LATIHAN KEBAKARAN DI BLOK C WISMA SRI PAHANG … · Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi...
Transcript of LATIHAN KEBAKARAN DI BLOK C WISMA SRI PAHANG … · Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi...
LATIHAN KEBAKARAN DI BLOK C WISMA SRI PAHANG
KUANTAN, 10 Ogos 2018 – Satu Latihan Kebakaran telah diadakan pada 10 Ogos
2018 bertempat di Blok C Wisma Sri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman
menyelamat mangsa kebakaran serta pertolongan cemas kepada Pasukan Tindak
Balas Kecemasan Blok C yang baru dilantik. Bahagian yang terliat dalam Latihan
kebakaran ini ialah Bahagian Teknologi Maklumat, Unit Korporat dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Latihan ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada agensi luar iaitu
Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Bukit Ubi Kuantan dan Bahagian Kecemasan,
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Latihan Kebakaran ini bermula dari jam 9.00
pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi yang turut di hadiri oleh Setiausaha Bahagian
Khidmat Pengurusan iaitu Tuan Haji Ahmad Rizal bin Ali @ Jaafar selaku Komander
Pasukan ERT Pejabat SUK Pahang.