Laporan Lawatan

3
Laporan Lawatan “Jejak Sejarah” Pada 27 dan 28 Mac 2015, PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 telah mengadakan lawatan Jejak Sejarah ke Tambunan, Keningau dan Tenom selama 2 hari 1 malam. Lawatan ini telah diiringi oleh dua pensyarah iaitu Puan Roryna A.B. Komon dan Puan Sarimawathy binti Jumanie. Kami telah menaiki satu coaster dan satu van Lawatan ini bertujuan untuk membina keseimbangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial guru pelatih semasa lawatan. Selain itu, lawatan ini juga melahirkan guru pelatih yang dapat berdikari dalam segala masalah yang dihadapi. Lawatan ini juga diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman guru pelatih melalui lawatan ke Tugu Mat Salleh, Tugu Antanom, Pusat Kebudayaan Murut, Muzium Keningau dan Batu Sumpah, Keningau serta Tugu Pahlawan. Bukan itu sahaja, lawatan ini dapat memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih melalui kepimpinan yang akan ditunjukkan oleh guru pelatih sepanjang lawatan. Lawatan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dengan guru pelatih, serta guru pelatih dengan orang luar. Kami bertolak dari institut pada jam 10.00 pagi ke Tambunan. Selepas itu, kami singgah di tengah perjalanan untuk makan tengah hari. Kemudian, kami pergi ke Tugu Mat Salleh dan Tugu Pahlawan. Melalui dua tempat ini, kami dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah tugu tersebut. Kami meneruskan perjalanan kami ke Keningau dan terus makan di restoran Keningau. Selepas itu, kami mendaftar masuk ke Hotel Queen.

description

good

Transcript of Laporan Lawatan

Laporan Lawatan Jejak SejarahPada 27 dan 28 Mac 2015, PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 telah mengadakan lawatan Jejak Sejarah ke Tambunan, Keningau dan Tenom selama 2 hari 1 malam. Lawatan ini telah diiringi oleh dua pensyarah iaitu Puan Roryna A.B. Komon dan Puan Sarimawathy binti Jumanie. Kami telah menaiki satu coaster dan satu van Lawatan ini bertujuan untuk membina keseimbangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial guru pelatih semasa lawatan. Selain itu, lawatan ini juga melahirkan guru pelatih yang dapat berdikari dalam segala masalah yang dihadapi. Lawatan ini juga diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman guru pelatih melalui lawatan ke Tugu Mat Salleh, Tugu Antanom, Pusat Kebudayaan Murut, Muzium Keningau dan Batu Sumpah, Keningau serta Tugu Pahlawan. Bukan itu sahaja, lawatan ini dapat memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih melalui kepimpinan yang akan ditunjukkan oleh guru pelatih sepanjang lawatan. Lawatan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dengan guru pelatih, serta guru pelatih dengan orang luar.Kami bertolak dari institut pada jam 10.00 pagi ke Tambunan. Selepas itu, kami singgah di tengah perjalanan untuk makan tengah hari. Kemudian, kami pergi ke Tugu Mat Salleh dan Tugu Pahlawan. Melalui dua tempat ini, kami dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah tugu tersebut. Kami meneruskan perjalanan kami ke Keningau dan terus makan di restoran Keningau. Selepas itu, kami mendaftar masuk ke Hotel Queen. Pada jam kira-kira 7 malam, kami berkumpul bersama di bilik lelaki untuk mendengar taklimat untuk keesokan hari. Kami juga menyambut hari jadi Wong Lee King dan Wong Chiew Wee. Selepas itu, kami makan malam di luar hotel bersama dengan pensyarah dan pemandu coaster iaitu Encik Ramlan dengan menggunakan coaster. Selepas makan, kami lelaki bertujuh jalan kaki balik ke hotel. Kami tidur pada jam 11 malam. Pada keesokannya, kami berkumpul di pintu hotel pada jam 7.30 pagi. Kami bertolak ke Muzium Keningau dan batu sumpah Keningau. Di Muzium Keningau, saya mendapat banyak maklumat di muzium itu. Selain itu, saya juga mendapat pengetahuan tentang sejarah batu sumpah Keningau. Selepas itu, kami melawat ke Pusat Kraftangan Sabah. Di sana, terdapat banyak cenderamata boleh dibeli. Selain itu, kami juga melawat ke kilang-kilang yang terdapat di pusat kraftangan seperti crystal weaving, beads, forest based products, wood carving, salingkawang, buntoi, ribu-ribu dan ceramic. Melalui lawatan ke pusat kraftangan, kami mendapat banyak pengetahuan baru. Kami melihat proses mereka membuat sesuatu kraftangan, batik dan sebagainya. Selepas itu, kami pergi makan tengah hari dan bertolak ke Tenom. Apabila sampai di Tenom, kami pergi melawat Muzium Tenom dan kilang kopi Tenom. Selepas itu, kami melawat ke Pusat Kebudayaan Murut tetapi tidak berjaya melawat kerana masa melawat sudah mahu habis dan melibatkan kos untuk lawatan. Kosnya ialah RM 5 seorang. Kami berasa tidak berbaloi dengan melawat pusat itu selama 15 minit. Akhirnya, kami tidak jadi melawat ke pusat. Kami telah terlepas peluang untuk melihat kebudayaan Murut di Sabah. Selepas itu, kami balik ke Tuaran dan sampai di IPG Kampus Kent pada jam 9.30 malam. Sebagai AJK Pengangkutan, saya telah pergi menempah coaster dan van sebelum lawatan ini dijalankan. Pada 26 Mac 2015, saya telah menelefon kepada semua pemandu untuk memberitahu mereka bahawa jam berapa esok kita jalan. Selepas itu, pada keesokan hari, saya sekali lagi menelefon kepada mereka untuk memastikan mereka tidak lupa. Secara kesimpulannya, lawatan ini sememangnya mendatangkan banyak manfaat kepada kami. Saya berharap agar lawatan sebegini boleh diteruskan pada masa akan datang. Kami boleh melawat ke Sandakan atau negeri Brunei atau negeri Sarawak yang penuh dengan pelbagai sejarah.

Disediakan oleh: 6 Mac 2015

_________________________(WILLIAM LING YU MANG)