Latihan Industri di pejabat tersebut, saya telah diajar dan
diberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai bidang Elektronik dan berkaitan dengan
Elektrik iaitu kursus yang diambil di Polikk. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini tidak
diketahui telah dipelajari sepanjang saya melalui tempoh Latihan Industri ini. Sesungguhnya
ini dapat mematangkan para pelajar bagi menempuhi alam pekerjaan yang sebenar setelah tamat
pengajian di politeknik. Walaupun terdapat beberapa tugas yang tidak berkait rapat dengan
bidang yang diambil, ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Saya
bersyukur kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada pihak syarikat terutamanya penyelia serta
rakan-rakan sekerja.
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah Latihan Industri yang diwajibkan kepada pelajar
politeknik ini dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman kepada saya. Selain daripada itu,
ia juga memberi semangat serta kenyakinan kepada saya untuk terus menceburkan diri dalam
bidang ini kerana ia berkait rapat dengan kursus yang saya ambil di Polikk iaitu Diploma
Kejuruteraan Elektronik (komunikasi). Mulai dari saat ini saya bertekad dan terus berazam
untuk terus menimba pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam bidang yang saya ceburi.