Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
-
Upload
mohammad-bin-nooremisham -
Category
Education
-
view
452 -
download
20
Transcript of Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
SWEET INSPIRATION NO.428-GRD & 1ST FLOOR,
JALAN HARUAN 4
OAKLAND COMMERCIAL CENTRE,
70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
KM 10,JALAN KONG KONG,81700,PASIR GUDANG,JOHOR DARUL TAKZIM
NAMA :MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOREMISHAM NO PENDAFTARAN :09DRI13F1004 JABATAN :JABATAN REKABENTUK INDUSTRI TEMPOH LATIHAN :1 DIS 2014 – 17 APRIL 2015
MO
HA
MM
AD
GH
AZ
AL
EE
BIN
NO
OR
EM
ISH
AM
LA
PO
RA
N L
AT
IHA
N IN
DU
ST
RI
D
IS 2
01
4 - M
EI 2
01
5
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Judul i
Pengesahan Pelajar ii
Biodata iii
Penghargaan iv - v
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1 1.1 Pendahuluan 2 – 3
1.2 Objektif Latihan Industri 4 – 5
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 6 – 7
1.4 Kepantingan Latihan Industri 8 – 9
BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT 10 2.1 Pengenalan Syarikat 11 – 12
2.2 Lokasi Syarikat 13
2.3 Carta Organisasi Syarikat 14
BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN 15 3.1 Pendahuluan 16 – 17
3.2 Ringkasan Mingguan 18 – 21
BAB 4 LAPORAN TUGASAN 22 4.1 Carta Alir Tugasan 23
4.2 Turun Tapak Projek 24 – 25
4.3 Plan 2D (AutoCAD) 26 – 29
4.4 Rekaan 3D 30 – 35
(3Ds Max 2011 + Vray + Photoshop)
BAB 5 DAPATAN & CADANGAN 36 – 38 BAB 6 KESIMPULAN 39 – 40
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOREMISHAM (09DRI13F1004)
DI
SWEET INSPIRATION NO.428-GRD & 1ST FLOOR,
JALAN HARUAN 4
OAKLAND COMMERCIAL CENTRE,
70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Buku Laporan Ini Dikemukakan Kepada
Jabatan Rekabentuk Industri
Sebagai Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penganugerahan
Diploma Rekabentuk Industri
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DIS 2014
i
PENGESAHAN PELAJAR
“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri serta
di bantun dengan rujukan gambar,laman web dan rakan-rakan tanpa
salinan semula dari mana-mana sumber”
T.tangan :
Nama Pelajar : MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOOREMISHAM
No.Pendaftaran : 09DRI13F1004
Tarikh : 17 April 2015
Pemeriksa,
“Saya akui bahawa telah memeriksa laporan ini dan pada pandangan
saya laporan ini memadai dari segi skop kualiti bagi memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan Diploma mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh pihak Politeknik”
T.Tangan :
Nama Penyelia :
Jawatan :
Tarikh :
ii
BIODATA
NAMA : MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOREMISHAM
NO PENDAFTARAN : 09DRI3F104
NRIC : 950218-08-5537
KURSUS : DIPLOMA REKABENTUK INDUSTRI
INSTITUSI : POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
FIRMA LATIHAN : SWEET INSPIRATION
NO. 428-GROUND & 1ST FLOOR,
OAKLAND COMMERCIAL CENTRE,
70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
NAMA PENGURUS :
TEMPOH LATIHAN : 28 OKTOBER 2014 – 17 APRIL 2015
iii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Alhamdulillah
syukur ke hadrat ilahi ke atas kurniaanNya, akhirnya saya dapat
menyiapkan laporan Latihan Industri dengan lengkap pada masa yang
ditetapkan oleh pihak Politeknik.Setinggi-tinggi penghargaan saya
ucapkan kepada pihak pengurusan syarikat Sweet Inspiration kerana
telah memberi peluang untuk menjalani latihan industri di syarikat ini
selama 7 bulan.
Jutaan terima kasih juga kepada pelatih dan juga sebagai pereka
dalaman di syarikat ini yang telah banyak membantuk dan memberi tunjuk
ajar kepada saya walaupun pada permulaannya agak sukar. Tidak lupa
juga kepada pengurus syarikat kerana memberi kepercayaan kepada
saya untuk menjalani latihan indutri di syarikat Sweet Inspiration.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para
pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan khususnya di Jabatan Rekabentuk
Komunikasi Visual yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
menyiapkan buku laporan ini. Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan
nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya ketika menjalani kelas
Soft Skill. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang turut
menyumbang dari segi kewangan dan juga sokongan kepada saya.
iv
Dengan kata-kata semangat dari keluarga menyebabkan saya yakin dapat
menghabiskan latihan insdutri ini.
Akhir sekali kepada rakan-rakan saya yang turut memberi
sokongan dan cadangan kepada saya untuk membuat laporan ini. Tidak
lupa juga kepada rakan seperjuangan saya di syarikat Sweet Inspiration.
Sedikit banyak mereka telah membentu saya dalam membuat kerja harian
di tempat latihan.
v
BAB 1
1.1 PENDAHULUAN
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat
menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang
ditetapkan serta menyediakan laporan latihan industri saya pada masa
dan waktu yang dikehendaki oleh pihak Politeknik Ibrahim Sultan.
Dalam tempoh masa 7 bulan bermula pada 28 Oktober 2014
sehingga 17 April 2015, saya telah menjalankan latihan industrI di syarikat
Sweet Inspiration. Dalam tempoh saya berada di syarikat ini, saya dapat
melalui pengalaman baru dalam hidup saya terutama di dalam alam
pekerjaan sebagai pereka dalaman. Sewaktu saya berada di syarikat ini
saya dapat mempraktikan penggunaan software Autocad yang saya
pelajari di Politeknik Ibrahim Sultan malah saya juga dapat mempelajari
software baru iaitu 3ds Max versi 2011.
Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini bagi saya
ialah, dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam
pekerjaan yang sebenar. Selain itu, ianya dapat meningkatkan
pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk memikirkan
bagaimana process perlaksanaan atau penghasilan sesuatu produk atau
rekaan mengikut kehendak pelanggan. Ianya juga dapat membantu
menambah keyakinan diri terhadap kemampuan diri seseorang pelajar itu.
2
Selain itu, latihan industri merupakan cara terbaik untuk melatih
pelajar dalam berkomunikasi sama ada dengan rakan sekerja dan juga
pihak atasan. Di dalam latihan industri pelajar akan mendapat peluang
untuk mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan
sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah
satu aspek penting yang di titik beratkan dalam alam pekerjaan.
Secara tidak langsung, latihan industri ini juga dapat mewujudkan
sikap lebih berdisiplin, bertanggungjawab, dan berupaya menguji
keyakinan diri membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk
melahirkan graduan yng berkuliti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi
kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.
3
BAB 1
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana
Politeknik perlu menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan
iaitu selama 6 bulan bagi kursus diploma. Latihan industri ini juga merupakan
salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum di
anugerahkan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri
sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya . Di antara objektif utama
latihan industri ini wujud adalah :
i. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik
dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja
di firma tersebut.
iv. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan
tinggi semasa menjalani latihan industri dan dimasa akan datang.
v. .Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat
pengajian di Politeknik kelak.
4
vi. Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang
diarahkan oleh politeknik seperti menyediakan buku laporan industri.
5
BAB 1
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma
tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan
laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak
politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah
keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang
tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen
penting untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti.
Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak.
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh
pensyarah-pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula
untuk sesi pembentangan laporan. Suatu kerja yang dilakukan secara
baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatat atau dimuatkan dalam
bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian
khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi
kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini
juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga
firma serta pihak-pihak lain untuk penilaianserta rujukan terhadap laporan
6
tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan
dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang
rekabentuk industri khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak
langsung.
7
BAB 1
1.4 KEPANTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu cabang bidang
ilmu yang memberi peluang kepadaseseorang pelajar untuk
mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa
sesididalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif,
contohnya secara tidak langsung iadapat melipat gandakan kemahiran
yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di
samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam
sesuatu bidangkerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut
sangat penting untuk menjadikanseseorang pelajar itu yang terbaik dalam
bidang yang akan diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar
dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar
yang bakal merealisasikan segala cita-cita danimpian ketika belajar.
Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan
industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri.
Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa
situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya dalah tidak semudah yang
dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.
8
Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia
memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat
pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secaraumum sesebuah firma
amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yangtinggi
disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil
syarikat tersebutmenawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat
pengajian kelak.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini
adalah sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan
kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihansebagai panduan dan
bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah
payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi
pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi
ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan
pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
9
BAB 2
2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT
Sweet Inspiration Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang
meyediakan khidmat rekaan dalaman dan pembutan termasuk kabinet,
almari, perabot dan penetapan reka bentuk dalaman seperti
pengubahsuaian ruang tamu.
Syarikat ini di wujudkan pada tahun 2004,dalam menyedikan
khidmat reka bentuk dalaman syarikat ini membekalkan dan menberikan
hasil kerja yang menarik dan bermutu tinggi dengan menggunakan
baahan yang berkualiti mengikut kemampuan dan kehendak pelanggan.
Syarikat ini beroperasi di Seremban 2, Oakland Commercial
Centre. Memilik sebuah rumah kedai yang beroperasi dari jam 9:30 pagi
sehingga 6:30 petang. Pelanggan selaluannya akan hadir untuk melihat
pilihan dari segi bahan yang di perlukan serta perbincangan dari segi kos
pembutannya.
11
Kekuatan pasukan Sweet Inspiration:
Perunding julan kami akan bekerja keras untuk bertemu
dengan setiap pelanggan kami bagi memenuhi kehendak
mereka.
Pereka kami siap sedia mebhadapi pelbagai cabaran dalam
tugasan yang di terima setiap hari
Kami akan memastikan bahawa semuanya akan disiapkan
dan dihantar tepat pada masanya
Kami berkerjasama untuk memberikan kualiti yang konsisten
seperti yang dijanjikan
Kami percaya dalam hubungan jangka panjang dengan pelanggan
yang bertahan mampu menjadi satu asset sebagai perunding reka bentuk
dalaman dan mukin hasil kami akan lebih bertahan serta semangat kami
kekal selamanya
12
BAB 2
2.2 LOKASI SYARIKAT
13
ALAMAT : NO.428-GRD & 1
ST FLOOR,
JALAN HARUAN 4, OAKLAND COMMERCIAL CENTRE, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEL/FAX : 06-601 6944
BAB 3
3.1 PENDAHULUAN
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang
dilakukan sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang
dilakukan yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di
terangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyeliai.
Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan
harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-
aktiviti dan tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan
industri.
Segala aktivitiyang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke
minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan
dalam seminggu di sampingakan memudahkan proses penyemakan. Hari
kerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana
terdapat cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat.
Dalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan
banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah
dipelajari di politeknik, saya juga telah didedahkan dengan suasana
pesekitaran sebagai pereka dalaman. Ketika menjalani latihan industri di
syarikat ini, saya telah diberi amanah sebagai salah seorang pereka
dalaman yang lebih kepada rekaan dalaman dalam bentuk 3D setiap
16
rekaan yang di perlukan pelanggan. Setiap tugas yang di berikan akan di
susuli dengan rujukan seperti plan tapak projek, gambar rujukan atau
lakaran sudut perspektif.
Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 8
jam sehari, bermula dari jam 09.30 pagi – 05.30 p.m (akan kerja lebih
masa jika perlu) setiap hari bermula dari hari Isnin – Jumaat (hari Sabtu
bekerja dua minggu sekali).
17
BAB 3
3.2 RINGKASAN MINGGUAN
Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani
latihan industri selama 20 minggu.
MINGGU AKTIVITI/TUGASAN
1 PENGENALAN SOFTWARE 3DS MAX
• Mempelajari software 3Ds Max 2011
• Mendapat tugasan pertama
• Merekabentuk dalaman kedai Money Changer
• Mempraktikkan latihan software dalam tugasan pertama
2 MEMBAIKI TUGASAN DAN MENINGKATKAN CARA PENGGUNAAN SOFTWARE
• Membuat modeling prabot dalaman
• Kenal pasti penggunaan pencahayaan yang betul dan tepat
• Meletakkan pandangan sudut yang mudah untuk di fahami
konsep rekaan dalamannya
3 MEMBUAT PLAN 2D PROJEK DAN MEMBINA REKAAN 3D
• Mempelajari simbol-simbol asas dalam plan lakaran 2D
• Mempelajari ukuran asas dalam plan lakaran 2D
• Membuat plan lakaran 2D tapak projek
• Membuat rekaan 3D melalui plan lakaran 2D projek
4 MEMBUAT REKAAN DALAMAN PEJABAT 3D
• Membuat rekaan ruang utama masuk pejabat dengan
• Membuat rekaan ruang bilik pegurus dengan mengunakan
konsep organik dan semula jadi
• Membuat rekaan ruang perbincangan dengan meletakkan
elemen semuja jadi
18
MINGGU AKTIVITI/TUGASAN
5 REKAAN DALAMAN BILIK TIDUR & TURUN TAPAK PROJEK RESAH KEMAYANG
• Meneliti dan melihat contoh-contoh rekaan bilik tidur
• Mebuat rekaan bilik tidur melalui plan 2D rujukan dan
gambar rujukan
• Pergi ke rumah pelanggan
• Berbincang idea yang diperlukan dalam rekaan rumahnya
• Membuat ukuran setiap ruang yang tertentu
6 REKAAN BILIK TIDUR YANG LEBIH IDEAL UNTUK RUMAH CYBERJAYA
• Kenal pasti pengguna setiap ruamg bilik
• Memadankan kesesuaian rekaan dengan penggunanya
• Membuat rekaan bilik yang ideal
• Membuat rekaan untuk ruang dapur
7 TAMBAHBAIK REKAAN
• Membuat penambahbaik dalam rekaan
• Merujuk buku koleksi rekaan dalaman
• Kenal pasti kekurangan dalam rekaan
8 MEMBUAT PLAN 2D PEJABAT SETIA ALAM
• Membuat plan 2D pejabat
• Gabungan idea untuk menghasilkan rekaan ruang pejabat
• Membuat modeling prabot dalaman untuk pejabat
9 REKAAN RUANG 3 BILIK TIDUK MENGIKUT CIRI-CIRI DIBERIKAN
• Membuat rekaan dalaman ruang bilik tidur utama dengan
ruang almari dan ruang istirehat yang mempunyai elemen
romantik
• Membuat rekaan dalaman ruang bilik tiduk kanak-kanak
perempuan yang memerlukan ruang belajar
19
MINGGU AKTIVITI/TUGASAN
10 PLAN 2D & MODELING KAFE
• Menbuat plan lakaran 2D kafe dengan beberapa pilihan
• Membina modeling perabot-perabot untuk ruang kafe
• Mempelajari ilmu asas dalam pembinaan bagunan
11 PERBINCANGAN PROJEK RESAH KEMAYANG & TAMBAHBAIK REKAAN DALAMAN RUMAH CYBERJAYA
• Membuat perbincangan mengenai projek di Resah
Kemayang
• Membuat penambahbaik rekaan dalaman rumah cyberjaya
• Merujuk gambar yang telah di berikan untuk di tambahbaik
• Membuat penambahbaik mengikut kehendak pelanggan
12 TAMBAHBAIK REKAAN DALAMAN RUMAH CYBERJAYA
• Merujuk gambar yang telah di berikan untuk di tambahbaik
• Membuat penambahbaik mengikut kehendak pelanggan
13 MEMBUAT REKAAN DALAMAN 3D PEJABAT SETIA ALAM
• Merujuk plan lakaran 2D projek membina rekaan dalaman
3D
• Pembahagian tugas untuk rekaan yang telah di bincangkan
• Mengabungkan rekaan yang telah di siapkan
14 REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT SETIA ALAM
• Memdapat tugasan membuat rekaan dalaman bangle 3
tingkat
• Membuat pembahagian tugas dan berbincang mengenai
konsep
• Membuat rekaan dalaman bangle dengan konsep yang di
bincangkan
20
MINGGU AKTIVITI/TUGASAN
15 REKAAN DALAMAN PEJABAT DI KEPONG
• Menbuat plan lakaran 2D pejabat
• Membuat rekaan dalaman pejabat dengan idea dan kretivi
sendiri sepenuhnya
16 TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT DAN PEJABAT KEPONG
• Membuat penambahbaik rekaan dalaman rumah bangle 3
tingkat dengan merujuk kepada gambar rujukan mengikut
ketetapan pelanggan
• Membuat sentuhan terakhir rekaan pejabat kepong untuk
memastikan rekaan yang terbaik hasil idea sendiri
sepenuhnya.
17 TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT
• Membuat penambahbaik bilik-bilik dan ruang tertentu
mengikut kehendak pelanggan
18 TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT
• Membuat penambahbaik bilik-bilik dan ruang tertentu
mengikut kehendak pelanggan
• Memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru
• Pengenalan software
19 TUGASAN SAMPINGAN UNTUK MENGAJAR PEKERJA BARU
• Perkongsian Ilmu dengan pekerja baru
• Mengajar asas 3D max
• Menyiapkan tugasan plan lakaran 2D
• Menambahbaik rekaan dalaman bangle 3 tingkat
20
MINGGU AKTIVITI/TUGASAN
20 CUTI SAKIT AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA
• 3 hari MC
• 2 hari cuti dari syarikat
21 TOUCH-UP REKAAN RUMAH DALAMAN BANGLO 3 TINGKAT
• Membuat penambahbaik rekaan dalaman rumah bangle 3
tingkat dengan merujuk kepada gambar rujukan mengikut
ketetapan pelanggan
• Membuat penambahan dalam ruang dan rekaan mengikut
ketetapan
22 FINAL TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT,UPDATE JURNAL & TURUN TAPAK PROJEK
• Membuat penambahbaik rekaan dalam rumah bangle 3
tingkat proses akhir
• Kemaskini laporan dan buku jurnal
• Turun tapak perojek kafe untuk buat pengukuran tapak
projek
23 UPDATE PLAN LAKARAN 2D PROJEK KAFE
• Membuat penambahbaik dari segi ukuran dan ketetapan
ruang pada plan lakaran 2D
• Kenal pasti kedudukan colum & beam
• Membuat rekaan 3D melalui pelan lakaran 2D
24 REKAAN 3D KAFE
• Menghasilkan rekaan dalaman 3D kafe mengikut konsep
“rustic design town café”
• Membuat rujukan melalui internet dan jurnal
21
BAB 4
4.1 CARTA ALIR TUGASAN
Setiap minggu pihak syarikat telah memberi beberapa tugasan
yang perlu di siapkan demi mencapai kehendak pelanggan mengiku
ketetapan dari segi bajet dan keinginan. Berikut adalah carta alir
mengenai tugasan yang telah saya lakukan di syarikat Sweet Inspiration ;
23
PERGI KE TAPAK PROJEK UNTUK MENGAMBIL UKURAN DAN GAMBAR RUJUKAN
RUJUK LAKARAN /GAMBAR RUJUKAN/PLAN RUJUKAN
PLAN TAPAK PROJEK 2D(AUTOCAD PLOT)
REKAAN 3D (3DS MAX2011 + VRAY + PHOTOSHOP
BAB 4
4.2 TURUN TAPAK PROJEK
Kebanyakkan projek yang di berikan tidak semunya perlukan
pereka di syarikat Sweet Inspiration untuk turun ke tapak projek bagi
melakukan proses pengukuran tapak projek. Namun ada beberapa projek
yang memerlukan pereka untuk turun melihat tapak projek dan berbincang
dengan pelanggan.
Saya bersama telah mendapat peluang untuk turun ke tapak projek
bagi dua projek yang perlukan penelitian antaranya projek rumah yang
ingin di ubahsuai di Rasah Kemayang dan projek kafe yang memerlukan
keseimbangan dalam memastikan suasana rekaan dalamanya mengikut
kehendak pelanggan.
24
PERGI KE LOKASI TAPAK PROJEK
MENGUKUR KELUASAN TAPAK PROJEK
KOBINASI IDEA UNTUK REKAAN
MEMASTIKAN REKAAN SESUAI DARI SEGI RUANG
MELAKAR PLAN 2D
Sebelum pergi ke tapak projek saya perlu meyediakan beberapa
alat kelengkapan untuk memudahkan proses pengukuran dan penetapan
idea. Antara kelengkapannya pita ukur,pembaris,pensil,kapur tulis,kertas
dan camera.
Setiap kelengkapan berikut di perlukan bagi membuat plan lakaran
dan menetapkan idea rekaan mengikut kesesuai saiz ruang. Beam dan
colum perlu di titik beratkan bagi memastikan rekaan sesuai dengan
kedudukan beam dan colum dan tidak menganggu atau mencacatkan
rekaan.
Perbincangan di tapak lokasi untuk tentukan idea rekaan dan
kesesuaian bagi memudahkan kerja dalam melaksanakan rekaan 3D
dalam software 3Ds Max nanti. Setiap ukuran akan di lakarkan dalam
kertas sebagai rujukan. Gambar tapak projek juga penting untuk merujuk
kembalik keadaan tapak projek.
25
BAB 4
4.2 PLAN 2D (AUTOCAD)
AutoCAD merupakan salah satu software yang terpenting dalam
syarikat ini untuk membuat plan 2D tapak projek secara terperinci dari
segi lukisan plan perabot, lukisan plan pendawaian dan lukisan terperinci
perabot.
Sebelum melakukan plan 2D AutoCAD pegurus akan memberi plan
lakaran 2D rujukan atau plan 2D(softcopy) untuk di rujuk dari segi saiz
asal tapak projek.
Melalui plan rujukan sama ada hardcopy atau softcopy akan mula
membuat satu plan 2D terperinci dalam software AutoCAD. Jika plan
rujukan yang diberikan adalah melalui softcopy maka ia agak mudah
untuk di buat kerana melalui softcopy akan terus import masuk ke
AutoCAD.
26
Dengan cara itu proses membuat plan 2D agak mudah hanya
cuma tekap semula saiz tapak projek yang sebenar melalui softcopy yang
telah di import masuk tadi. Kemudian buat susunan perabot mengikut
kesesuaian ruang.
Setelah siap membuat plan 2D yang lengkap dengan ukuran yang
betul plan itu akan di plot untuk di jadikan dalam bentuk PDF agar mudah
dan senang untuk di rujuk oleh pekerja yang akan menguruskan bahagian
pembuatan serta mudah untuk pelanggan faham dari segi pandangan 2D
sebelum membina rekaan 3D.
27
Carta alir penghasilan plan 2D
29
MERUJUK LAKARAN PLAN(HARD COPY) ATAU IMPORT PLAN(SOFTCOPY)
MEMBUAT PLAN TAPAK 2D MENGIKUT SAIZ DALAM LAKARAN
MEMBUAT PLAN PERABOT 2D PROJEK
PLOT PLAN PERABOT 2D KEPADA FILE PDF
BAB 4
4.2 REKAAN 3D (3DS MAX 2011 + VRAY + PHOTOSHOP)
Pelaksanaan rekaan 3D untuk industrI rekaan dalaman amatlah
penting untuk memvisualisasikan rekaan melalui visual 3D. Dengan ini
dapat memastikan pelanggan itu sendiri nampak akan rekaan yang bakal
menjadi satu rekaan dalaman yang mereka inginkan.
Bukan mudah dalam proses penghasilan rekaan 3D ini
memerlukan sedikit ilmu dalam bidang penggunaan software dan asas 3D
yang di perlukan bagi menghasilkan sesuatu rekaan. Fasa dalam
menghasilkan rekaan 3D mengunakan software 3Ds Max 2011;
30
MERUJUK LAKARAN PLAN(HARD COPY)/LUKISAN LAKARAN/PLAN PERABOT(SOFTCOPY)
MENDIRIKAN 3D KAWASAN PROJEK
MEMASUKKAN PERABOT DALAM 3D
MEMASUKKAN BAHAN PADA PERABOT
SET UP PENCAHAYAAN DAN PANDANGAN SUDUT DIMENSI
FINAL RENDER
3Ds Max merupakan salah satu software dari Autodest yang di
gunakan kebanyakan industri rekaan dalaman dan di tambah dengan
penggunaan Vray sebagai rendering element untuk menampakkan rekaan
3D itu lebih cantik dan lebih nyata.
Asas dalam 3Ds Max adalah hampir sama seperti penggunaan
AutoCAD pembinaan sesebuah tapak mesti melalui titik dan garisan.
Rajah di bawah menunjukkan gambar software 3Ds Max.
Di bahagian kanan merupakan beberapa key yang di perlukan
dalam menghasilkan 3D. Antaranya yang sering di gunakan sebagai asas
pemulaan ialah line,rectangle,circle dan elips.
31
Melalui line itu boleh di ubahsuai mengunakan tiga pilihan iaitu titik
pepenjuru,garisan sisi atau objek. Dengan cara ini mudah untuk di
ubahsuai sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi saiz objek itu.
Dengan cara ini dapat menghasilkan bentuk sebuah tapak projek
yang di inginkan mengikut plan 2D yang di sediakan. Selepas
menghasilkan ruang untuk di reka dalamannya maka perabot dan
barangan dalaman yang di perlukan boleh di import dari library yang sedia
ada.
32
Setelah selesai masukkan barangan dalaman dan perabot yang di
perlukan masa untuk memastikan kegunaan bahan(material) yang telah di
tetapkan dan sesuai untuk ruang yang di reka.
Setelah selesai masa untuk set up pencahayaan yang cukup dan
betul bagi memastikan ruang dan rekaan dalaman menjadi lebih menarik
dan Nampak lebih jelas.
33
Sebelum ke proses render akhir untuk melihat hasil dari rekaan tadi
perlu di set up untuk pandangan kamera yang tepat dan cantik agar
pandangannya lebih menarik dan mudah di lihat.
Pilih pandangan yang di perlukan untuk di render sebagai rujukan
pandangan dimensi untuk pelanggan.
34
Gambar yang telah siap render akan di edit menggunakan software
Photoshop untuk memastikan kualiti gambar yang lebih cantik dan terang.
35
BAB 5
5 DAPATAN & CADANGAN
Selama saya menjalani latihan di Syarikat Sweet Inspiration, saya
berpuas hati terhadap setiap arahan, kerja-kerja ataupun tugasan yang
telah mereka berikan.Selama 7 bulan saya menjalani Latihan Industri,
ianya banyak memberi kelebihan saya dalam menyelesaikan masalah.
Saya juga dapat menjalankan latihan yang telah saya pelajari di
Politeknik.
Sepanjang menjalani Latihan Industri di Syarikat Sweet Inspiration,
saya melakukan kerja-kerja yang diberikan itu mengikut tunjuk ajar dari
pereka yang berpengalaman dan pengurus syarikat sendiri. Mereka tidak
berat mulut untuk memberi tunjuk ajar dan mereka juga turut memberi
peluang kepada saya supaya mengutarakan apa sahaja soalan dan
pendapat untuk menambah baik rekaan.
Di samping itu juga, saya juga mendapat banyak pengalaman dan
pengetahuan yang tidak pernah saya alami ketika di dalam kelas.Saya
juga mendapat pendedahan suasana pekerjaan di dalam syarikat.Saya
telah belajar bagaimana menguruskan masa dan menghargai kerja
berkumpulan di kalangan rakan sekerja. Malah, saya turut mengikuti apa
yang telah saya pelajari di Politeknik dalam kursus ‘soft skill’.
37
Walaubagaimanapun, ada sesetengah perkara yang perlu di ambil
berat oleh pihak syarikat ini iaitu kakitangan hendaklah menunjukkan
sikap yang profesional ketika bekerja kerana ia akan memberi tanggapan
yang negatif kepada orang yang berada di sekeliling. Selain itu, perkara
lain yang perlu di ambil berat ialah ketika pengambilan pelajar yang
memohon untuk menjalani latihan, pastikan pihak syarikat meneliti betul-
betul kursus yang diambil oleh pelajar yang memohon dan menempatkan
di bahagian yang sesuai dengan kursus yang di ambil oleh mereka.
Sungguh pun tempoh saya berada di Syarikat Sweet Inspiration
boleh dikatakan agak singkat, tetapi masih banyak lagi perkara yang
belum dipelajari, namun apa yang saya perolehi amat berharga dan
berguna untuk saya aplikasikannya untuk pembelajaran dan kehidupan
saya pada masa akan datang.
Tempat latihan industri adalah satu advance kepada para pelajar
yang menjalani latihan tersebut kerana banyak yang diperlukan dan
difahami seperti dalam teori ketika pembelajaran di Politeknik. Diharap
pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang proaktif bagi
meningkatkan lagi mutu dan kualiti masing-masing.
38
BAB 6
6 KESIMPULAN
Latihan Industri merupakan salah satu cara bagi mendedahkan
kepada para pelajar dengan cara bekerja yang sebenar dan bagi
mengukuhkan lagi pengajian yang telah dipelajari secara teori di
Politeknik. Disebabkan itu, pihak Politeknik mewajibkan semua pelajar di
Politeknik menjalani Latihan Industri kerana ianya mempunyai objektif
yang tersendiri dan yang paling penting ialah ianya dapat mendedahkan
kepada para pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar sebelum
mereka menamatkan pengajian di Politeknik. Selain itu, Latihan Industri
juga merupakan advance kepada pelajar apabila berada di alam
pekerjaan yang sebenar yang lebih realiti dan mencabar kelak.
Akhir sekali, penglibatan para pelajar dalam latihan seumpama ini dapat
membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan
dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadikan Politeknik sebagai platform
pendidikan yang praktikal.Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan
Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang
lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila
mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan
matlamat Politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang
berkualiti dan separa profesional di dalam negara ini.
40
RUJUKAN
1. Dixon Lin Pengurus Sweet Inspiration
2. Pengunaan Software AutoCAD, 3Ds Max 2011,
Vray 2.0, Photoshop.
41