Laporan Latihan Industri

27
BAB 1 PENGENALAN, STRUKTUR ORGANISASI DAN AKTIVITI UTAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK (Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak) 1.1 Pengenalan; Latar Belakang Organisasi Visi “Menjadi Institusi Kehakiman Syariah Yang Berwibawa” Misi “Melaksanakan Pengadilan,Pengurusan Mahkamah Dan Perkhidmatan Sokongan Secara Profesional,Berkesan Dan Sistematik Berasaskan Peruntukan Undang-Undang Islam Yang Seragam Untuk Mencapai Keredhaan Allah” Fungsi “Menguruskan Perbicaraan Dan Membuat Keputusan/Hukum Secara Adil Mengikut Hukum Syarak Dan Undang-Undang” 1

description

Latihan Industri telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah

Transcript of Laporan Latihan Industri

Page 1: Laporan Latihan Industri

BAB 1

PENGENALAN, STRUKTUR ORGANISASI DAN AKTIVITI UTAMA

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

(Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak)

1.1 Pengenalan; Latar Belakang Organisasi

Visi

“Menjadi Institusi Kehakiman Syariah Yang Berwibawa”

Misi

“Melaksanakan Pengadilan,Pengurusan Mahkamah Dan Perkhidmatan

Sokongan Secara Profesional,Berkesan Dan Sistematik Berasaskan

Peruntukan Undang-Undang Islam Yang Seragam Untuk Mencapai Keredhaan

Allah”

Fungsi

“Menguruskan Perbicaraan Dan Membuat Keputusan/Hukum Secara Adil

Mengikut Hukum Syarak Dan Undang-Undang”

Moto

“Syariah Asas Keadilan”

1

Page 2: Laporan Latihan Industri

Bermulanya sejarah penubuhan Mahkamah Syariah Ipoh.Sejak ditubuhkan hingga 30

April 1995 Jabatan Kehakiman Syariah Perak ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam

Perak (JAIPk). Mulai 1 Mei 1995 Mahkamah Syariah telah dipisahkan daripada pengurusan

Jabatan Agama Islam Perak dan mempunyai pentadbirannya sendiri.

Pada Tahun 1999 Mahkamah Syariah telah berpindah tempat dari Jabatan Agama Islam ke

Bangunan Tabung Haji, Ipoh Perak. Pada tahun 2006 mahkamah syariah telah berpindah ke

bangunan baru, bangunan ini dibina dijalan Taman Pari, Off Jalan Tun Abdul Razak Ipoh.

Pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah terletak di Aras 1 dalam bangunan yang sama.

Disamping itu, terdapat dua Dewan Bicara bagi Mahkamah Rendah Syariah dan kedua-dua

dewan tersebut terletak di Aras 2.

1.2 Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan

tempatan (Zon) yang diberikan kepadanya.Di dalam kes Jenayah, Mahkamah

mempunyai bidang kuasa hukuman maksimum yang diperuntukkan adalah

tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-

duanya. Manakala bagi kes Mal pula ia mempunyai bidangkuasa mendengar

dan memutuskan dimana jumlah atau nilai perkara yang dipertikaikan tidak

melebihi RM 100,000.00. Begitu juga bagi permohonan sijil faraid, pemohon

boleh memohon sijil faraid di Mahkamah Rendah Syariah sekiranya nilai

harta tidak melebihi RM 100,000.00. Pemohon perlu memohon sijil faraid

bagi harta yang melebihi RM 100,000.00 di Mahkamah Tinggi Syariah.

1.3 Struktur Organisasi

2

KETUA HAKIM SYARIE

TUAN ASA’ARI BIN HJ. MOHD YAZID

HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

MOHAMAD ESHAM BIN ABDUL SAMAD BURHANUDDIN ISMI BIN ADAM

Page 3: Laporan Latihan Industri

3

PEGAWAI SULH PEGAWAI SULH

LOKAMAN BIN HAMZAH HAJI AHMAD JAZMAN BIN ULUL AZMIN

PENOLONG PENDAFTAR

MOHAMAD IDILFITRI BIN REDZUAN

PEMBANTU PENDAFTAR

PEMBANTU PENDAFTAR

PEMBANTU PENDAFTAR

PEMBANTU PENDAFTAR

NORFAIZAH BINTI SAAD

SALLIZA BINTI MOHD ALI

AZAN SUHANA BINTI KHOLIDI

MOHAMAD HAIDIR BIN HASSAN SUHILI

PEMBANTU TADBIR(kewangan)

ROSHANA BINTI MAHAMAD NOR

PEMBANTU TADBIR(p/o)

SHAHIRA BINTI YAHAYA

PENGHANTAR NOTIS

PENGHANTAR NOTIS

PEMBANTU OPERASI

KHAIRULJUBRI BIN HUSSEIN BADRUL HISHAM BIN ISMAIL SUHAIMI BIN ABU BAKAR

Page 4: Laporan Latihan Industri

Rajah 1.3.1: Struktur Organisasi Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

1.4 Aktiviti Utama Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

1.4.1 Memberi penerangan kepada pelanggan / klien berkenaan dengan apa-apa permohonan / tuntutan kes Mal/Faraid

Mahkamah rendah bertanggungjawab untuk menerangkan proses dan prosedur berkenaan

dengan apa-apa permohonan / tuntutan kepada pelanggan yang hadir. Kebanyakan daripada

borang-borang permohonan / tuntutan merupakan borang contoh dan pelanggan / klien perlu

menaip semula sendiri atau menggunakan perkhidmatan jurutaip yang disediakan oleh pihak

mahkamah dengan bayaran RM50.00. Bayaran bagi setiap pendaftaran permohonan / tuntutan

adalah berbeza berdasarkan jenis permohonan / tuntutan. Satu Salinan semak akan diberikan

kepada pelanggan / klien yang hadir untuk memudahkan mereka dalam menyediakan dokumen-

dokumen penting yang perlu disertakan sekali dengan borang permohonan yang telah lengkap

diisi. Bagi pelanggan / klien yang tinggal di kawasan bukan bidangkuasa Mahkamah Rendah

Syariah Ipoh, mereka masih boleh membuat permohonan / tuntutan di MRS Ipoh. Mereka perlu

mendapatkan pengesahan tempat tinggal(yang mengesahkan mereka kini tinggal di dalam

kawasan bidangkuasa), pengesahan tempat kerja ataupun bil api atau air atas nama sendiri yang

telah diakuisah oleh penghulu / pegawai kerajaan Gred 41 ke atas.

Contoh-contoh permohonan / tuntutan

Mal: Cerai biasa, cerai taklik, pengesahan lafaz cerai, tuntutan nafkah iddah, nafkah anak, mut’ah, pengesahan nikah, wali hakim, penyataan pembelaan, permohonan nikah bawah umur, tarik balik kes dll

Faraid: Permohonan sijil faraid (nilai harta tak lebih RM 100 000.00

1.4.2 Mendaftarkan permohonan / tuntutan

4

Page 5: Laporan Latihan Industri

Bagi permohonan / tuntutan yang telah dilengkapkan dan disertakan dengan dokumen-

dokumen yang berkenaan, ia akan didaftarkan di dalam sistem e-syariah. Tarikh bagi

perbicaraan/sebutan dimaklumkan kepada pemohon. Butiran pemohon (plaintif dan defendan)

akan dilengkapkan didalam sistem. Tarikh sebutan/perbicaraan juga perlu dikemaskini di dalam

sistem supaya memudahkan pengurusan kes.

1.4.3 Menjalankan perbicaraan/sebutan/siasatan bagi kes Mal/Faraid dan juga kes Jenayah Syariah.

Hakim bagi Mahkamah Rendah Syariah terdiri daripada dua orang Tuan Hakim. Kes yang dikendalikan oleh Tuan Mohammad Esham Bin Abdul Samad berlangsung di Dewan Bicara 2 manakala Tuan Burhanuddin Ismi mengendalikan kes di Dewan Bicara 1

Hari Kes Mal/Faraid Kes Jenayah SyariahTuan Mohammad

EshamTuan Burhanuddin

IsmiTuan Mohammad

EshamTuan Burhanuddin

IsmiIsnin / / / X

Selasa / / / XRabu / / X /

Khamis / / X /Jumaat X X X X

Rajah 1.4.3.1: Jadual Perbicaraan / Sebutan Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah

1.4.4 Menjana notis tangguhan, waran tangkap, notis amaran, saman kepada OKT bagi kes jenayah dan lain-lain lagi menerusi sistem e-syariah

1.4.5 Memaklumkan berkenaan dengan tangguhan kes kepada pelanggan / klien menerusi sistem mySMS

1.4.6 Mengeluarkan sijil faraid

1.4.7 Mengadakan mesyuarat bulanan bersama dengan kakitangan-kakitangan Mahkamah Rendah Syariah

5

Page 6: Laporan Latihan Industri

BAB 2

AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN PELAJAR PRAKTIKAL

2.1 Aktiviti-aktiviti Yang Telah Dilakukan

Sepanjang 10 minggu ditempatkan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, saya telah

berpeluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh mahkamah. Aktiviti-

aktiviti yang dinyatakan akan diterangkan dalam sub-topik seterusnya.

2.1.1 Berurusan dengan pelanggan / klien yang hadir

Ketua Bahagian iaitu Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh telah menetapkan

bahawa pelajar-pelajar praktikal perlu membiasakan diri di kaunter khidmat pelanggan. Ia sedikit

sebanyak melatih skil komunikasi pelajar praktikal dalam berurusan dengan pelanggan / klien.

Disamping itu, ia juga dapat mendedahkan pelajar praktikal dengan permasalahan di pihak

pelanggan dan juga dapat berfikir secara kritis dan kreatif akan penyelesaian kepada

permasalahan tersebut.

Kebiasaannya, saya dan beberapa orang pelajar praktikal yang lain akan cuba untuk

berurusan dengan pelanggan / klien yang hadir. Kebanyakan daripada pelanggan / klien yang

hadir mempunyai permasalahan yang melibatkan emosi. Kami telah dimaklumkan berkenaan

dengan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pelanggan / klien yang hadir bertindak di luar

kawalan. Urusan bersama pelanggan / klien diselia oleh pembantu pendaftar yang ada di

Mahkamah Rendah Syariah. Pendaftar mahkamah suka membantu dan tidak lokek ilmu.

6

Page 7: Laporan Latihan Industri

2.1.2 Menghadiri perbicaraan / sebutan di Dewan Bicara 1 & 2

Perbicaraan / sebutan bagi kes Mal, Faraid dan Jenayah Syariah berlangsung pada setiap

hari kecuali hari Jumaat. perbicaraan / sebutan bermula pada jam 9.00 pagi. Kebiasaannya, kes-

kes ini berlangsung di dalam Dewan Bicara 1 & 2. Namun begitu, ia bergantung kepada budi

bicara Tuan Hakim Syarie sama ada hendak menjalankan kes di Dewan Bicara ataupun hanya

dalam kamar.

Saya sering menghadiri perbicaraan bagi kes Mal, Faraid dan Jenayah di Dewan Bicara 2

yang dikendalikan oleh Tuan Mohammad Esham bin Abdul Samad. Apabila selesai perbicaraan /

sebutan, berlangsungnya sesi soal dan jawab bersama pelajar praktikal (secara tidak formal).

Saya pernah mengajukan beberapa soalan berkenaan dengan kes Jenayah Syariah. Disamping

itu, Tuan Hakim juga telah berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada kesemua pelajar

praktikal. Pada setiap perbicaraan atau sebutan, saya akan memilih satu kes untuk dijadikan kes

rujukan. Antara perbicaraan /sebutan kes yang pernah saya hadiri adalah seperti cerai biasa, cerai

luar mahkamah (pengesahan lafaz cerai), cerai taklik, tuntutan mut’ah, permohonan sijil faraid,

permohonan wali hakim, nikah bawah umur, kes khalwat, hamil tanpa nikah, poligami tanpa

kebenaran, nikah tanpa kebenaran dan lain-lain lagi.

2.1.3 Memfailkan kertas pertuduhan bagi kes Jenayah Syariah

Bahagian Pendakwaan akan menyerahkan kertas pertuduhan bagi kes Jenayah Syariah

kepada pihak mahkamah. Di dalam kertas pertuduhan ada dinyatakan butiran OKT (Orang Kena

Tuduh) beserta lokasi jenayah dilakukan, masa dan beberapa butiran lain.

Saya telah berpeluang untuk memfailkan kes Jenayah Syariah dan juga mendaftarkannya

di dalam sistem e-syariah. Butiran OKT perlu dilengkapkan di dalam sistem e-syariah untuk

memudahkan operasi pengeluaran saman, waran tangkap dan lain-lain lagi. Surat iringan dalam /

luar negeri juga perlu dijana sekiranya alamat OKT adalah di dalam kawasan luar bidangkuasa

Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Saman-saman yang dikeluarkan perlu diserahkan kepada OKT

7

Page 8: Laporan Latihan Industri

oleh Penghantar Notis. Tarikh sebutan bagi kes Jenayah Syariah dalam tempoh 21 hari daripada

hari kes tersebut didaftarkan.

2.1.4 Membuat sijil faraid

Bagi permohonan faraid yang telah selesai dan yang diluluskan oleh hakim maka

mahkamah perlu mengeluarkan sijil faraid seminggu selepas kes selesai. Sijil faraid juga dibuat

menerusi sistem e-syariah. Butiran waris perlu dilengkapkan dan seterusnya ia dengan secara

automatik akan memaparkan bahagian yang diperoleh setiap ahli waris. Sijil faraid perlu

ditandatangani oleh Tuan Hakim dan dimeterai sebelum diserahkan kepada pemohon.

2.1.5 Membuat kerja-kerja pejabat

Antara kerja-kerja pejabat yang telah dilakukan adalah seperti berikut:

a) Menyediakan fail bagi kes Mal/Faraid dan juga Jenayah Syariah.

b) Menyusun catatan hakim ke dalam fail Mal.

c) Fotokopi borang-borang permohonan, tuntutan dan senarai semak bagi kes

Mal/Faraid.

d) Merekodkan maklumat penjamin dan jumlah wang jaminan bagi kes Jenayah Syariah

di dalam buku tunai.

e) Menulis maklumat pemohon/plaintif dan defendan/responden di kulit fail bagi kes

Mal.

f) Membuat panggilan keluar untuk memaklumkan tarikh bagi tangguhan kes.

g) Mengemaskini tarikh sebutan dan lain-lain lagi dalam sistem e-syariah.

8

Page 9: Laporan Latihan Industri

BAB 3

AKTIVITI-AKTIVITI PENTING BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KES

MAL/FARAID DAN KES JENAYAH

3.1 Proses Pengurusan Kes Mal/Faraid

Akta Undang-Undang Syariah yang dirujuk:

- Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004

- Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak) 2004

Kes mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan

dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. Proses utama

pengurusan kes Mal akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Rendah Syariah

untuk mendaftarkan kes. Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan

dilakukan. Seterusnya, kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman (akan diterangkan

dalam perenggan seterusnya) dan sebagainya. Kemudian, kes akan disebut (sebutan) pada hari

yang telah ditetapkan.

Sejurus selepas itu, perbicaraan akan dijalankan iaitulah setelah segala prosiding

dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu. Kemudian, setelah perbicaraan kes selesai

dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah yang diputuskan oleh Hakim

Mahkamah Rendah Syariah. Perintah yang dimaksudkan akan diserahkan kepada pihak-pihak

yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Akhir sekali, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh

pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan

9

Page 10: Laporan Latihan Industri

akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan. Proses bagi pengurusan kes Mal

boleh dirujuk pada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan kes Mal dalam Rajah 3.1.1

Saman kepada pihak-pihak boleh jadi sempurna/tidak sempurna. Ini bermaksud saman

akan sempurna apabila pihak-pihak menerima saman dan juga mengisi borang akuan

penerimaan. Saman tidak sempurna pula bermaksud saman tersebut tidak sampai kepada pihak-

pihak. Sekiranya saman/permohonan tidak sempurna, Hakim/Pendaftar akan mendengar

permohonan untuk penyampaian semula atau penyampaian ganti, berdasarkan kepada

Afidavit/Laporan Penyampaian. Kes akan ditangguhkan dan tarikh baru untuk sebutan yang lain

akan ditetapkan.

10

Pendaftaran Kes Penjadualan Kes Penyediaan Kes

Sebutan KesPerbicaraanPengurusan Perintah dan Keputusan Kes

Penyerahan Dokumen Kes Pelaksanaan Perintah Pengurusan Proses

Rayuan

Rajah 3.1.1: Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal

Page 11: Laporan Latihan Industri

Berbeza pula dengan sekiranya saman/permohonan sempurna tetapi

Defendan/Respondan tidak hadir, Hakim boleh memutuskan atau menangguhkan kes – Seksyen

121(1), (b) dan (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak) 2004 atau boleh

mengeluarkan waran tangkap bagi kes-kes tertentu atas permohonan Plaintif/Pemohon –Seksyen

51(b) dan seksyen 178(2)(a) Enakmen yang sama. Tarikh sebutan semula hendaklah ditetapkan

jika kes ditangguh atau waran tangkap dikeluarkan. Carta Aliran bagi pengurusan kes Mal untuk

sebutan/bicara dilampirkan dalam Lampiran A.

3.2 Proses Pengurusan Kes Jenayah

Akta Undang-Undang Syariah yang dirujuk:

- Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Perak) 1992

- Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004

- Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004

Bagi permohonan jamin kes/menahan OKT di Mahkamah Rendah Syariah, beberapa perkara

ataupun prosedur perlu dijalani. Pendakwa Syarie akan menghantar permohonan dan juga kertas

pertuduhan kepada Penolong Pendaftar. Kemudian, dokumen (kertas pertuduhan) sebanyak

empat helai perlu disemak dan perlu didaftarkan dalam buku daftar oleh Pembantu Pendaftar.

Butiran OKT perlu direkodkan di dalam sistem dan saman akan dikeluarkan. Saman akan

dihantar kepada OKT sama ada melalui Pendakwa Syarie mahupun Penghantar Notis Mahkamah

Rendah Syariah OKT perlu hadir di Mahkamah Rendah Syariah pada tarikh yang telah

ditetapkan. Terdapat beberapa keadaan berkaitan dengan perbicaraan bagi kes Jenayah Syariah

dan ia boleh dirujuk dalam rajah 3.2.1, rajah 3.2.2 dan rajah 3.3.3

11

Page 12: Laporan Latihan Industri

Rajah 3.2.1: Perjalanan Perbicaraan Ringkas OKT Mengaku Salah

12

Hakim mendengar pihak-pihak memulakan kes

Ikuti proses kerja dalam Rajah 3.2.1 (2-5)

Jika OKT tidak mengaku bersalah, atau pihak-pihak mohon untuk penangguhan kes,

tetapkan tarikh sebutan baru

Rekod tarikh sebutan baru dalam diari

Mahkamah dan SPKMS

Jika OKT dijamin, pendaftar perlu cop sambung jaminan di

belakang Bon Jamin. Jika OKT gagal sediakan

jaminan/ditahan sementara, sediakan

waran tahanan sementara

Mendengar pihak-pihak memulakan sebuatn kes/perbicaraan

Dibacakan pertuduhan dan tanya pengakuan OKT sama ada mengaku salah atau tidak

Maklumkan kepada Hakim pengakuan OKT dan tanya semula pengakuan OKT, mengaku salah atau mahu dibicarakan

Jika OKT mengaku bersalah dan Hakim berpuas hati dengan pengakuan salah, catatkan pengakuan

Pendakwa Syarie membentangkan fakta kes & bertanya kepada OKT setuju atau tidak akan fakta kes yang dibentang

Jika OKT dan bersetuju, catat pengakuan dan sabitkan kes OKT kemudian berikan OKT peluang untuk merayu peringanan hukuman

Hakim mengarahkan Pendakwa Syarie menggulungkan hujahan kesnya

Hakim jatuhkan hukuman terhadap OKT – denda & penjara/bon berkelakuan baik/ dibebaskan dengan amaran /sebagainya

Rajah 3.2.2: OKT Tidak Mengaku Salah Atau Pihak-Pihak Mohon Tangguh Kes

Page 13: Laporan Latihan Industri

13

Jika OKT tidak hadir, Hakim perlu dengar

apa-apa permohonan Pendakwa Syarie sama ada memohon waran tangkap/sebagainya.

Jika PS tidak hadir, Hakim perlu dengar permohonan OKT

Jika OKT dikeluarkan waran tangkap dan

sebagainya, tangguh kes & tetapkan tarikh sebutan baru. Jika kes

dibatalkan atas ketidakkehadiran PS

atas permohonan OKT, bebaskan OKT

Pendaftar perlu sediakan waran tangkap

dan surat iringan kepada Balai

Polis/Pegawai Penguatkuasa Agama di

mana alamat OKT duduk

Sediakan waran tangkap dan surat iringan. Dapatkan

tandatangan Hakim pada waran tangkap

Serahkan waran tangkap dan surat iringan kepada Penghantar Notis untuk penyampaian / diposkan

Seksyen 32 (1)(2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004

Rajah 3.2.3: OKT Tidak Hadir / Pendakwa Tidak Hadir

Page 14: Laporan Latihan Industri

BAB 4

ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI

4.1 Ilmu Yang Telah Diperoleh

Sepanjang 10 minggu saya menjalani latihan industri di Mahkamah Rendah Syariah,

bermacam-macam ilmu yang telah saya pelajari khususnya ilmu yang berkaitan dengan Undang-

Undang Syariah. Mahkamah Rendah Syariah merupakan medan yang baik untuk pelajar

Undang-Undang Sivil seperti saya mempelajari selok belok Undang-Undang Syariah dengan

lebih mendalam lagi. Tuan Hakim Mohammad Esham sendiri telah memberikan tunjuk ajar yang

begitu baik. Tuan Mohammad Esham pernah mengajar pelajar-pelajar praktikal di Mahkamah

Rendah Syariah berkenaan dengan cara pengiraan Faraid dengan mudah.

Disamping itu, saya juga ada belajar berkenaan dengan pengesahan lafaz cerai ; sighah

dan kinayah. Lafaz cerai melalui sms adalah lafaz kinayah (tidak nyata) dan hakim akan melihat

kepada ‘uruf sesuatu perkara sebelum mensabitkan jatuh/tidak sesuatu talak. Antara perkara

penting yang telah saya pelajari adalah sebaik sahaja pasangan-pasangan disabitkan jatuh

talak/bercerai dengan persetujuan bersama, dalam tempoh dua minggu mereka perlu pergi ke

Pejabat Agama dengan membawa sijil nikah yang asal untuk dibatalkan supaya sijil cerai boleh

dikeluarkan. Ramai daripada pelanggan/klien yang hadir keliru akan hal ini.

Selain itu dengan bertugas di kaunter khidmat pelanggan, saya telah sedikit sebanyak

mempelajari skil untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga ada mempelajari tentang

maklumat yang perlu disampaikan kepada pelanggan/klien yang hadir bertanyakan berkenaan

dengan permohonan kes Mal/Faraid.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya berkenaan dengan sulh

(perbincangan yang tidak memerlukan perbicaraan) kepada Pegawai-Pegawai Sulh yang

14

Page 15: Laporan Latihan Industri

bertugas di Mahkamah Rendah Syariah. Sama seperti Undang-Undang Sivil, Sulh merupakan

proses mediasi (mediation). Sekiranya ada persetujuan bersama diantara pihak-pihak maka

mereka tidak perlu untuk dibicarakan dalam Dewan Bicara. Saya pernah meminta izin untuk

menyertai dan melihat bagaimana proses Sulh tersebut namun tidak kesampaian kerana Pegawai

Sulh khuatir akan ketidakselesaan klien sekiranya saya berada dalam Bilik Sulh tersebut.

Tambahan lagi, Mahkamah Rendah Syariah memberi peluang kepada saya untuk

mempelajari perkara yang berkaitan dengan pengkeranian. Sebagai contoh, saya telah belajar

cara-cara menggunakan iPost. iPost merupakan sistem yang menghubungkan Mahkamah Rendah

Syariah dengan beberapa jabatan lain sebagai contoh Pejabat Agama. iPost digunakan untuk

menghantar rekod perceraian kepada Pejabat Agama. Saya juga belajar bahawa hanya Pejabat

Agama sahaja yang boleh keluarkan sijil cerai. Dengan sistem ini, ia memudahkan urusan dua

hala antara Mahkamah Rendah Syariah dan juga Pejabat Agama.

Selain itu, saya juga didedahkan dengan kes-kes pengesahan nikah, wali hakim, nikah

bawah umur dan beberapa kes menarik yang lain. Bagi kes-kes pengesahan nikah, kebanyakan

daripadanya terpaksa ditangguhkan ke tarikh sebutan yang akan datang atas sebab dokumen

tidak lengkap. Antara dokumen penting yang perlu dilengkapkan adalah seperti surat kebenaran

dari konsulat, tauliah wali, maklumat saksi dan beberapa dokumen penting lain. Sekiranya

mahkamah masih tidak berpuas hati dengan dokumen yang disertakan, maka mahkamah akan

meminta pihak-pihak untuk membawa saksi (wali & saksi) bagi memberi keterangan di

mahkamah berkenaan dengan pengesahan nikah tersebut.

Bagi kes Jenayah Syariah pula, saya diberi peluang untuk melihat perbicaraan/sebutan

kes khalwat, berjudi, minum minuman yang memabukkan dan beberapa kes Jenayah Syariah

yang lain. Antara ilmu yang saya perolehi adalah kertas pertuduhan cuma boleh dikeluarkan

setelah disiasat oleh Pegawai Penyiasat (Investigator Officer). Saya juga diberi makluman

berkenaan dengan kesalahan jenayah boleh tangkap tanpa waran dan juga sebaliknya.

15

Page 16: Laporan Latihan Industri

Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari proses dan prosedur akan sesuatu

permohonan/tuntutan bagi kes Mal/Faraid disamping dapat mengetahui serba sedikit tentang

tatacara mahkamah bagi kedua-dua kes Mal/Faraid dan juga Jenayah Syariah. Saya juga

mempelajari cara untuk “tackle” masalah klien dan lain-lain lagi. Saya telah banyak belajar di

Mahkamah Rendah Syariah Ipoh ini.

4.2 Pengalaman Sepanjang Menjalani Latihan Industri

Disamping ilmu-ilmu yang telah saya perolehi, saya juga telah menimba banyak

pengalaman setelah menjalani latihan industri di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Antara

pengalaman berharga yang telah saya perolehi adalah saya diberi peluang untuk duduk bersama

dengan Pembantu Pendaftar sewaktu perbicaraan/sebutan sedang dijalankan. Hal ini telah

membuatkan saya dapat melihat dengan jarak dekat cara Peguam Syarie berhujah bagi kes yang

diwakili mereka; kes mut’ah, sabitan nusyuz dan lain-lain lagi.

Selain itu, saya juga telah diberikan peluang untuk mewakili Pembantu Pendaftar

memanggil kes yang seterusnya. Kes yang pernah saya panggil adalah merupakan kes

permohonan Nikah Bawah Umur. Saya juga diberi peluang untuk memberikan teks lafaz cerai

kepada pihak-pihak yang ingin bercerai secara persetujuan bersama sewaktu sebutan.

Pengalaman lain yang saya perolehi adalah saya diberikan amanah oleh Penolong

Pendaftar untuk mengumpulkan data bagi borang maklumbalas pelanggan berkenaan dengan

perkhidmatan yang diberikan oleh Mahkamah Rendah Syariah. Disamping pengumpulan data

yang saya lakukan, saya perlu membuat laporan berkenaan dengan maklumbalas pelanggan

berserta cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh mereka. Laporan berkenaan

memerlukan penelitian yang halus dan saya berjaya menyiapkan laporan tersebut dalam tempoh

1 hari dengan bantuan Penolong Pendaftar.

Disamping itu, pengalaman yang telah saya perolehi adalah saya dan beberapa pelajar

praktikal yang lain berpeluang untuk mengadakan perbincangan ilmiah yang santai dengan Tuan

Hakim Mohammad Esham. Tuan Mohammad Esham sering memberikan kata-kata semangat

16

Page 17: Laporan Latihan Industri

kepada kesemua pelajar praktikal. Disamping perbincangan ilmiah, Tuan Mohammad Esham

juga ada berkongsi berkenaan dengan peluang kerjaya yang ditawarkan di Mahkamah Rendah

Syariah Ipoh.

Secara keseluruhannya, banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang

keberadaan saya di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh

kesemua kakitangan Mahkamah juga merupakan pengalaman yang paling berharga sepanjang

saya ditempatkan di Mahkamah ini.

17

Page 18: Laporan Latihan Industri

BAB 5

PENUTUP

FAEDAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 Faedah Latihan Indsutri

5.1.1 Pendedahan Kepada Dunia Pekerjaan

Dengan mengikuti kursus Latihan Indsutri yang dianjurkan oleh Fakulti Undang-Undang,

pelajar sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan realiti alam pekerjaan. Pelajar dapat

mempelajari sesuatu berkenaan dengan dunia bekerja dimana integriti itu merupakan perkara

yang paling penting bagi semua kakitangan/penjawat awam di Malaysia. Selain itu, ia juga

memberi pendedahan kepada para pelajar akan peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi

sebaik sahaja bergraduasi. Dengan pemerhatian yang dibuat sepanjang latihan industry

berlangsung, skop tugas bagi setiap penjawat awam sudah diketahui. Di Mahkamah Syariah

sendiri, banyak jawatan yang boleh dimohon oleh graduan-graduan dengan kelulusan Ijazah

Sarjanamuda Undang-Undang. Peluang pekerjaan dalam bidang Syariah adalah meluas.

5.1.2 Menjadikan Mahasiswa Berfikiran Kritis dan Kreatif

Jika selama ini hanya teori sahaja yang dipelajari, dengan mengikuti kursus Latihan

Industri ini ia lebih kepada latihan praktikal. Para pelajar akan cenderung untuk mengaplikasikan

apa yang sudah dipelajari dengan permasalahan yang diperolehi daripada pelanggan/klien yang

datang. Sebagai contoh, pada tahun ke-2 saya di Fakulti Undang-Undang, kami telah

mempelajari akan Undang-Undang Keluarga Islam beserta Faraid. Di Mahkamah Rendah

Syariah Ipoh, kami disajikan dengan pelbagai permasalahan, tuntutan, permohonan kes Mal dan

Faraid. Oleh itu, gambaran tentang sesuatu kes itu sudah ada. Apabila mendengar perbicaraan

bagi kes-kes tersebut ia sedikit sebanyak membantu minda untuk mengingati semula apa yang

18

Page 19: Laporan Latihan Industri

telah dipelajari dan ia membuatkan pelajar berfikir cara menyelesaikan permasalahan

pelanggan/klien tersebut.

5.1.3 Menjadikan Mahasiswa Yang Berdisiplin Tinggi

Kursus Latihan Industri ini sedikit sebanyak melatih pelajar untuk menjadi lebih

berdispilin. Pelajar perlu mematuhi masa di institusi latihan industri masing-masing, perlu

menghormati Hakim-hakim, pegawai-pegawai, kakitangan am dan yang paling penting perlu

cakna akan cara yang paling sesuai untuk berurusan dengan pelanggan/klien yang hadir.

Disamping itu, kerja yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan perlu disiapkan dalam masa

yang ditetapkan agar memudahkan urusan di mahkamah tersebut.

5.2 Cadangan Penambahbaikan

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati akan pengelolaan Latihan Inustri oleh pihak

Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Disamping itu, suka saya ingin

kemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi kursus Latihan Industri ini.

Latihan Industri ini perlu dipanjangkan lagi tempohnya. Hal ini kerana secara peribadinya

saya merasa bahawa 10 minggu adalah tidak mencukupi untuk saya belajar dengan lebih banyak

dan mahir banyak perkara di institusi tempat saya menjalankan Latihan Industri, di Mahkamah

Rendah Syariah Ipoh.

Disamping itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan kursus

Latihan Industri ini pada tahun ke-2 dan juga ke-3. Pada tahun ke-2 tersebut pihak fakulti boleh

mengelolakan latihan industri yang bertempat di Ibu Pejabat Polis ataupun Firma. Manakala

pada tahun ke-3 pihak fakulti boleh melaraskan kesemua pelajar untuk menjalani latihan industri

di mahkamah-mahkamah yang terpilih. Hal ini akan membuat para pelajar didedahkan dengan

dunia undang-undang dengan lebih meluas.

19