LAPORAN Lawatan Sk Parit Haji Adnan

12
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH 80350 JOHOR BARU LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 TAHUN 2015 “LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN” NAMA PELAJAR PPG : NOOR HAFIZAH BT AHMAD HASHIM AMBILAN : PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1) SEMESTER : SEMESTER 8 OPSYEN : MATEMATIK (KUMPULAN 4) TARIKH : 14 FEBRUARI 2015 / SABTU TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI ADNAN , PEKAN NANAS,PONTIAN, JOHOR LAPORAN REFLEKTIF LAPORAN AKTIVITI/ PERISTIWA Pada 14 Februari 2015 (Sabtu) yang lalu, kami guru-guru PPG Matematik Kumpulan 4 seramai 21 orang telah berkumpul di SK Parit Haji Adnan,Pekan Nanas, Pontian 8.00 pagi bagi mengikuti Program BIG Fasa 5 iaitu Lawatan Penanda Aras (bench marking) Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik. Dalam program ini kami telah 1

description

BIG sem 8

Transcript of LAPORAN Lawatan Sk Parit Haji Adnan

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH80350 JOHOR BARU

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5TAHUN 2015LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

NAMA PELAJAR PPG: NOOR HAFIZAH BT AHMAD HASHIMAMBILAN: PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1)SEMESTER: SEMESTER 8OPSYEN: MATEMATIK (KUMPULAN 4)TARIKH: 14 FEBRUARI 2015 / SABTUTEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI ADNAN , PEKAN NANAS,PONTIAN, JOHOR

LAPORAN REFLEKTIF

LAPORAN AKTIVITI/ PERISTIWA

Pada 14 Februari 2015 (Sabtu) yang lalu, kami guru-guru PPG Matematik Kumpulan 4 seramai 21 orang telah berkumpul di SK Parit Haji Adnan,Pekan Nanas, Pontian 8.00 pagi bagi mengikuti Program BIG Fasa 5 iaitu Lawatan Penanda Aras (bench marking) Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik. Dalam program ini kami telah melawat seorang kawasan sekolah dan mengikuti taklimat tentang sekolah ini sehingga muncul sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan Fasa 8.

Apabila tiba di SK Parit Haji Adnan, kami disambut mesra oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelaras program Sekolah Kluster kecemerlangan. Kami diberikan serba sedikit maklumat umum tentang sekolah. Pihak sekolah telah menyusun agenda program sepanjang tempoh lawatan tersebut. Peringkat permulaan kami dibawa melawat bilik-bilik darjah, bilik khas dan persekitaran sekolah. Kami telah di tunjukkan beberapa sijil penyertaan dan piala-piala kecemerlangan sekolah yang telah mereka perolehi.

Kemudian kami dibawa melawat ke kelas-kelas abad 21 yang cantik , ceria dan kondusif serta lengkap dengan kemudahan pembelajaran abad 21.Kelas-kelas disekolah ini dihias indah dan susun atur bilik darjah Abad ke-21. Kelas Abad ke-21 ini adalah selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami juga melawat galeri sejarah, bilik pemulihan, bilik J-Qaf, bilik pentadbiran dan bilik peperiksaan yang cukup lengkap dengan berbagai kemudahan..

Selepas selesai sesi lawatan ke kawasan sekolah, kami dibawa oleh GPK 1 sekolah tersebut iaitu Pn Suzanna Bainon ke bilik komputer untuk sesi taklimat tentang sekolah SK Parit Haji Adnan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar sekolah iaitu Puan Hajah Shamsiah binti Haji Shapie yang telah berkhidmat selama 5 tahun sebagai guru besar dibeberapa buah sekolah. Puan Hajah Shamsiah mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi memilih sekolah beliau untuk Program lawatan Benchmarking Sekolah Cemerlang. Menurut beliau SK Parit Haji Adnan merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8 yang telah di perolehi pada tahun 2014 dengan kebitaraan akademik Sains dan juga kebitaraan ko-kurikulumnya ialah bola tampar. Pasukan bola tampar SK Parit Haji Adnan telah memenangi pertandingan di peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan sejak tahun 2010.

Selain itu, banyak lagi kejayaan yang telah dicapai seperti Anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun 2013 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor. SK Parit Haji Adnan juga merupakan antara 10 sekolah terbaik di Daerah Pontian dan mendapat tempat ke 30 daripada 900 buah sekolah di Negeri Johor. Sekolah ini juga adalah antara sekolah yang tersenarai dalam 100 buah sekolah yang mendapat Anugerah Sekolah Terbaik Negeri Johor.

Setelah selesai ucapan puan guru besar, Pn Suzanna Bainun menjemput wakil daripada guru PPG untuk menyampaikan ucapan. Kumpulan kami diwakili oleh Pn Nila Surah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru besar atas kesudian membenarkan pelajar PPG IPGKTI untuk menjalankan program BIG fasa 5 bagi sekolah cemerlang. Kami telah memberikan cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan dan tanda terima kasih kerana SK Parit Haji Adnan sudi membenarkan kami membuat lawatan ke sekolah ini. Sebelum bersurai kami telah mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan.Kami berasa seronok dan teruja semasa berada di SK Parit Adnan kerana layanan diberikan sangat baik.Sebelum balik kami di bekalkan dengan cendera hati dan juga limau kasturi yang dipetik daripada hasil tanaman dalam kawasan sekolah.

(B) LAPORAN BERGAMBAR Suasana semasa lawatan ke bilik darjah abad ke 21 dan antara sijil anugerah yang diterima oleh SK Parit Haji AdnanPenyampaian cenderahati daripada pelajar PPG kepada Guru Besar sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Pelajar PPG bergambar bersama Guru besar dan GPK Sk Parit Haji Adnan.

Kejayaan sekolah Sk Parit Haji Adnan(C) ISU/MASALAHSetiap program yang dilaksanakan, pasti terdapat beberapa masalah.Begitu juga dengan Program Lawatan Benchmarking Sekolah Cemerlang bagi Program Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan ini. Antara masalah yang timbul dalam melaksanakan bengkel ini ialah:

Sebelum Aktiviti

1. Pemilihan tempat yang sesuaiPemilihan tempat bagi mengadakan program Program lawatan Benchmarking sekolah cemerlang ini menjadi masalah utama bagi kami dalam menjalankan Program Bina Insan Guru fasa 5. Kesibukan aktiviti dan program di sekolah masing-masing menyukarkan kami untuk memilih lokasi sekolah yang sesuai untuk menjalankan program BIG. Ini kerana kami perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah berkenaan bagi membolehkan kami menjalankan program berkenaan. Alhamdulillah, hasil perbincangan dalam kumpulan, kami sepakat menjalankan program tersebut di SK Parit Haji Adnan. Urusan surat menyurat untuk mengadakan program ini ditugaskan kepada Pn Nor Ainizuraimi Walaupun lokasi yang agak jauh, namun ia tidak mematahkan semangat kami bagi menjayakan program yang telah diamanahkan kepada kami.

1. Pemilihan tarikh yang sesuai.Menetapkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program Bengkel Guru Inovasi ini merupakan antara masalah lain yang kami hadapi. Ini kerana kesibukan kami sebagai guru sangat membataskan masa untuk berkumpul bagi melaksanakan program ini. Justeru itu, kami terpaksa memilih tarikh, waktu dan masa yang sesuai agar rakan-rakan guru PPG dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Hasil perbincangan, kami memutuskan 14 Februairi 2015 sebagai masa yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut .1. Tiada peruntukan kewangan Peruntukan kewangan merupakan salah satu masalah dalam melaksanakan program ini. Justeru itu, kami yang terdiri daripada guru-guru PPG seramai 21 orang telah sepakat menyumbang RM20 seorang untuk menampung kos perbelanjaan bagi membeli cenderahati untuk penceramah dan juga jamuan yang perlu disediakan untuk penceramah dan kami sebagai peserta kursus sepanjang Program Bina Insan Guru (BIG) ini.

(D) Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Keseluruhan program yang dianjurkan telah berjaya dilaksanakan disebabkan hasil kerjasama dengan pihak pentadbir sekolah1. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan PPG Matematik kumpulan 4 seramai 21 orang.1. Semua rakan PPG Matematik Kumpulan 4 mengambil berat dan tahu tanggungjawab tugas yang telah diamanahkan hasil persetujuan tugas yang dipikul dari mesyuarat pemilihan lokasi dan jawatankuasa1. Dapat mewujudkan hubungan yang mesra dan mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru PPG dengan guru-guru SK Parit Haji Adnan.1. Memupuk budaya dan semangat kerjasama berpasukan di kalangan guru-guru PPG.1. Sesi lawatan penanda aras ke sekolah cemerlang yang dijalankan merupakan aktiviti pendidikan luar yang menyeronokkan.1. Sesi lawatan ini dapat menambah ilmu dan memberi inspirasi serta motivasi kepada guru-guru PPG untuk bekerja dengan cemerlang.1. Banyak idea dan panduan tentang kelas abad 21 yang boleh di aplikasikan dan digunapakai di sekolah masing-masing

(ii) KELEMAHAN

1. kelemahan yang dapat dilihat semasa program dilaksanakan, antaranya ada kalangan kami yang sampai lewat ke lokasi kerana agak sukar mencari sekolah berkenaan . Namun ia dapat diatasi dan akhirnya sampai juga ke sekolah yang dituju.2. Tidak semua peserta terlibat secara aktif dan hanya mendengar secara pasif disepanjang program ini berlangsung.

(iii) PELUANG

1. Kemudahan infrastruktur dan guru-guru yang berpengalaman akan menjadikan aktiviti dan program yang dijalankan lebih tersusun.2. Aktiviti di luar kawasan sekolah perlu dipertimbangkan di masa akan datang supaya dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid.3. Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sokongan pihak pentadbir.4. Meningkatkan jumlah sekolah cemerlang pada masa akan datang.

(iv) ANCAMAN

1. Terdapat peserta program yang tidak dapat hadir ke program yang telah dirancangkan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

REFLEKSI KENDIRI

(i) MANFAAT PROGRAM BIG1. Program ini dapat mengeratkan hubungan antara semua rakan sekelas dan juga rakan guru disekolah yang dilawati.2. Melalui program ini, saya dapat belajar berurusan dengan pihak sekolah yang lain serta bekerjasama menjayakan program ini.3. Melalui lawatan ini, saya dapat banyak ilmu pengetahuan tentang sekolah kluster kecemerlangan.4. Dengan adanya program ini dapat mewujudkan semangat serta meningkatkan integriti sebagai seorang guru di sekolah.

(ii) PENAMBAHBAIKAN 1. Program perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik dengan kerjasama peserta dan dapat menyediakan jamuan ringan.

2. Menyediakan peta ke sekolah tersebut agar guru yang terlibat dapat datang tepat pada masanya tanpa tersesat jalan untuk mencari sekolah tersebut.

Tandatangan Pelapor:

...........................................NOOR HAFIZAH BT AHMAD HASHIM Disahkan oleh penyelia:

.............................................( CIK ZUHAIDA BINTI RAYA )

1