laporan latihan kebakaran

6

Click here to load reader

description

laporan

Transcript of laporan latihan kebakaran

Page 1: laporan latihan kebakaran

Lampiran 1SJKT CONVENT, KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2014

OBJEKTIF

1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran. 3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Tarikh : 23 Jun 2014 Masa : 9.00am – 9.30 amTempat : SJKT ConventKumpulan Sasaran : Semua Warga sekolah

Prosedur:Aktiviti :

1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran 2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan. 3. Murid berkumpul di padang sekolah, iaitu di sebelah sekolah. 4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid. 5. Murid balik ke kelas masing-masing.

Pada 23 Jun 2014 yang lalu, sekolah SJKT Convent telah mengadakan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 9.30 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun sebagai persediaan dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran di sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah rendah telah merancang mengadakan 2 siri latihan kebakaran. Semua warga SJK T Convent telah terlibat dalam aktiviti ini.Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah tentang cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.

Latihan kebakaran ini juga diadakan ditujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah. Setelah loceng panjang dibunyikan sebanyak 3 kali, semua murid bergegas untuk ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru penolong kanan HEM dan Guru Penyelaras 3K telah menetapkan bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di padang sekolah . Murid-murid kikawal oleh guru-guru kelas masing-masing.

Guru bertugas memastikan semua murid berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang pun yang tertinggal di dalam kelas atau di dalam kelas atau di dalam sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SJKT Convent sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, para pelajar juga didedahkan dengan kemungkinan

Page 2: laporan latihan kebakaran

bencana alam yang lain seperti ribut kuat dan gempa bumi. Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu dibaiki. Antara masalah-masalah yang perlu dibaiki adalah kepantasan murid masih agak lewat iaitu 9 minit untuk tiba ke padang sekolah selepas mendengar bunyi loceng. Selain itu ada juga kelas yang tidak tutup pintu dan suiz kipas dalam bilik darjah. Lampu tandas juga tidak “switch off”. Kami berharap latihan yang akan datang tidak mengulangi masalah yang sama seperti ini.

Disediakan oleh :

………………………………………..(JEGANATHAN A/L GANESAN)Penyelaras Latihan Kebakaran

Page 3: laporan latihan kebakaran

SJKT CONVENT, KOMPLEKS SEKOLAH WAWASANLAPORAN BERGAMBAR LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2014

Page 4: laporan latihan kebakaran
Page 5: laporan latihan kebakaran