Laporan Linus Taklimat

3
SK PEKAN TUARAN LAPORAN TAKLIMAT SARINGAN 2, LINUS 2.0 (2014) TARIKH : 2 September 2014 TEMPAT : Bilik Guru SK Pekan Tuaran MASA : 11.00 Pagi – 12.30 Tengahari KEHADIRAN : 1. Pn. Norsia @ Norisa Abd. Ghani (PK Petang) 2. Pn. Rinu Amit (Penyelaras LINUS) 3. Pn. Zubaidah Daud 4. Pn. Rozina Mohamad 5. Pn. Habibah Huda 6. Pn. Nasbah Hj. Hassan 7. Pn. Norliah 8. Pn. Nursaidah Jawal 9. Pn. Norhayati Abdullah 10. Pn. Hanisah Abas 11. Cik Lily Bertha 12. En. Razaleh 13. Pn. Salbiah Dusin 14. Pn. Farizah Rabir AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI - Penyelaras LINUS selaku pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru LINUS yang hadir. - Peringatan kepada semua guru supaya menyampaikan maklumat yang didapati semasa menghadiri kursus atau taklimat kepada rakan-rakan guru yang lain sebelum kecairan maklumat.

description

laporan

Transcript of Laporan Linus Taklimat

SK PEKAN TUARANLAPORAN TAKLIMAT SARINGAN 2, LINUS 2.0 (2014)

TARIKH: 2 September 2014TEMPAT: Bilik Guru SK Pekan TuaranMASA: 11.00 Pagi 12.30 TengahariKEHADIRAN: 1. Pn. Norsia @ Norisa Abd. Ghani(PK Petang) 2. Pn. Rinu Amit(Penyelaras LINUS) 3. Pn. Zubaidah Daud 4. Pn. Rozina Mohamad 5. Pn. Habibah Huda 6. Pn. Nasbah Hj. Hassan 7. Pn. Norliah 8. Pn. Nursaidah Jawal 9. Pn. Norhayati Abdullah 10. Pn. Hanisah Abas 11. Cik Lily Bertha 12. En. Razaleh 13. Pn. Salbiah Dusin 14. Pn. Farizah Rabir

AGENDA1. UCAPAN PENGERUSI Penyelaras LINUS selaku pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru LINUS yang hadir. Peringatan kepada semua guru supaya menyampaikan maklumat yang didapati semasa menghadiri kursus atau taklimat kepada rakan-rakan guru yang lain sebelum kecairan maklumat.

2. FOKUS MESYUARATTAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 2 (MEMBACA), LINUS 2.0 Saringan membaca bermula pada 3 September sehingga 3 Oktober 2014. Guru-guru adalah wajib menjalankan saringan berdasarkan instrument yang telah dibekalkan. Guru-guru perlu memastikan dokumen-dokumen berikut dibawa bersama semasa menjalankan saringan.a) Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)b) Manual Am Pentadbiran Instrumenc) Manual Pentadbiran Instrumen Saringan dibuat di dalam bilik darjah semasa PdP guru berkaitan. Guru-guru diwajibkan mengajar terlebih dahulu sebelum memulakan saringan membaca. Guru-guru boleh menguji murid sebanyak dua kali sekiranya murid tersebut belum dapat menguasai konstruk yang diuji. Guru-guru dibenarkan memberi bimbingan terlebih dahulu sebelum membuat saringan. Bagi saringan Numerasi, alat bantu ada dibekalkan bersama-sama instrumen dan guru-guru menggunakan alat bantu yang dibekalkan tersebut. Saringan boleh dijalankan secara berkumpulan tetapi tidak boleh lebih dari tiga orang murid. Saringan secara berkumpulan sesuai bagi saringan Numerasi. Pastikan guru-guru terus merekod maklumat yang diperolehi di dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI). Bagi Literasi BM dan Numerasi, guru-guru menggunakan BPPI yang terdahulu. manakala bagi Literasi BI, ada dibekalkan BPPI yang baharu. Guru-guru dinasihatkan agar menyediakan fail khas BPPI bagi memudahkan urusan dokumentasi dan perekodan penyelaras LINUS. Bagi guru-guru yang baru dalam LINUS, dinasihatkan agar merujuk guru-guru terdahulu untuk sebarang kemusykilan.

Taklimat berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh;Disemak oleh;Disahkan oleh;

.......