Laporan Lawatan Ilmiah Ke Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

3
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE UNIT SUKAN JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG PISMP BM 3 AMBILAN JANUARI 2013 1. Hari Kedua Lawatan Tarikh : 18 Februari 2015 (Jumaat) Tempat : Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Masa : 9 pagi – 12.30 tengah hari Lawatan ke Unit Sukan Negara pada hari ini adalah untuk melihat peranan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan menggilap bakat atlet-atlet dari sekolah dalam pelbagai jenis sukan. Pegawai Perhubungan Awam Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang iaitu Encik Nagarajan Veloo telah memberikan sesi taklimat kepada guru pelatih BM 3. Beliau menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan sukan seperti organisasi unit sukan, perancangan, pencapaian atlet-atlet, kemudahan- kemudahan untuk membuat latihan, peranan serta tanggungjawab Unit Sukan. Selepas selesai sesi taklimat para peserta telah dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan, venue latihan dan sukan serta persekitaran Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau

description

laporan lawatan pjk p.pinang

Transcript of Laporan Lawatan Ilmiah Ke Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE UNIT SUKAN JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG PISMP BM 3 AMBILAN JANUARI 2013

1. Hari Kedua Lawatan

Tarikh:18 Februari 2015 (Jumaat)Tempat:Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau PinangMasa:9 pagi 12.30 tengah hari

Lawatan ke Unit Sukan Negara pada hari ini adalah untuk melihat peranan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan menggilap bakat atlet-atlet dari sekolah dalam pelbagai jenis sukan.Pegawai Perhubungan Awam Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang iaitu Encik Nagarajan Veloo telah memberikan sesi taklimat kepada guru pelatih BM 3. Beliau menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan sukan seperti organisasi unit sukan, perancangan, pencapaian atlet-atlet, kemudahan-kemudahan untuk membuat latihan, peranan serta tanggungjawab Unit Sukan.

Selepas selesai sesi taklimat para peserta telah dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan, venue latihan dan sukan serta persekitaran Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Setiap kemudahan dan venue latihan yang dilawati telah diberi penerangan oleh pegawai pengiring.

Secara keseluruhannya, lawatan ke Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dirasakan cukup berjaya kerana pihak Unit Sukan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami. Dalam pada itu, dapatan hasil kunjungan ke Unit Sukan ini pastinya dapat membantu kami.

Pegawai Pengiring memberikan sesi taklimat

Para peserta melawat kemudahan Unit Sukan

Sesi bergambar bersama Pegawai Pengiring dan pensyarah